:: mereka Terhebat ::

Monday, January 11, 2010

sory semua!

aku akan create blog baru yek! so kita bersama di blog yg baru pula.. blog ni aku dah malas nak tgk. banyak yg menyakitkan hati aku jew.. ok kawan2 aku terjah kamu lg lain kali.. bye2....

itu salah ini pon salah..apa yang betul...? bangang!

salam... ahaii sesapa yang rasa tak sanggup nak baca sila jangan baca.. aku hanya nak luahkan jer.. entry ni emosi tahap gaban..harap maklum..

gini laa sejak blog aku ni mula diterjah ramai.. ianya semakin memberi masalah kepada aku.. haa macam aku ni kena hidup ikut telunjuk orang!! apa tah hak mereka aku pon tak tahu.. aku punya pasal la nak create blog ni camne.. ikut suka aku laa nak cerita pasal apa pon.. kalau tak suka tak payah layan kan...

bermulanya problem aku bila aku letak cbox.. di situ berkumpul seorang dua makhluk2 yang begitu dengki pada aku.. ada saja tohmahan dilemparkan pada aku.. kesat dan kasar usah di tanyakan laa.. sungguh aku bosan melayan.. seakan menjadi bodoh melayan karenah orang yang datang tanpa nama, tanpa id, tanpa email dan tanpa jejaknya.. takut ke dia nak berdepan..?!

aku cabar untuk berdiskusi dengan aku secara bersemuka jika tidak puas hati..tapi tidak pula dia berani..

dulu dikutuknya aku, difitnahnya aku! dikatakan aku ini bermacam2.. sehingga menyentuh soal peribadiku..siapa pasanganku.. semuanya! sampaikan mak ayah aku, serta keluarga aku juga di cemuhnya! apa hal..!!

dengki, kenapa mst dengki.. cemburukah melihat orang lain bahagia? mengapa?

aku tidak hormat orang sebegitu kerana mereka suka bermuka2.. bertopengkan syaitan barangkali..! menggoda aku supaya naik amarahku..

aku paling marah bila digunakan nama2 ALLAH dan keagamaan untuk menunjukkan bahawa dia itu alim.. menghukum aku sewenang-wenangnya! mengatakan aku tidak beriman.!!! siapa dia untuk mengukur iman seseorang itu?? siapa?!

lantas aku bertindak membuang cbox.. tiada faedah untuk aku layan manusia penakut.. takut untuk berdepan! dan aku teruskan hidup aku seperti biasa.. rasanya tidaklah aku memaparkan gambar2 atau cerita2 yang tidak sepatutnya!

sememangnya aku tidak mencoretkan semua cerita dalam hidupku di blog ini.. sebabnya perjalanan kita sehari-hari tidak termuat dengan penulisan yang mengambil masa yang sedikit ini.. tak perlulah aku jadikan blog sebagai diari kehidupan kan.. hanya aku cebiskan kongsian kepada teman2..apa yang baik jadikan tauladan, apa yang buruk jadikan sempadan...

hidup ini indah bila kita mengetahui maknanya..bila kita berkongsi nikmatnya! itupun di jalan yang baik..bukanlah dengan cara yang salah..

sememangnya ada manusia yang suka menghiasi hidupnya dengan benda2 yang serius, yang ilmiah sahaja, yang menunjukkan prinsipnya sahaja atau sebagainya..

aku?? aku tidak suka memayahkan sesuatu..kerana itu aku simple.. penulisan aku mengikut citarasa aku..aku tidak menyuruh apa lagi memaksa orang membacanya, hanya kerana ini coretan aku sendiri.. dan aku tidak menampalkan gambarku disini untuk mereka menatapnya. aku tidak menyuruh..tidak mengugut juga..!

siapa yang menyuruh dia membuang masa mencari blog aku. mencari gambar aku? jika tahu tiada faedah pergilah ke blog lain atau carilah gambar2 yang dia senangi ditempat lain.. aku tidak pula menyediakan ganjaran kepada sesiapa yang datang ke sini.. dah tidak suka berambus saja..!!

aku bukanlah artis, bukanlah anak seni yang menjadi perhatian ramai..

aku orang biasa..kenapa aku tidak dibenarkan supaya menjalani hidupku seperti orang biasa? sungguh aku tak mengerti.. sungguh aku tak faham!

dulu ketika aku berkenalan dengan suamiku dan menanamkan niat yang murni untuk berkahwin.. di fitnahnya, di acuhnya diriku.. apa dia mahu sebenarnya?!

bila aku dah berkahwin dan aku sudah halal dengan suamiku masih lagi mahu difitnahnya kami.. kenapa yer???? tidakkah dia terlalu mencampuri urusan peribadiku dan cuba meruntuhkan kebahagiaan yang aku kecapi..apa mahunya? supaya jodoh yang ALLAH beri ini berpisahkah? begitukah??!!!!!

salah aku selalu dicarinya.. bahagia aku selalu dicarik-carikkannya.. kenapa? padahal aku tidak tahu apa tujuannya.. apa sebabnya. aku tak faham!

now aku dah letak adult content.. means that saper2 yang faham baru leh masuk blog aku ni.. so kepada orang yang still masuk tapi tak dapat terima blog ni dia memang tidak dewasa! tak dewasa akal fikiran.. so nak masuk sini jangan nak cari pasal dengan aku..

aku baik, naik kepala yer! nak suruh aku jadi mcm mana eh.. nak aku marah2 suka laa.. heh boleh blah laa kalau benci aku sangat jangan tengok blog aku jangan gigih datang2 sini.. aku tak undang pon!!

apa2 hal pasal diri aku pandai2 laa aku fikir..aku bukan budak2 ok! kalau kamu tu tua dari aku pon aku tak takut! sikit pon aku tak hormat dengan orang yang tak pandai hormati orang lain..

satu hari ada orang kacau hidup kau. ada orang musnahkan rumahtangga kau baru kau tahu!!! aku tak doakan kau.. tapi kalau ALLAH nak balas balik perbuatan kau kat aku bila2 ja bala DIA boleh timpa kau!!.. ingat ALLAH tu maha adil.. hari ni kau sakitkan orang esok2 kau terimalah balasan.. tidak di dunia, di akhirat tak terlepas juga..

ingat aku lembut2 boleh pijak kepala aku ke? tak puas hati jumpa aku sendiri tak payah nak fitnah2 aku itu ini.. tak payah nak tinggalkan pesan tanpa nama dan jejak!

kau datang guna nama lain2.. memula kau minta aku share kenangan2 aku past tu kau kutuk aku pula. pandai kau bermuka2.. silap aku melayan orang tanpa email, tanpa jejak mcm kau.. aku jadi penat sangat laa dengan makhluk mcm kau ni..

konon alim sangat laa..!! teori kau tahu tapi praktikal kau hampeh nak buat apa???!!! tak payah nak tunjuk kat aku laa ilmu kau kalau kau sendiri tak guna baik2 ilmu tu.. cakap jer lebih, hidup kau tah mcm mana? hmm jalan lah..!! move out!! boleh blah!!! huh...

tanda tanya (?): berani baca berani fikir! lu fikir laa sendiri..!!!

Friday, January 8, 2010

Adat istiadat perkahwinan Melayu kedah.. budjet gempak tajuk ni!

salam... ewah2 tengok tajuk cam skema giler kan. hehe takde pape laa aku just nak citer perjalanan majlis wedding hari tu.. mengikut adat atau tidak? haa.. bagi aku, majlis tu cam orang kebanyakkan yang lain jer..

tapi mungkin berbeza cara di kedah dengan johor, KL atau kelantan sana.. maklum laa kawasan utara selatan, barat dan pantai timur kan.. apa lagi sabah dan sarawak yang terdiri dari pelbagai suku kaum.. heee tentunya ada sedikit kelainan dalam majlis perkahwinan yang menjadikan Malaysia ni unik sekali.. **tak masuk lagi tu cara cina, india dan siam kahwin tu... haa

ok so aku nak pendekkan tentang perkahwinan di kedah..**sebab aku kahwin di kedah, aku nak citer pasal kenduri aku sebenarnye..haha.. tak pasti laa kawasan lain cane.. tapi yang aku nak bgtau ni kat kawasan aku laa.. di Daerah padang terap, Pendang.. ok..


memula sudah tentu ada mak andam.. **sekarang kak andam, abang nyah aww aww andam dan sebagainya.. andam sendiri2 pon ada.. ikut kemampuan laa kan...

bagi pihak perempuan, ada malam berinai, rewang2 (disebut hari serai lengkuas dan hari tumbuk kerisik), tahlil, khatam quran dan sebagainya..

dalam majlis aku hari tu takde khatam quran sebab aku dah khatam banyak kali dah sejak sekolah rendah lagi.. haa

seterusnya dihari majlis besar tu aku kuar makeup kat Kuala Nerang.. **mak andam zaman sekarang dah tak p umah.. nanti charge lebey..haha

aku pergi ditemani kawan2.. dan pengapit pengantin adalah kawan baik aku.. awatif.. sejak sekolah rendah tu best fren aku..heee past makeup tu diva semacam jeww..ramai laa peminat nak bergambar.. hahaha **sengal perasan..


balik dari makeup, aku akan menunggu ketibaan rombongan pengantin lelaki.. is is.. dan waktu tu ramai yang dah makan2 kat umah.. dan kehadiran aku lengkap berbaju pengantin menarik perhatian ramai.. DJ pula mengumumkan.. mata2 mula tertumpu kat aku.. **malu siot.. dah laa kain tu meleret2.. is is is..

ni antara tetamu yg tengah ambik makanan.. ada yang menanti giliran nak ambik nasi.. kalau dulu2 makan berhidang, sekarang dah layan diri.. mudah dan simple.. tak susahkan orang2 kampung utk basuh2 banyak2 kan.. hampir 3 ribu juga yang datang.. ramai kan... maklum laa dah last dah aku ni...

yang special ada plak ayam golek masa kenduri hari tu.. mak ayah aku saja nak buat kelainan sikit. hampir RM3000 jugak budjet untuk ayam tersebut.. disamping wang hantaran, untuk buat kenduri tu.. kakak2 dan abang2 juga turut sponser.. ** makasih sangat2..

dan aku masih menunggu ketibaan pengantin lelaki.. huu panas tu usah ditanya laa kan.. syukur jugak kenduri tempoh hari cuaca baik sekali...

sambil2 tu layan kawan2 ni.. semuanya member2 sekolah dulu.. ramai lagi yg datang tp takde laa lam gambo sebab aku tak berkesempatan nak snap banyak2..

aku pengantin takkan nak terjerit2 suruh anak buah aku ambik gambo tetiap masa.. tu laa takde jurugambar.. tp puas hati laa belambak2 gak yang di snapnye..heee


ni aku dah kuar untuk sambut rombongan pengantin lelaki.. is is is.. kakak2 makcik2 semua asyik suruh aku tengok kain yang meleret2 tu jeww.. hahaha


rombongan telah tiba.. hantarannya 7 dulang berbalas 9.. ada sirih junjung juga.. nanti laa aku upload gambar2 tu..coz banyak sgt dah gambar lam entry ni..huhuhu

dan sesudah itu aku dan suami serta rombongan pihak suamiku berjalan menuju ke rumah.. diiringi palunan kompang..

DJ pula sibuk mengalu2kan kedatangan rombongan..


kemudian aku dan suami duduk di kerusi yang disediakan diluar rumah.. kami dikelilingi kumpulan kompang..dan mereka menyanyikan lagu pengantin baru buat aku dan suami.. waaah!! masa tu aku rasa cam malu sgt2.. hahaiii berdebar pon ada taww..


then kami pon bersemayamlah di atas pelamin.. bersama2 dayang duyung dan inang..hehe..

lega ada orang kipaskan.. heee

salam dengan ayahanda dan bonda aku

masa ni rombongan lelaki dah masuk dalam rumah dan dijemput menjamu selera.. kami yang pengantin plak dok bersemanyam dan melayan sahaja sesiapa yang mahu bergambar bersama.. memang ramai yang bergambar dengan kami..

sorry gambar kuarga suami aku tengah makan takde coz anak buah aku fokus nak ambik gambar pengantin jeww.. anak buah aku tu darjah 5.. aku pesan kat beliau snap sebanyak mana gambar pengantin.. lupa pesan ambik gambar org lain jugak..

yang anak buah aku lak betul jeww.. is is is.. itulah kelemahan takde jurugambar profesional yang diupah.. hmm


nilah family suami aku.. rombongan ni terpaksa balik agak awal sebab mengejar waktu.. nak balik jauh.. then takde laa gambar posing.. n aku segan nak suruh posing.. aku kena ayu sikit time tu.. ngan ayahanda bonda aku takpe laa coz mereka tak kalut untuk kemana2..hahaii


bersama ipar masing2.. haa adik ipar aku, lina (adik suamiku).. beliau sempat bergambar sebelum pulang.. dan kakak ipar aslam, kak yam (my sis)


dan kami bersalaman dengan kuarga angkat suamiku yang juga datang sebagai rombongan pengantin lelaki.. rombongan sudah pulang.. majlis masih meriah dengan tetamu2 yang ramai..

aku dan suami pulak tak menang tangan melayan rakan taulan sahabat handai sanak saudara yang hadir..


dah nak tanggalkan dah persalinan pengantin tu.. haha.. mana tak serabut sebab sampai ke sawah taw kami outdoor.. mujur sawah belakang umah jeww.. so majlis pon dah nak berakhir.. jam 5-6 petang tinggal sanak saudara sahaja yang riuh berkaraoke di luar sana..

Tammat.. haha tapi nanti aku citer lagi eh pasal hadiah2 kahwin, kawan2 yang hadir dan sebagainyee..

**********************

hee bawah ni gambar aku dan adik2 ipar masa tidur kat umah mentua.. hihi

actually ada laa lagi gambar dengan family suami aku masa kat umah.. tapi takleh laa di upload kerana aku tidak bertudung.. maklum laa dirumah kan.. dan aku segan laa nak berposing banyak2 or ape ke kan.. faham2 jak laa aku ni orang baru lagi.. hahaii

ok laa semoga berpuas hati.. haa aku nak p latihan drama sat ni.. ahaii aku sibuk ar minggu depan dengan persembahan budak2 drama.. mujur sangat2 aku ada suami yang memahami dan kami study sama2..

dia di kedah, aku di KL.tapi tak pernah terpisah pon di hati.. ewah2.. ok dadai.. (^_^)

Thursday, January 7, 2010

kenangan wedding aku dan dia..

klasik & tradisional.. pengantin naik motor jeww..is is is

waahh.. assalamualaikum semua.. eheeee.. sory laa kalau ada yg muak sbb aku asyik upload gambo kahwin aku jeww.. hee aku teruja utk semadikan semua photo kami kat sini.. sebab aku teruja aku sudah berumahtangga...

bagi mereka yang belum berumahtangga jgn laa kamu rasa aku mengada2 yek.. satu hari nanti kamu mst faham taww.. dan bagi kamu yg dah berumahtangga pulak kamu pernah alaminya tentu kamu memahaminya... (^_^)

tak pernah aku pakai baju cantik camtu.. tak pernah makeup.. so aku rasa macam2 woo.. dah laa kain meleret ke tanah.. habis sapu semua sampah.. hahah


"ambik bunga ni..!"

"tapi beta lelaki tak sesuai pegang bunga... adusss.."



"takpe kita bagi kat mereka yang masih bujang lagi.. sambut bunga tu kot2 past ni giliran kamu kahwin kan... weeee.."



"eheh padi dah masak ni bila laa nak tuai kan.."

"tuai padi antara masak... esok jagan layu layuan.."


eheh cam industan lak nyanyi2 gitewww.. haishh!!



komen paling membina yang aku dapat dari gambar atas ni adalah :

"sorang angkat rumah sorang tahan tiang.. haha"

"mesti best tiang tu ada orang peluk dia.."

"haha.."

