:: mereka Terhebat ::

::MEREKA SANGAT HEBAT::

Tuesday, May 10, 2011

:: AKU DAN AIR MATA ::


Aku Dan Air Mata

jatuh air mataku iringi remuk redam hatiku
saat ku kehilanganmu
dan hanya rintik hujan yang menemani aku

di saat aku bertahan, selama ini aku bertahan
lewati semua malam dingin
yang aku pandangi hanyalah langkahmu

reff:

wahai kau air mataku
hanya engkaulah saksi hidupku
saat aku kehilangannya, saat aku kehilangannya
tak pernah aku bertahan, selama ini aku bertahan
lewati semua malam dingin
yang aku pandangi hanyalah langkahmu

repeat reff

jatuhnya pun masih di pangkuanku
tak perlu kau sesali
wahai kau air mataku
wahai kau air mataku

repeat reff

di setiap detak jantungku
hanya engkau yang menemaniku
saat aku kehilangannya, saat aku kehilangannya

(wahai engkau air mataku,
hanya engkaulah saksi hidupku)

saat aku kehilangannya, saat aku kehilangannya
jatuh air mataku, iringi remuk redam hatiku

***********************


Perut kosong.. lapar.. nak makan tapi tak ada selera.. mudah benar seleraku hilang.. hanya dengan sedikit tersentuh hati air mata mudah mengalir.. yaa air mata seakan saksi dalam hidupku.. aku tak tahu bagaimana lagi untuk bertahan dengan perjalananku yang penuh liku..

aku selalu sorok rasa yang terpendam jauh di lubuk hatiku.. tapi aku cuma insan biasa.. setabah dan sekuat aku tidak mampu untuk menandingi tabahnya karang di laut yang tegar biarpun kerap di pukul ombak.. 

aku selalu terbayangkan saat jika aku sudah tiada.. entah kenapa pelik benar perasaanku ketika ini.. usai solat maghrib tadi, tiba2 hatiku merasa kesunyian yang luar biasa.. mungkin kerana aku keseorangan di bilik ini.. jadi aku terlalu melayan perasan..



melihat orang lain bahagia, aku tumpang gembira.. aku ingin bahagia seperti mereka.. apakah aku belum bahagia selama ini?? tidak..!! aku sudah cukup bahagia, aku bersyukur.. ramai lagi yang terpaksa menghadapi hidup yang penuh liku namun mereka tidak mengeluh lantas menjadikan mereka juga bahagia..

semua orang layak merasakan kebahagiaan.. dalam bahagia itu tipulah jika takda air mata.. bahagia pon kena ada air mata?? yaa.. sebab kebahagiaan membuatkan hati kita sering terharu.. air mata yang mengalir panas dan laju membasahi pipi ini lambang ianya luahan dari hati..luahan yang tak dapat nak di ungkapkan di bibir mahupun melalui tulisan, yang mampu hanya tangisan.. membawa erti yang dalam.. hanya Allah yang tahu..

'manusia itu tidak dapat mengenali manusia dengan sebenarnya.. kerana manusia bukan pencipta manusia.. yang mengenali manusia sesungguhnya hanyalah Allah... kerana hanya Allah itu mencipta manusia.. Maka yang mencipta sahaja tahu apa yang di ciptakan..'


aku bertahan dalam setiap lelah yang aku hadapi dalam duniaku.. berteman air mata, ada air mata gembira, ada yang membiaskan derita.. biasalah hidup.. esok bila aku dah tak ada di bumi, sudah tiada hilai tawaku, tiada lagi celoteh mesraku..saat itu aku ingin sampaikan bahawa berbahagialah mereka yang aku sayangi walaupun tanpa aku di sisi lagi.. aku pergi untuk selamanya, redhakan aku..relakan aku pergi dan izinkan kenangan kita aku bawa bersama..

jika di takdikan aku benar2 pergi.. hanya setakat ini coretan yang mampu aku hiasi di sini.. aku tidak mahu sesiapa merasakan kehilangan.. anggaplah aku sedang menemani dengan lagu-laguku.. tiada apa yang mampu melawan kuasa Allah.. terimalah kepergianku..


sementara jasadku masih bernyawa aku hanya ingin rasa di sayangi, di hargai dan di senangi.. aku tiada apa2 harapan selain itu.. andainya aku dapat merasakan ia di saat akhir ini, alangkah bertuahnya aku..pergi dalam senyuman.. puas kerana telah tercapai semua..

aku seorang yang berjiwa lembut, mudah terusik, mudah sangat mencurahkan kasih sayang dan mudah juga kecewa.. aku suka memberi walaupun kadang2 aku tak minta pemberianku di balas tapi aku dahargakan penghargaan dan kasih sayang.. aku rindukan senyuman.. aku sukakan gelak tawa.. alangkah indah jika dalam hidup ini tiada air mata.. alangkah..

maafkan aku bila aku tiada, aku mungkin meninggalkan tanpa sempat terus memberi, mungkin aku meninggalkan sebelum orang puas untuk menerima.. kenangilah aku, walau sesaat dan sedekahkan aku al fatihah.. doakan aku berbahagia walaupun aku sudah tidak muncul saat aku di perlukan.. biarkan aku dengan air mataku.. jangan kamu juga menangis kerana aku..!

aku ingin berehat... aku sudah letih dan penat.. sungguh aku sudah hilang tenaga untuk semua ini.. aku tidak dapat terus bertahan.. izinkan aku pergi dulu.. gengamilah tanganku sepuasnya.. kucuplah dahiku semahunya.. peluklah aku sebelum jasadku tiada lagi di sini.. 



selamat tinggal dunia.. selamat tinggal coretan hati.. aku akan datang lagi jika jantungku masih berdetak.. jika tidak anggaplah ini yang terakhir.. dan dengarlah luahanku bahawa aku sayangkan mereka2 yang mendampingiku biarpun belum sempat aku tunjukkan sepenuhnya kasih sayang ini.. ketahuilah aku sudah boleh pergi dalam keadaan tersenyum apabila aku kenangi wajah2 riang kamu.. wajah2 itu ada dimana2.. sekeliling aku walaupun aku sedang bersendiri kini.. terima kasih.. terima kasih kerana menerima diriku walau banyak kekuranganku.. terima kasih..

Monday, May 9, 2011

esok exam terakhir aku sebagai pelajar ijazah sarjana muda..

salam.. hmm takde mood sebenarnya nak bercerita..tapi ambik peluang sementara masih ada nyawa di jasad untuk menyatakan perjalanan2 yang sedang genting kini.. esok ( 11 MEI 2011 ) adalah hari terakhir aku akan menduduki peperiksaan sebagai pelajar ijazah sarjana muda..

Dah 4 tahun rupanya aku sebagai student.. macam sekejab masa berlalu.. macam2 yang terjadi dan berlaku dalam hidupku selama 4 tahun ni.. dan daripada seorang yang single aku telah pon berkahwin.. kini sedang sarat pula menanti cahayamata pertama kami.. sungguh cepat..

selepas ini tentu aku lagi tidak percaya apabila melihat anakku membesar dan ingin berkahwin pula.. bahagianya.. sebagai ibu aku akan selalu mahukan yang terbaik buat anak2 ku.. aku mahu mulakan sekarang, sejak anak ini masih dalam kandungan.. aku mahu beri didikan yang terbaik supaya anak ini lahir menjadi insan yang beriman..taat dan di kasihi..

masa yang telah berlalu mengajar kita erti kehidupan, semakin hari semakin banyak pengalaman yang kita kecapi, semakin banyak pengajaran yang kita lalui.. semuanya adalah proses untuk lebih mendewasakan dan mematangkan.. cukup matangkah kita? ia bergantung kepada sejauh mana kita menaakul dalam menyelesaikan setiap permasalahan dalam hidup..

tak semestinya seseorang tu umur dah 40 lebih atau 50 lebih sudah cukup matang dalam membuat keputusan.. tidak..! orang yang baru usia 20 an juga jika pandai memikirkan baik buruk, risiko, kesan, peluang, akibat dan sebagainya mungkin lebih bijak membuat sesuatu keputusan yang besar dalam hidupnya..

harap2 bila aku dah jadi ibu nanti, bila aku dah capai usia tua nanti aku akan lebih memahami anak2 dan lebih pandai untuk menunjukkan didikan serta kasih sayang.. aku tidak mahu anak2 aku rasa terpaksa dalam melakukan sesuatu.. aku mahu ajar mereka enjoy yakni bersenang dengan apa yang ingin mereka lakukan. hatta ibadah.. enjoy dalm ibadah? yaa? kenapa tidak? bukankah perbuatan yang kita lakukan kerana kita suka melakukannya lebih mendapat manfaat serta pahala berbanding perbuatan yang terpaksa..

nak solat, takkan nak bagi rasa terpaksa? tak boleh, kena rasa sendiri ingin bersolat sebab tanggungjawab.. so aku akan didik rasa untuk melakukan tanpa terpaksa sampai kalau tak solat jadi serba salah n tak senang duduk.. tu laa baru namanya ikhlas dalam ibadah.. nak kahwin? takkan nak paksa? tak boleh.. kalau nak kahwin, dapat pasangan yang betul2 bagus dari agamanya.. teruskanlah.. Allah dah janjikan rezeki atas setiap perkahwinan.. 

arr membebel pula aku kan.. belum sempat jadi ibu dah membebel.. bila dah jadi ibu kelak mesti lagik banyak leteran..haha biarlah, Mak aku pon suka beleter tapi setiap leteran dia memberi didikan padaku.. mak suka membebel tapi setiap bebelan mempunyai isi yang membuatkan diriku belajar.. bukan leteran kosong yang menyakitkan hati... tapi sebuah kata2 yang menyenangkan.. pelik? kenapa aku suka dengar Mak berleter? haha sebab aku terhibur! rasa di sayangi.. itulah kelebihan Mak.. aku nak jadi macam Mak aku..!

Mak. takda apa nak di explainkan.. mak laa yang paling memahami, paling baik di dunia akhirat.. mak laa paling anak ni sayang.. Mak.. mak.. rindu nak panggil mak..

.......................................................................

ermm sebenarnya nak cerita pasal exam last tapi dah termelalut ke mana dah ni eh. sorry..! aku tak sabar nak habiskan exam.. past tu aku nak tenangkan fikiran duduk di kampung yang damai..nak perhati ayam2 dan itik2 yang di pelihara.. past tu nak tunggu baby lahir.. nak rehat puas-puas sepuasnya.. mungkin Allah juga tahu aku sudah penat dengan duniaku.. maka aku di beri peluang untuk berehat.. alhamdulillah aku bersyukur..!


tanda tanya (?): berehat lama2 mesti best kan? takde sape dah yang nak serabutkan kita kan? dan kita pon tak serabut2kan orang lagi kan..?

sultan pencen dan ratu pasembor?

salam.. hehe ape eh nak cerita hari nih.. ahai aku dok malas nak update tapi bila baca balik entry2 aku sebelum ni aku rasa cam semangat nak menaip plak..haha sultan pencen?? ratu pasembor??? kepada yang pernah satu masa dulu suka lepak kat blog aku ni memang minat sangat nak tahu kisah ratu pasembor ngan sultan pencen mesti rindu nak taw kisah mereka kan..**ada ker yang minat? arghh ada aku kisah..haha

hehe.. dah dekat dua tahun pon ratu pasembor dan sultan pencen tu kahwin.. pe citer diaorang eh? hehe yang terbaru sultan pencen sekarang ni tengah minat nak buat farm..hee maklum saja sultan pencen kahwin dengan ratu pasembor yang ada banyak tanah dan ladang.. jadi sultan pencen pon nak pelihara laa ayam2.. ** lah bukan main lagi sebut farm, pelihara ayam jew..isk ape der hal?


' wahai kanda sultan pencen.. kenapa kamu taknak pelihara kambing sahaja? bukankah lebih besar daripada ayam dan sudah tentu banyak income?'

tapi sultan pencen menjawab

'wahai adinda ratu pasembor, kambing tak mandi, busuk.. dah tu taik bulat2, kita kan dah nak dapat baby, bahaya nanti anak kita ingat coklat ke ape ke..haa jadi baik kita pelihara ayam saja..'

