:: mereka Terhebat ::

Tuesday, December 25, 2018

Salam blog.. lama sungguh tak post entry.. tiap kali nak post yg baru, ni la ayat aku.. blog bersawang.. dah nk masuk tahun 2019 lg beberapa hari ja lg..aku? Still aku rasa macam dulu..takdak beza pon..haha. (padahal buat2 xsedar makin tua sudah..)

Ok.. ni aku yg sekarang.. still lg cam dulu kan..cuma klu gemuk sikit tu normal laa..anak dah 4 kot..hehe lani aku sibuk ja nk start meniaga.. moga murah la rezeki kan.. owh gambar tu aku edit utk iklan mobile facial.. kira mcm spa facial bergerak laa.takat ni dah 11 wajah ak urut..

Rasa nak cari lg 39.. cukup 50 leh kata terer dah kot noh..hehe..

Ok berbalik pd kisah yg nak aku kongsi. Malam ni aku rasa tak dapat lelap.. ada rasa mengantuk, tp mata xmau pejam..

Tengok teman sebantal dah lali diulit mimpi.. ak jaa..kdg sebak kdg sedih..
Tengok laa happy kami dgn anak2 penghibur hati..alhamdulillah Allah bg bahagia ni pd kita..

tapi aku risau.. sultan pencen aku makin kurus..aku hanya mampu doa smp dia sihat.. berat turun 60kg.. sapa tak risau wey..huhu..

ok2 esk ku sambung tinta.. juling lak mata ni.. abeeeerrrr

Thursday, May 24, 2018

:: Salam Ramadhan ::


duhaiiii ramadhan.. cepatnya berlalu.. apakah tahun hadapan akan ketemu lagi..?
selamat menjalani iabadah berpuasa.. lani baby dok bergerak menendang aktif walaupun ibu puasa.. bagusnyaaaaaa... moga sihat selalu.. amin.. 

dekat nak buka posa doa apa?

doa bagi dapat pindah..tukar balik kedah.. amin amin amin...

Wednesday, May 23, 2018

keluarga kecilku nyawaku..


mempunyai sebuah keluarga bahagia adalah idaman semua manusia.. alhamdulillah aku bersyukur, saat ini aku dikurniakan dengan nikmat yang banyak.. beruntung kerana Allah memudahkan segala urusan.. namun tak putus-putus aku berdoa agar aku tidak leka, lalai untuk terus istiqamah dalam setiap amalan...


koleksi gambar lama-lama.. tah kenapa terasa nak upload sini.. untuk tatapan anak-anak jika ibu dah takda nanti.. naurah.. ramai cakap muka macam ibu..aduhai.. hati dia pon sensitif macam ibu, sebijik macam ibu budak ni..

seronok tengok anak-anak membesar depan mata.. apakah masih Allah kurniakan nyawa kepadaku untuk aku terus bernafas melihat mereka setiap hari? begitu sulit ku bayangkan jika aku pergi meninggalkan mereka sendiri.. aduh.. sayunyaa..


comel.. sihat.. ya Allah terus sihatkan anak-anakku agar mereka menjadi orang yang dapat membawa agama ini sampai akhir hayat mereka.. agar mereka dapat mendoakan aku dan suamiku.. agar mereka bahagia menjadi ahli syurga..dunia akhirat.. jadikan juga anak yang sedang dalam kandungan ini seorang yang soleh solehah..seperti kakak dan abang mereka.. ibu sayang anak ibu..


nafisah anak ke dua.. rupa dia sebijik.. seiras babah dia.. jika babah takda ngan ibu, cukup ibu pandang nafisah.. ibu akan ingat pada babah..


naurah mewarisi semua yang ada pada ibu..ramai cakap macam tu..walaupun ibu kadang-kadang tak ngaku..tapi sebenarnya ibu bangga.. ada anak..yang macam kembar..semua pasal ibu ada pada naurah..perangai..arghh semua laa..aduhaiiii


lihat sahaja.. biar hari ini potret ini berbicara.. kenangan hari sukan naurah.. dia dah darjah 1 sekarang, tapi ni gambar lama-lama.. eheh 



























































raya 3 tahun lepas.. 2015.. masa perut besar kat nafis.. raya kali ni pon perut besar lagii..hahaha sabaq jaa laa..










selamat berpuasa laa pada sesiapa  yang termasuk blog ni seecara sengaja atau ttak sengaja.. tq sbb sudi baca coretan hati hamba.. mohon maaf atas salah dan silap sepanjang bertinta..tidak kira diri ini dikenalli atau tidak..kalian yang menghayati setiap contengan aku di blog ini amatlah dihargai.. love u all.. 8 Ramadhan ..