:: mereka Terhebat ::

Tuesday, August 8, 2017

jadi cikgu cemerlang..boleh ka?

sekarang aku tengah tengok ada cikgu cemerlang sedang mengajar dalam kelas aku.. aku special.. ada kelas khas.. haha kelas bahasa arab. sebab aku mengajar sesi pagi. so aku ajar budak sesi petang. sesi petang tak ada kelas laa kalau datang awal.. aku dapat jadual mengajar bahsa arab tiap-tiap hari pukul 9:30 pagi.. so mau tak mau kena la ada kelas khas.. aku akan hias kelas ni lawa2.. alhamdulillah..

haa ok balik pada cikgu cemerlang.. senang ke susah nak jadi cikgu cemerlang? ermmm.. macam senang tapi susah.. cuma bagi aku..kalau kita tak diiktiraf cemerlang pon takpa laa.. janji kita buat yang terbaik. andai kita nak cepat naik DG boleh laa mohon guru cemerlang. Aduhai..



rasa nampak tua tak wei..haha

sebenarnya aku tak laa nak cerita banyak pasal cikgu cemerlang sangat.. sebab aku taip ni sambil mengantuk ni.. nak tidur camna sebab ada org observe cikgu cemerlang tu.. aku pon kena laa rajin menaip di lappy aku ni. hehe padahal aku taip blog.. nampak macam khusyuk jaa kan aku buat kerja..hihihi

aku baru 4 tahun posting.. ni tahun ke 5.. layak dah ka aku mohon cemerlang..? tapi tak terfikir pulak nak mohon. aku rasa nak sambung belajar ambik master n PhD.. then aku nak mengajar di IpG or Universiti.. sebab? aku rasa aku nak betulkan guru, juga bakal guru.. aku tak mampu nak ubah apa-apa kalau aku hanya guru biasa dan muda camni.. aduii.. dilema tau..

                                      ******************************

"camna kau mengajar, aku tengok riuh wei.."

ok aku bagitau eh..

aku ada style aku.. aku sediakan sticker kebaikan kat budak-budak.. kalau mereka jawab soalan, baik dan bagi respon aku akan bg sticker tu.. cukup 10 claim singgit.. haa pada yang jd cikgu tu try laa.. kaedah ni sangat berkesan..mereka akan berebut nak dapat sticker. then sticker tu kita suruh dia lekat kat buku latihan.. buku pulak aku dah sediakan modul khas. buku tu ada ruang sticker kebaikan. satu buku ada latihan sekali nota. so bawak satu buku saja.. senang, (tu pon ada jgk saja tak bawak.. bikin geram,)



untuk budak yang selalu mengganggu, tak bawak buku, tak respon, masuk lewat ke kelas, or macam-macam lagi laa.. kita bagi sticker keburukan. haa 1 sticker keburukan bersamaan 10 sticker kebaikan. kalau dia tak cari kebaikan.. cukup 3 saja keburukan, kita bagi laa denda.. jangan denda yang teruk plak.. denda yang berfaedah. (ingat..jangan sesekali denda yang menyusahkan diri kita n melanggar peraturan-peraturan yang dah ditetapkan dalam perkeliling)

1. suruh dia minta nasihat dari guru lain, guru disiplin or pentadbir
2. minta dia hafal perkataan or ayat.
3. suruh dia mengajar di depan n jadi guru muda
4. ugut untuk hubungi mak ayah kalau mereka tak mau buat semua yg kita suruh
5. call mak ayah dan minta mak ayah nasihat anak
6. jika masih gagal panggil mak ayah ke sekolah dan buat surat perjanjian
7. ambil tindakkan disiplin selaras dengan peraturan sekolah

haa rasanya kalau sampai tahap kena mak ayah mai sekolah kan, sure laa budak jadi takut.. n akan cuba buat terbaik. (tapi ada jugak yang tak insaf..apakan daya bukan kita tak usaha..)




aku ni.. kira kata, masih mentah la.. awal-awal posting aku dalam pantang.. sekolah hantar aku p kursus PBS.. bayangkan laa. takda orang lain ka nak hantar? aku dalam pantang takda cuti sebab aku bersalin dulu baru posting.. Tuhan sahaja yang tahu keadaan aku.. sedih tau.. kena sewa homestay dekat tempat kursus.. baru 27 hari bersalin.. mujur ada mak sekali..

suami posting perak. bayangkan laa.. dah lepas 4 bulan, aku di arahkan kursus warden. kat langkawi. ermmm kat langkawi aku terpaksa bawak mak dan adik ipar aku untuk tolong jaga baby.. masa tu perbelanjaan semua sendiri. 5 hari wei p langkawi.. sampai hati. dah laa nak aku jadi warden. aku ni mula-mula posting setuju nk tumpang asrama sementara ja.. tengok-tengok aku kena lempar camtu.. tapi aku tabah.. aku tetap semangat.. dan terus semangat! bersyukur tak terkira cita-cita tercapai..

sengaja aku coret di sini buat kenangan. mungkin dengan berlalunya masa..maka hilang juga memori.. jadi suatu hari kalau ada pembaca yang melayari dan menitip bingkisan yang aku luah ini.. semoga boleh dijadikan iktibar. kita jangan putus asa. jangan mengeluh dan kerja penuh semangat..

***************

bohong laa kalau aku semengat tiap masa.. esok laa aku cerita..apa ke benda yang boleh lemahkan semangat cikgu.. haa teringin aku nak buat kajian.. kaedah pentadbiran yang bagaimana yang paling digemari dan memberi kesan positif kepada orang lain. cheeewah

ok laa dah 1:43pm.. cukup 1:50pm thump print..past tu balik.. aku bukan macam yang 4 tahun lepas.. ada peristiwa yang menikan jiwa aku..aku kena kumpul semangat utk bangkit semula.. doakan aku berjaya wei..aduiii

No comments: