:: mereka Terhebat ::

Saturday, July 23, 2011

cepatnya masa berlalu..

Salam.. haa nampaknya hari semakin cepat berlalu.. macam baru kelmarin jew aku masuk tadika, past tu macam semalam jer aku kat sekolah menengah.. dan rasa seolah-olah baru sejam yang lalu aku masuk universiti, kahwin, mengandung.. dan sekarang dah ada baby.. cepatnyaaaa......

aku buka album2 lama.. tengok balik gambar2 masa aku sekolah2 dulu, masa aku budak2 dulu.. rasa tak percaya, mimpikah aku??

 kehidupan cepat benar berlalu.. pengalaman semakin bertimba-timba aku kumpul.. usia juga sudah berganjak sedikit demi sedikit.. daripada seorang anak kecil, aku menjadi remaja, dewasa, seorang isteri.. dan kini aku adalah seorang ibu.. ibu?? arghhh macam mimpi..!

tak sabar nak tunggu saat anakku boleh bercakap.. nak dengar anakku panggil aku "ibu.. ibu.." indahnya...dah sebulan usia anakku.. Ain Naurah.. lagi 3 atau 4 bulan aku akan dapat dengar jelas perkataan "ibu.. ibu.." itulah harapanku.. insyaAllah..

aku belum dapat menjadi graduan pada tahun 2011 ini lantaran aku bercuti kerana melahirkan anak..sepatutnya aku sudah tamat belajar..tapi aku ambil keputusan untuk tunggu 2012..tak apa, yang di kejar akan dapat asalkan yang dikendong tidak berciciran..

aku akan menjalani latihan mengajar pada bulan MAC 2012 nanti.. sekarang ni masa untuk baby sepenuhnya.. seronok.. melihat telatahnya dan perkembagannya.. walaupun ada yang memandang janggal.. maklum saja masih pelajar tapi sudah ada anak dan tangguhkan pelajaran demi anak..

pastinya bermacam2 tanggapan mereka..biarlah, aku tidak peduli. aku ada duniaku sendiri, aku sudah boleh membuat keputusan untuk hidupku.. andai mereka tidak berpuas hati apa boleh buat.. ini kehendakku..ini kehidupanku dan aku berhak menentukannya.. menentukan corak duniaku..

"kita tak akan pernah dapat puaskan hati semua orang.. dan semua orang takan pernah mahu perpuas hati terhadap kita biarpun kita sudah lakukan semua kehendak mereka.."

sebab? manusia kan memang di ciptakan begitu.. tak sama dan takkan pernah ada persamaan.. itukan kuasa Allah.. kalu kembar sekalipun pasti ada bezanya.. so nak penuhi hati semua orang bukanlah kudrat kita seorang.. oleh itu kita mesti berdoa, beramal, dan penuhi kehendak agama.. ianya lebih berbaloi berbanding berusaha untuk menggembirakan orang yang belum tentu mahu menggembirakan kita..

 apa aku merepek ni?? arghhh macam2.. biasalah dah jadi ibu laa katakan.. hehee.. untuk anakku Ain Naurah.. ibu berdoa agar Ain Naurah jadi yang terbaik.. insan solehah..di sayangi semua dan ibu sentiasa meredhai Ain Naurah.. kehidupan Ain Naurah kini dan akan datang.. seorang ibu sentiasa mahukan anaknya bahagia.. itulah aku kini.. ahaii..

No comments: