:: mereka Terhebat ::

::MEREKA SANGAT HEBAT::

Saturday, July 23, 2011

cabaran menjadi ibu..

salam.. haa baru jew lepas cakap dengan kak dayah.. kakak yang jugak baru lahirkan baby.. sama cam Naurah..kak dayah mengadu baby dia Udin, asyik menangis macam mengamuk jer.. so aku pon nak laa kongsi camna pengalaman aku waktu Naurah mula2 di bawa balik ke rumah..

boleh di katakan dekat seminggu jugak Naurah menangis tak henti2.. pelik jugak sebab susu dah bagi, pempers dah tukar, perut dah letak minyak dan barut tapi still nangis jugak baby ni.. aku pon tak tau nak buat apa lagi, menangis jugak laa jawabnya..

sapa tak sedih tengok anak menangis tak henti2.. tambah2 emosi ibu dalam pantang, sakit bersalin pon belum hilang, nak angkat baby nak riba nak pujuk dia bawak jalan2 sana sini pon tak boleh.. amatlah menyentuh hati. yang aku mampu buat masa tu bila Naurah tidur, aku usap kepala dia dan aku cium dia sambil bisik kat telinga anakku itu..

" sayang jangan laa nangis lagi, kesian laa kat ibu, ibu tak mampu nak angkat Naurah dan tak dapat duduk bersila untuk riba Naurah, luka ibu masih berjahit..Naurah sayang kan anak yang baik.. kesian laa kat ibu, ibu teringin nak pujuk Naurah.. jangan laa nangis sayang.."

arghhh tak mampu pon nak cakap banyak2.. renung saja muka baby lama2 terus jatuh air mata.. rasa camne tah.. susah hati taw.. tengok baby nangis sampai serak suara dia.. hmmm nak buat camne yer?

then masa umur Naurah 4 hari aku yang berjalan pon masih perlahan ni sanggup g bawak baby jumpa seorang alim untuk mintak air penawar.. itulah usaha di samping aku dan suamiku sendiri yang berdoa..

memula dah terfikir nak tukar nama Naurah dah jadi Albab ke ape ke.. hehe tapi bila ketuk2 pintu masa Naurah menangis, tambah2 laa kuat tangisan dia..haha benci betul Naurah dengan nama Albab eh? hehe.. sabar jew laa..

kalu ikut kata orang tua2, anak ni nangis sebab ada hajat yang ibu bapa dia sebut tapi tak buat lagi. maksudnya masa dalam kandungan tu ibu atau bapa ada niat apa2 untuk anaknya.. sejurus lahir kalau boleh kena laa tunaikan apa yang di hajat tu.. contohnya kami..

suami aku niat nak puasa sebulan kalau aku lahirkan anak kami dengan selamat, anak sihat sempurna.. so wajib laa suami aku puasa sebulan tu, konon2 baru laa hilang menangis anak tu.. betul ke? aku kurang percaya sikit tapi dah kata orang tua2. ambik jew laa tak salah pon kot..

alhamdulillah dah cukup sebulan suami aku berpuasa.. anak bertambah2 baik dan montel tak nangis2 dah. kalau nangis pon ada sebab laa.. nak nangis mengamuk tanpa sebab tu dah takde lagi laa macam memula dulu..

berbalik pada cerita Naurah yang menangis tak henti2..lepas jatuh tali pusat dan cukup seminggu, kami cukur rambut Naurah.. sampai botak.. haa agaknya kepala pon dah rasa ringan, so pelahan-lahan Naurah mula berubah dan dah tak kuat nangis lagi..

bagi aku laa anak ni nangis sampai kita tak tau kenapa, masa awal2 seminggu hingga umur sebulan or lebih sebab.:

1. Biasa laa tu sebelum ni anak duduk dalam rahim.. dunia yang sempit, bila keluar dia rasa lain tu yang nangis..

2. mungkin ada sakit tali pusat ke, kembung ke.. atau sakit2 yang kita tak dapat nak faham lagi. maklum saja laa anak tak dapat nak cakap dia sakit katna.. so dia luahkan dengan menangis jew laa..

3. Tak selesa kot.. yer laa kot2 pempers basah ke berak ke.. haa

4. yang penting lapar laa kot.. tapi kalau dah kenyang pon nangis jugak, anggap laa baby nak manja2 supaya tak stress jiwa kita..

5. kalau dah semua sebab dah di cari dan memang jawapannya cam takde sebab je baby nak nangis, berdoa laa banyak2 bacakan ayat ruqyah pada dia.. siapa tau kalau ada kaitan dengan makhluk2 lain kan..

6. sebab apa nak nangis lagi? semua dah buat tapi still nangis? jumpa doktor pon dah.. hmm bagi aku itulah permulaan.. sebab anak baru nak hadapi hidup yang serba serbi cabaran di dunia ni.. biarlah.. kita pujuk jew laa..supaya anak tidak takut untuk hadapi hari2 mendatang dan supaya anak tahu kita ada di sampingnya dan menemaninya serta menyayanginya..

7. tu jer kot.. takde idea dah laa kenapa nangis lagi.. layan jer laa nangis dia.. hehe satu hari nanti tangisan tu laa yang kita nak rindu.. saja jer baby nak bagi kita rindu dia.. tu yg kita dok rasa nak baby lagi jer tu..hahaha

sebelum aku merapu lebih lagi.. aku stop kat sini jew.. hehe esok dah habis laa aku berpantang.. dan tempat pertama aku nak g lepas pantang ni adalah melawat Udin.. anak Bacat dan kak Dayah.. bawak baby naurah sama g jumpa sepupu dia..hehe okey.. semoga kita semua tabah menghadapi cabaran2 sebagai seorang ibu dan ayah... semua ni dapat pahala berlipat2 ganda.. bukan sia2 kan.. peace..!! (^_^)v

p/s

Entah2 anak nangis sebab nak dapat harta banyak tak? hehe

2 comments:

Realiti Maya said...

Anak kedua i camtu juga. menangis jer. macam2 dah buat tapi menangis tak sedar diri. keras kaki tangan. so, 1 time tu bawa la pergi ke rumah sorang ustaz ni. minta tolong ustaz ni tengokkan. mula2 ustaz tu tengok anak i tu, kemudian tengok wife i. pastu ustaz t ubatkan wife i. dia cakap, makhluk halus ni ada dekat badan wife i. tp sebab anak i menyusu badan, so benda tu kacau anak i sekali. dah 3x i bawa berubat. anak i dah berisi, dah aktif, kurang dah menangis. lega rasa hati. kadang-kadang, kita kena consider perkara yang mistik ni.

Kenari Putih said...

Wah best la sharing ni... Tapi memang la dalam pantang, kita memang letih tu kalo dok dgr anak menangis kan... Nagis tak hanti2 kita pon kesian, tak tau apa yang tak kena, nak mngharungi hari2 berpantang 44 hari memang 1 cabaran buat kita org pompuan ni...