:: mereka Terhebat ::

::MEREKA SANGAT HEBAT::

Sunday, July 18, 2010

Hadapi Hidup Ini Apa Adanya!

salam.. dalam menjelajah msg2 di inbox.. terbaca msg ini dan sesuai kiranya aku tintakan kembali di blog ini.. sekadar berkongsi..

Disunting dari buku La Tahzan karya Dr. ‘Aidh al-Qarni

Dunia ini adalah panggung sandiwara, ceritanya mudah berubah. Begitulah sebuah syair lagu yang sedikitnya bisa mewakili keadaan ini. Kondisi dunia penuh dengan kenikmatan, penuh rupa, melenakan, banyak pilihan, banyak warna. Semuanya ini bercampur baur dengan kecemasan, kesulitan, dan berbagai penderitaan hidup.
Kita tidak akan pernah menemukan seorang ayah, ibu, isteri, suami, adik, kakak, kawan, sahabat, pekerjaan yang padanya tidak terdapat kesulitan. Justru kadangkala pada setiap hal itu terdapat sesuatu yang buruk dan benar-benar tidak anda sukai. Maka dari itu, padamkanlah panasnya keburukan pada setiap hal itu dengan dinginnya kebaikan yang ada padanya. Itu kalau anda ingin selamat dengan adil dan bijaksana. Pasalnya, betapapun setiap luka ada harganya.

Allah memang menghendaki dunia ini sebagai tempat bertemunya dua hal yang saling berlawanan, dua jenis yang saling bertolak belakang, dua kubu yang saling berseberangan, dan dua pendapat yang saling bertentangan. Yakni, yang baik dengan yang buruk, kebaikan dengan kerosakan, kebahagiaan dengan kesedihan. Dan setelah itu, allah akan mengumpulkan semua yang baik di syurga. Adapun yang buruk, kerosakan dan kesedihan akan dikumpulkan di neraka. Ada hadith yang di mafhumkan..

“Dunia ini terlaknat, dan terlaknat semua yang ada di dalamnya, kecuali dzikir kepada Allah dan semua yang berkaitan dengannya, seorang yang ‘alim dan seorang yang belajar.”

Maka jalanilah hidup ini sesuai dengan kenyataan yang ada. Jangan larut dalam khayalan. Dan, jangan pernah menerawang ke alam imajinasi. Hadapi kehidupan ini apa adanya; kendalikan jiwa anda untuk dapat menerima dan menikmatinya! Bagaimanapun, tidak mungkin semua teman tulus kepada anda dan semua perkara sempurna di mata anda. Sebab, ketulusan dan kesempurnaan itu cirri dan sifat kehidupan dunia.
Bila kita merapatkan barisan, menyatukan langkah, saling memaafkan dan berdamai kembali, mengambil hal-hal yang mudah kita lakukan, meninggalkan hal-hal yang menyulitkan, meluruskan langkah, dan mengesampingkan berbagai hal yang mengganggu pasti terasa sempurna hidup ini.

Seperti sebuah syair lagu:

Ketika mimpimu yang begitu indah, tak pernah terwujud, ya sudahlah
Saat kau berlari mengejar anganmu, dan tak pernah sampai, ya sudahlah


Coz everything is gonna be okey..!!

Tanda tanya (?): apakah kita mampu bertolak ansur dan memaafkan untuk mendapatkan kedamaian??

Tuesday, July 13, 2010

::.kali pertama menyambut birthday sebagai isteri..::

20 Jun 2010..

Perasaan tak sabar telah menyelubungi diriku. aku tak sabar2 lagi menanti 29 Jun. Itu adalah tarikh lahirku.. tak sabar rasanya untuk menyambut saat itu bersama suami tercinta.. untuk kali pertamanya akan aku sambut tarikh tersebut sebagai seorang isteri..

22 Jun 2010..

aku: "abang, lagi 7 hari lagi birthday ayang.." 

aku bersuara kepada suamiku dalam nada penuh keriangan.. sungguh tak sabar menanti suprise dari suami tercinta.. rasa mengada2 pula sebab mengingatkan tarikh tersebut.. tapi hatiku benar2 teruja untuk menyambutnya kali pertama sebagai seorang isteri..

dia: "takpa abang tak lupa aih.. ayang tido laa dulu abang nak baca sikit maklumat pasal banci ni.. minggu depan turn abang nak kena bagi taklimat kat pembanci.."

Suamiku bekerja sementara sebagai penyelia pembanci.. sebelum dia konvo bulan 8 akan datang dan sebelum dia diterima sebagai pekerja tetap dalam pejabat kerajaan, begitu rajin dia berusaha mencari rezeki demi menanggung diriku.. Siangnya, jika ada kelapangan dia menolong ibuku berkebun dan menoreh.. teruja  aku terhadap suamiku.. walaupon dia orang bandar, tapi dia kelihatan biasa dengan keadaan dan suasana di kampungku.. malah dia suka tinggal di kampung.. alhamdulillah.. bertuah kerna cara kehidupan aku di kampung diterima baik oleh suamiku...

dia: "Yang.. fikir apa tu? tido laa.. kesian sayang dan jam 1 ni.."

aku: "ayang tunggu abang.."

dia: "manjenyaa.."

27 Jun 2010..

Dari hari ke sehari aku menyediakan makan pakai suamiku.. dan aku sunyi dari jam 8 pagi sampai 5 petang.. mana taknya, suamiku sibuk bekerja, sudahlah takda cuti.. terasa nak ada banyak masa bersama.. maklum saja cuti semester aku pon sudah nak sampai ke penghujung.. aku akan pulang ke Universiti dan pastinya kami akan terpisah berbatu-batu jaraknya..

kadang2 aku hilangkan bosanku dengan mengemas, mencuba resepi baru dan aku akan seterika semua baju2 yang akan suamiku pakai untuk ke pejabat untuk seminggu.. 

dia: "nape ayang susah2 buat semua ni untuk abang.. tak payah laa abang tak suka menyusahkan ayang.."

aku: "abang tak suka ke ayang seterika baju ni? eleleee.. abang suka sebenarnya kan..? haha.."

dia: "abang takut abang smart sangat nanti ramai plak yang terpikat ayang gak susah.."

dush..!!! dush..!!! nah.. aku cubit2, aku piat2 dia sampai dia suruh aku berhenti..

aku: "haaa jangan nak gatai.. sape berani jadi madu ayang, lawan dulu ngan ayang sape yang lebih sayangkan abang.."

dia: "amboiii melawak je pon dah sampai nak bukak silat dah ka.. hahaha..sayanglah satu2nya isteri pertama abang.."

aku: "apa abang cakap????!! isteri pertama..??!! ada lagi ke nak tambah jadi 2 hah????!! eeeeeeeeeeeee..."

suamiku memang suka menyakat dan buat aku jadi tak senang duduk dengan statementnya..! cis..cari pasal..

dia: "alalaaaa jangan laa merajuk.. abang gurau laa.. takda yang lain aih ayang sorang je yang abang sayang, cinta, semua laa.. eleleeee..merajuk laa nanti cepat tua..hahahaha"

aku: "eeeeeeeee geram..grrrrrr....!!"

dia: "geram kat ayang jugak... hahahaha..dah jom tido..esok abang kejut ayang subuh kalau abang terjaga dulu.. tapi kalau ayang sedar dulu kejutkan abang taw.. cam biasa laa..hahaha mesti ayang yang akan kejut abang kan..hahaha.. "

28 Jun 2010

dia: "bangun2..!! ayang... hahahahaha... bangun dah subuh.. hahaha.."

suamiku telah lebih awal bangun untuk solat subuh pada pagi itu..yang hairannya kenapa dia ceria sangat..mimpi apakah dia malam tadi..

aku: "err napa abang gelak2 ni.."

dia: "tau tak malam tadi masa tido kan ayang cakap ngan abang..hahahhaa"

aku: "errr cakap? cakap apa.. bila..?"

dia: "aiikk takkan buat2 tak ingat kot..dalam pukul 3 camtu?"

aku: "err.. mana ada cakap apa2, tipu laa abang ni..!"

dia: "hahaha tau tak abang tanya ayang, balai polis warna apa.. hahaha ayang tau ayang jawab apa?"

aku: "hah? jawab apa? adeeh.."

dia: "ayang cakap balai polis warna pink..hahahaha..."

aku: "hahahaha.. tipu..hahahaha tak sedar pon..hahahaa..."

begitulah setiap hari mesti penuh dengan gelak ketawa.. lebih kurang jam 8 setelah sarapan bersama ,suamiku akan keluar untuk ke pejabat..tinggallah aku sendiri..

Malam nanti jam 12 akan jadi 29 Jun..ia adalah tarikh birthday aku.. aduhai rasa tak sabar sangat2 laa.. agak2 mesti ada suprise dari hubby.. isk.. ape yer.. aku asyik tertanya2 lam hati..kadang2 tersenyum sorang2.. isk nape aku excited sangat eh?

