:: mereka Terhebat ::

Monday, August 7, 2017

FIKIRAN MELAYANG-LAYANG..

Terkenangkan bahawa telah 30 tahun aku menjalani kehidupan d muka bumi ini.. hati jadi tak keruan.. syukur Ya Allah kerana aku masih lagi diberi nikmat akal, kesihatan, ilmu dan amal untuk terus menjalani kehidupan yang penuh cabaran ini.

setelah 5 tahun meninggalkan alam pengajian universiti dan melangkah masuk ke alam pekerjaan ini, setiap hari aku rindu menjadi pelajar semua.. seronok.. tak ada komitmen yang berat.. enjoy, macam-macam pengalaman dan suka-duka dengan kawa-kawan.

terkadang aku senyum sendiri.. tercuit hati dek pengalaman lalu.. aku seronok kerana aku telah melalui pelbagai pengalaman yang kini lebih mematangkan aku..

soal hati?? haha rasanya biarlah rahsia.. tak aku nafikan dulu ramai juga yang pernah singgah sebentar.. tapi nampak gaya, ada seorang yang telah masuk dan kekal.. siapa? sure laa sultan pencen.. tak kenal? kena laa baca entry2 7-8 tahun lepas.. haha
memang patut pon aku jadi pengakap.. sebab aku suka benda yang mencabar..


sekarang aku cikgu.. ermmmm ustazah sebenarnya.. aku cuba baiki diri, dan menjadi pendidik yang terbaik.. sebelum nak ajar orang..kita ajar diri kita dulu..sebelum nak tegur orang kita tegur diri dulu.. aku masih macam selalu..

"ustazah ni rare laa.. lain dari yang lain.. "

aduiiii kata laa apa pon anak-anak murid oooiii..

aku tak pandai nak berlakon..aku jadi diri sendiri.. tak perlu laa nak buat2 kan.. baru orang senang ngan kita.. benda baik kita ajar..apa yang tak baik kita pesan jangan ikut.. Allhamdulillah sebab aku jadi cikgu.. cikgu agama pulak tu.. maka setiap hari aku perlu muhasabah.. aku mesti jadi orang yang boleh dicontohi.. haa

sebenarnya dalam hidup kita.. Allah dah tentukan yang terbaik.. tinggal kita saja nak terima cara macam mana.. kita tak perlu kesal dengan keputusan yang kita dah buat.. apa yang telah berlalu biarkan ia pergi.. kita pandang ke hadapan.. toleh ke belakang untuk lihat pengajaran bukan menyalahkan takdir atau melemahkan iman.. terus melangkah.. dihadapan lebih indah jika kita berani mengatur apa yang di hadapan itu pada waktu sekarang..

ermmmm tak paham? tulaa aku lama dah tak menaip.. sekali keluar ayat novel n aras tinggi ni orang tak faham pulak..aduhai.. tak pa..buat-buat faham k.. aku nak bagitau yang kita jangan terlalu dibayangi sejarah lampau sehingga kita gagal mengatur masa depan.. kita laa masa depan kita.. endahkan orang yang khianat.. dekat dengan orang-orang yang sokong dan sayang kita..

so gembira selalu yaa.. aku akan catat semua pengalaman aku sepanjang jadi guru..aku harap kalau2 ada adik2 kakak2 yang juga pendidik macam aku dapat mengambil iktibar sedikit sebanyak dari kisah-kisah yang akan aku hamparkan nanti.. selamat membaca..

No comments: