:: mereka Terhebat ::

Friday, November 13, 2009

entry penuh emosi..!

assalamualaikum...

tak kisah laa ada orang baca ke tak entry ni.. maaf sebab ianya penuh dengan emosi.. takda plak aku nak buat lawak kali ni.. sungguh takda mood.. kalau tak suka jangan laa baca..aku sekadar nak luahkan disini agar dapat sedikit kekuatan dan ketenangan..


**********************************************************************************

Pernah hati ini terguris

Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehi
ngga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela

Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di laluan sepi
Ditinggalkan mereka yang ku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta

Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini

Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai

Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali mentari pagi
Setelah malamku berkalut benci

***********************************

hmm.. susah laa nak terangkan.. susah nak nyatakan.. kadang2 kita luahkan masalah kat kawan baik kita sebab apa ya?

  • mungkin untuk dia dengar jer, past tu dengar telinga kiri kuar telinga kanan pon takpe?
  • mungkin supaya dia dapat bantu, nasihat sebab masalah kita masih tak settle?
  • mungkin untuk dapat sokongan dan motivasi, sebab kita dah buat keputusan dan taknak ubah?
  • atau mungkin untuk dipandang serong, anggap kita macam2 plak past kita cerita masalah?
semuanya betul. cuma yang ke 4, takkan laa kita luahkan masalah supaya kawan kita anggap kita tak baik kan? selalunya kita luah supaya dia memahami dan sudi membela kita.. menyokong kita.. kalau jadi yang sebaliknya macam mana?

haa ini yang aku sedang fikir.. sedang muhasabah.. mungkin cara aku ceritakan masalah aku seolah2 cerita tu mcm cerita lucu, yang aku anggap mcm main2..

mybe cara aku yang salah.. salah meluahkan.. aku sebenarnya taknak keadaan tegang.. biarlah aku ceritakan satu persatu dengan suasana yang bersahaja.. ada jenaka yang aku selitkan.. cuba sembunyikan perasaan yang berbaur pelbagai ini..

tapi kenapa last2 aku plak yang bersalah.. padahal benda dah settle.. aku terpaksa terbeban lagi untuk fikirkan semula.. terpaksa tanggung lagi macam2 perasaan.. padahal aku luahkan untuk dapatkan sokongan atas keputusan yang aku lakukan!!!


********************

di blog? memang laa banyak cerita-cerita bahagia, ada gambar2 aku yang sentiasa tersenyum manja.. tapi tak bermakna di dunia realiti ni aku selalu begitu! aku juga insan biasa.. kadang2 sedih kadang2 gembira..

siapa kamu untuk menyatakan aku ni takda masalah dengan membaca blog ni.. siapa kamu untuk menganggap aku itu dan aku ini, dengan hanya membaca tulisan aku disini?? siapa???

jangan nak tafsir orang dengan tengok luaran saja.. cuba laa dekati, fahami.. hmm susah laa hidup... mati pon susah.. jadi apa nak buat ek.. **kata2 orang yang dah bengang sangat2!

********************

tak berhikmah laa kalau kita fikir nak menyalahkan orang saja kan.. tak logik laa kalau asyik diri kita saja yang betul.. itu aku akui.. cuma aku harap bila aku dah cerita masalah aku tu terima laa ia.. bawak dan letakkan diri sebentar kat tempat aku. dan satu lagi..

kalau aku kata jangan bagitau sapa2 so simpan laa.. ini tidak, masalah aku dibincangkan pulak.. dimintak pendapat laa kononnya dari orang lain.. **macam laa masalah aku ni isu terhangat didunia nak kena mesyuarat sana sini..!

kalau camtu baik aku tak payah cerita. terus aku bincang dengan orang lain untuk luahkan.. masalahnya aku tak perlu penyelesaian atas masalah aku sebab aku dah ada jalannya.. **aku just nak kamu dengar je!

nak dibincang apa lagi?? weh.. soal diri aku, aku cerita pon kira bersyukur laa.. bertuah sebab kamu aku percaya! tapi jangan laa buat aku tak percaya kamu lagi.. satu hari kamu luahkan masalah kat orang yang kamu percaya tiba2 lain jadinya apa kamu rasa? fikir2 laa...


