:: mereka Terhebat ::

::MEREKA SANGAT HEBAT::

Thursday, March 17, 2011

aduhai penat juga nampaknya..

eheh. assalamualaikum.. penatkah aku? takde laa sangat, setakat mengah2 gitew biasa laa berbadan dua..ehee.. tapi yang jadi tak penat bila tengok hubby ada kat sebelah..haha beliau datang sini kat kolej aku..yeey!! beliau datang sebab nak antar Amad, adik beliau selaku adik ipar aku laa.. hee

hantar ke manakah? 

ke KLIA laa sebab Amad nak balik Mesir dah..so sesampainya hubby ke sini terus lepas habis kuliah kami ke rumah mama.. haa sebelum tu jom layan gambar aku masa kat kuliah..eheee 

with syuhada.. hari ni beliau dapat rasa baby gerak2..tahniah..,haha

ahak.. kak tie, mesti dah tak sabar nak jadi cam aku kan..hihihi

begitulah...

....................................

sambung balik citer tadi..

taukah dengan apa kami g umah mama? 


naik moto weh..arghh.. kalau dulu2 takat nak rempit dari KL ke Kajang tu small matter jew..tapi baru2 ni naik moto g sana, mak aiii macam nak kematu bontot..haha dah tu bila hubby bawak laju lebih dari 60 mesti aku bagi tamparan hebat dari belakang.. tambah kalau hubby kentut masa bawak moto.. eeee geram2..

pulak tu on the way nak balik Kajang tu tayar pancit dua2..depan belakang..ayaii.. helmet aku pon terkuar cermin dia..aku da jadi cam  pakai serban kat belakang..haha terpaksa jugak beli helmet baru..huuu

masa berhenti kat trafik light sempat aku turun dari motor dan senaman ringan sikit.. isk yang malunya asal orang lam kereta2 kat belakang tu cam gelak kat aku jew..pelik ke..uwaaa malu i..hilang ayu sekejab..

sesampai jaa kat umah mama tulang pinggang macam nak patah, aku control laa macho depan adik2 and mama..hihi tetap maintain ayu..tapi aku tertewas jugak lepas solat zohor terus terlelap. penat tu..tau2 hubby pon lelap jugak kat sebelah.. ish2..

lepas makan2 terpaksa balik ke KL semula..aduhai dah laa hari cam nak ujan.. aku plak tetiba dapat mesej dari pensyarah cakap jangan kena air ujan takut ujan asid and boleh botak kepala, kulit cam terbakar laa macam2.. ahaii sabar jew laa.. mujur laa tak kena ujan.. alhamdulillah masih ada rambut lagi ni..hehe

.............................................

esokkan hari.. nak antar Amad g SHAH ALAM.. aku g kelas dulu.. lepas kelas dah janji ngan hubby nak g KL Central then jumpa Amad and mama kat situ naik train sama2 g SHAH ALAM..

awal kami g, aku ponteng jab kelas jam 12 tu..ahaii terukkan..semata2 untuk antar Amad, takpe sekali jew..ehee jam 12:30 tgh hari kami dah tertunggu2 train kat KL Central tu.. lama gak tunggu... jam 2:30 baru train yang mama and Amad naik tu sampai.. alhamdulillah..


cepat2 kami berlari2 naik train yang menghala ke Rawang tu sebab nak ke Shah Alam.. yang tak best aku ada kuiz plak..serba salah nak ikut sampai shah alam ke tak.. hubby cakap dapat jumpa Amad kejab pon jadi laa.. berkejar2 kami ke train yang mama dan Amad naik.. dari 1 gerabak ke 1 gerabak kami intai.. asal tak nampak mereka..adusss

then hubby call mama, rupanya mereka di gerabak hujung..kami cepat2 naik.. mujur sempat.. tapi asal takde yer? 

owh hujung sebelah satu lagi lor..arr takpe sampai kat stesen KL kami akan kuar untuk ke gerabak hujung sana..

*gambar ni lakonan sekejab..

tapi.. uhuu ni part sedih ni, berlari2 aku kuar dengan hubby.. dengan perut yang besar ni..haha lucu plak bila terfikir, camna la perasaan orang tengok ibu mengandung ni jadi atlit sekejab kat stesen keretapi kan..haha

dah 1 gerabak lagi nak sampai ke gerabak tempat mama dan Amad.. cepat2 aku lari, tetiba.. tiit tiit...terus tertutup pintu tu..!!! arrrrrr

 *hubby pon berlari2 cam atlit jugak


train tolong berhenti...!!! aku terjerit sekejab..

penat mula terasa sebab lari laju sangat tinggal hubby 2 3 batu kat belakang..mengah aku tau.. sebentar kemudian hubby sampai dekat aku dan hubby pegang bahu aku.. kami hanya mampu melihat train tu berlalu.. makin jauh dan jauh hingga hilang dari pandangan mata.. cam nak nangis wooo... kecewanya..!

dah laa tunggu lama, bila dah 1 train dah masih ada peluang nak jumpa, tapi terlepas pulak.. huuu lemah longlai laa jugak.. hubby dok bagi motivasi kat aku, then ambik gambo aku yang da sikit lagi nak bertukar jadi keluang man..huuu 



tengok laa, bukan kami jew sedih, pakcik kat belakang tu pon nampak sedih kan..eheee

*sowie pakcik, tak tau camne mood pakcik sesuai sangat utk saya letakkan gambar pakcik lam blog ni..eheee

pape pon kami doakan Amad sampai dengan selamat.. mintak maaf banyak2 sebab tak dapat jumpa Amad.. aduhai..


"abang cakap Amad call malam tadi sebelum naik flight, tapi akak dah tidur kot masa tu.. ahai.. sorry sangat2.. abg kata amad nak balik tengok baby nanti.. yey.. sukanya!!.. mintak2 baby pandai macam pakcik dia..ngee.. take care dear.. gud luck dalam apa jua!"

senyuman hubby yang menawar segala kekecewaan hari ni.. TQ sayang.!


tanda tanya: korang lapar tak? aku lapar durian arr..

Sunday, March 13, 2011

terasa baby tendang-tendang dalam perut.

salam.. eheh tetiba malam2 buta gini nak update entry..hihi bukan apa, ngah tido past tu terasa baby sedang menendang..baby tak tido waktu nih..jadi aku pon bagun laa layan baby..usap2 perut..arr.. makin kuat pulak dia gerak2..hehe 

cam biasa poyo sebentar eh..

nak tau tak bila baby first gerak? ramai yang tanya aku 

"wei ada rasa gerak tak"

aku jawab

"ada laa..ngee.."

"yerke? nak pegang..!!"

dan bila kawan2 pegang jew baby takmo gerak..haha cian makcik2..baby pemalu kot..hahaii..tapi beruntung kawan aku si Dayah, masa lam kelas hari tu kebetulan baby dok aktif dapat laa dia rasa.. bulat mata Dayah bila dah rasa gerakkan baby..

"weii dia gerak wei.. ya ALLAH first time aku rasa perut orang masa baby gerak.."

begitulah..untung Dayah yer..ngee.. takpe nanti dah masuk 7 and 8 bulan mesti lagi banyak baby gerak2..hehe

 naik buai sat..hihi

first aku terasa sesuatu dalam perut masa 2 bulan sah aku mengandung..hehe tp takde laa rasa gerak menendang kuat macam sekarang ni.. masa 2 bulan tu aku rasa macam ada denyut jaa kat perut..

jab nak merenung masa depan..hihi

waktu tu aku suruh hubby pegang..tapi hubby cakap tak rasa pape.. hubby letak telinga kat perut.. past tu dia gelak2..bila aku tanya nape gelak hubby kata dia dengar bunyi..

"kroook kreeek.."

hahaha n suruh aku p makan sbb perut aku bunyi..eheh ke situ plak dia..aku nak suruh dengar bunyi anak kami..apa laa..haha

ini bukan betapa eh..ini bersila.. ngee

masuk 3 bulan jarang2 ada juga rasa cam detak jantung baby.. aku jer kot dengar sebab as a mother aku faham itu bunyi detakkan jantung baby..amat perlahan dan aku yakin orang yang hamil akan sedar sendiri.. bila suruh suami pegang..eheh..dia g cakap pulak ngan perut..

"anak ayah, besar cepat2 eh, jadi anak soleh n solehah.. nak rasa gerak..tendang laa tangan ayah ni.."

alahai..kecian ayah dia..aku sebagai ibu yg mula rasa dulu..isk2..paling terharu bila hubby cium perut past tu zikir kat baby dalam perut.. lepas zikir hubby usap2 suruh baby tido..arrrr bahagianya..lau camni, ngandung tetiap tahun pon takpe laa..haha

 sowie hobi saya sebagai bakal ibu masih lagi macam dulu..

dah 4 bulan lebih nak jadi 5 bulan dah, masa tu baru terasa jelas gerakkan.. aku tak sabar nak hubby sentuh perut n rasa.. hubby selalu excited..tengah2 malam pon bila aku terjaga n aku kejut cakap baby gerak, hubby cepat2 letak tangan atas perut, padahal hubby da berdengkur sebelum tu..hee


yang best bila hubby happy pegang baby lam perut yang tengah gerak2 tendang tangan hubby..ngee..

banyak laa pengalaman2 baru tentang kehamilan petama aku nih.. lain kali aku sambung lagi yep.. baby da nak tido..sebagai bakal ibu aku takleh tido lewat2 sangat..ahai.. 


