:: mereka Terhebat ::

::MEREKA SANGAT HEBAT::

Monday, August 30, 2010

Merdeka.. merdeka..!!! Mikro teaching dah habis..

huh.. salam semua.. ahaii hari ni berlakunya mikro teaching dalam hidupku.. ahaii nak kata aku ni baru 1st time mengajar, tak jugak, aku dah banyak kali gak buat pembentangan.. tapi hari ni aku mati akal plak laa.. eee tak puas hati ja rasa.. adoii kisahnye semua camni..

jam dah pukul 3: 15 petang, jam 3: 30 petang akan ada kelas mikro teaching.. berdebar2 jugak kerna minggu ni aku berpewatakkan sebagai ustazah.. layakkah aku? persoalan yg sering membuat aku hilang keyakinan diri memikirkan bahwa banyak lagi perkara yang perlu aku dalami supaya aku benar2 bersedia sebagai seorang guru...

aku kemudian bersiap untuk ke kelas. entah kenapa debaran di dada semakin kuat dan kencang..ya Allah nak mengajar pon kena berdebar ker? huhu

usai bersiap dan mengenakan tudung, aku bergegas turun ke tempat parking motosikal.. suasana agak suram ketika itu, hujan sudah rintik2.. aku pantas meletakan barang2 ABM (alat bantu mengajar) yang akan aku guna hari ini ke dalam raga motosikal..dan dengan pantas juga aku hidupkan enjin moto kesayanganku itu.. lalu aku memecut laju menuju ke Akademi Pengajian Islam UM..

hujan makin lebat pula setibanya aku di atas bukit cinta.. adu sudahlah motosikal itu bergerak perlahan dek mendaki bukit.. baju yang kering kini sudah dibasahi air hujan.. semakin menghampiri fakulti yang aku tuju, semakin lebat hujan dan airnya mencurah2 turun membasahi aku.. membasahi beg laptopku.. membasahi ABM yang aku bawa.. ya Allah tak sampai 1 minit aku sudah lencun.. basah..!!

nak2 aku pulang ke kolej untuk menukar baju, akan tetapi aku akan mengajar hari ini, maka hasrat itu aku lupakan.. dalam keadaan tidak selesa kerana kebasahan, aku gagahi juga sesi pengajaran.. sebelum itu sahabatku berpesan:

"weh jangan cakap cam KL sangat, tak sedap dengar.. emm tapi ikot mu laa jd diri sendiri pon takpa.."

aku dah muka bercelaru dalam fikiran.. camne aku nak cakap ni eh. nak kena control ker? aku jadi diri sendiri? diri sendiri aku tu macam mana? arghhhh dah mula kalut, takut, tak yakin tambah tak selesa sangsung dengan basah kuyup..sejuk menggigil..tapi demi nak jadi ustazah hari ini, aku gagahi juga..

natijahnya, aku kurang bercakap, aku tak yakin, aku buat set induksi yang tak berjaya.. arghhh start dar situ semua benda jadi spoi..huhu..tak jadi macam yang aku rancang..aku risau, aku tak yakin, aku tercari2 macam mana diri aku?? macam mana aku perlu jadi?????

aku salahkan diri aku 100% sebab aku tak mampu hadapi konflik diri di saat terakhir.. saat2 aku jadi seorang ustazah.. saat2 aku dinilai sebagai seorang pendidik. berjayakah aku??

"ok weh ko ngajar.. aku suka..best..cuma ko nampak cam diam sikit, tak cam selalu.."

"ko gugup ker? nape ko nampak cam orang lain?"

"nak pinjam RP ko laa nak photostat.. bagus langkah ko.."

biar betul.. rasa cam kena perli.. huhu sebab aku tak puas hati sangat2.. aku tak dapat bentang macam mana yang aku bayangkan.. aduh..