"kesian pulak asal tak peluk suami.. tu peluk bah suami ko tu aina.."


hahaha ada2 jeww kawan2 aku ni taw.. malu2 aku taww.. haha korang kenakan aku, takpe nanti korang kahwin, kena laa balik tu dengan aku.. eee takbaik tol dendam.. haishh!!


ehem2 macam ratu pasembor dan sultan pencen jeew kan..


aku sukakan gambar atas tangga ni..


difikiranku hanya ada suamiku.. ewah2..


raja yang tak sempat bersemayam tu.. haha


agak ganas kan.. is is is.. sekali seumur hidup ni.. heee


aku dan dia kini bersemayam di atas tahta.. terasa bagaikan raja walaupun hanya sehari sahaja.. eheh.. (^_^)


terpaksa pilih lagu sebab adik aku nampaknya telah kenakan kami.. adik aku buat permintaan supaya kami nyanyi.. dan kami telah dipaksa.. oh tidak.. haha

namun kerana tidak mahu menghampakan harapan semua.. kami pon gagahkan laa untuk nyanyi.. walaupon terpaksa baca lirik jeww.. hahaha

lalala.. yang ku cinta padamu.. yang ku sayang padaaaaamu.. lalalaa

dangdut lak kami...

"bangun laa joget.."


itulah sorakkan mereka yang ada ketika iteww.. ekkk malu gila laa..

pasal gambar ni pon is is is aku hanya tersenyum2 dengan komen member2 aku ni.. kata mereka:

"nyanyi berdiri laa baru terhibur "

"pengantin yang sporting"

"ni nyanyi ke sesi ceramah ni"

"ni mesti jemput tetamu makan ni.. jadi DJ kot.."

"sedap ke suara pengantin ni.?"

"sedap wooo.."

"ha'ah sedap giler.."

"betul2 terkedu aku.. haha.."

"haha apasal pulak ko yg terkedu? terharu ek.."

"haha masa tu aku tengah tangkap gambar aku ingat suara dari CD tu..tengok2 suara betul..haha"

"haha sengal..!! hebat giler.."

"wahahaha"

nampak sangat ni diorang perli aku ke hape.. x mungkin pujian kot.. mmg aku tau dah mereka perli kami.. hahaha aduss malunyee jaga laa kamu kawan2 sekalian.. hahaha


aku malu2 masa tu..ekekeeee


bukan anak aku eh anak cina.. heee antara tetamu yg hadir..


kembali ke zaman penjajahan jepun.. kami laa raja..

"ada jepun datang dari belakang..!"

tu bukan orang jepun tapi selipar jepun tu spanyol plak tu.. haha..

ok laa penat dah ni lapar woo.. nak p makan kat dewan makan ni.. aku sekarang kat kolej, suami lak kat kedah.. huuuu aku mcm singgle minggle giteww.. hahaii rindu tol nak balik kedah.. sabaq ja laa.. hehe tunggu cuti mid sem laa jawabnyeee.. is is is...

tanda tanya (?) : makan lauk apa laa hari ni eh..?

Happy BIRTHDAY kak ida..!

salam sejahtera.. seperti yang aku janjikan aku nak upload gambar banyak2.. tapi aku tak sempat sebab aku sibuk dok ubah layout blog ni..

gambo atas ni yang sebelum ni..eheh.. aku dah ubah dah..


hehe dah melangkah alam baru ni blog pon aku bagi nafas baru sikit kan. ok tak?? aku perlu pendapat ni.. hahaiii


macam lebih kurang jak kan.. is is is

****************

berbalik pada tujuan entry.. aku nak ucapkan selamat menyambut ulang tahun kepada Kak ida.. aku pon tak pasti yg keberapa.. mybe 29 or 30 kot.. hahaha dah tua dah tu kak ipar aku ni.. eh tapi nampak muda cun melecun lagi aih.. ekekeee

siapakah kak ida yang dah tua itu??

heee beliau ada lam gambar dibawah ni.. masa kenduri kahwin aku tu. alahaii past2 ni laa aku citer pasal majlis kenduri eeh..