***************************




"aku bukan nak marah.. aku tahu, kamu ambik berat kat aku. kamu cuba nak selesaikan masalah aku. tapi cara kamu tu.. aku tak suka.. hmm aku ni dah puas tanggung macam2 beban. kamu tak fikir pun nak tenangkan diri aku. kamu parahkan lagi luka kat hati aku tau tak?" **mungkin kamu tak sengaja takpe laa.. hmm silap aku juga dah luahkan..

kalau laa kamu betul2 sayangkan aku, so datang dan bincang face to face.. bukan hanya hantar pesanan ringkas.. sms.. belum tentu aku dapat faham sepenuhnya apa yang nak kamu sampaikan..

aku bercerita dengan kamu masalah aku face to face.. kenapa kamu taknak bagitau aku face to face juga apa yang kamu tak puas hati?


hmm sudah laa malas aku nak melalut lagi.. nanti kamu terasa pulak. sungguh laa aku kecewa bila kamu kata kamu dah bagitau orang lain masalah yang aku cerita..

yup orang lain itu juga kawan baik aku!!!! kenapa tak biar aku luahkan sendiri pada dia? kenapa?

"aku tak beranggapan tak baik pada kamu.. aku fahami setiap langkah dan tutur bicaramu.. cuma itulah.. aku sensitif.. mungkin sebab aku dah penat tanggung masalah ni.. bila isu tu timbul lagi aku jadi letih dan otak aku cepat naik bengang!"

hmm dah laa pagi2 lagi tu. bangun tidur ingatkan nak senyum sambil study. baru je pegang pen.. mesej kamu datang dan jiwa aku jadi kacau..

tu laa susah kan.. orang macam aku, kalau tak marah takpe laa, kalau tak terasa takpe.. tapi kalau dah start emosi ni.. haa gini laa jadinya.. weh aku juga ada perasaan k!

***********************
pengajaran di sini..

  • kalau kita nak cadangkan sesuatu pada kawan kita atas masalahnya, kita selidik dulu keputusan yang dia buat. dan jangan hanya fikir 1 pihak saja. fikir secara keseluruhan. memang dalam dunia ni susah nak puaskan hati semua orang.. cuma itulah.. bila kita diberi kepercayaan jaga ia elok2.. jangan sampai dah tak dipercayai lagi..
  • bila kawan kamu cakap jangan bagitau sapa2 masalah tu, maka simpan laa ia.. anggap saja tu penghargaan yang kawan kamu bagi kat kamu, bertuah tu kamu ja tahu masalahnya. jangan laa di cerita kat orang lain sungguhpun orang itu dekat dengan kamu dan dia!
  • letakkan diri kita kat tempat orang yang ceritakan masalahnya pada kita. jangan bertindak ikut emosi!!! nanti masalah lama tak selesai masalah baru pulak yang timbul. seharusnya kita diam kalau kita tak mampu tolong apa2.. kita bagi cadangan kalau orang tu perlukan.
  • jangan sesekali membangkang apa yang dah diputuskan. mungkin orang yang luahkan masalah pada kamu tu dah tahu rasional keputusan yang dia dah buat. kamu patutnya tanya dan sokong jika dia benar.. jangan fikir yang singkat dan kepentingan diri kamu..masalah tu dia yang hadapi bukan kamu..dia bukan kamu..!!!

******************************

huh banyak lagi laa.. malas nak hurai panjang2..nanti entry ni jadi kertas kerja pasal kaunseling pulak. huhu, aku mintak maaf kalau ada perkataan yang kasar atau tak sedap didengar.

panjang2 entry ni aku nak bagitau 1 jer, aku tekanan bila aku luahkan perasaan (sekadar untuk didengar) tiba2 aku jadi pesalah dalam masalah. masalah aku sendiri!!! huh..

