:: mereka Terhebat ::

Sunday, December 28, 2008

"kita istimewa kerana kita adalah kita"

"Bila kita perhatikan sejenak, bila kita renungkan sekejab, maka kian lama akan terpancarlah kebenaran yang dicari dan akan terungkailah persoalan yang menghantui.."

sekali sekala kita lupa, kita selalu mengkritik.. itu ini serba tak kena. sana tidak puas hati, sini pun sama. tak pernah ada yang memenuhi keinginan sendiri. bila ditimpa ujian atau musibah, kita mula menyalahkan takdir. lalu membandingkan diri dengan orang lain.

' kenapa dia tak sama macam aku? kenapa aku yang tempuhi masalah mcm ni? kenapa bukan dia..?? kenapa bukan orang lain?? kenapa..?? kenapa?? KENAPA..??? '

Sedar tak sedar waktu tu kita berfikir, kita mentafsir dan membuat penaakulan. Andai kiranya apa yang kita fikir tu berlandaskan akal, sudah pasti kita dapat satu jawapan yang kita cari.. Lebih baik lagi, bila jawapan tersebut dibuktikan dengan wahyu yakni seperti apa yang tertulis dalam kitab suci Al-Quran atau Hadis. Nah, inilah buktinya kita juga boleh jadi ahli falsafah, berusaha bersungguh-sungguh mencari kebenaran.. sebagai umat islam, wajiblah kebenaran yang ditemui berlandaskan syariat.. Maka "ayuhlah berfikir.." kita adalah sempurna walaupun tak sama dengan orang lain tapi kita tetap istimewa.. PERCAYALAH... -eyeNA

No comments: