:: mereka Terhebat ::

Friday, April 30, 2010

:: TUHAN BANTULAH AKU ::

Salam sejahtera.. hmm rasanya lama jugak aku tak menaip.. memang aku sudah berubah kah? atau aku sudah tidak seperti dulu? 

yaa.. itulah barangkali. perubahan yang aku sendiri tidak sedari.


semalam aku menatap potret2 yang sempat kakak iparku uploadkan.. satu per satu kenangan sewaktu aku remaja terungkit.. bermain2 di fikiran melayang2 sampai aku teringat saat aku masih kanak2..indah rasanya kira saat2 seperti itu berulang kembali. andai dapat ku undurkan putaran dunia.. ceeeh mcm lagu lak.. hmm..

sebenarnya aku tak tahu laa mcm mana nak luahkan.. buntunyaa.. ya Allah..

apakah aku kesal dengan perjalanan yang aku hadapi sekarang? 

tak jugak.. tidak..!!

tapi kenapa? kenapa aku mcm sedih jer nih? 

tah laa aku pon tak tahu kenapa.. bila wajah2 mak dan ayah terbayang mula laa aku rasa sayu.. bagaikan hidupku ini benar merunsingkan.. aku ingin bahagia.. bahagia.. bahagia..!!!!!

ahh lupakan aja.. aku tidak mahu terus berada dalam kerunsingan.. aku mahu tumpukan perhatian dengan pelajaran.. ada banyak lagi subjek yang bakal aku hadapi.. yaa sekarang minggu exam.. baru lepas 3 paper. masih ada 3 paper kat depan.. dekat2 pulak tu.. aaarrrghh tensennya!! tertekan laa.. 

sebab aku tak ready nak exam ke? 

; tak jugak.. 

jadi kenapa? 

; tah aku takde jawapan laa.. 

ada problem ngan sape? 

; tah aku tak tahu.. 

habis tu nape tensen2 mst ada sebab kan? 

; yer laa tapi takkan aku nak cakap semua benda kat sini kot?

hmm so.. aku memang tak dapat nak cakap apa2.. aku cuma ley diam2 aja..huhu aku tak suka laa diri aku yang mcm ni.. tak happy2 tak ceria2 tak itu tak ini.. banyak yang tidak.. arghhh.. aku rasa cam susah nak bertenang laa.. asyik2 time aku tenang je tup tup ada laa yang meragut ketenangan ni..

huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..!!!! mahu aku menjerit sekuat hati melepaskan segala kekusutan yang bersarang ni.. hmm mungkin bertambah kusut bila time2 exam gini kot.. or aku nak dtg bulan? haaa.. eeee aku takleh laa.. rasa lemah sangat2.. adoiii


hmmm ya Allah bantulah aku untuk bersabar dan menjadi tabah setabah tabahnya ya Allah.. janganlah engkau mengujiku yang aku tidak termampu sesungguhnya aku tidak kental dengan ujian2 yang datang bertalu2 tanpa henti begini.. ya Allah tabahkan aku bantulah aku ya Allah.. 

aku tidak mahu tergolong sebagai salah seorang dari mereka2 yang rugi. mengeluh dengan kehidupan! ya Allah alpanya aku.. aku senantiasa malu sendiri untuk berbicara.. sungguh tidak layak aku menyampaikan kerna aku sendiri terkapai2.. terkontang kanting.. ya Allah aku juga ingin berbahagia seperti orang lain yaa Allah.. 

hmm ya Allah bantulah aku ya Allah terus tabahkan hatiku biar apapon dugaan yang bakal aku tempuhi.. kerna engkau sahaja maha mengetahui ya Allah..senyuman yang bagaimana yang perlu aku beri lagi? sedang hati terus dilukai..


mungkin begitukah.. senyuman dalam tangisan.. habat aku belakon..!!!

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela

Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan

Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai

Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

tanda tanya: sampai bila ujian akan berakhir, apakah sampai nyawa juga berakhir?

Thursday, April 22, 2010

Sekolah Berkesan dari Perspektif Islam

fuiiyyo.. aku kali ni datang sebagai gaya cikgu yang nak terangkan tentang pelajaran sekolah berkesan dari perspektif islam.. hahaii ini adalah nota ringkas aku yang akan exam esok.. huu patotnya topik ni subjek tahun 4 nanti.. tapi aku yang terlebih bijak telah mengambilnya pada sem ini tatkala aku masih di tahun 3..

Tak apa, yg penting aku faham kan..bagi mereka yang bakal ambik subjek sekolah berkesan, mari2 baca ni sampai pening.. haha.. bagi yg tak ambik tu aku sarankan kalau nak baca baca laa tambah ilmu..tapi  nota aku ni lebih pada nota tangan aku lor yang aku reka formula nak ingat fakta.. hihihi..

**************
BAB 1  - CABARAN SEKOLAH BERKESAN

"jurutera berhadapan dangan benda mati, tetapi guru berhadapan dengan benda hidup yang belum tentu mudah dibentuk.."

Cabaran kritikal : **KYG
  1. Bagaimana membentuk kualiti sesebuah sekolah sehingga menjadi sekolah berkesan, 
  2. Bagaimana meyakinkan rakyat terhadap prestasi institusi pendidikan
  3. Bagaimana menghadapi era globalisasi dalam pendidikan
Cabaran  perlu diberi perhatian (KPT & KPM) : **MTK WIKAP

Manusia berkualiti,  Tadbir urus berkualiti, Kurikulum berkualiti, keWangan berkualiti, Insfrastruktur berkualiti, perKongsian berkualiti, pengAntarabangsaan berkualiti dan Budaya berkualiti.

BAB 2 - TRANSFORMASI PENDIDIKAN

"selalunya manusia sedar bila dia mendapat hasil"

Sebelum merdeka : sistem vanekular, selepas Merdeka : perancangan2 pendidikan dari 1957 - 2010 **malas nak taip byk sgt.. aku simpan lam otak jew eh..

BAB 3 - PERANCANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

"sesuatu yang dirancang bukan tindakkan satu pihak sahaja akan tetapi melibatkan semua barulah berjaya, bak pukulan kalau 1 jari sahaja yang bertindak apalah sangat, tapi kalau semua jari bersama digenggamkan untuk menumbuk kan lagi sakit kalu kena.."

Dasar-dasar Perancangan : **PPPPC
  1. dasar Pecah perintah (1786-1957)
  2. dasar memperkasakan Pendidikan kebangsaan (1957-1970)
  3. dasar memperkasakan Perpaduan kaum (1970-1990)
  4. dasar memperkasakan Pendidikan bertaraf dunia (1991-200)
  5. dasar melonjakkan keCemerlangan pendidikan ( 2001-2010)
Dari perspektif islam : ** Islam Hadhari, J-QAF, Maktab jadi institusi perguruan, Misi nasional

Islam Hadhari 10 prinsip :** IKRIEKH BAP

keImanan dan ketakwaan kepada Allah, Kerajaan yang adil dan beramanah, Rakyat yang berjiwa merdeka, penguasaan Ilmu, pembangunan Ekonomi seimbang, Kehidupan berkualiti, pembelaan Hak2 minoriti dan wanita, keutuhan Budaya, pemuliharaan Alam, kekuatan Pertahanan.


Misi Nasional (31 MAC 2006) : **SIKEP

meningkatkan..>>
Sosioekonomi, Institusi, Kualiti, Ekonomi, Pengetahuan.

 BAB 5 : KONSEP SEKOLAH BERKESAN

"berpijak dibumi yang nyata"

Teras pendidikan berkualiti tinggi : **HPPP

arah Haluan strategik, Pelan starategik, Perlaksanaan berkesan, Pemantauan berterusan.

BAB 6 : SEKOLAH BERKESAN DIAWALI OLEH PEMBAHARUAN PENDIDIKAN

"ingin melakukan perubahan bukanlah mudah kerna perubahan itu memerlukan masa dan tekad.."

Bukti :  **PPP

surah ar-ra'd ayat 11 >> "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu merubah apa yang ada pada diri mereka"

Pepatah arab >> "man jadda wa jada" (siapa yang berusaha akan berhasil)

Pepatah barat >> "by work all thing increase and grow"

Perubahan menuju objektif >> pertumbuhan, mobilitas, expensi budaya.

BAB 7 : PROFILE SEKOLEH BERKESAN **DLFD
  1. arahan Department pendidikan Nasional Indonesia ** PPPPIKMM >> Pelajar, Prasarana, Profesionalitas, Pembelajaran, Iklim, Kurikulum, Masa, Manfaat.
  2. Lipsitz **PGLI >> Pelajar, Guru, keLembagaan, Ibubapa
  3. Fantini **PGKI >>  Pelajar, Guru, Kurikulum, Individu
  4. Darus & thomas **BIDAK KA >>  BIlik Darjah, Akademik, Kemajuan, Kualiti, Arahan guru.
BAB 8 : PROFILE PELAJAR SEKOLAH BERKESAN 
  1. The seatle Public School **BS AP ST >> Basic Skill, Academic Prestation, Systematic Teaching.
  2. Buchori, pelajar **DBM >> Dapat hidup, Bina kehidupan, Memuliakan kehidupan.
  3. UNESCO **KDLB >> learning to Know, Do, Live together, Be
BAB 9 : KEPIMPINAN SEKOLAH BERKESAN


"bimbinglah seseorang sehingga orang itu rasa terbimbing.."

model2 kepimpinan:
  1. Transfornasional _ sifat
  2. Transaksional _ hubungan
  3. Situasional _ keadaan
  4. Spiritual _ semangat
** ingat kat otak gak kretiria, kesan & aplikasi semua jenis kepimpinan tu..

BAB 10 : ISU-ISU SEKOLAH BERKESAN

perbezaan sekolah unggul & sekolah efektif / berkesan **pun da ingat dah.. hua hua.. nota orang malas..

************

BAB 11 : GUD LUCK MY SELF.. hehe habis dah lor..blink2 mataku ngan warna2 highlight.. hee tapi aku puas hati dapat buat nota seringkat dan padatnya.. haha padahal banyak penerangan aku skip kat nota ni.. haha nama pon nota ringkas kan kalau letak semua tu tak ringkas dah laa namanya.. kepada yg rasa cam tak paham sorry yaa aku just nak review jaa..

hubby kata review jaa kat blog tu coz tadi tak dpt review kat hubby.. line kat kampung tak clear..huu harap2 aku dapat jawab yang terbaik esok and aku ingat laa fakta2 ni..pening gak nak hafal perkataan2 yang banyak..haha tp aku suka! ok laa doakan dakuuuu... salam

tanda tanya (?) : isk, agak2 faham tak eh??

