:: mereka Terhebat ::

::MEREKA SANGAT HEBAT::

Sunday, June 20, 2010

sekolah itu macam manusia kan..

salam sejahtera.. aku di kampung sekarang ni.. sedang menaip dalam sebuah restoran.. satu2nya restoran yang ada wireless.. alhamdulillah makin maju juga tempat ni.. kalu dulu sini sebuah tempat terpencil, tapi kini segalanya sudah berubah.. sambil memerhatikan pemandangan sekolah kebangsaan, kanak2 riang berlari2 keluar dari pagar.. maklumlah jam sudah 4:30 petang, masa persekolahan pon dah tamat untuk hari ini..

satu ketika dulu aku pernah di sekolah kebangsaan itu.. teringat ketika aku masih memakai uniform sekolah.. istimewa bagi diriku kerana aku memakai baju bewarna biru.. lain dari kebanyaakkan pelajar.. yaa pengawas sekolah laa katakan.. haha... teringin nak balik zaman sekolah.. seronok..

pandangan aku alihkan pada pepohon pinang yang masih renek.. baru di tanam agaknya.. semakin cantik pula sekolah kebangsaan yang pernah menjadi sekolahku 15 tahun dahulu.. tampat aku belajar mengenal huruf dan nombor.. tempat aku dididik dan diasuh supaya menjadi manusia berguna.. terasa semakin jauh pula aku melangkah pergi dari sekolah itu.. sejak tamat darjah 6.. sejak aku keluar dari sekolah rendah itu.. semakin jauh aku merantau kini..

penat juga rasanya berjalan dalam tuntutan usia..aku teringin semula ke sekolah kebangsaan yang masih kuat berdiri indah kini dalam anak mataku.. cat baru yang di sapu pada dinding2 sekolah itu menambahkan kelainan padanya.. pohon2 bunga yang pelbagai dan serba sedikit fasiliti baru yang dibina membuatkan aku tercari2 bagaimana rupa sekolah tersebut ketika aku menuntut di situ dahulu..

orang berubah.. sekolah pon berubah.. dasarnya ia sekolah yang dulu tapi pemandangan yang aku lihat kini bagaikan ia sekolah yang baru.. begitu juga aku.. begitu juga manusia.. pada dasarnya kita adalah diri kita yang biasa, yang dulu.. yang pernah menjadi kanak2, remaja dan sedang merangkak ke usia dewasa malahan ke usia emas.. kita adalah kita pada pandangan sesetengan orang.. tapi kita adalah orang lain pada pandangan sesetengah yang lain.. 

berat mahu aku huraikan maksud yang ingin di sampai.. mungkin cara aku berfikir seperti falsafah yang terukir.. lain orang lain gaya.. apa yang utama di sini.. kita adalah manusia seperti bangunan yang di bina.. yang luaran adalah apa yang terzahir.. tapi yang dalaman tetap menjadi dasar kita untuk terus bergerak..

sekolah.. adalah sebuah sekolah.. 15 tahun kemudian, ia tetap sebuah sekolah walaupon di cat dengan warna yang lain dan di hiasi dengan bunga2 yang lain.. tapi ia tetap sebuah sekolah selagi ada pelajar dan murid serta pengajaran.. begitu manusia.. setelah 15 tahun pon, ia tetap seorang manusia yang menjadi dirinya.. yang dia sendiri corakkan.. walaupon ada sedikit perubahan pada zahirnya.. bentuk fizikalnya atau gaya berfikirnya, dia tetap dia.. dia tetap dirinya dan dia tidak akan menjadi orang lain...!

begitulah lumrah.. maka kenapa kita tidak dapat menerima orang lain sebagai dirinya? kenapa kita harus cepat melenting atau marah jika orang lain ada cara mereka sendiri? kenapa kita tak boleh bertolak ansur untuk menyelesaikan masalah atau perselisihan yang berlaku di sebabkan kita berbeza? semuanya kerana kita TIDAK MAMPU MENERIMA..!

kalau kita mahu orang lain menerima kita, pandangan, pendapat atau apa jua tentang diri kita kita perlu persiapan diri supaya kita juga mampu menerima orang lain terlebih dahulu.. barulah mudah nak hadapi masalah.. saling berbincang, bertolak ansur.. bukan fikir itu ini nak menang.. tapi fikir macam mana nak menangkan orang lain.. sebab PASTI orang lain juga akan fikir untuk menangkan kita!

contoh laa kalau kita mintak maaf, akui kesilapan.. orang yang lembut hati akan jugak mintak maaf dan sedar kesilapan.. bergaduh soal kesilapan, masing2 mengaku buat silap.. itukan bagus daripada bergaduh bila masing2 nak menang... itu aku cuba terapkan dalam diri aku.. hakikatnya cakap dengan lidah guna air liur memang mudah tapi nak buat tu faham2 laa.. sebab tu kita kena guna kaedah yang islam gariskan.. saling ingat mengingati.. kan indah kalau apa yang kita buat semuanya kerana ALLAH.. sedarlah.. 

aku mahu menyedarkan diriku.. sebab nak sedarkan orang lain. susah.. kenapa? sebab aku dagh bgtau sendiri, sekolah.. bangunan sekolah yang lain terdapat pelbagai sikap yang lain.. beribu pelajar dengan berjuta perangai.. begitu manusia.. jasad yang lain pasti takdirnya lain, sikapnya lain, perangainya, pendapatnya.. memang susah bila melihat kelainan.. masing2 tak dapat menerima..

kalau laa semua orang dapat melihat sekolah sebagai sebuah sekolah dan tak melihat perbezaan dengan sekolah yang lain kan bagus.. melihat pada persamaan.. manusia itu bahagianya bila dia mampu menahan sabar dan mencari persamaan antara satu sama lain.. juga manusia yang bahagia itu bila dia mampu memberi seadanya tanpa mengharap pemberian di balas.. dan kebahagiaan hakiki itu terletak pada hati yang sering menyebut nama Allah tatkala dia di uji dengan pelbagai kesakitan.. sakit yang zahir atau yang tersembunyi dalam hati.. Allah jua tempat kita kembali berserah setelah kita menilai nasib yang menimpa diri..

wallahualam..

heee bukan ceramah ke motivasi ke apa.. bukan nak ubah topik pasal sekolah tetiba jadi orang..haha tapi ini yang aku tintakan kini adalah apa yang terlintas.. tanpa aku sedari dah lama rasanya jariku menari di keybord ini.. belagak nak jadi pakar motivasi konon.. tapi harus aku perbaiki motivasi diri sendiri.. yaa aku mampu jadi pakar motivasi mengalahkan pakar2 motivasi di dunia.. tapi bukan untuk memotivasi orang lain.. untuk memotivasi dan muhasabah diri sendiri.. itu adalah yang terhebat bagiku..itulah pakar motivasi yang paling di yakini.. motivasi diri sendiri..!! hehehe.... dah boleh senyum dah..!!! berkesan woooo..... tak percaya cubalah..!