"apapon aku tak salahkan kamu yang terasa dengan entry ni. aku tulis kat sini, nak kamu faham aku jer. aku anggap kamu sahabat aku. maka amanah laa kamu sebagai sahabat aku. kalau kamu betul2 ambik berat pasal aku jangan laa siksa aku dengan semua ni.. keciankan laa aku.. plez my fren.. plez.."

dah2.. ok laa bye2... sory sgt2 sebab emosi mungkin nak datang bulan kot!! ok laa.. salam..

tanda tanya (?) : malas nak tanya banyak2.. huhu

52 comments:

ultraman_88 said...

seruis ye..
xleh wat lwk la gini..ekeke
mmg emosi nih..

myQza said...

sekali sekala meluah perasaan aa salahnya..

kalau simpan pun rasa berat jek kepala

NzA said...

gitulh idup eyena. kt mana2 ada kwn mkn kwn..susah skrg nk cr kwn yg benar2 jujur n boleh simpan rahsia...Kekdg luahan hati kita jd bhn sendaan n crita yg menarik...

Selagi kita brnama manusia, masalh akn menimpa. kekdg kita trpaksa jd hipokrik n pura2 hepi w.pun kekdgn hati sdg sedih.
Sbb tu kak nza wujudkn blog tmpt nk luahkn kegembiraan n kesedihan. Dr situ kita dpt kwn2 yg begitu baik n memahami w.pn xprnah brsua muka. kekdg kwn alam maya lbh memahami dr kwn yg wujud dpn mata....sabar n tabahkn hati ye dik....

:: eyeNa :: said...

ultraman_88:

huuu sanggup kamu buat lawak! hehehe

:: eyeNa :: said...

si Tedi:

tu laa semua tak kena jew..huh

:: eyeNa :: said...

kak nza:

thanks nasihat tu.. memang kawan2 kat blog rupanya lagi memahami. walaupon tak tahu apa terjadi, tapi masih sudi dengr luahan hati kita..

dan selalu bagi kita penghangus semangat camni.. thanks!!

aslam said...

hidup ttap hidup...jom kita teruskan idup...

ap yg penting???
kerjasama??
buley la..heeee...

ap yg penting???
kongsi suma!!!
beru betoi...heee..

thniah sebb dh lega..

terima kasih kak nza,si tedi ultramen.. dan rakan2 blog tlg mententeramkan buah hati cek.heee..

peace!!!heee

:: eyeNa :: said...

huuu kamu ni kan.. huuuu **aku manja..

aslam said...

alololooo..manjnyer dia.heee

Guru said...

assalammualaikum

eyena,
setiap yang berlaku ada pengajaran,
kalau baik kita replay semula dalam situasi lain.
kalau tak baik...jangan ulangi lagi.

pandai2lah kita melakar garisan hidup kita. yang utamanya ialah, garisan itu dilakar oleh kita sendiri, bukan orang lain.

:: eyeNa :: said...

aslam:

uwaaa nak nagis..huuu (^_^) senyum2..

:: eyeNa :: said...

a kl citizen:

baik kak..thanks

Melz said...

hidup kita penuh dengan masalah :) .. kalau kita tak xda orang yang support..kita mungkin tak kemana.. kalau kita luahkan perasaan pada kawan.. biarpun dia mendengar.. tapi tak menolong..at least 35% masalah kita tuh macam dah selesai.. :)

:: eyeNa :: said...

melz:

betul kata kamu tu.. tapi lepas luahkan kalau masalah kita diperbesarkan akan tambahkan lagi 35% masalah..ahaii

Unknown said...

sabar ye eyena

hidup kalo takde masalah tak fun juga

=)

NzA said...

eyena amat brtuah krn ada aslam yg gitu perihatin n take care..mmg susah nk cari org lelaki cam gini skrg...mmg bruntung..

Ha utk aslam, jg eyena baik2 ye...rasa kak nza, eyena ni agak manja ttp baik n jujur....moga hubungan kalian brkekalan selamanya...amin...