mengapakah kak ida memejamkan mata seperti orang mengantuk disorongkan bantal itu? ?

jawapannya kerana beliau tidak bersedia untuk membuka mata dek kerana kelam kabut dengan anak2 beliau.. is is is.. **sorry kak ida..hee jgn mareh eh nanti cepat tua taww...

kak ida adalah isteri abg Mie.. hee abang kandung aku yang sangat tekun bekerja dan seorang yang tegas..

kak ida pula sebaliknya, periang, suka ketawa, penyayang dan sensitif.. maka gabungan abang mie dan kak ida sangatlah mantap.. mereka saling lengkap melengkapi.. haa mcm tu laa ciri2 pasangan bahagia coz sorang pendiam sorang lagi mst laa kena cakap banyak kan.. hihih..

ok2 just nak ucap selamat hari lahir buat kak ida saja.. aku telah sms beliau :

"kak ida, happy birthday, semoga panjang umur murah rezeki, n dapat baby lagi.."

dan kak ida membalas dengan ayat yang "makan dalam"

"alhamdulillah, panjang umur kak ida setuju, murah rezeki, moga2.. tapi yg dapay baby lagi tu.. hmm :S tunggu baby pengantin baru laa dulu kot.."

is is is pandai sungguh kak ida membuka jurus lantas mengenakan aku balik.. tersipu2 malu aku dibuatnye.. hihihi sengal mengal lakss..!

oklah.. dah mengantuk and letih edit layout.. nanti aku keudara lagi eh... ecececeeee macam laa blog ni radio nak keudara mara kan.. is is is..ok dadaiiii

Wednesday, January 6, 2010

kenapa aku kahwin...

"aku terima nikahnya siti Noraina binti haji Ahmad dengan mas kahwinnya 284 ringgit tunai.."

aaamin.. selesai jugak.. dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, diberikan halal pada kami yang ajnabi sebelum aqad dilafazkan.. tanggungjawab sebagai suami isteri telah tergalas dibahu.. tangan ditadah ke langit.. wajah di tunduk penuh kepatuhan..

suasana sunyi tatkala doa dibaca.. masing2 yang hadir di masjid itu mengucapkan syukur kehadirat ilahi..

syaitan pula menangis tertekan kerana sepasang lagi pasangan anak Adam as telah mendirikan syariat ALLAH sedangkan syaitan itu belum puas menggoda kita supaya berbuat dosa.. dan syaitan itu marah kerana pasangan ini menuju jalan ALLAH..

alhamdulillah.. aku dan suami telah selesai menunaikan salah satu perintah ALLAH kepada hambaNYA.. aku bersyukur ya ALLAH..

dan aku memohon kehadirat ilahi... semoga pasangan yang juga berniat untuk berjihad di jalan ALLAH, selamat dari godaan syaitan.. selamat mengucapkan aqad ijab dan qabul seperti kami..

semoga kita semua mampu membuat syaitan itu menangis kerana kepatuhan kita terhadap ALLAH.. dan tidak melakukan kemaksiatan sehingga mengembirakan makhluk bernama syaitan yang telah bersumpah mahu membawa kita ke Neraka jahannam.. nauzubillah...

***************************

hee panjang ceramah aku eh..hee bukan apa nak kongsi laa perasaan kan..bila dah kahwin ni terasa nak bawak kawan2 yang berpacaran turut kegerbang perkahwinan.. ececeee

"bila dah tekad nak lakukan benda baik, benda yang ALLAH redha, jangan patah balik.. jangan teragak2.. teruskan dengan yakin.. insyaALLAH di hadapan kamu ada kebahagiaan menunggu asalkan niat kamu ni lillahitaala.."

begitulah pesan imam qariah suami aku sewaktu kami meminta bantuan beliau untuk mengesahkan borang nikah tempoh hari.. kata2 tersebut membuatkan aku semakin percaya dan yakin dengan keputusan ini..

dan kini aku sudah mendirikan mahligai yang telah dihalalkan oleh ALLAH.. Alhamdulillah.. betapa bersyukurnya aku..

eh.. lupa nak bagitau kenapa aku kahwin eh? agak2 kamu dapat jawapan tak bila dah baca aku membebel tadi??

tak? is is is...

sebab..