"mu jadi diri mu.."

terngiyang2 perkataan itu di telingaku.. jadi diri sendiri tu macam mana??? arghhh fikir banayk2 aku gagal akhirnya menunjukkan yg terbaik.. aku sendiri yang rasa gagal.. dan pensyarah yang mengajar turut memberi komen,

"ustazah spoi pada set induksi sebab tu ustazah nampak spoi sampai last.."

huhu aku tak tahu laa nak wat camne..tapi belajar mesti dri kesalahan..cuma menyesal sebab tak pandi imbangkan emosi dan pemikiran sahaja.. seharusnya apabila di tegur pada saat2 terakhir aku tidak mengubah starategi dan kaedah cara percakapan aku.. aku patotnya tak control atau takot.. aku mesti tunjukkan diri aku boleh.. huhu

begitulah.. aku tahu ada yang memang merasakan pengajaran aku tadi ok..takde masalah.. tapi sebagai orang yang mengajar ni rasa mcm tak sampai jer sesuatu yg aku nak sampaikan..

kesimpulannya persediaan diri guru amatlah penting ketika proses pengajaran dan pembelajaran.. rancangan pengajaran sahaja tidak cukup untuk menunjukkan guru itu seorang yang berjaya.. guru mesti selesa dengan persekitaran dan keadaan.. basah lencun, sejuk, perlu di hapuskan supaya tiada faktor penghalang untuk guru menjadi aktif dan bertenanga..

bila terima kritikan atau cadangan supaya mengubah aksi atau rancangan di saat22 terakhir, jangan pedulikan sangat.. teruskan seperti yg kita dah rancang sebab itu pasti jadi yang lebih baik berbanding dengan benda yang on the spot.. be your self.. bukan nak kenal diri di saat2 mengajar tapi kena kenal diri sebelum jadi pengajar..

iktibar dan panduan.. belajar dari kesilapan yang tak mungkin aku ulangi..huhuhuhu.. kalau laa di takdirkan aku dapat A mikro teaching ni, aku akan bagi hadiah kat ustaz.. itu nazarku.. huuu macam2.. hidup2..hee salam..

Sunday, August 29, 2010

alangkah indahnyaaa...

isk..aku sedang berehat2 di hujung minggu yang dah sampai penghujung ni.. esok kuliah akan bermula. aku kena mengajar pulak..ahai berdebar.. hmm dalam asyik menulis Rancangan Pengajaran, sambil mendengar radio.. tiba2 berkumandang lagu raya.. aisyah "pulanglah".. aduh tersentuh hati..

tak dapat aku bayangkan kalau di hari raya, hari mulia tu aku tidak bersama dengan orang2 yang aku sayangi.. terutamanya suamiku.. huhu.. semoga Allah memanjangkan jodoh kita dan kita tetap akn terus bersama.. ahaii tersentuhnya.. risau kalau2 hubby tinggal aku...huk huk...

aku rindu kat hubby.. dah 2 minggu tak jumpa hubby ni..ahai.. walaupon macam baru jew 2 minggu tu bagi aku macam 2 tahun tau.. tahan rindu pada suami.. Alhamdulillah rindu itu pada tempatnya.. itulah gurau rakan2ku.. ahaii.. tak sabar rasanya untuk bersama hubby hidup sebagai suami isteri dan tinggal bersama sebagai 1 keluarga..ada anak2 juga.. hee takpe sekarang jauh2 satu hari nanti pasti bersama kan..eheee



rindunya.. aku hantar 1 sms pada suami.. bunyinya begini

" abang.. rindu laa.."

tak sampai seminit suamiku dah call.. hehe dia pon rindu jugak..ewah2.. lau tak aku syok sendiri laa jawabnyee..ekekeee.. huhu alangkah indahnya bila cinta yang selam ini terpendam dapat aku zahirkan khas buat suamiku sayang.. hee

banyak betul cabaran dan dugaan dalam melayari hidup sebagai suami isteri.. Alhamdulillah dapat kami tempuhinya.. semua berkat mak ayah yang tak pernah lekang mendoakan kebahagiaan buat kami.. (^_^)

sayangnyeeeeeeeeeeeeeeee....



