tentang ke Oman, insyaAllah, akan aku balik dgn sesuatu yg baru yg lebih mengajar aku akan kehidupan, apa yg dinamakan sbg "pengalaman". takkan aku pergi jauh meninggalkan org tuaku kerana aku pergi untuk bersuka ria. sesungguhnya tawaran yg menjegah tiba ni hampir 1 bulan baru aku buat keputusan. itupun atas dorongan mak dan ayah yang mahu melihat aku berjaya dan belajar sesuatu yg baru.. mereka tidak pernah memikirkan soal kewangan atau apa2 hatta mereka terpaksa menggadaikan harta. demi anak..tu laa yg mak aku kata sampai aku menitis air mata petang tadi tatkala aku rindu nak dgr suara mak ayah aku.aku takkan sanggup sia2kan mereka. sbb apa yg aku buat, tempat apa aku berada sekarang, semua atas restu mereka..
lantaran tu aku hubungi mak..dan aku tanyakan tentang ke Oman sungguhkan mak dan ayah setujui.. "mak tak kisah, cek p laa belajar laa.jgn pikiaq byk sgt.mak & pak bagi restu, cek belajaq mak dan pak nak cek caghi pengalaman, jauh pada mak takpa.. mak ingat selalu, mak doa kat cek walaupon waktu tu mak dok motong lam kebun jaa." aku dah mula terasa sedu,"mak, cek mintak maaf cek menyusahkan mak ngan pak, cek takmau p.cek takut buat susah mak pak". aku cuba menahan sebakku ditalian tu..
"cek jgn kata mcm tu, mak tak mau cek pikiaq sampai mcm tu, ni mak yg suruh cek p laa..demi mak ngan pak, tgk pak pon suka bila cek dapat p, pak cerita kat kawan2 dia. senyum jaa selalu.p laa cek..".. tu laa aku da jd serba salah air mata dah mengalir laju dipipi..aku rindu mak dan pak...dalam nada tersedu sedan tu aku bersuara,"takpa cek bayaq balik kat pak duit tambang tu bila cek dapat biasiswa nanti.mak jangan risau naa.." mak aku dgn lembut bgtau "takpa aih, pasal duit kita boleh cari,peluang, pengalaman bukan kita leh ambik mana2 selain kita alami, mak dah dapat yg umno dgn pas leh laa bg buat duit cek makan, cek ingat dak duit cek lam tabung haji lebih bayak, pasal mak tak bwk cek p mekah? tu pon duit cek simpan sendiri masa kecik2 cek p raya laa, p menabung past sekolah.cek ingat dak? guna duit tu dulu. esok2 ada rezeki cek tambah balik duit tu, p laa mekah. jgn dok bimbang sgt..mak dgn pak tak pa. tak dak apa laa.toksah dok bekira laa...".. aku dah semakin sayu, rasanya pipiku makin panas dengan air mata yg tak tertahan..mujur aku belikan handset murah tu untuk mak dan pak, kalau tak mungkin aku tak dapat cakap dengan mak pak dan aku rasanya lebih lemah dan tak sedap hati..
memang mak dan bapaku sangat pandai jaga wang, masa aku kecik2 dulu bapa bagi aku 5kupang (50cen) untuk p sekolah, aku dapat makan RMT.. (yg mkn free pagi2 utk budak2 tak berkemampuan or org kg berpendapatan rendah). so aku dan adik takkan guna 50cen tu, kami suka simpan lam tabung yang bila masuk je duit "bagus adik bijak menabung" tu laa bunyinye. aku dan adik akan selalu bersaing tabung sape lagi berat. hari raya kami akan meronda rata rumah2 di kampung, duit2 semua simpan lam tabung, dan mak ayah aku da buka akaund tabung haji kami seawal umur aku 2 tahun. bayangkan.. adik,mak dan bapa dah g mekah masa aku kat nilam puri.tp aku tak dpat g sbb aku ada exam. so mungkin rezeki aku bila duit kat tabung haji ada lebih2 utk penerbangan, aku leh guna g Oman.. hmm..
tak terniat nak menyusahkan..sbb aku sgt2 sygkan mak dan bapa aku. sekarang aku jauh sgt di sini. aku rindu kat mak dan bapa aku di kampung. aku terlalu manja. aku akan teringat saat2 susah senang mak dan bapa, aku takkan sanggup menyusahkan lagi setelah pelbagai kesusahan yg mereka lalui sepanjang membesarkan aku.. aku sedar aku bukanlah anak yang baik, tp aku cuba jadi yg terbaik. mungkin dulu waktu aku masih tak matang, aku sering melawan, aku tak ikut apa mak aku kata. aku malu nak bawak bapak jumpa cikgu sbb cikgu akan kata bapak tu datuk aku.. aku malu bila kawan2 kata pak aku tak pandai baca.. aku cemburu tgk org lain boleh msj2 mak ayah depa.. tp semua tu aku tolak tepi bila tiap2 apa yg terjadi aku ingat doa tu.. "ya Allah peliharalah kedua ibu bapaku seperti mana mereka memeliharaku sejak kecilku".. yaa aku sayang mereka walau siapa pon mereka.. tanpa mak dan ayah takda laa aku di sini.. dan hidup aku seakan tak beerti lagi.. dan aku sangat2 bangga ada mak dan ayah mcm depa.. mereka terlalu sempurna dimataku..
kini aku menerima 1 tawaran yg membuatkan jarak antara kami akan terpisah jauh..antara aku dan orang tuaku.. adakah satu keseronokan bila itu yg terpaksa aku tempuhi? tidak.. aku seringkali risau.. aku taknak jauh sikit pon dari depa hatta aku berada di KL ni.. hari2 yg berbaki ni aku nak tatap wajah mak ayah aku.. aku nak sentiasa berikan ciuman aku kat pipi mak dan ayah.. aku nak peluk depa.. aku rindu mak dan ayah.. hari ni aku telefon mak. aku cuba mengawal nada sebakku, tp aku tahu mak rasa apa yg aku rasa.. mak tak putus2 bg aku semangat.. mak bg aku dorongan sehinggakan aku rasa nak lari nak peluk mak aku mcm aku kecik2 dulu.. tp apakan daya.. aku disini, cuba berjuang apa yg termampu, untuk final akan datang. tak sabar rasanya nak balik rumah.. sesungguhnya hari ni hari yg sayu bgku dan sbb tu aku cuba lupakan seketika..hmm.. tapi tak tau mcm mana..
sesungguhnya mak dan bapaku amat memahami, walaupon bapa da tak larat nak kendong aku di bahunya, mcm aku kecik2 dulu, walaupun mak dah tak larat nak dukung aku, tapi aku tahu jauh di sudut hati mereka begitu menyayangi aku dan mengharapkan kejayaanku.. dan kata2 last mak aku tadi...
"mak pak ngan adik nanti nak p hantaq cek nek kapal terbang.. adik nak bawak keta dia p antaq cek.. mak nak cek p laa cari laa byk mana pengalaman, tu paling penting untuk ajaq cek. kalaupon mak dan pak dah takdak untuk ajaq cek, mak tinggai kat cek pengalaman, mak tak kira walau satu sen pon duit yang mak bagi kat cek. mak ngan pak halalkan semuanya. mak cuma nak tgk cek jadi org berguna, cek buat laa apa pon mak sokong cek selagi benda tu elok. mak bangga bila anak mak berjaya. tinggai cek sorg jaa lagi dok belajaq mak sikit tak rasa susah.. dah laa cek jangan sedih sgt. satgi mak rasa sedih gak.. cek belajaq laa lek lok.. nah cakap dgn pak.."
"Na.. mu watpa..mu g dei pak boh dah duit kat mu. pak ada sikit, org tolong pon ada. mu g dei. bawak balik apa2 kat pak.. pak nak tgk mu g nek kapal terbang.. mu sorang tak nah nek gi. adik mu g mekah mu tak g mana gi.. nati mu g dgn kak Nab.. pak nak buat kenughi baca yasin bagi mu selamat g sana.. mu g laa dei.."
aku dah sebak dgr mak ayah aku cakap mcm tu. bukan apa..aku terharu..sepanjang taip ni pon tak dpat aku halang air mata jatuh mengalir deras.. hmm..
