:: mereka Terhebat ::

Tuesday, June 2, 2009

Rehlah Bahriyah

aku hanya memerhatikan bukit bukau yang kering tanpa sepohon kayu.. begitu teguh dan kuat.. sekali sekala terpandang rumah-rumah binaan yang bentuknya jauh berbeza dari rumah-rumah yang pernah aku lihat di tempatku.. bas meluncur laju meninggalkan kawasan suhara.. padang pasir yang kering kontang.. aku terus melayan perasaan.. ya Allah.. sungguh indah ciptaanMU..
kemudian aku tiba di sebuah pantai.. bersih.. airnya biru dan berombak kecil.. aku melangkah turun dari bas yang aku naiki.. deruan ombak kedengaran tatkala aku menjejakkan kaki ke bumi.. "masyaAllah.. ma ajmala haza syatiul bahri...cantiknya..!".. aku hanya memuji kekuasaan Allah.. setelah keindahan pantai itu memukau pandanganku.. bukan aku tak pernah ke pantai.. malah aku pernah meneroka dasar lautan.. di pulau tioman sana.. tapi mungkin permandangan kali ini agak berbeza, di Negara berbeza dan di lautan yang berbeza, kerana itu aku agak terpesona dan terpegun seketika..

aku bergambar bersama sahabat-sahabat.. buat kenang kenangan..

aku duduk memerhatikan pemandangan dan sekali sekala mengalih mata melihat ragam sahabat-sahabat yang sibuk mengumpul kulit-kulit siput dan kerang.. ada antara mereka yang hanya merenung ombak yang galak memukul pantai.. dan ada yang sedang bermain dengan lensa kamera mereka..
aku menyertai mereka untuk bergambar di tepi pantai itu.. indahnya kenangan hari ini.. ujarku di dalam hati






















masa semakin berlalu.. mentari di ufuk mula tenggelam.. "hayyan.. !" (jom).. panggilan itu membuatkan aku kemudian beralih dan berlalu pergi dari pantai.. namun masih sempat merakamkan pemandangan mentari terbenam di tingkap.. bas berlalu pergi... semakin lama semakin menjauhi pantai...

mentari sudah tenggelam meninggalkan kisah yang kini menjadi sejarah hidupku.. dan coretan ini tidak mampuku teruskan lantaran aku tidak punya waktu yang banyak... waktu untukku terus melakarkan terjemahan bagi setiap lukisan dalam hidupku.. semoga aku bernafas lagi di hari esok supaya dapatku kongsikan kurniaan ciptaan Allah yang aku nikmati bersama kalian.. salam manis... ahaiii..

8 comments:

aslam said...

pantai yg secantik kenangan..diimbau kenangan yg xkan pudar..

lapangnyer rase kat pantai...lega dapat rase kat pantai..

sukenyer kat pantai...nak terjun mandi pantai la rase..dan dan..hehehe

Kapten Luffy said...

cantiknya...

teringin plak pegi sana

white rose said...

aih....beranai tgn tuh...awat???g oman dh siap kena ikat kee???

apelaaa cik abg eyana nih...jgn ikat2 dia...cian dia...xleh nk ngorat yg lain.....

gegegege....

p/s: ade x ustaz yg masih single???leh aaa passing kt akak nih...akak ngh mncri calon ust nih.....uuuwwwaaaaaaa............

Jeehan said...

Kursus Intensif Bahasa Arab di Oman itu untuk persediaan pergi ke mana?

Jeehan said...

Kursus Intensif Bahasa Arab di Oman itu, untuk persediaan pergi ke mana?

Anonymous said...

cantek pic kulit2 siput tu... nasi beraini berlauk unta tak tra ke... =]

:: eyeNa :: said...

to aslam:
amboii pulun aih..hehe

to kepten:
mai2.. lawa sini, lawa lagi malaysia..uwaa..

to ustazah dylla:
tangan ada inai? hehe.. syhhh.. hehe.. nak pak arab eh kak? ewah wah..

MuNiR said...

waa cantiknyee