ala2 penembak burung giteww..hehe kami rasakan kami ada banyak persamaan.. dia suka bergambar sama macam aku, dia suka ketawa, dia kelakar, dia pemimpinku.. semua ciri2 lelaki idamanku ada padanya.. dia suamiku.. ahai.. jiwang lak..hee

ok laa kawan2 aku nak p meeting ni.. huu lain kali aku berjiwang2 lagi eh.. tata..

nota kaki : alangkah indahnya kan.. hihi

Saturday, August 28, 2010

siap pon design wall baru..

yoyoo.. bertemu kembali dalam rancangan post post.hehe eh silap..memula kena bagi salam dulu kan.. eheh..
assalamualaikum kawan2.. aku dah siap design tau..aku  ni kalau dah mula main photoshop aku mmg tak buat kerja lain dah..hihi..


"sebuah gambar itu dapat di tafsirkan dengan berjuta2 makna" 

aku suka dengan kata2 ni..hee.. tak sabar rasanya nak balik berhari raya di kampung halaman tercinta.. dan pastinya lagi tak sabar bila nak sambut dengan suami tersayang..hehe first time tu nak sambut hari raya bersama.. ewaah ala2 macam pengantin baru lagi plak kan..hehe

sure laa dapat di kategorikan sebagai pengantin lagi sebab bulan depan wedding aku kat umah mentua..hee insyaAllah 25 SEPTEMBER 2010.. jemput2 laa datang kepada yang berdekatan dan berkelapangan..ahaii..


sejak2 kahwin ni aku selalu balik ke kampung bila hujung minggu.. minggu ni aku tak balik..so aku dating ngan blog ni..hehe actually aku kena mengajar isnin ni.. aduhai mikro teaching.. takot sangat2 sebab risau nanti dalam penilaian aku mengajar tak best..huuu

tapi dalam masa yang sama aku tak sabar nak mengajar sebab aku tak sabar2 nak jadi cikgu.. pekerjaan yang mulia.. aku nak bantu anak2 murid aku yang perlukan bantuan aku..aku nak didik mereka supaya mereka terpandu dengan agama dalam kehidupan mereka..

ahaii.. tinggal 1 sem lagi insyaAllah aku akan tamat juga ijazah sarjana muda.. mahu rasanya untuk menyambung ke peringkat sarjana.. ada master.. tapi sebelum tu aku nak cari pengalaman dengan pelajar2..baru boleh ada idea nak master dalam bahagian apa..

kalau boleh nak sangat sambung lam hal pendididkan.. sebab aku tengok kat university aku sekarang ni tak ramai pensyarah2 kat pendidikan..sampai terpaksa cari pensyarah luar..haa isu pendidikan sekarang ni pon di persoalkan..sebbnya?? yaa terdapat banyak masalah yang dikaitkan dengan sistem pendidikan itu sendiri..

ya Allah semoga usaha aku selama ini di berkati..semoga aku dapat menjadi guru terbaik.. itu cita2 aku sejak aku berumur 10 tahun..sebab aku tengok semua kakak2 dn abang2 aku jadi cikgu..maka aku pon bersemangat nak jadi guru jugak..

kakak aku kata cikgu ni sentiasa muda..

