Tuesday, September 29, 2009
I'M BACK...!!
Wednesday, September 9, 2009
ada apa dengan 09/09/09..???!
salam ramadhan al-mubarak.. ehem2.. kita sekali lagi nampaknya bersiaran di ruangan ini.. ewah semangat betul kan muqaddimah entry aku ni kan.. hehe *takde kena mengena dengan gambar di atas..
ok2 aku bukan apa.. hari ni kalut2 sangat kat kuliah tadi.. semua orang dok sebut2 09/09/09.. isk memula aku ingatkan nak dapat duit raya sebanyak RM9.99 kan.. tapi bukan juga.. hai..lama2 aku memikir..
rupanya hari ni 9 haribulan 9 tahun 09.. haaa.. begitulah.. maka aku nak bagitau 9 fakta pasal aku..*yang ada kaitan dengan nombor 9.. heheheee
- aku beragama islam, beriman dengan 99 nama2 Allah.. *alhamdulillah..
- aku mempunyai 9 adik beradik
- aku dilahirkan pada tahun 1987.. *kira ada jugak laa nombor 9.. ngeeee
- tarikh lahir aku pada 29 haribulan 6 *bagi hadiah jangan lupa.. tahun depan! cepat buat remainder! hehe
- nombor iC aku yang belakang *9**.. *kira ada 9 laa jugak tu..
- nombor plat kete aku KB* 6619 *ada gak nombor 9 kan..
- nombor plat moto aku KCF *19 *peringatan, bukan KFC ok!
- aku suka beli barang yang ada 99 cen kat belakang harganya.. contoh : kasut RM29.99, tudung RM15.99, t.shirt RM9.99.. *haha murah2..
- nombor phone aku 013*****09 (^_^)
dah2 habis dah 9 fakta! hehe.. aku kalau boleh nak laa tarikh keramat cam ni ada seseorang yang melamar aku ke meminang aku ke.. hehe.. tapi dah tak sempat dah.. hari ni dah nak habis pon.. sekali je 09/09/09 ni.. haa tapi mak cakap, nombor bertuah aku adalah nombor 9.. hehe
tunggu punya tunggu hari ni berlalu mcm laa hari semalam.. isk2.. tapi hari ni tetap dalam sejarah.. sbb "seseorang" kat facebook dok ngorat aku..hihi.. *apa daa.. sabar je la.. ahai
adoii aku ada kelas plak dah.. baru nak merepek2 panjang2 kat sini.. huhu tak sempat.. sowie2.. ok semua.. kamu bagaimana? ada kaitan dengan no 9 tak?
tipu laa kalau cakap tak.. bila dalam kecemasan kita call 999.. ! hahaha..
ok2.. lain kali aku merapu lagi.. aduh dah lambat ni.. kalut2.. jom p kelas.. k
p/s: kalau hantaran aku RM9999.99 ok x? ngee
Sunday, September 6, 2009
Tahniah Naim..! konvokesyen 2009 UKM..
ok2 teruskan ke story hari ini.. *padahal dah lama citer ni.. sengaja aku kasi pekasam sikit citer yang bakal aku sebut ini.. hehe.. siapakah mamat di bawah?
alamak aku dah letak nama beliau lak kat gambar tu.. naim.. anak buah aku yang dah konvo baru2 ni.. ahaii tahniah kepada beliau.. sekarang dah jadi RA sambung Master and tak lama lagi nak jadi lcture.. bagus2.. aku bangga dengan beliau.. ngeee
siapa itu ekin? beliau adalah roommate aku masa 1st year kat UM ni. past tu beliau sekarang telah menjadi kekasih hati Naim.. haha *tak lama dah mereka nak kahwin tu.. isk
tu dia.. naim dah kuar.. terimalah hadiah yang sangat2 best tesebut.. isk.. muka mcm budak tadika jer naim ni tau.. kui kui..
haa aku jugak jumpa dengan kak Nab.. my sister.. ibu naim..
