:: mereka Terhebat ::

Tuesday, September 1, 2009

aku bukan ustazah..!

assalamualaikum semua.. cane nak mulakan eh.. aku rasa "dia" ni mesti suka kalau aku buat entry citer pasal "dia".. haha bagi aku "dia" takde kena mengena dengan hidup aku dan aku tak undang "dia" ke page aku ni..


aku dah letak awal2 kat atas page ni


"if u hate me get out from my page!"


tapi "dia" still datang sini.. aku dah tulis kat about my blog :


"it's all about me, my self, my life.. if u don't like it please move out from this page.and "u're not worth of anything..u're nothing.."

tapi "dia" still datang mengutuk mengata mencaci malah menghina aku macam2, termasuk jgk menggelar yang tak baik pada orang2 yang aku sayangi.. anak buah aku yang masih bayi yang tak tahu apa2 pon "dia" nak kutuk.. bukan aku tak tau "dia" orang yang sama jer.. dulu datang letak nama lain kat cbox tu, link takde.. past tu buat kecoh2 mcm2.. sekarang datang lagi nama lain plak.. hmm

then aku letak laa surah al hujrat ayat 11 mengenai larangan ALLAH terhadap perbuatan mencela, menghina mencemuh dan menggelarkan seseorang dengan gelaran yang tidak baik.. dengan harapan "dia" sedar laa perbuatannya.. tapi still "dia" datang.. aku pon tak faham laa kenapa..

dan satu lagi yang aku perasan kan, tetiap kali ada jer gambar aslam dalam entry aku mula laa "dia" naik angin.. tah laa kenapa..

dulu pernah aku buang cbox and aku letak pingbox.. yang mana hanya "dia" dan aku je leh berborak.. past tu "dia" masuk pingbox aku and mcm biasa ayat mcm orang takde perasaan "dia" kasi kat aku.. aku cakap elok2, tapi "dia" cakap benda yang mendatangkan kemarahan.. isk masyaALLAH aku takut sangat kata2 dan doanya yang tidak baik itu memakan dirinya sendiri.. nauzubillah..

cuma aku, bila tetiap kali berhadapan dgn benda ni aku just smile and think

"ada jugak manusia mcm ni.."

sungguh ALLAH nak uji kesabaran aku.. tapi besar lagi ALLAH menguji kesabaran para Nabi dan Rasul-Nya..

cuma aku harap golongan yang macam tu fikir laa sebelum berkata2..

"lisan mampu membawa seseorang itu ke syurga atau neraka.. "

Apabila seseorang memahami dan mengerti bahawa setiap perkataan diucapkan melalui lidahnya akan dihisab dan dibalas maka, dia akan tahu untuk menjaga lidahnya, menjaga tutur katanya dan mempertimbangkan dengan teliti sebelum berkata-kata.

*kalau menyakitkan hati orang lain melalui tulisan? sama laa konsepnya seperti mengucapkan sesuatu yang buruk dengan tutur kata.. dan hukumnya juga sama.. berdosa..

"Tiada lain yang akan menjerumuskan manusia menerusi muka atau batang hidungnya ke dalam neraka, melainkan tutur katanya sendiri.”

(Hadis riwayat al-Tirmizi)


**********************

"aku bukan ustazah..! aku tak layak pon jadi ustazah.. aku tak berniat nak ambik jurusan pendidikan islam dan jadi ustazah.. aku tahu aku adalah orang yang paling tak layak!"

aku pernah menyalahkan takdir.. kenapa bila aku bakal jadi ustazah makin banyak masalah yang aku hadapi.. kenapa?

rupanya aku sedar ALLAH datangkan bulan yang bercahaya bila tiada mentari yang menyinari hidupku di malam yang gelita..

aku manusia biasa..tidak aku kuat dan aku tak dapat lari dari kelalaian.. bila mana aku belajar dalam jurusan ni, tiap2 kali aku terkeluar dari landasan, aku rasakan bagai ada "sesuatu" yang menarik aku kembali ke jalan sebenar tanpa aku sedari bagaimana..

itulah.. orang selalu kata kat aku, "ustazah apa mcm ni? nak didik orang macam mana?"

yaa aku tak nafikan aku bukanlah seorang yang layak dipanggil ustazah.. dan mungkin ustazah2 yang lain lebih layak mendidik dari aku.. cuma 1 jer aku nak ingatkan..

