senja sudah menjelma.. mentari mula turun di ufuk.. alam kini kegelapan.. hati makin kerisauan..
sudah berlalu hari ini sebagai kenangan dan sejarah dalam kehidupan.. yang membezakan hari ini dengan semalam adalah kemanisan.. sejauh mana manisnya pengalaman yang dilalui.. mungkin lebih manis dari semalam atau sebaliknya..
azan kedengaran bergema menjadi halwa telinga.. maghrib mengambil waktunya..
aku disini.. sedang enak memerhati pemandangan sepi dari luar jendela.. berbaur sedikit perasaanku..
rasanya baru 1 jam sebelum ini aku tertawa.. ku gembira.. semangatku membara.. tadi aku seakan2 sedang berlari di rumput permaidani yang terhampar di bumi.. aku menikmati keindahan maya di sertai kupu2 yang turut menari beterbangan mengelilingiku.. sinar mentari siang tadi terbias diwajahku lantas melontarkan cahaya yang begitu indah..
tapi kini suasana itu telah berubah, tiba2 aku terjatuh, alam menjadi sunyi.. mentari tiada lagi.. aku terpaku sendiri.. tiada lagi sinar.. tiada lagi tarian kupu2 dan bunga2 yang mekar mengelilingiku.. aku sepi..
entah kenapa bertakung air mataku.. menunggu masa untuk mengalir lagi.. belum puas mungkin..
belum puas menangis..
cengkerik dan unggas malam mula menyanyi.. namun rentaknya seolah-olah memahami apa yang terpendam dalam hatiku..
aku semakin sayu.. tadinya pepohon hijau itu menitiskan embun, kini warnanya semakin redup ditimpa dek kegelapan.. air mata yang sedia bertakung sudah mengalir.. tiada lagi kehijauan..
aku sepi senja ini..
sungguh begitu asyik aku melayan diri.. air mata yang mengalir itu panas membasahi sehingga ke bibir.. semakin kuat pula esakkan.. sehingga aku tersedu sedan sendirian..
apakah aku yang bersalah..? salahkah hati ini..
"Tuhan, berikan aku kekuatan untuk menghadapi segala ujian dan dugaan.. tabahkan hatiku.."
bisikku di dalam hati... pandangan semakin suram.. malam sudah menjenggah tiba...
dan aku mengesat air mata itu.. memandang jam.. sudah 7.32 malam.. aku ingin menunaikan kewajipan.. biarlah kepada kekasihku yang satu itu aku meluahkan segalanya.. kerana hanya Dia yang mengerti.. Dia yang maha Mengetahui.. segala yang dilangit dan bumi..
semua yang terhenti tanpa diakhiri.. biarlah aku berlalu pergi.. membawa lara yang ku pendam sendiri.. berhentilah diriku.. berhentilah menangis...
4 comments:
aduhai... kenapa apakah ini. semoga tenang selalu
huu jiwa kacau lak laa tedi ooiitt
fuhh...tersentap aku seketika... jom terbang bersama2 rama2 ungu..kite cari ketenangan... mengadulah kpd allah dialah sebaik2 pendengar....
haa tu laa aku dok tunggu purple buterfly bawak aku terbang kembali..ehem2
Post a Comment