:: mereka Terhebat ::

Monday, May 9, 2011

esok exam terakhir aku sebagai pelajar ijazah sarjana muda..

salam.. hmm takde mood sebenarnya nak bercerita..tapi ambik peluang sementara masih ada nyawa di jasad untuk menyatakan perjalanan2 yang sedang genting kini.. esok ( 11 MEI 2011 ) adalah hari terakhir aku akan menduduki peperiksaan sebagai pelajar ijazah sarjana muda..

Dah 4 tahun rupanya aku sebagai student.. macam sekejab masa berlalu.. macam2 yang terjadi dan berlaku dalam hidupku selama 4 tahun ni.. dan daripada seorang yang single aku telah pon berkahwin.. kini sedang sarat pula menanti cahayamata pertama kami.. sungguh cepat..

selepas ini tentu aku lagi tidak percaya apabila melihat anakku membesar dan ingin berkahwin pula.. bahagianya.. sebagai ibu aku akan selalu mahukan yang terbaik buat anak2 ku.. aku mahu mulakan sekarang, sejak anak ini masih dalam kandungan.. aku mahu beri didikan yang terbaik supaya anak ini lahir menjadi insan yang beriman..taat dan di kasihi..

masa yang telah berlalu mengajar kita erti kehidupan, semakin hari semakin banyak pengalaman yang kita kecapi, semakin banyak pengajaran yang kita lalui.. semuanya adalah proses untuk lebih mendewasakan dan mematangkan.. cukup matangkah kita? ia bergantung kepada sejauh mana kita menaakul dalam menyelesaikan setiap permasalahan dalam hidup..

tak semestinya seseorang tu umur dah 40 lebih atau 50 lebih sudah cukup matang dalam membuat keputusan.. tidak..! orang yang baru usia 20 an juga jika pandai memikirkan baik buruk, risiko, kesan, peluang, akibat dan sebagainya mungkin lebih bijak membuat sesuatu keputusan yang besar dalam hidupnya..

harap2 bila aku dah jadi ibu nanti, bila aku dah capai usia tua nanti aku akan lebih memahami anak2 dan lebih pandai untuk menunjukkan didikan serta kasih sayang.. aku tidak mahu anak2 aku rasa terpaksa dalam melakukan sesuatu.. aku mahu ajar mereka enjoy yakni bersenang dengan apa yang ingin mereka lakukan. hatta ibadah.. enjoy dalm ibadah? yaa? kenapa tidak? bukankah perbuatan yang kita lakukan kerana kita suka melakukannya lebih mendapat manfaat serta pahala berbanding perbuatan yang terpaksa..

nak solat, takkan nak bagi rasa terpaksa? tak boleh, kena rasa sendiri ingin bersolat sebab tanggungjawab.. so aku akan didik rasa untuk melakukan tanpa terpaksa sampai kalau tak solat jadi serba salah n tak senang duduk.. tu laa baru namanya ikhlas dalam ibadah.. nak kahwin? takkan nak paksa? tak boleh.. kalau nak kahwin, dapat pasangan yang betul2 bagus dari agamanya.. teruskanlah.. Allah dah janjikan rezeki atas setiap perkahwinan.. 

arr membebel pula aku kan.. belum sempat jadi ibu dah membebel.. bila dah jadi ibu kelak mesti lagik banyak leteran..haha biarlah, Mak aku pon suka beleter tapi setiap leteran dia memberi didikan padaku.. mak suka membebel tapi setiap bebelan mempunyai isi yang membuatkan diriku belajar.. bukan leteran kosong yang menyakitkan hati... tapi sebuah kata2 yang menyenangkan.. pelik? kenapa aku suka dengar Mak berleter? haha sebab aku terhibur! rasa di sayangi.. itulah kelebihan Mak.. aku nak jadi macam Mak aku..!

Mak. takda apa nak di explainkan.. mak laa yang paling memahami, paling baik di dunia akhirat.. mak laa paling anak ni sayang.. Mak.. mak.. rindu nak panggil mak..

.......................................................................

ermm sebenarnya nak cerita pasal exam last tapi dah termelalut ke mana dah ni eh. sorry..! aku tak sabar nak habiskan exam.. past tu aku nak tenangkan fikiran duduk di kampung yang damai..nak perhati ayam2 dan itik2 yang di pelihara.. past tu nak tunggu baby lahir.. nak rehat puas-puas sepuasnya.. mungkin Allah juga tahu aku sudah penat dengan duniaku.. maka aku di beri peluang untuk berehat.. alhamdulillah aku bersyukur..!


tanda tanya (?): berehat lama2 mesti best kan? takde sape dah yang nak serabutkan kita kan? dan kita pon tak serabut2kan orang lagi kan..?

2 comments:

aslam said...

hahahha..berani komen laa...
hahahhaha...nk komen la ni...
hahahhaha..
berani rupanyer.hahahahha..

ippu ngn tatik adlah kerinduan papak.papak enjoy ngn hidup papak...sbg suami,papak ngn ustaz dan penoreh getah, dan penternak dan peneka dengki ikat ippu.heee..

aslam said...

hahahha..berani?komen laa....
hahhahahha..oooowh.berani rupanyer.
hahahhaha

papak pun enjoy ngn hidup papak sbg suami, papak, penoreh getah, ustaz dan penternak ayam...hehehhehe.

apa pn xboleyh.apa pun xboleyh.hahahhaha.trademark JAMBU.heee