Thursday, September 3, 2009
i join contest..!!
ni antara gambar2 yang aku kirimkan. haha cam pernah tengok kan? *buat2 jer pernah..ngee aku dah pernah upload gambar tersebut bulan lepas kot.. entry apa tah.. aku dah lupa..
gambar kat atas ni pon aku kirim.. gambar tu aku pernah upload masa 1st entry aku sewaktu dahulu kala..
silat cekak hanafi..
MUHASABAH CINTA..
Tuesday, September 1, 2009
aku bukan ustazah..!
then aku letak laa surah al hujrat ayat 11 mengenai larangan ALLAH terhadap perbuatan mencela, menghina mencemuh dan menggelarkan seseorang dengan gelaran yang tidak baik.. dengan harapan "dia" sedar laa perbuatannya.. tapi still "dia" datang.. aku pon tak faham laa kenapa..
dan satu lagi yang aku perasan kan, tetiap kali ada jer gambar aslam dalam entry aku mula laa "dia" naik angin.. tah laa kenapa..
dulu pernah aku buang cbox and aku letak pingbox.. yang mana hanya "dia" dan aku je leh berborak.. past tu "dia" masuk pingbox aku and mcm biasa ayat mcm orang takde perasaan "dia" kasi kat aku.. aku cakap elok2, tapi "dia" cakap benda yang mendatangkan kemarahan.. isk masyaALLAH aku takut sangat kata2 dan doanya yang tidak baik itu memakan dirinya sendiri.. nauzubillah..
cuma aku, bila tetiap kali berhadapan dgn benda ni aku just smile and think
"ada jugak manusia mcm ni.."
sungguh ALLAH nak uji kesabaran aku.. tapi besar lagi ALLAH menguji kesabaran para Nabi dan Rasul-Nya..
cuma aku harap golongan yang macam tu fikir laa sebelum berkata2..
"lisan mampu membawa seseorang itu ke syurga atau neraka.. "
Apabila seseorang memahami dan mengerti bahawa setiap perkataan diucapkan melalui lidahnya akan dihisab dan dibalas maka, dia akan tahu untuk menjaga lidahnya, menjaga tutur katanya dan mempertimbangkan dengan teliti sebelum berkata-kata.
*kalau menyakitkan hati orang lain melalui tulisan? sama laa konsepnya seperti mengucapkan sesuatu yang buruk dengan tutur kata.. dan hukumnya juga sama.. berdosa..
"Tiada lain yang akan menjerumuskan manusia menerusi muka atau batang hidungnya ke dalam neraka, melainkan tutur katanya sendiri.”
(Hadis riwayat al-Tirmizi)
"aku bukan ustazah..! aku tak layak pon jadi ustazah.. aku tak berniat nak ambik jurusan pendidikan islam dan jadi ustazah.. aku tahu aku adalah orang yang paling tak layak!"
aku pernah menyalahkan takdir.. kenapa bila aku bakal jadi ustazah makin banyak masalah yang aku hadapi.. kenapa?
rupanya aku sedar ALLAH datangkan bulan yang bercahaya bila tiada mentari yang menyinari hidupku di malam yang gelita..
aku manusia biasa..tidak aku kuat dan aku tak dapat lari dari kelalaian.. bila mana aku belajar dalam jurusan ni, tiap2 kali aku terkeluar dari landasan, aku rasakan bagai ada "sesuatu" yang menarik aku kembali ke jalan sebenar tanpa aku sedari bagaimana..
itulah.. orang selalu kata kat aku, "ustazah apa mcm ni? nak didik orang macam mana?"
yaa aku tak nafikan aku bukanlah seorang yang layak dipanggil ustazah.. dan mungkin ustazah2 yang lain lebih layak mendidik dari aku.. cuma 1 jer aku nak ingatkan..