' habis tu kanda kan dah janji nak bagi modal pada dinda untuk meniaga pasembor? kalau dah buat farm ayam tak boleh laa dinda jual pasembor lagik..'

kata ratu pasembor sambil memuncungkan bibirnya.. **konon2 nak merajuk laa tu..ngada2 betul..haha

' alooloo.. dinda buat pasembor kat kanda hari2 pon kanda tak jemu nak makan, kalau dinda buka kedai nanti orang lain datang makan ramai2 kanda cemburu laa.. hehe kanda bagi modal buat rojak nak?'

' eeeeee dinda ratu pasembor laa bukan ratu rojak! '

begitulah.. mereka ni tak habis2 taw..

satu malam, si ratu telah bermimpi.. saat sultan pencen sedang berdengkur, si ratu pon bercakap seorang **kira mimpi cakap sorang2 laa ni..hee
' kanda, dinda nak bela ayam serama laa..'

sultan pencen terjaga daripada tidur dan beliau pon berkata..

'boleh dinda..tapi camna dengan kambing?'

' kambing tu lain kali laa.. ayam lagi sedap di makan..hehe sebab tu ada ayam KFC, takde pon kambing KFC'

** adoii tengah2 mimpi pon sempat buat lawak tu..sabar jew laa ratu pesembor ni.. dasar pasembor! haha

dan tiba2 si ratu berdengkur pulak lepas cakap tu.. barulah sultan tahu bahawa sang ratu sedang bermimpi rupanya.. keesokkan harinya sultan pencen pon membawa ratunya pergi ke sebuah kedai haiwan..untuk melihat ayam..ehehh.. ** lorh pergi kedai haiwan ke nak beli ayam? baik g market or pasar jew kan..

rupanya sultan pencen nak beli ayam hidup..bukan ayam yang sudah di sembelih, haa saat ratu pasembor terpandang ayam-ayam yang hidup tersebut hati sang ratu mula terpikat dan berminat..



mak aiii mahainyee.. sultan pencen tak mampu beli sebab beliau sudah pencen takde duit banyak..haha kesian kan.. sesape nak derma wang kpd mereka boleh laa berbuat demikian..hehe



mereka mula membeli bahan2 untuk membina reban ayam.. untuk anak2 ayam selasih..tu je yg mampu beli..hahaha


hanya mengunakan barang terpakai dan daya kreativiti gabungan sultan pencen dan ratu pasembor.. lihatlah..!


hampir siap reban ayam itu..

siap dengan kelambu tu..haha takut nyamuk gigit ayam..hee

intai2 anak2 ayam selasih..alaa semua dah tido..hehe
mereka juga membina sebuah kolam ikan.. ada ikan kaloi, ikan karp, puyu, keli, siklik, ikan bandaran, ikan talapia, dan ikan2 lain lagi..tapi belum besar gedabak lagi ikan2 tu maklum laa projek baru start..haha

susah jugak buat kolam, bocor laa apa laa.. maklum saja sultan pencen dan ratu pasembor baru kali pertama buat kolam sendiri..tapi now mereka dah terer dah.. kolam complete dengan filter lagik..cuma nak tunggu pokok2 bunga membesar jew baru leh landskap kan..

cuba teka ikan ni besar mana? haha ada budak2 datang tengok farm sultan pencen dan ratu pasembor terkejut tengok ikan keli ni.. diaorang ingat buaya! hahaha 6 kilo beb.. besar tuu tak lalu kalau nak makan.. ni adik ratu pasembor laa yang g mancing n dapat ikan ni..eheeee


haa tu laa aktiviti mereka.. tak habis2.. sekarang nih mereka dah ada itik, ayam gajah, ayam cochin, ayam selasih dan bakal dapat ayam serama.. tapi tak sempat nak ambik gambar, hahaha..baru2 ni sultan pencen di khabarkan ingin memelihara burung unta pula.. tapi si ratu pasembor pula ingin memelihara unta jew.. bagaimanakah?? **pelik2, ada ker burung unta ngan unta yang mereka nak pelihara, nak buka zoo ke hape? adoii

waaah.. tak lama lagi mesti mereka akan pelihara kambing pula..hehe daripada ratu pasembor jangan jadi ratu kambing sudah laa..!! itulah gelaran yang paling di fobiakan oleh sang ratu..ekekeeee **pening aku dengan kisah diaorang nih..lepas satu, satu..haha

