:: mereka Terhebat ::

Monday, June 15, 2009

Entry meloyakan..

AWAS..!! entry ini adalah entry sensitif dan meloyakan.. jika anda sedang demam, pening kepala, rasa mahu muntah atau perkara2 yg sama waktu dengannya, sila JANGAN BACA ENTRY INI.. dan cerita ini adalah khayalan semata2.. tiada kena mengena dengan yang bakal hidup, sedang hidup atau yang telah hidup.. hehe..




aku Warning lagi.. sebarang gangguan selepas membaca entry ini adalah di bawah tanggungjawab masing2.. dan kepada yang berani membaca..TAHNIAH kerana masih membaca..! ngeee hee.. ok

*******************
Telah tersebutlah sebuah kisah.. ketika itu di hari perkahwinan Nora.. sesungguhnya ramai benar jiran2 di kampung Nora, mereka berpakat menyediakan makanan para tetamu jemputan, ramai..! hampir 3 ribu orang yang di ajak untuk memeriahkan hari kenduri perkahwinan Nora..

namun Nora..

"kenapa kau ni Nora? masam mencuka? tak gembirakah kau dengan perkahwinan ni?" sahabat Nora bertanya dalam nada kehairanan..

"err.. aku.. aku..err.."

"apa errr err..?? cakap je laa.. kau berdebar eh..kau dah bersedia ke? lagi setengah jam sampai laa suami kau tu, then bersandinglah kau nanti. ewah.." sahabat Nora begitu gembira dan tidak sabar2 lagi ingin melihat Nora bersanding di pelamin.. Nora tidak berkata apa2..

"kau nampak cantik sangat tau.. senyum laa sikit.. huh..!" sambung sahabat Nora setelah tiada jawapan yang diterima..

"aku rasa.. err.. aku.. emm malu laa nak bagitau.." Nora sudah mengumpul kekuatan untuk berterus terang.. akan tetapi Nora masih teragak-agak..

"rasa apa..? cakap laa Nora.. kau ada masalah ke? aku akan bantu kau.." kali ini sahabat Nora membuat muka yang serius..

"emm.. sebenarnya aku..aku.." seperti menahan sesuatu yang sukar dilepaskan..sukar diluahkannya dan dizahirkannya di hari perkahwinannya itu..
"cakap laa apa.." dan sahabat Nora tidak berputus asa dari terus bertanya..
"aku... (.??.bisik terlalu perlahan..penulis tak dengar ape yang dibisiknya.).huu.." Nora berterus terang namun dia hanya berbisik perlahan kepada sahabatnya seorang..
"ok aku teman kau turun ye.. tapi baju pengantin ni susah laa kau nanti.." bisik si sahabat pula..
dalam kemusykilan itu.. tiba2 kedengaran pengunguman dibuat.. "pengantin lelaki dah sampai.."
dan Nora serta sahabatnya sudah kelam kabut.. "macam mana ni weh.." serentak mereka bersuara..
"tahan ja laa weh.." sahabat Nora memberi pendapat bernas..
Nora hanya mencuka.. lalu pergi menyambut suaminya di halaman rumah.. kompang di pukul bertalu2, begitulah adat melayu tatkala menyambut ketibaan mempelai dua sejoli.. Nora cuba melakarkan senyuman walau dalam kepayahan..
dan ketika upacara makan bersuap.. banyak mata yang memandang Nora dan suaminya..(pengantin baru laa katakan).. dan mereka semua mengusik agar Nora menyuap suaminya makan..
"syyy.. diam2.. kita saksikan detik2 romantik pasangan mempelai kita.." kata DJ yang di jemput khas oleh bapa Nora dalam majlis kenduri tersebut.. dan semua tetamu senyap memandang Nora serta suaminya.. masing2 menunggu masa untuk menepuk tangan dan bersorak kepada mempelai.. ketika itu nora hanya memandang sahabatnya yang juga pengapitnya..
peluh mula membasahi kening Nora.. bukan senang untuk bertahan begitu lama.. jantungnya berdebar-debar kencang, duduknya sudah tidak selesa.. namun tangannya yang bergetar itu tetap akan menyuapkan nasi kepada suaminya, hanya untuk menyempurnakan upacara makan bersuap tersebut..
dan ketika nasik hampir di mulut suaminya..
"PUUTTT prroott Puut..kroott.." kedengaran satu suara seakan dentuman lantas mengejutkan orang ramai.. Nora pula tertunduk malu..
"sayang kentut ke?" tanya suami Nora kepada nora... (sempat lagi tu tanya macam tu..)
Nora hanya menganggukkan kepala..dan berbisik pula kepada suaminya..
"dari tadi lagi ayang rasa sakit perut nak terberak, tapi abang dah sampai pulak tak sempat nak lepas.. ayang malu ni.." Nora seakan-akan mahu menyorok di belakang suaminya..
sedangkan tetamu jemputan dan rombongan pengantin yang lain masih terkebil-kebil dan terpinga2 dengan kejadian tersebut.. "siapa yang kentut?.." teriak seorang budak berumur 9 tahun.. dan persoalan itu tersebar luas..
"proot...puut..PRUTT.. TRUUT..PROOTT.." sekali lagi bunyi pelik itu bergema..kali ini lebih kuat dan jelas..
"bau apa ni.. macam tahik cair je.." teriak budak tadi.. "mesti warna kuning, past tu mesti senang nak kuar kan mak kan..?" sambung budak tadi dengan selamba dan bertanya ibunya.. dan suaranya didengari tetamu yang menyaksikan upacara makan bersuap tersebut.. hanya cubitan ibunya sahaja jawapan kepada soalan bernas tersebut..
Lantas mereka, yakni semua hadirin.. memandang Nora serta suaminya.. meneka-neka siapa agaknya yang melepaskan kentutkan..
"ayang malu laa bang.." Nora mengadu manja..
"takpe sayang, kentot tu baik untuk kesihatan, kalau tak kentot tu maknanya sayang tak sihat.." jawab suaminya selamba..
"tapi ayang dah terberak.." Nora mengadu lagi..
"patot laa berbau..ngee.. abang nak tiru ayang laa..membuktikan kita sehati sejiwa.. berak pon sama2.." dan suaminya pula meneran.. dengan wajah yang terlalu buruk untuk diperkatakan.. hahaha (aku dah tak sanggup nak sambung apa seterusnya..aduss..)
.... hikayat ini berakhir apabila semua tetamu juga turut berkelakuan demikian.. kenapakah hal ini berlaku..? dan budak berusia 9 tahun tadi menjerit lagi..
"ooii pengantin bangun2 cuci tahik kamu dah melimpah dari kerusi tu.. busuknya..! bangun2.. BANGUN..!"
dan terbangunlah Nora dari tidurnya.. "oh aku BERMIMPI rupanya.." keluh nora di dalam hati.. (ngeee.. kecian kat Nora kan..mujur mimpi.. ahaiii)
********************
hehe dan khayalanku semakin hebat kan sekarang ni.. sebab aku boring ar kat kelas ni ustaz tak datang.. sambil aku taip ni aku dok senyum sorang2..haha.. TERIMA KASIH KERANA MEMBACA SEHINGGA KE AKHIIR.. ngeee apa laa aku ni..hahaha.. just kidding guys..ngeeee

2 comments:

Kapten Luffy said...

aku harap bukan realiti ko

muahaha

:: eyeNa :: said...

haha aku tak kawin lagi kira bukan reality laa..huh..!!!