Tuesday, April 20, 2010

:: aku rela terus di uji..::

assalamuaikum.. aku datang lagi menebarkan tinta.. rasanya tiada apa yang hendak aku ceritakan.. aku mahu diam sahaja kerna diam itu lebih baik dari berbicara.. benarkah? yaa sebab makin banyak kita cakap nanti makin banyak terzahir sesuatu kesilapan.. hmm

aku jenis yang berterus terang. aku anggap sifat berterus terang adalah yang terbaik sebab mudah orang nak faham kita. tapi tanggapan aku tu salah juga, sebab makin kita berterus terang makin orang salah sangka pada kita. jadi? nak berterus terang ke tak? haa ini yang kita tak tahu ni..

tapi aku tetap akan terangkan jika aku pasti dengan berterus terang sesuatu masalah itu dapat selesai. namun hakikatnya banyak perkara yang tanpa aku sedari aku rahsiakan jauh di sanubari ini.. biarlah Allah sahaja tahu kerna yang tak molek tak semestinya molek kita nyatakan..

haa sekarang ni ombak lam hidup aku macam makin bergelombang. terumbang ambing aku menahan, alhamdulillah.. Allah masih memeliharaku, insyaAllah.. aku akan terus lalui dan aku tidak gentar dengan perjalanan ini.. doakan aku supaya terus tabah.. biarlah sakit yang aku rasa di dunia ini menjadi penawar aku di sana nanti.. ya rob.. teruskan aku dengan kekuatan yang kau anugerahkan padaku sehingga aku berjaya mengharungi hidup yang penuh liku..

************

eh lupakan saja apa yang melukakan hati.. teruskan sesuatu yang buat kita bahagia.. Allah itu sengaja menguji kita supaya kita sentiasa dekat denganNYA.. alhamdulillah.. aku gembira dengan onak duri yang aku rasa.. lebih selesa kiranya aku di uji dengan kesusahan daripada aku di uji dengan kesenangan..

mudah untuk kita hadapi ujian yang susah berbanding ujian yang senang.. sebab? kalau kita dapat kesenangan kita rasa yakin kita dapat tempuh, dalam kesenangan itu kita lama2 mungkin kita akan tergoda dan terleka dengan nikmat yang kita rasa.. akhirnya kita tertewas dengan ujian kesenangan tanpa kita sedari..

maka bersyukurlah apabila kita lalui duka dalam pasrah dan nestapa.. apabila kita diuji dengan kesusahan yang menindas.. biarkan ujian itu datang dan tempuhilah ia dengan penuh kekuatan.. kita akan makin dekat dengan Tuhan, insyaAllah.. kita mesti cuba insafi diri dan ujian ini akan membentuk diri kita supaya menjadi mukmin yang sejati.. insyaAllah..

"jadilah seperti wanita di zaman rasulullah, jadilah seperti rabiatul adawiyah, jadilah seperti saidatina khadijah.."

tuntutan tersebut terlalu tinggi untukku gapai.. kerna aku hanyalah wanita biasa di akhir zaman.. namun aku sudah menjadikan wanita2 yang agung itu sebagai teladan. siapa yang tidak mahu kesempurnaan.. hanya usaha yang kita lakukan, hanya tawakkal yang kita serahkan..tapi tidak dapat selamaya aku menandingi wanita2 suci yang Allah sayangi itu..aku sedar..

ya Allah, aku adalah hambaMu yang serba kekurangan.. hanya padaMu aku menumpang kekuatan.. seharum kasturi di syurgaMu sejauh langkahku dari kasturi itu.. ya robul izzati.. janganlah kau pesongkan hati hambaMu setelah kau beri hidayah. ya Allah..

aku ingin sekali menikmati rahmatMu di sana nanti ya Allah.. aku pasrah atas ujian2 yang kau beri padaku.. aku mahu menjadi salah seorang daripada wanita2 yang kau kasihi ya Allah.. sungguhpun aku tidak layak untuk itu, akanku pertahankan garis imanku yang kau anugerahkan ini ya Allah.. semoga aku terus di landasanMu ya rob..

***************

entahlah, saat ini aku begitu malu untuk berbicara.. tambahan untuk menasihati orang lain tentang perilaku dan adap dalam perbualan..aku sendiri banyak melakukan kesilapan, masakan aku mampu menasihati sedangkan aku lemah sendiri..

apapon peringatan yang aku tintakan ini banyaknya pada diriku.. aku tujukan pada diriku supaya aku terpandu dengan kata2ku sendiri.. sungguhpun dengan sesiapa sahaja kita bercakap, memelihara pertuturan amatlah penting.. kerana setiap kalimah yang kita tuturkan itu melambangkan adab dan budi kita..

Surah Al Ahzab (Ayat 70-71). Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, takutlah akan Allah. Dan katakanlah kata-kata yang betul nescaya Allah akan menjadikan amalmu baik. Dan akan diampuni Nya dosa-dosa kamu.”

Surah Al Baqarah (Ayat 83). Maksudnya:

“Dan hendaklah kamu berkata kepada manusia itu dengan kata-kata yang baik (dengan kata-kata yang lembut dan tidak menyakitkan hati).”

islam memberi kebebasan kepada umatnya berbicara, berfikir dan mengutarakan pendapat asalkan tidak bercanggah dengan nilai dan peraturan yang ditetapkan, misalnya percakapan yang tidak sopan dan tidak manis didengar.

Hadis Riwayat Muslim:

“Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: Kedua-dua orang yang saling maki-memaki itu dosanya adalah atas orang yang memulai antara kedua-dua orang itu, sehingga yang dianiaya melanggar melebihi batas apa yang dikatakan oleh orang yang memulai tadi.”

Hadis Riwayat Al Tirmidzi:

“Seseorang mukmin bukan seseorang yang suka mencaci atau suka melaknat orang lain dan ia juga tidak bersifat jahat di samping ia tidak bersifat buruk.”

Hadis Riwayat At Tabarani:

“Peliharalah lidahmu, kecuali tentang hal yang lebih baik, kerana sesungguhnya engkau dengan begitu telah mengalahkan syaitan.”

************

eheh ini bukan sesi ceramah tau.. sekadar merenungi dan muhasabah diri.. tak indah hidup ini kalau takda suka duka kan.. semoga Allah akan terus menebarkan rahmatnya pada kita semua.. semoga kita lebih pandai menggunakan nikmat lisan yang Allah beri ini untuk bercakap sesuatu yang menyenangkan..

pasti kita akan rasa senang apabila kita boleh menyenangkan orang lain. pasti kita akan lebih tenang apabila kita mampu menenangkan orang lain.. dan ikhlaskan hati untuk membantu supaya orang yang di bantu rasa terbantu..  ikhlaskan hati untuk menerima dan menyayangi supaya orang yang kita terima dan sayang rasa di disayangi.. (^_^)

***********

aku suka luah kat hubby dan berbincang ngan hubby bab bahasa..ucapan dan perkataan.. alhamdulillah kami boleh berkomunikasi dengan baik bila ada masalah. walaupon kadang2 aku yang gelabah.. haha biasalah aku pon manusia biasa.. hee

kesimpulannya aku tenang biarpun seringkali ketenangan ini di ragut dengan ujian2, biasalah tu, hidup kan.. hahaii ok2 aku takmo ceramah lagi dah.. ada yang tak baca sampai habis pon entry ni.. hehe eh pada yang baca sampai habis tu alhamdulillah kamu benar2 tabah menerima apa yang aku tintakan.. ececeee..

ok laa.. nak study ni.. exam oh exam.. aku fobia dengan exam.. haha.. cepat laa habis exam oii.. eheh ni pon ujian yang berat ni.. ujian + exam.= fobia..itu dulu tapi saat ni.. ujian + exam = ujixam.. haha..oklah.. berapa banyak ok daa.. salam...

tanda tanya(?): apakah kita mampu menjaga tutur kata? renung2kan dan selamat beramal..

Sunday, April 18, 2010

::..yakinlah aku menjemputmu..::


salam.. hari ni mood aku agak jiwang2.. soa aku nak share lirik lagu ni.. rasa tersentuh sangat2 lor lagu ni.. ahaii.. waktu aku ngah sedih2 hubby nyanyi kat aku.. uwaa terharu sangat2.. bertuah aku ada suami yang memahami.. aku rindu hubby..!!

huhu aku dalam minggu exam sekarang ni.. doakan aku tau.. ok jom layan..

Artist : Kangen Band

Lirik Lagu Kangen Band - Yakinlah Aku Menjemputmu

Teringat selalu wajah kekasihku

Saat ku menuai lalu

Coba engkau dengarkan

Ku tuaikan nada lirik lagu sederhana

Ku ceritakan kisah tentang kita


Peluklah tubuhku bila engkau rapuh

Saat kau mulai terjatuh

Aku datang menyelamatkanmu

Ini surga kita tiada yang menguasainya

Tempat kita bersandar dan bertahta


Reff:*

Tenang sayang, ku pasti akan datang

Yakinlah aku menjemputmu

Jangan menangis, hapus air matamu

Yakinlah ku tetap milikmu


**
Tenang sayang, ku tepati janjiku

Karna kau wanita terhebat

Peluk tubuhku, matilah di pelukanku

Biar seluruh jagad raya tahu


Tenang sayang, ku sambut engkau datang

Ku yakin engkau menjemputku

Jangan menangis, hapus air matamu

Yakinkan ku tetap milikmu


Back to Reff:* / **


Tenang sayang, ku sambut engkau datang

Ku yakin engkau menjemputku

Peluk tubuhku, matilah di pelukanku

Biar seluruh jagad raya tahu kau milikku

**************

rindu sangat2.. tadi aku nagis2 hubby nyanyi kat aku aku rasa cam syahdu jer.. huhu aku tersentuh sangat2.. hubby, terima kasih sebab pujuk yayang.. yayang nak mati dalam pelukkan hubby.. uhuuu..

yayang nak tengok hubby saat yayang tutup mata nanti.. yayang nak genggam tangan hubby sampai gengaman tu terlerai saat nyawa yayang terlepas dari jasad.. yayang mencintai hubby sampai ke sana.. alam tiada mati.. yayang kasihi hubby demi Allah.. redhakan yayang dunia akhirat yaa hubby...

isk asal rasa nak nangis ni.. haish!!!!.. dah2...

 rindunyeeeeeee... huu.. sorry hubby, yayang buat muka hubby cam zorro.. hehe yayang ngah rindu ni, tak tau nak watpe tu yang yayang edit2 gambar hubby ngan yayang.. **waduh2..~~

cam angel dah hubby ni, cam tarzan pon ada.. isk tu ular betul2 taw.. eeek.. ok selamat mengulangkaji wahai diriku..

aku sayang sangat2 laa kat hubby.. eheh.. tetiba jaa aku jiwang.. berat dah!!

tanda tanya (?): hubby rindu yayang gak kan..? hihi jgn muntah daa..


Thursday, April 15, 2010

HAPPY BIRTHDAY "MADIHAH.."

salam... eheh.. lupa nak ucap birthday kat seseorang..hehe siapakah beliau? madihah namanye..hee adik ipar aku daa.. hee.. beliau adalah adik yang paling kecik lam family hubby.. hahaii sangatlah manje dengan hubby dan telatahnya kadang2 buat aku tak kering gusi.. ececeee ini jugak bukan ayat bodek keh..

hee tanggal 15 APRIL 2001 lahirlah Madihah ke bumi.. tadi mama ( ibu mentuaku ) call cakap Madihah lahir jam 2.. aku plak time mama call ngah tido jadinya aku cam mamai jer.. aku pon tak tahu 2 pagi ke 2 petang.. ish ish ish.. 

mama call nak tanya aku cane tandatangan aku coz izzah buat kad birthday sebesar manila kad untuk Madihah.. terkejut aku dengar! waaah.. boleh tahan besar laa kad tu..hehe

taraaaa..!! itulah empunya diri yang meraikan birthdaynye hari ini (15 April 2010). Maka genaplah umur beliau 9 tahun.. alalaaaa sweet 9 yer.. hehe.. comeynyeee dia.. sangat suka bercakap tau adik ipar aku sorang ni..haha.. dah nak macam aku dah.. ayooo.. aku tak tahu.. wink~~


beliau juga sangtalah suka posing.. pon macam aku dah tu.. berat dah.. hehe tapi kerana sikap adik2 yang sporting laa aku rasa lega sangat2.. yer laa mudah je aku terbiasa ngan family hubby aku.. bersyukur sangat2.. (^_^).. bahagia ada mama abah dan ramai adik..heee



hee gambar2 yang aku upload ni waktu aku and hubby kuar jalan2 makan angin sekitar KL.. hee.. sekarang hubby pon sibuk nak exam jadi tak dapat laa kami jalan2 or celebrate birthday Madihah. tapi takpe nanti da cuti leh laa.. insyaALLAH..hee


teringat pulut kuning yang kami makan waktu berkelah tempoh hari.. yummy terliurnyeee... mama memang pandai masak.. hee aku bertuah dapat rindukan air tangan mak dan mama.. cheeewaaah!! jangan lari topik, nanti aku terciter bab resepi lak.. hehe ok2..


to Madihah..:

"happy birthday adik, haha da tua ke adik ni? hehe.. syhhh tak payah cakap apa2 akak tau nanti adik mst cakap kalau adik tua akak lagi tua kan..haha.. bijak betul Madihah ni.. belajar rerajin bagi dapat nombor satu yer..hehe..semoga di panjangkan umur dimurahkan rezki.. amin.."

tau tak apa yang aku ngah teringat pasal Madihah sekarang ni? tak tau ye.. meh aku nak citer..:

*********************

pada suatu hari Madihah telah berbual2 dengan aku di corong phone.. then terbukalah satu topik..

"kak aina, kak aina tau tak tadi kan madihah gi sekolah kan.. madihah kan.. kan.."
kata Madihah menimbulkan suasana suspen dalam diriku.. 

"kan..kan apa dik..cakap laa kak aina tak sabar nak tau ni.."

"kan.. tadi kan madihah kan.. nampak kan.. kakak tu kan kat kantin kan..."

haish!! awat laa banyak "kan" ni.. hehe.. aku da tergelak2 dah time tu..

"alaa nape kak aina gelak, madihah tak sempat habis cerita lagi.."

"ops... ok2 sambung2.. kat kantin sekolah ada sorang kakak.. naper ngan akak tu..?"

soalku nak menunjukkan aku tumpu perhatian dan berminat nak dengar apa laa kisah adik ipar aku yang kecik ni kat sekolah beliau..hehe

madihah: "kakak tu kan.. dia kan jual air.."

aku: "ooo...past tu?"

madihah: " kakak tu kan muka dia kan.. muka dia kan.. hahahahaha.."

aku : "hah?.. muka dia kenapa madihah.. nape madihah gelak sorang2 ni jom laa kita gelak sama2.."

aku dah mula suspen musykil dan macam2 dah terfikir.. pandai laa adik ipar aku ni bab bercerita, beliau mampu buat aku tertanya2..huh suspen suspen...

madihah: " muka dia cam kak aina..!! hahahahhaaa..."

aku : "trrrrrr...gerrrrrr....."

sekian haha..

madihah: "kak aina kan.. jual air kat kantin sekolah madihah kan..?

aku : "err.. ............"

madihah : "past tu kan madihah kan panggil dia kan kak aina..!"

aku : "gulp.. tapi tu bukan kak aina laa dik.."

Madihah : "Patut pon kakak tu kan dia kan cakap, nama dia kan bukan aina tapi nabila.."

aku : "huah hahahahaha...!!!"

Madihah: "hehe.. adik kan tiba2 rasa malu laa kan.."

hahaha.. aku takleh ingat laa adik ipar aku ni..hehe macam kena geletek je hati aku tau..geli.. hehe atoii laa.. aku bahagia weh ada orang serupa aku kat kantin sekolah adik ipar aku..!!!

tanda tanya (?): siapakah kakak yang menjual air di kantin sekolah Madihah iteww? ini yang kita tak tahu ni.. haish..!!


Wednesday, April 14, 2010

"sesuatu" lam blog aku..

assalamualaikum.. eheh.. jauh aku mengembara di bumi nyata ni.. last2 ke blog jugak aku singgah..hee rindu lak nak conteng2 blog aku ni.. huhuuuu.. aku da tak macam dulu jer.. dulu2 aku ni meriah, sekarang aku ni menyepi lak ye.. hee tu laa dulu lain sekarang lain.. dulu dok sorang sekarang da kawin..hehe

ke situ plak ye.. is is is.. oh yaa sebelah ni gambar aku kat masjid Sultan Qaboos di Muscat, Oman

Di malam yang indah ni, cengkerik kelihatan sedang asyik mendendangkan lagu2 merdunya.. aku pulak seorang di bilik.. maklum laa minggu ulangkaji telah bermula.. kolej ni lengang.. ramai yang balik ke kampung masing2.. mencari ketenangan atau membaca di kampung agaknya..

aku pulak lain, kalau kat kampung aku bukan nak baca buku sangat.. aku lebih minat masuk dapur.. hee cari makan daa.. buat makanan tu pon yaa jugak kadang2.. hihih.. mujur laa kat umah mak aku, kalau kat umah mentua, haishh..!! semua keje meh aku yang buat.. chewaaah.. daripada tak reti apa2 pon tetiba aku leh jadi pandai tau..wink~~~

sambung balik kisah malam ni.. aku dalam bilik sorang2 amatlah tak tahu nak buat apa.. huhu aku ni dari pagi tadi tengok nota.. mata aku macam dah nak terkeluar dah ni..huuu lalu aku pon menyibuklah kat internet.. layan facebook.. buka frienster yang dah berkurun aku tak update.. haa macam2 laa..

siap main game lagi tuu.. huuu tapi last2 aku singgah jugak kat blog.. hee rindu laa katakan.. aku cuba nak tinggalkan blog ni sikit2.. sebab aku rasa makin aku banyak menulis makin aku merapu2 nanti.. hihi.. anyway aku sebenarnya nak citer pasal oman.. aku teringin nak balik oman pulak..


atas ni gambar di Rustaq, Oman
ewah2 balik oman konon, macam laa aku ni tinggal kat oman kan.. heeee


ni antara gambar sewaktu perjalanan ke Daerah Niizwa, di Oman

 ni kalau tak salah aku masjid kot waktu singgah untuk solat.. pun terletak di Daerah Nizwa


yang ni pulak gambar binaan di Oman.. di kawasan Rustaq..
 gambar ni kat Qasr Sultan Qaboos di Muscat, Oman

di luar istana sultan Qaboos.. terik mentari tu.. ~har jiddan!~

 ni plak gambar besar masjid sultan Qaboos yang tesergam indah di Muscat tu..

bukan apa, dulu2 masa di Oman aku nak2 balik Malaya.. dah di Malaya rindu oman pula.. tu laa bila sesuatu tu takde depan mata baru kita nak rasa teringat kan.. kalau ada kat depan mata tak pulak kita nak hargainya.. huhuu hidup.. macam tu laa hidup ni..


ini ~bahr takunu fi Sohhar~

cantikkan?! ~masyaAllah..~~


hehe nanti aku kongsi lagi gambar2 menarik kat oman yer..da banyak aku upload kan..tapi banyak lagi aku tak upload.ini menunjukkan sangatlah banyak gambar2 di sana..hee

actually kan aku melawat2 blog adik beradik aku yang lain.. rasa cam lam blog mereka ada "sesuatu".. jeng jeng jeng.. bukan hantu lor.. sesuatu yang bermakna kot..yang memberi makna dan amat bermakna.. penuh dengan maklumat, informasi, fakta, tazkirah.. macam2..

tapi lam blog aku lak.. takde apa2 pon yang bermakna kan.. macam kosong je kot pada orang lain.. tapi aku tak kisah la sebab penulisan aku amat bermakna buat diriku.. hehe seronok dan rasa cemburu jugak dengan blog saudara2 yang penuh isi, tapi aku tak pandai nak jadi macam orang lain.. heeeh..

dan semestinya apa yang aku sajikan di sini hanyalah buat kenangan kepada yang mahu megenangkan.. buat seseorang yang akan datang dimasa depan untuk mengetahui liku2 kehidupan yang berlalu ini.. harap penulisan aku ni akan jadi bermakna bila aku dah takde nanti.. (^_^)

cerita2 untuk hiburkan hati orang2 yang aku sayangi... senyumlah kalaupun aku sudah tidak ada lagi untuk
mengungkapkan ucapanku di depanmu, aku tinggalkan kalamku disini buat tatapan matamu..hee cam aku dah takde lagi kat dunia lak kan.. hee memang pon setiap manusia pasti akan mati..

aku ingin bersedia untuk itu.. aku ingin pergi dengan ketenangan.. (^_^)

haaaa aku kan ada berita gembira nak sampaikan.. tapi aku nak simpan sampai jadi bebetul suprise!!! heee aku taknak munculkan gambo terbaru aku sampai laa saat aku umumkan berita gembira tu.. ececeeee

nak tahu apa dia? tungguuuuuuu... hehe

tanda tanya (?) : berita gumbira apakah??? hee ini yang kita tak tahu ni..

Tuesday, April 6, 2010

susah itu kadang2 indah..

heeh.. salam.. hahaii jumpa lagi dalam siri ceramah aku kat blog ni..haha. takde laa aku nak bagi ceramah. aku nak share story jeww.. heh aku nak bagitau khabar aku kat sini.. walaupun takde orang nak tahu khabar aku, aku nak cakap jugak! hehe gigih kan..

aku sekarang ni asyik balik kampung je tetiap minggu.. haish!! dulu aku pernah laa cakap gini :

"laa kawin ke tak kawin ke sama je aku, aku balik kampung sebulan sekali jeww kot"

dan kawan2 aku mesti balas gini :

"hek eleh, boleh caya ke ko ni aina, entah2 balik tetiap minggu.."

ermm setelah kahwin 2 bulan.. memang aku balik setiap minggu pon. bukan salah aku, ni kawan2 aku la ni rajin sangat usik2 aku, cakap aku mesti balik tetiap minggu punya.. kan aku da bebetul balik tetiap minggu.. korang laa yang salah ni.. suka doakan aku balik tetiap minggu.. haha

well aku bukan laa nak citer pasal kes balik tetiap munggu eh minggu..haa eja pon da start salah2 ni..isk2.. aku nak kongsi pasal anak buah aku taw.. yang mana satu eh aku nak cerita? ramai sangat lor anak2 buah aku.. hurmm.. kali ni tentang anak2 abang aku yang bernama abang mat..

aku tau laa abang mat confirm tak baca.. anak2 beliau pon mybe tak baca entry ni. tapi aku tetap nak tulis. sebab aku tau satu hari nanti kalau aku da takda kat dunia ni mesti ada antara mereka tersesat dan baca entry aku ni.. yang aku nak luahkan aku sayang kat mereka..heee

abang mat ada 4 orang anak.. kesemuanya amatlah rapat ngan aku.. mybe sebab dari kecik budak2 ni duduk kat kampung ngan aku. haa jadinya aku selalu laa buli budak2 ni.. aku marah2 depa, aku sayang2 depa.. aku usik2 depa.. haha aku jadi hantu weh sampai budak2 ni nangis2..heeeh serba salah pulak sebab aku nakal sangat ngan anak2 abang mat..hihi

tu bukan apa, cuma balas dendam sikit je.. dulu aku kecik2 abang mat boleh buli aku, haha.. sekarang aku buli anak2 dia..heee yang bestnye anak2 abang mat dah bgtau aku gini:

"sekarang acu buli kami, nanti kami buli anak acu.."

ekkk buli balik laa pulak ye..hihi.. well pape pon best sangat ada budak2 ni kat umah.. bising dan riuh laa..4 orang pon cam 40 orang je aku rasa.. heeeeh.. tapi aku bebetul respect anak2 buah aku yang 4 orang ni.. walaupun diaorang masih budak2.. tapi diaorang dah terlatih dengan pelbagai kesusahan dan cabaran dalam hidup..

yang paling sulung namanya wan mohd aidil afzan, nombor 2 tu wan saidatul alia, yang ke 3 wan mohd asyraf dan yang paling kecik wan saidatul aleesa.. hehe..

afzan aku panggil "adi kejan" or "abang" sebab dia yang sulung. umo baru 13 tahun. 

yang ke dua aku panggil "aton yaya" haha nama manje tuu.. baru darjah 6.. 

yang ke 3 aku panggil "ah kelop" haha.. darjah 4.. 

dan yang kecik tu baru tadika. umo 5 tahun aku panggil "sya sya".. haha..

semuanya sporting2.. aku ada buat filem pendek hari tu.. budak2 ni laa pelakon..heeeh.. berbakat cam aku lor..hihi.. ok2 aku nak share tentang afzan dan asyraf hari ni..

*********************

satu hari aku balik kampung.. hubby ajak aku gi alor star sebab nak jumpa ngan adik beliau.. cik lina.. haa sebab nak p bagi nasik kenduri.. yummy!!.. tapi waktu tu asyraf ngan afzan ada sama.. mereka sibuk nak ikut aku dan hubby p alor star..

"hangpa toksah p laa.. nak jumpa aunty lina jaa.. nak bagi nasik ni bukan nak p jalan2.. asyraf tu satgi nek keta muntah lak.."

bentak aku sebab aku malas nak bawak mereka.. aku takde duit nak belanja mereka..

"takpa laa.. kami nak ikut jaa.. nak duduk kat belakang diam2..kami lama dah tak p loq staq. acu lama dah tak bawak kami jalan. hari tu acu bawak aleesa.. boleh laa acu.. nak ikut.."

mereka cuba memujukku.. nada mereka merayu-rayu.. kecian pulak aku ngan mereka ni..

"jom laa p..tak pa aih.."

tetiba hubby aku menyampuk.. hmm aku bukan tak bagi diaorang ikut.. tapi aku kecian nanti budak2 ni lapar ke apa ke.. aku dah laa ada 3 ringgit je ni..huhu.. kalau aku ada duit banyak dah lama aku bawak tau.. dan memang aku selalu bawak mereka jalan2.. cuma.. kali ni.. hmm

enjin kereta di start oleh hubby.. dan kami berempat pergi ke alor star..adik hubby aku pesan supaya pergi ke stesen bus shahab untuk ambik barang.. dan setelah hampir 1 jam lam kete sampai jugak a.star, destinasi pertama kami ke stesen bus tersebut.. dan kami berempat turun sekejab di situ..

hubby aku sibuk mencari barang yang di pesan oleh adik beliau.. aku pulak dengan anak2 buah aku tu.. tiba2..