oh lupa nak bagitaw, kambing2 yang mereka akan pelihara kelak akan di sedekahkan kepada adik sultan pencen yang akan cuti sebab habis SPM.. so lepas habis SPM, beliau takde keje apa nak buat..jadi daripada buang masa baik laa beliau mengusahakan farm untuk kambing pula.. itupon jika idea memelihara kambung (sorry silap taip.. kambing..ehee) memelihara kambing tersebut tercapai laa.. **ni bukan nak perli ke hape, ok laa kan cik Hasanah pencen menolong abangnya menjaga kambing..boleh laa gelaran ratu kambing tu berpindah kepada cik Hasanah..hahahaha

 atas ini gambar adik2 sultan tersebut, dalam dunia khayalan sultan pencen dan ratu pasembor yang ala2 Magika pon terdapat sekolah juga taw.. itu gambar adik2 sultan pencen yang baru balik sekolah..ada baw wangi yang serasi antara mereka..hehe **bukan baw kambing yer, baw minyak wangi ok..! hihihi (gurau2 jew yer adik2 sultan pencen yg di sayangi..ngee) **aku cuak laa nih..hehe kang merajok adik iparku iteww jenuh nk pujuk..hee

aku ingin ucapkan terima kasih banyak2 kat bonda ratu yang sanggup menyeponser sikit2 dan selalu menolong serta menyokong hobi ratu pasembor dan sultan pencen ni.. bonda sangat sporting dan bonda laa banyak bagi tips serta ajar macam mana nak start pelihara haiwan2 ni..hehehee terima kasih bonda!!! we love u..

adakian dengan itu, cerita bersambung selepas ini.. hak hak..

tanda tanya:(?) ermm.. ok ke pelihara kambing?

Tuesday, May 3, 2011

:: Dengarkanlah aku...::

wah wah.. bulan lepas punya post 1 jew?? hehe so sorry yer sebab aku tak meluangkan masa untuk menaip di sini sepanjang bulan lepas.. eh aku lom bagi salam kan? assalamualaikum..hee dah bagi dah moga berkat laa cakaran aku kali ni..hehe jom layan gambar aku yang dah gemok ni..hihi

gambar kenangan bersama suami tercinta..hihi bercintan cintun lagi kami ni walaupon dah nak dapat baby dah tak lama dah ni..hee harap2 ianya kekal hingga akhir hayat dan jika ditakdirkan terpisah dek kerna nyawa sudah tidak dikandung jasad, maka semoga bertemu semula di syurga.. insyaAllah.. kena tambahkan amal dan tingkatkan keimanan untuk bersama bukan hanya di dunia tapi hingga ke sana.. eheh

teringat lagi saat2 manis waktu bersama dengan si dia.. aku di layan macam puteri raja.. tapi kadang2 tu macam makcik2 pon ada dia layan aku..huh.. sabar jew laa.. sepanjang mengenali suamiku, baik sebelum kahwin mahupon selepas kahwin tak dapat laa lari dari gelak tawa tangis hiba.. menangis?? sebab selalu kena buli...huuu betul orang kata kalau yang lahir bulan 2 berganding dengan yang lahir bulan 6 macam aku ni, mesti selalu akan di buli..huh..

cantik kan gambar yang suami aku ambik.. dia memang kreatif bila shoot.. aku plak kreatif bila edit.. hehe perasan sekejeb apa salahnya..hihih

Bila aku merajuk, aku selalu marah dia tak pandai pujuk aku..hehe tapi aku memang camtu, aku sendiri jabgi yang cair sendiri2 aku..haha mesti dia rindu aku bila aku dah takda nanti.. sebab aku suka membebel, cakap banyak, gaduh.. haha past tu ketawa..hee paling syok bila dapat cubit dia bila dia nakal.. eheh.. paling takleh lupa bila dapat tarik janggut dia yang dah macam jambang penjenayah bila aku tak tolong cukurkan.. isk isk..sungguh manja dia..