:: eyeNa :: said...

lynn:

betul kata kamu tu.. i'm must be strong!!

:: eyeNa :: said...

kak nza:

(^_^) kak buat saya tersenyum.. terima kasih kak.. memang beliau sgt2 caring.. bertuah..

huhuuu tapi sedih laa selalu buat beliau susah hati juga..huu macih kak tlg doakan.. sayang kak!!

Belog Cik Peanut said...

asal ni cik eyena?
hem?

sumthime, people dun see wat eceli we feel..

:D

:: eyeNa :: said...

takde ape laa cik peanut, mainan perasaan..hahaii sowie buat semua risau2 pula..

yup.. kadang2 takleh harap semua org memahami kita kan..

piNky LuCiA said...

KENAPA NI..

aku tak tahu apa masalah kamu. tapi aku harap cik eyena ku ini bertabah lah dalam setiap apa yang datang..

seperti mana aku tabah. aku mahu kamu jugak tabah. senyum itu penawar segala sakit..

itu kamu perlu akui.. so senyum sokmo =)

Suzana Ikram said...

bnyk2 bersabar ye dik.. biasa la org pompuan.. sensitif kdg kala tu..

Anonymous said...

aina,lupe kn saje... tdoo lg baek r...xyah sdih2 k.. senyum =)..hihiks

daros kuneng said...

salam kembara..

apa nk hiris2 n tegores kalah dan menang ni?

nah amek 'phobia' ni..

pergi jadi otomen utk memusnahkan resaksa demi menyelamatkan bandar tokyo..

cepat..!!

ngee..

aslam said...

kak nza wat kami xley nk tido la.hahhaha...
cam kak nza ckap sndiri kt telinga ni ja rasa..thanks...

malu aih...heee

:: eyeNa :: said...

pinky:

huhu takpe laa dah makin melupakan..

:: eyeNa :: said...

ikiqzana:

betul tu..hehe..

Anonymous:

thanks!

:: eyeNa :: said...

ekopelancongan:

haha bagus2 nanti untung2 dpt tiket wayang ke ape ke..so teruskan mengklik..hehe

:: eyeNa :: said...

aslam:

hehe sabaq naa..

laki cikgu kimia said...

ish takut plak nak tego nih..

ieda Aida said...

sabar jew aina...
org ni mmg suka mandengki ngan pe y kita ada..
mulut org mmg xleh tutup..
sabar yek..
gud luck exam!!
cntik arr blog..hehe

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

emosinyer.. sabau yer.. bukan senang kite nak tau seseorang tue boleh dipercayai ker x.. luaran mungkin nampak baek, tapi dalaman kite x tau.. anggaplah ape yang berlaku nie ader hikmah di sebaliknya ye.. ceriakan dirimu.. hehe.. =)

Nur Sharmila said...

salam,

aina, aku nak tmbah lagi mslh hg.hehe.xdela juz joking.mslh family angkat kita tu yg suh p rumah depa..ayarrrkkk...pening eden.

white rose said...

kamo bertuah sbb kamo berjaya meluahkan perasaan itu...tp akak, masih blm berjaya nk kongsi masalah ngn orglain malah akak ditakdirkan tuk dikongsikan masalah orglain juga ditakdirkan tuk selesaikannya...akak juga bertuah...tpi stakat ni, insya'Allah sgala masalah tu akak dpt tempuhi dgn kejujuran & kepercayaan...myb ni hadiah dlm hidup akak...tpi shingga kini, hnya ALLAH peneman & pendengar stia akak...stiap org ada caranya...xsemua manusia sama kehendaknya...bgitu juga kta, bgitun juga orglain...ape2 dikna, jgn putus asa, anggaplah ianya sbgai tanda syukurnya kta kpd rahmatNYA...bginilah cara kta meningkatkan ketaqwaan kpdNYA...jgn risau ye dik, janji DIA pasti berlaku...