"acu cek daharga laa.."

asyraf bersuara.. kecian tol..aku pon bawak laa mereka ke kedai untuk beli air.. punya laa mahal kat kedai tu.. air kotak aje dah dekat 2 ringgit..

aku ambik 2 kotak.. satu untuk asyraf, satu untuk afzan.. tapi.. time nak bayar tu aku tak cukup 30 sen.. aduhai.. kelam kabut aku suruh afzan cari pakcu mereka.. (hubby aku).. then orang yg jual tu tgk aku cam kecian kot, dia cakap takpe2 halal je 30 sen tu.. uwaaa malu siot..

past tu hubby aku pon tiba dengan muka gelabah..mybe ingat kenapa sangat kot..hehe.. dan peniaga tu still cakap.. takpa2 halal dah.. huhu

dan kami beredar dari kedai tu.. hubby agak marah kat aku..

"nape tak cakap nak beli air? hmm lain kali bagitau abang dulu.."

eeekkk.. kan dah kena.. huh.. aku tunjal kepala anak2 buah aku..lepas geram..haha tapi puas hati dapat bagi diaorang minum..

"acu takdak duit dah.. minum yang tu jaa tau.. satgi past hantaq makanan kat aunty lina kita balik.."

kata aku nada memujuk sebab aku tengok muka budak2 ni da macam lapo je.. sebak aku tau.. rasa tak best tak dapat belanja mereka cam selalu.. dan kami pon beredar meninggalkan stesen bus untuk pergi ke asrama adik ipar aku tu.. dah settle bagi nasik kami berempat singgah sekejab di Tesco.. hubby aku laa nak beli barang dapur lak.. isk2..

sampai di tesco asyraf  terjatuh waktu keluar dari kereta.. selipar asyraf putus.. aduhaii.. tapi dia still pakai je selipar tu.. then jalan sambil seret2 selipar buruk dia.. huhu aku sedih laa tengok asyraf.. aku pimpin asyraf.. nak2 je aku dukung budak asyraf ni.. mujur laa dia darjah 4 dah.. aku tak larat dukung beb walaupon dia kecik..haha.. 

then hubby cakap:

"haha.. kita beli kasut baru ye.."

huhu.. aku pon kecian kat hubby sebab aku tau hubby pon tak banyak wang.. heeeh.. tapi hubby ni pandai berjimat. tapi bab membeli belah or makan hubby laa selalu belanja.. hua hua.. tang mana yang jimat? haa ini yang kita tak tahu ni.. ekekekekeee

then macam2 jugak laa yang hubby aku beli. dengan ayam laa daging, sayur2 semua barang dapur.. isk2.. past tu kami pon gi cari kasut untuk asyraf..

huuu ni part yang menyentuh perasaan ni.. asyraf dah pilih2 kasut tu dia bekenan laa satu kasut ni.. aku dan hubby cuma ikut je mana pon takpe.. time tu aku tengok afzan dok nasihat kat asyraf.. katanya:

"ambik laa selipar yang harga RM2.50 jaa ni.. tak payah ambik yang tu mahal.."

aku tengok muka asyraf cam agak kecewa tak dapat kasut yang dia nak.. budak2 laa katakan.. then aku cakap laa:

"ambik jaa yang mana pon takpa"

"ambik laa pakcu belanja"

hubby pula menambah.. tapi asyraf pilih selipar yang harga RM2.50 je.. then senyum2 dan macam suka sangat2 selipar murah tu.. padahal aku faham, dia menyembunyikan perasaan dia.. huhu aku rasa cam terharu.. sebab anak kecil tu mampu memahami kesusahan..

then asyraf bawak selipar baru tu untuk dibayar.. sambil peluk plak tu.. aku rasa cam nak nangis je.. aku dah pujuk ambik aje yang mahal tu aku tak kisah tapi asyraf taknak.. afzan pulak penyokong dan afzan cakap:

"takpa acu, kasut ni laa yang kami dok pakai pon. mana ada yang mahal dari ni.. bayaq jaa acu, kasut nak pakai kat kaki takyah mahal2 pon takpa"

huhuu kata2 tu memang nak sedapkan hati aku dan hubby.. tapi sungguh aku rasa anak2 ni boleh aku tumpang satu hari nanti.. aku terfikir-fikir masa tu.. macam mana laa mereka di didik sampai pandai berfikir macam orang dewasa.. dan bila aku dapat jawapan.. 

aku tahu, mereka alami pengalaman yang sama macam aku.. belajar menerima kesusahan.. belajar menghargai apa yang ada. aku tersenyum sendiri bila terkenangkan, dulu aku dan adik juga sama. pernah di situasi seperti mereka. 

**********************

aku bagitau hubby, kalau kita da ada anak nanti kita ajar depa jadi cam anak2 abang mat taw.. hehe kalau boleh anak2 ni kita takleh nak manjakan dengan kesenangan sangat.. haa biar kita susah-sudah dahulu, bersenang-senang kemudian.. baru laa nikmatnya lebih lam hidup kita ni..

yang penting kita mencari redha Allah dalam kehidupan.. barulah aman dan tenang perjalanan kita di depan.. insyaAllah..

renung-renungkan dan selamat beramal..