"ya ALLAH kurniakanlah anak dalam kandunganku ini sihat sempurna akal dan anggota agar anak ini dapat beribadat kepada_Mu ya ALLAH dengan sempurna..dan kurniakanlah suara yang merdu kepadanya supaya anak ini dapat mengalunkan bacaan Al-Quran dengan sebaiknya.. amin amin.. amin ya rabb.."

ibu macam Siti di alam fantasi..ish ish

tanda tanya: baby da nak ido.. jom ido sama2..(ini bkn tanya tp ini penyataan..haha)

Wednesday, March 9, 2011

menjelang usia kandunganku 6 bulan..

assalamualaikum duhai blog..hehe oleh kerana lepas kahwin aku dah ada teman untuk berbual panjang.. untuk luah segala perasaan, jadi aku dah lupa untuk update setiap hari blog nih.. kalau dulu2 masa belum kahwin, aku selalu jer masuk blog nih past tu aku merapu meraban semua, maklum laa dasar orang bujang..haha

jeng2...!! gemok dah wei..

tapi bila dah kahwin nak cerita apa2 mesti cari suami dulu..haa past tu nak merapu apa2 pon mesti ajak suami merapu sekali..maka hilang laa minat nak menconteng blog ini.. pon begitu hari ni mood aku lain sikit, walaupon da juta-juta warna warni kisah hidup aku kongsi dengan suami, aku masih tak lupa untuk kongsi di sini..

alolooo... poyo sebentar..

nak bagitau betapa bahagianya bakal bergelar ibu.. dalam keadaan aku yang tengah study ni, dengan bawak perut lagi, kadang2 agak tertekan lor..tapi kan bila baby tendang2 kan hilang semua penat. rasa happy sangat2, baby teman aku tiap masa.. dah 6 bulan baby dalam perut aku.. indahnya..!










masih cun taw..haha



naluri keibuan aku dah melonjak-lonjak nih.. tak sabar rasanya nak tengok wajah baby.. iras2 akukah? atau iras2 bapanya? tak kisah laa kan sebab aku comey, bapa dia pon comey... kalau iras2 gabungan kami lagi comey..ahak perasannyeee.. haha

hati berbunga..

masa first check dulu aku lewat period 4 hari jer..haha tapi dah excited sangat aku n hubby  beli laa pragnancy test tu.. terkejut jugak tengok naik 2 line merah yang tandanya adalah positif.. biar betul???!

tunggu seminggu masih tak datang bulan, aiseeeh.. hubby ajak g farmasi check kat situ, double line gak.. betul ke????!!

past tu lewat 2 minggu dah.. isk tak boleh jadi ni, hubby bawak g klinik.. ya ALLAH suspen sangat waktu tu.. maklum laa dekat setahun dah kami kahwin, baby ni laa kami tunggu2 sangat ni.. dan kat klinik Kuala Nerang tu aku buat ujian urine.. hubby n aku tunggu2 keputusan.. kebetulan ramai orang, punya laa lama.. tapi penantian tu adalah indah bila ada harapan di hadapan..

dan.. bila doktor bagi borang, doktor cakap "tahniah" sambil tersenyum..

aku tengok tulisan kat borang tu.. "positive"

ya Allah.. terharunya aku.. hubby terus peluk aku.. rasa bahagia sangat2.. aku usap perut walaupun waktu tu masih takda perubahan pon kat perut aku ni..

banyak jugak cabaran dan dugaan yang terpaksa aku tempuhi untuk stabilkan emosi aku.. yer laa.. hidup kan, bohong laa takda ujian2..tapi alhamdulillah dengan sokongan mak dan ayah di kampung, juga sokongan suami tercinta.. aku tempuhinya sampai kini dah 6 bulan.. harap semuanya selamat..



menghitung hari, berdebar juga.. lagi 3 bulan tarikh jangka baby akan dilahirkan.. macam2 yang bermain kat fikiran..risau, suka, terharu, bersyukur semua benda dah bercampur baur..

mengidam?? takde laa.. aku dok kolej, jauh dari suami.. time2 mengandung gini nak jugak manja2 mengidam apa2..tapi dah fikir dok jauh teringin sikit2 tu aku buat2 lupa jaa..haha.. tapi paling tak tahan dengan durian.. heee

mujur balik kampung hari tu sempat jugak jamah, alhamdulillah.. masa takde durian kan punya laa terkilan.. tu ke mengidam namanya?? entah laa aku pon baru fist time mengandung ni..hehe

tapi yang best aku dapat layanan istimewa, kerja semua hubby nak buat. bertuah aku.. isk..ni yang rindu ni..takpe laa.. banyak daa nak citer.. karang aku update lagi eh story..aku ngantok dah ni nak taip pon..haha dah jam 10 malam memang waktu aku tidur ngan baby masa ni..hihi nite..