Budak Malu818 said...

eyena,rasenyer lebih elok eyena berdepan..face to face..
sy,pnah ader masalah mcm eyena dulu..
sy,amek inisiatif berjumper depan2..
tnye,ape dia xpuas hati...
cuma,bekalkan dengan iman teguh..
beranikan diri...
susun perkataan elok2....
lepas,dh confront...lantak la,dier nk time pkai x buah anda...k?

nota kaki: xader ape,yang xkan selesai kalu kite berdepan...
bukan tnjuk,berani...tapi,mcm 2 lah saye wat mase dulu2...
saye,penakot jugak..teramat penakot..tp,kerana pikirkan nk selesaikan saye gagahkan diri...

eyena,confront ajer,.jgn tunggu,dier ajak..
awk ajak dier...
settlekan..

Nakamura Kazuki said...

eyena...takpe sekali sekala meluahkan perasaan..dapat ringankan apa yang terpendam

EdiAnje Al-Fathanie said...

Sesesekali kite perlu menangis...

daros kuneng said...

salam kembara..

jgn pasal emosi ko telan plak exabytes yg haku bagi ni..

nnti ada yg ko sembilit tujo ari tujo malam kang..

abes bomoh semalaya tuduh haku yg wat nanti..

ngee..

:: eyeNa :: said...

laki cikgu kimia:
hehe tau pon takot.. ngee

ida:
uit..makih2.. ngee

:: eyeNa :: said...

putera al-maliki:

thaks2.. yaa betul kata kamu tu.. ni da ceria ni.. ahaii

mila:

aduss tetiba bertambah masalah ni.. hihi cane eh?

:: eyeNa :: said...

kak dyla:

thanks berkongsi pengalaman, setiap sesuatu yg terjadi pasti xsia2 kan. thanks kak..!

:: eyeNa :: said...

budak malu818:

haa idea kamu tu sgt2 berguna.. nanti akan aku lakukan.. thanks kamu.. pemalu pon boleh luahkan.. haa terharu aku.. thanks!

nakamura kazuki:

betul2.. dah rasa lega dah ni.. byk nasihat kawan2.. tak sangka sbb rupanya 1 tak boleh percaya, ada 1000 yg bersama kita.. thanks..

:: eyeNa :: said...

edi anje:

benar.. takkan selamanya kita hanya ketawa.. (^_^)

ekopelancongan:

eee kamu ni sempat buat lawak tau time2 aku ngah emosi ni.. hihi hilang emosi aku.. ahak

Dunia Mommy Comel said...

yuhuuu jgn la sedih2 nih yg xbest nih kna slalu ceria bau sweet u.dah2 jgn sedey2 ok

aslam said...

by...dlu abg pn ad masalah camni gak..heeee..hahahhaha.
uwaaaaaaa..
blm sempat nk kgci cam owang len dh kene cubit..
hahahhaha..mna da men2??!!
betoi!!!
ini adalah kenyataan..
betoi..tlong la percaya..
hang gelak eh?hahhahha...

daros kuneng said...

psstt!!

mana haku nak tanam melaka fest ngan rhb ni??

kubor semua dh penoh..

ngee..

:: eyeNa :: said...

comel:

takpe comel.. dah ok dah ni.. makasih sbb ambik berat.. mmuah!

:: eyeNa :: said...

aslam sultan pencen:

huaaaa suka buat lawak! suka bagi org gelak! nak merajuk pon tak jadi taww.. ekk

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

sabar yek Dear ....memang sakit hatikan ble kawan kita buat hal?...mm...jalan terbaik nak ilangkan marah kamu....dengan dekatkan diri dengan Allah....insyaallah dia lah pendengar paling setia.. :)

piNky LuCiA said...

buang yg lama.. teruskan yg baru.. go go go chaiyok2 untuk cik eyena..

:: eyeNa :: said...

mawar_berduri:

huu betul tu cik mawar.. mujur ada kawan2 lain mcm kamu ni yg ambik berat..hee makasih..

:: eyeNa :: said...

pinky:

hee g0 go ago go..heeee