"pengalaman adalah sebaik2 guru, aku belajar, aku tuntut ilmu.. aku juga ada pengalaman yang sudah pastinya membuatkan aku faham kenapa pelajar2 aku bermasalah, bila aku faham.. aku tahu macam mana nak selesaikan.. bukan menyalahkan mereka dan semata2 memberi fakta tentang kealiman aku dalam agama.. sebaliknya aku berkongsi dan menjadi kawan kepada pelajar aku kemudian perlahan aku sentuh hati mereka supaya mereka berubah.."

apapon setiap orang, setiap manusia ada kehidupan yang ALLAH beri padanya.. hidup kita tak sama.. terimalah kenyataan tu bahawa aku tak boleh jadi mcm kamu dan kamu tak dapat jadi macam aku.. janganlah menghukum seseorang sesuka hati..


*******************

Akhir-akhir ini perkataan mencela dan mengutuk sering menjadi mainan dalam cbox aku. Ucapan seperti itu hanya mengundang kemarahan dan perkara itu amat disenangi iblis.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullullah SAW ada menceritakan suatu kisah:

Pada zaman Bani Israil dulu, hidup dua orang lelaki yang mempunyai sikap berbeza.

Lelaki pertama suka berbuat dosa, sementara yang kedua rajin beribadah. Setiap kali ahli ibadah melihat temannya berbuat dosa, ia menyarankan rakannya itu untuk berhenti daripada perbuatan dosanya.

Suatu ketika, ahli ibadah itu berkata lagi:

"Berhentilah daripada perbuatan dosa."

Ahli maksiat pun menjawab:

Jangan pedulikan aku, terserah kepada Allah yang akan menilai perbuatanku. Adakah engkau diutus Allah untuk mengawasi setiap apa yang aku lakukan?"

Ahli ibadah membalas:

"Demi Allah, dosamu tidak akan diampuni oleh-Nya atau kamu tidak akan dimasukkan ke dalam syurga Allah"

Selepas kedua-dua ahli ibadah dan ahli maksiat itu meninggal dunia, Allah menghakimi kedua-dua mereka di hadapan-Nya.

Allah menyoal ahli ibadah:

"Adakah kamu lebih mengetahui daripada-Ku? Atau adakah kamu dapat mengetahui apa yang berada dalam kekuasaan-Ku

Kemudian, Allah berfirman kepada ahli maksiat:

"Masuklah kamu ke dalam syurga Berkat rahmat-Ku"

Sementara kepada ahli ibadah dikatakan:

"Masukkan orang ini ke dalam neraka"

Sesungguhnya Allah menghukum ahli ibadah kerana dia sudah berbuat syirik kepada Allah dengan menentukan seseorang masuk ke neraka. Ini kerana kuasa menghukum mutlak milik Allah, bukan sekali-kali hak milik manusia yang tidak berkuasa atas makhluk lain.



*dan jangan salah sangka bila ahli maksiat masuk ke syurga bukan bermakna mahu mengajak berbuat maksiat, cuma renungkan balasan ALLAH terhadap kata2 kita..


*dan ingatlah, tak penting bagaimana kita dilahirkan dan bagaimana kehidupan kita di dunia ini.. yang penting bagaimana kita dimatikan dan bagaimana keadaan kita semasa kita meninggal dunia..


*********************

maka dengan itu aku sarankan kalau sekiranya "dia" benci pada aku, ada salah aku.. maafkan aku.. sbb aku sendiri manusia biasa yang terkadang ada salah silapnya..

cuma aku hairan.. aku tak pernah menyentuh soal peribadi sesiapa, malah aku seorang yang tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa.. aku juga tidak banyak berbual di luar sana.. hanya mereka yang rapat dengan aku sahaja yang selalu melayan telatahku..

sungguh! tapi kenapa "dia" datang menyentuh soal peribadiku di sini? sedangkan aku cuma mencoretkan setitip bingkisan di jendela hatiku sahaja.. sekadar bingkisan yang tidak bermakna buat siapa2,malahan hanya memberi makna buat diriku..

aku dengan dunia aku, aku tahu corak apa yang mahu aku lakarkan dalam duniaku.. kamu coraklah duniamu sendiri..

jangan kamu warnai duniamu penuh kebencian pada seseorang, kelak kamu menyesal akan perbuatanmu pasti kamu berkata pada dirimu nanti..

"kalau laa dulu aku tak kata macam tu kat dia.."

nah..! sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna..

manusia memang berbeza pandangan, pendirian dan bebas membuat penafsiran terhadap sesuatu yang dirasakan benar baginya tetapi ketika yang sama, manusia diberi akal dan iman untuk mempertimbangkan ilmu secara beradab.

Firman Allah yang bermaksud:

“Serulah ke jalan Tuhanmu wahai Muhammad dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik.”