sekarang ni suami aku dah jadi ustaz, alhamdulillah.. dulu masa mula2 kahwin suami aku cuma student jew, past tu suami aku tolong mak menoreh jew kat kampung, kecian aku tengok kehidupan dia, terpaksa bersusah-susah sebab aku.. tapi itulah yang di namakan kehidupan, bermula dengan kesusahan, lama2 akan senang laa kan.. aku harap berkat anak kami yang bakal lahir ni bertambah lah rezeki kami sekeluarga..

aku suka duduk dengan hubby, walaupon kami sewa rumah kosong takde apa benda, tapi hidup aku bahagia..bila gelak dah bergaung rumah kami..haha Mak aku banyak tolong kami, mak bagi dapur gas, peti ais and meja.. so aku dapat masak untuk suami aku, bila balik dari sekolah dia makan banyak2.. aku suka! petang2 dia bawak aku ronda2 kat kawasan umah sewa kami.. syok..malam kami masak sama2.. past tu pagi2 aku yang bangun awal, kunci jam pukul 5:45 pagi, bagun terus wat sarapan.. kena masak awal sebab hubby nak g sekolah awal..ahai kehidupan sebagai isteri sangatlah membahagiakan...

camne tak bahagia kalau dah buncit camni..hehe tapi aku nampak pucat ker? aduhai aku dapat anemia laa plak..hemoglobin rendah.. risau gak aku akan risiko anemia ni..huhuu

tapi aku taknak risau2 sangat..tambahan kami bakal dapat anak, mesti meriah nanti kan.. kena happy2..harap2 segalanya berjalan dengan lancar..persediaan dah buat sikit2.. beli barang baby takat yang termampu.. lagi 4 atau 5 minggu je tarikh aku di jangka akan bersalin.. perasaan??? macam2... tak sabar, exited, gembira, bimbang, terharu, sedih... takut pon ada, takut aku pergi dulu sebelum sempat melihat wajah riang suamiku mengalunkan azan atau iqamah ke telinga bayi kami.. ahai sebak..

"ya Allah, permudahkanlah aku untuk melahirkan anak ini sepertimana engkau permudahkan Mariam untuk melahirkan isa.. ya Allah kurniakanlah kesihatan yang baik untukku sepanjang aku hamil ini supaya anak dalam kandunganku lahir dengan selamat, sihat, sempurna akal dan anggota.. kurniakanlah anakku pendengaran yang baik dan suara yang merdu supaya dia menjadi hambamu yang bersyukur.."

ahai, benarlah.. bersalin ibarat bertarung dengan nyawa, entah akan ada atau akan berakhir nyawa si ibu.. hmm aku redha atas segalanya dan aku akan cuba persiapkan diriku untuk menghadapi.. apa yang aku mahu kini, supaya aku di senangi.. di senangi oleh semua..dan aku mahu aku di maafi, dimaafi oleh sesiapa sahaja yang terasa ingin memaafkan.. hehe


rindunyaa nak tengok baby kami.. muka macam aku ke macam bapa dia? hehe kena tunggu laa.. hehe yang pasti comey kalau macam aku..hehe kalau macam bapa dia, double comey kan..hihi

hubby pakai kain pelikat masa kami dok berposing kat sekitar rumah sewa..hehe so hubby malu nak letak gambar dia banyak2..hehe so aku letak laa gambar aku jew yer..hee ok laa.. baby dah tendang2.. nak ajak aku p makan laa ni..hehe ,macam mana tak gemok kan, makan je keje, past tu jadi dugong, tido..haha oraight, len kali merapu lagi..dadaii..

p/s : 

- cik Hasanah, doakan anak buah kamoo sihat taw n comey macam kamoo, bijak macam pakcik amad dia, and cute2 macam aunty2 dia yang lain.. (^_^)

- kak yam banyak tolong kami, terharu sangat sebab selalu balik tengok mak pak kat umah. nak jadi macam kak yam jugak..hehe

- Tima kasih banyak2 syuhada yang selalu tapau makanan kat aku sepanjang aku di kolej ni

- Tahniah untuk makndak suraya..hihi 1 step up..hehe

- TQ yana sebab selalu caring pasal aku..

- kawan2 SMPI UM, aku beruntung ada kawan2 macam kamoo semua..eheh

- semua yang baca.. makasih habis pon baca karangan..hahaha

tanda tanya (?) : camna laa perasaan orang yang nak dapat baby eh? macam aku rasa ke??