"pengalaman adalah sebaik2 guru, aku belajar, aku tuntut ilmu.. aku juga ada pengalaman yang sudah pastinya membuatkan aku faham kenapa pelajar2 aku bermasalah, bila aku faham.. aku tahu macam mana nak selesaikan.. bukan menyalahkan mereka dan semata2 memberi fakta tentang kealiman aku dalam agama.. sebaliknya aku berkongsi dan menjadi kawan kepada pelajar aku kemudian perlahan aku sentuh hati mereka supaya mereka berubah.."
apapon setiap orang, setiap manusia ada kehidupan yang ALLAH beri padanya.. hidup kita tak sama.. terimalah kenyataan tu bahawa aku tak boleh jadi mcm kamu dan kamu tak dapat jadi macam aku.. janganlah menghukum seseorang sesuka hati..
Akhir-akhir ini perkataan mencela dan mengutuk sering menjadi mainan dalam cbox aku. Ucapan seperti itu hanya mengundang kemarahan dan perkara itu amat disenangi iblis.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullullah SAW ada menceritakan suatu kisah:
Pada zaman Bani Israil dulu, hidup dua orang lelaki yang mempunyai sikap berbeza.
Lelaki pertama suka berbuat dosa, sementara yang kedua rajin beribadah. Setiap kali ahli ibadah melihat temannya berbuat dosa, ia menyarankan rakannya itu untuk berhenti daripada perbuatan dosanya.
Suatu ketika, ahli ibadah itu berkata lagi:
"Berhentilah daripada perbuatan dosa."
Ahli maksiat pun menjawab:
Jangan pedulikan aku, terserah kepada Allah yang akan menilai perbuatanku. Adakah engkau diutus Allah untuk mengawasi setiap apa yang aku lakukan?"
Ahli ibadah membalas:
"Demi Allah, dosamu tidak akan diampuni oleh-Nya atau kamu tidak akan dimasukkan ke dalam syurga Allah"
Selepas kedua-dua ahli ibadah dan ahli maksiat itu meninggal dunia, Allah menghakimi kedua-dua mereka di hadapan-Nya.
Allah menyoal ahli ibadah:
"Adakah kamu lebih mengetahui daripada-Ku? Atau adakah kamu dapat mengetahui apa yang berada dalam kekuasaan-Ku
Kemudian, Allah berfirman kepada ahli maksiat:
"Masuklah kamu ke dalam syurga Berkat rahmat-Ku"
Sementara kepada ahli ibadah dikatakan:
"Masukkan orang ini ke dalam neraka"
Sesungguhnya Allah menghukum ahli ibadah kerana dia sudah berbuat syirik kepada Allah dengan menentukan seseorang masuk ke neraka. Ini kerana kuasa menghukum mutlak milik Allah, bukan sekali-kali hak milik manusia yang tidak berkuasa atas makhluk lain.
*********************
cuma aku hairan.. aku tak pernah menyentuh soal peribadi sesiapa, malah aku seorang yang tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa.. aku juga tidak banyak berbual di luar sana.. hanya mereka yang rapat dengan aku sahaja yang selalu melayan telatahku..
sungguh! tapi kenapa "dia" datang menyentuh soal peribadiku di sini? sedangkan aku cuma mencoretkan setitip bingkisan di jendela hatiku sahaja.. sekadar bingkisan yang tidak bermakna buat siapa2,malahan hanya memberi makna buat diriku..
aku dengan dunia aku, aku tahu corak apa yang mahu aku lakarkan dalam duniaku.. kamu coraklah duniamu sendiri..
jangan kamu warnai duniamu penuh kebencian pada seseorang, kelak kamu menyesal akan perbuatanmu pasti kamu berkata pada dirimu nanti..
"kalau laa dulu aku tak kata macam tu kat dia.."
nah..! sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna..
manusia memang berbeza pandangan, pendirian dan bebas membuat penafsiran terhadap sesuatu yang dirasakan benar baginya tetapi ketika yang sama, manusia diberi akal dan iman untuk mempertimbangkan ilmu secara beradab.
Firman Allah yang bermaksud:
“Serulah ke jalan Tuhanmu wahai Muhammad dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik.”
(Surah al-Nahl, ayat 125)
renung2kan dan selamat beramal... ahai..