"takpa laa kalau pa kata lagu tu.. cek p.. terima kasih pa.. kim salam kat mak..doakan cek dapat jawab periksa naa."
ayah mendoakan aku supaya terang hati dan katanya, doanya sentiasa mengiringi aku.. dan ayah dah suruh aku balik cepat.. walaupun dah byk kali aku katakan examku habis 4hb 5 nanti.. mungkin ayah lupa..tp itulah... kasih sayang yang sering membuatkan aku seolah2 sedang disamping mereka.. jauh dimata, dekat sentiasa dihati.. :'(
11 comments:
Knowing is not enough; we must apply.
Willing is not enough; we must do.
-Johann Wolfgang von Goethe-
yer.. i'll do my best.. semuanya ats niat kita dan ketentuan Allah setelah kita berusaha.. macih yaa.. tanks.. :) now i can smile..
x kesian kt mak & pak u ka? abis ribu2 .. lain la klau u orang kaya...satu sen pn sgt brnilai tau..org tua u x tau apa2..depa ingat u nk pi belajar..tp sebenarnya x lebih dari makan angin semata-mata..
ya Allah berapa kali aku nak bgtau ni.. aku p kursus Bahasa Arab laa! kalau aku p makan angin tak payah aku nak lulus test paper University2 timur tengah tu..! aku cukup pantang bila org kata aku tak kecian kat mak pak aku. kalau aku tak kesian aku takkan tanya berkali2 kat depa boleh ke aku p. sungguhpon hidup aku susah mak ayah aku pentingkan pelajaran dan ilmu.aku p dengan 15 org je yg lulus ujian bahasa arab tu. bawah akademi islam. dalam kursus tu ada jugak praktikal mengajar bahasa arab. p laa baca tentatif program! ingat aku suka sgt nak p ka????! aku bengang laa.. aku sedih2 dapat pulak komen yg buat aku marah.! jgn bg aku emosi.. sbb mak ayah aku tu laa aku p. haa ni yg aku tak suka ni.. tak faham situasi aku main kata je. huhuhu.. aku cukup pantang bila org anggapa ku gini..haaaa lu pikir laa sendiri..!
aina..hg jgn layan bdak tu....die tu dengki sbb xdapat tu...bile dah xdpat tu lepas mrah kat org...bengong punya org~
huhu Dzul, mcih yaa sokong ak..geram gak td tu yg teremosi tu..hahai ak punya laa penuh perasaan kecian kat org tua dia kata ak mcm tu..bikin panas..hahaii tanks my fren..waa
waa...sedih la baca entry ni..
ape la budak kolej 5 tu.. suka suki je ckp cmtu..
gudlak ea.
=)
hahai..takpe2 sabar je laa kan..is is is..kecian lak dia kena marah dgn ak, is is is..tanks Hana..i love my fren..hee
kolej 5 :
knp laa ko ni sengaL sgt eh? da bc entry aina yg punya laa pnjang menjela.. ko ley plak komen yg ala2 beng*** gi2.. ade jugak manusia yg dengki gini..
klu ko ni dengki sgt... pe kata ko layakkan diri.. ni tak.. tak layak jugak.. aduhai.. tak ley pg.. tp kutuk2 org.. ko ni pe kes?
aduhai.. ape pasl plak aku yg emo?? ni laa manusia.. tak ley skit nk tgk org sennag.. org lebey dr dia.. insaflaa.. huhu
aina.. jgn laa sedey2 emo2 ag.. klu nak pk ape org kaata.. smpai kiamat pun tak habis.. yg penting.. buktikan yg aina bley..
berusaha+berusaha+berusaha.. :)
waa kali ni i terima nasihat yg sgt2 buat i bersemangat.. terima kasih yaa kak pinky, u sokong i..hahaii tu laa dah laa main letak nama kolej 5 je..nak cakap depan2 tak berani laa tu..hahai mujur laa ada kawan2 yg memahami..isk2 terharunyee macih kak pinky..lap u..mmuaaah..!
Post a Comment