(Surah al-Nahl, ayat 125)

renung2kan dan selamat beramal... ahai..

24 comments:

myQza said...

siapakah gerangan manusia yang suka menjaga tepi kain blog org tu...

sabar aina. biarkan dia terjun dgn labu2nya..

Guru said...

sabar...
jangan marah2...

Guru said...

sabar...
banyak pahala bagi orang bersabar

Kapten Luffy said...

ish3

siapa lah org busuk hati tu

bermaaf-maaf ler di bulan puasa ni kan

ustazah dyLLa said...

haa...ni bnyk firman Allah...ade ciri2 ustazah le 2...:p

dik, Allah tlh ciptan diri kta lbih awal dr yg kta jgka...mnjdi ustazah jua slh 1 nya...ada sbb mgapa kat ditakdirkan menjdi ustazah...cuba dik renungkan sketika knapa orglain xjdi ustazah???apa bezanya mereka ngn dik???...dik akan fahaminya 1 hari nti...xusah bimbang, Allah bersama2 kta...soal mereka yg suke memporakperandakan hdup kta mmg dh jdi lumrah...slagi dia xpuas hati, slagi itu dia akn trus mengganggu...dia akan berhnti bile dia jemu...biarkan dia dlm keadaan bgitu...doakan smoga Allah membuka pintu hatinya & mengampunkan dosa2nya...INSYA'ALLAH, mudah2an dia diberkati...

NzA said...

eeee...knapa org camtu wujud kt dunia nihh..mmg xleh tgk org senang...sabar jelh eina. 2 brmakna dia take care or jelous...jgn dilayan ok...

NzA said...

ada gak spesis yg xleh tgk org senang...suka ganggu idup org lain. sabar jelh eina. spesis tu jelous tgk org hepi...

:: eyeNa :: said...

tedI: tah laa tak kenal pon sye dia siapa.. huhu..

:: eyeNa :: said...

a kL citizen :

sye tak marah pon kak, cuma tertanya2 jer apa laa salah saya.. mintak maaf dah, tapi apa lg yg dia nak pon sye tak tau..

:: eyeNa :: said...

kepten : tu laa patutnya bulan2 ramadhan yg mulia ni kita saling bebaik2 kan.. ahaii

:: eyeNa :: said...

ustazah DylLa:

thanks kak.. akan di ingati pesan kak DyLla tu.. macih2..

:: eyeNa :: said...

nza:

tak mau layan dah.. ahaii.. macih kak..

nur said...

aina...sapa org tu erk????weh cian kat hg...huhu..sabar jerw k!..

:: eyeNa :: said...

tah laa aku pon tak kenal wey.. isk2..

aslam said...

aku pun .xknal gak dia tu...
hehehhe..hangpa tanya la aku jugak...hahahha..nk juugak..

ntah la dia tu cam rajin je..kalu rajin bakar ayam xpe gak..
bley gak keja kt bazar rmadhan..
hehehhe..

ni nk bakar jugak lidah ngn hati..

pa nk jadi..

:: eyeNa :: said...

ahai biarkan laa..

"kadang2 hidup ni indah kan.. tapi kadang2 ianya tak seindah yg dijangka, tapi kita terpaksa hadapinya jua..."

Anonymous said...

Huhuu..ak kecian la kat dia wei..huhu..
mst idup dia sepi kn sb 2 la nk kcau owng..haha..xda owg suka kat dia..ngeee...

dia jenis blajar xhbis 2..
sb 2 la xtau cra n adab..
tunjuk kelemahan dia sndri..
-bby poOh:)-

Nur Sharmila said...

relax aina, kalau org jeles dgn kita mmg camtu.seriusly, ni perbuatan org yang jeles.ko wat xtau je, lagi la dia sakit hati n jeles...hehe.org jels yang psiko kot.jgn layan.

piNky LuCiA said...

kenapa bila ade gambr aslam dia naik angin? dia sengaL eh? ish3.. ade jugak org macam ni.. penat3..

:: eyeNa :: said...

takpe2 aku dah buang cbox.. malas nak layan juga.. sbb aku taknak laa dia fitnah byk2 sgt..

aku pon kcian kat dia.. so baik aku buang cbox tu untuk kebahagiaan dia..

so kita teruskan hidup dgn bahagia ya..

terima kasih sbb selalu di samping aku.. thanks syukran.. huhu

piNky LuCiA said...

sy dah suh farhan buang link blog awk.. dia kata dia nak buang.. tuggu n lihat je laa eh.. hehe

:: eyeNa :: said...

ahak.. macih2..

:: eyeNa :: said...

ahak.. macih2..

aslam said...

yang