"cik gu, sampai tua pon orang panggil kita cik..hehe"

itulah gurau kak yam..dia adalah antara kakak yang menjadi teladan padaku..selalu balik kampung jumpa ayah yang dah tua..kak yam ambik berat pasal adik2.. aku rasa macam di beri perhatian dan di fahami jer..mybe sebab kak yam pon ada anak yang sebaya2 aku..hee pape pon kak yam sangat sporting.. (^_^)

eheh lau kak yam baca mesti aku malu sampai tebal muka..hehehe.. well jom layan gambo2 pusing2 kat UM ni..ahaii..


cun melecun..hehe



university kesayangan ku..chewah..!!




zaman remaja.. remajakah aku??? hehe walaupon dah kawin tp still nampak usia belasan tahun kan muka aku..hehehe mcm budak tingkatan 5 kan..hahaha perasan dah..haha

opss dah banyak plak membebel.. hari ni aku buka puasa dengan roommate aku..syada.. makan telur rebus jer kami..isk2.. tapi thanks to syada yang selalu tapaukan sahur untuk aku..hee to syada...:


"aku ni bab bangun tengah2 malam aku lemah sikit weh..ahaii"

ok laa aku nak study plak.. then buka "muka buku"..hehe salam..

nota kaki: syada, sorry sebab tak bg galakkan kat mu makan tomyam..hihii.. aduhaii

Friday, August 27, 2010

lama kiranya..

salam.. ahai rindu rasa hati kat blog yang da semkin usang dan bersawang ni.. tapi dalam menegembara aku kadang2 mengintai2 di sini dan aku tahu ada yang masih setia datang berkunjung.. cuma aku sahaja yang sudah malas untuk menulis..kenapa? entahlah..

aku minat dalam penulisan, walaupun aku tahu tulisan yang aku hasilkan bukanlah tulisan yang indah, seindah tulisan yang termaktub di dalm novel-novel atau buku pujangga.. tapi aku mahu menulis juga. tulisan dari hati.. itulah yang aku hasilkan selama aku di blog ini..

apabila mood aku gembira, selalunya karya aku santai dan bersahaja, adakala idea kelakar dan gila-gila datang tiba2 untuk aku coretkan di sini.. namun tak selamnya mood itu sekata.. sampai masa aku bersedih atau berduka, pasti post yang aku taip agak menghibakan diriku..

lumrahlah.. rupanya tulisanku ini adalah mengikut naluri hatiku.. menulis dari hati.. aku tidak tahu siapa yang suka membaca atau yang tidak suka menerima tulisan aku.. yang penting aku sekadar meluahkan di sini apa yang tersirat di hati..

nak berterus terang dengan seseorang tentang perasaan hati ni susah.. sebab mungkin orang tu akan salah faham dengan maksud cerita yang kita nak sampaikan.. jadi lebih baik aku menulis sahaja.. sebab bila aku tulis, aku rasa ringan.. rasa seolah-olah aku sedang meluahkan perasaan pada yang memberi perhatian..

haha apa yang aku merepek ni ye? tengok..!! awal tadi mood aku agak mendatar.. tapi sekarang aku dah mula rasa lucu dengan diriku. sebab rasa cam cakap sorang2 jer.. haha.. well itulah kelebilah menjadi seorang penulis..

sebelum ni aku sangat suka menulis.. boleh dikatakan setiap bulan, bahkan setiap hari.. pasti ada post..tapi sejak ada facebook, jadi malas pula nak menaip.. nak kongsi apa2 facebook ada.. then nanti ramai yg akan komen dan bagi pendapat.. berbeza dengan blog..

akan tetapi karangan2 di blog lebih anjal.. aku boleh meletakkan cerita pada sebuh gambar dan aku dapat kaitkan ia sebagai sebuah kisah, realiti atau fantasi.. dalam blog ni aku dapat corakan warna-warna yang aku mahu.. indahnya..! ya aku nak mula aktif balik laa..hehe

kejab lagi aku nak tukar layout tau.. hehe hope dengan layout yang baru akan menambahkan semangat aku untuk datang dan datang dan terus datang ke rumah nombor dua aku ni. aku nak cuci2 blog ni dan hias elok2 supaya ianya tidak jadi rumah usang lagi... yeeeeey..!!

tanda tanya: (?) apakah ini hanya hangat2 taik ayam?? huuuu