Tapi jam dah 6 petang, suami tak pulang2 pon dari kerja.. risau rasa hati..selalu jam 5 dah sampai rumah.. macam2 terlintas di fikiran.. tiba2 air mata berlinang.. aku tak sanggup menanti tanpa ada khabar..aku takut.. takut hubby jadi apa2 di jalan.. aku risau.. aku menangis sendiri.. dah call tapi dia tak jawab..kenapa???!!

jam 6:30 petang aku keluar rumah dan menunggu di halaman.. senja sudah menampakkan bahawa akan tiba kedatangan malam sebentar lagi.. tapi suamiku tak pulang2 lagi..resah entah bagaimana tidak dapat aku khabarkan dengan kata2..

jam 6:45 petang menyusur sebuah kereta kancil.. aku begitu kenal kereta itu.. aku menghela nafas lega.. dia dah pulang! melompat2 aku.. macam kanak2 plak..adusss..

sebaik saja dia menghentikan enjin kereta.. 

aku: "abang ni.. nape balik lambat.. call pon tak angkat.. risau tau.."

dia: "alaa abang ada meeting tadi laa sayang.. sorry.."

aku: "abang jangan wat camni lagi ayang risau.. ayang takot.."

dia: "takut apa sayang.."

aku: "err.. "

tiba2 aku tersembam di dadanya dan aku menangis teresak2.. entah kenapa dan mengapa aku pon tak tahu..

dia: "jangan risau laa abang selamat ja ni.. aii ayang sayang abang eh.."

hubby memeluk aku erat.. aku tidak berkata apa.. hanya linangan air mata yang mengalir.. 

dia: "jom masuk dalam rumah dah nak maghrib ni.. jangan nagis2 lagi.. isk2 manja sungguh.. haha.."

aku: "eeeeeeeee orang nangis dia gelak..eeeee cubit baru taw"

dia: "adeeh kalau macam ni lebam laa abang.. hahaha.."

****************

lagi beberapa minit akan tiba juga jam 12 dan akan bertukarlah tarikh menjadi 29 Jun..aku buat2 tak tahu tentang hal birthday aku tu.. sengaja.. konon2 nak dia ingat dan nak tengok reaksinya. dia kelihatan sedang sibuk dengan document2 pejabatnya. aku hanya berbaring sambil membaca  majalah. tepat jam 12:00 am..

dia: "sayang..!!! happy birthday..!!"

akhirnya.. aku dapat meraikan birthday pertama sebagai isteri.. perasaan ketika itu sungguh membahagiakan.. dan suamiku memberikan origami yang di buatnya sendiri.. origami berbentuk angsa..



aku: "terima kasih abang.."

******************

29 Jun 2010..

jam 3 petang suamiku pulang dari pejabat dan di bawa bersamanya kek yang sangat comel.. sungguh terharu dan suprise sangat2..



aku: "nape abang balik awal..?"

dia: "saja nak celebrate..happy birthday sayang.."

entah kali ke berapa ratusnya aku menerima ucapan itu dari suamiku.. berbunga rasa di hati..petang itu hubby membawa aku ronda2 naik motosikal kat kampung.. melihat pemandangan sawah.. macam dah lama tak luangkan waktu bersama sejak2 dia bekerja.. tapi hari ini.. indahnyaa...




kami ke tempat istimewa..di atas bukit yang sudah gondol.. menikmati kesegaran petang d sana.. sambil berdua berbual dan memandang kehijauan..sehinggalah mentari sudah mahu terbenam di ufuknya, kami pon pulang ke rumah..romantiknyaa..

Malam menjelma, hubby masak spaghetti.. yummy..!!!


***************

13 Julai 2010..

hari ini aku sudah di kolej meninggalkan orang yang aku cintai di kejauhan.. entah bila lagi akan bertemu. ingin aku balik setiap minggu..kenapa laa kedah jauh sangat dari KL.. aduhaii... cinta jarak jauh plak dengan kekasih halal.. isk..

dan aku buka kad ucapan birthday yang hubby baru bagi.. katanya sebelum birthday aku lagi dia dah beli tapi tak tahu nak tulis apa.. waktu aku sudah mahu berangkat ke KL, dia menghulurkan kad tersebut dan mahu aku membacanya di kolej.. 

kini apabila kad tersebut aku baca, rasa kerinduan menduga jiwaku.. terharu dan rasa dihargai.. terima kasih suamiku..

tanda tanya (?) : heheheee.. takde tanya apa2..heee