  • dah sampai seru **ekekeee sengal..!
  • dah bersedia kot..
  • dah ada pasangan yang diidamkan..
  • ingin dibimbing, berubah jadi lebih baik, nak jadi isteri solehah.. **amin..
  • nak cahayamata.. **eh eh mcm mana laa muka baby aku nanti..hihihihi
  • elak dari godaan syaitan
  • nak buat pahala **uikss.. solat jemaah tetiap waktu.. aduii rindu tol..
  • jihad ke jalan ALLAH.. **ni paling penting...

actually banyak lagi ar.. tak perlu aku senaraikan semuanya..aku pasti semua orang ada harapan yang sama jika mereka ingin berkahwin.. eheh..

dan TERIMA KASIH buat kawan2, rakan taulan, sahabat2 yang tak putus2 bagi ucapan kat aku.. sejak aku umumkan hal perkahwinan ni sampai sekarang tak menang tangan aku nak reply msj2.. di blog, facebook, yang call, yang sms yang bagi surat, yang datang ucap depan2.. terima kasih sangat2.. aku rasa dihargai.. **huuu terharu biru dah ni...

dari kawan2 sekolah rendah, menengah, sampai laa kawan2 di universiti.. tak kurang juga rakan2 bloggers.. sungguh bertuah.. ramai yang mendampingiku susah dan senang... (^_^)

tak pernah rasa bahagia sebahagia ni taww...

ok2 aku taw kawan2 yg baca blog ni, tak kira laa yg suka komen yg tak suka yang jadi silent readers, mst kamu nak tengok gambar time kenduri plak kan.. yang dah ada facebook tu mst da pernah tengok..takpe laa aku nak share kat sini lak.. nanti boleh anak2 cucu cicit aku baca..ekekeeee tunggu aku nak upload ni..heee

tanda tanya (?) : kenapa aku kahwin? kamu lak kenapa kamu kahwin? kenapa tak kahwin lagi? eh eh..


Tuesday, January 5, 2010

gambar nikah menjadi kenangan..


salam kawan2 semua..hee ramai jugak yang dah buat permintaan agar aku mengupload di blog gambar2 aku ni.. sebenarnya semua gambar2 yang aku upload ni boleh dikatakan semuanya ada kat facebook sana.. tapi takpe aku upload lagi kat sini bagi memeriahkan blog ni..



dan khas buat rakan2 bloggers yang aku rindui sekalian.. ni gambar2 eyeNa dan sultan pencen ni.. tarikh nikah kami 23 /11 / 2009.. sultan pencen berkata..

"ok kan tarikh tu? pukul 11 dalam sistem 24 jam = jam 23.. so 23 /11 tu chantik sgt tuuu.."

eyeNa pula hanya mengangguk.. tidak melawan.. maklum laa taknak durhaka kat suami..ekekeee


"abang sayang kat ayang taww"

dan kucupan pertama singgah di dahi eyeNa.. sungguh berdebar mcm nak luruh jantung woo.. kenal dah lama pon mcm mana tah rasa.. eeekk.. susah nak explain.. yang penting terharu biru semua ada.. hahaii

"terima kasih abang.."

eceh.. romantik plak aku.. haishh..!!!



mercu tanda di kampung aku kini menjadi tempat kami berposing.. mercu tanda cinta kita kini terbina.. ayuh kita hiasinya bersama.. ewah2..


"jangan lari.."

eyeNa menjerit apabila didapati sultannya seakan mahu lari..

"ni bukan lari ni nak terjatuh ni.."

sultan pencen bersuara...

"oh tidak.."

mereka pon tidak terjatuh.. heee

"penat laaa belakon2 lari2 cam hindustan ni..isk2.."

eyeNa merungut.. tetapi sultan pencen hanya tersenyum.. eeeee

"ok2 beta angkat kamu eh.."

dan sultan pencen pon mendukung eyeNa.. **kuatnyee dia..

"bila nak habis bergambar ni? letih dah ni.. haha"

"control2..."

"mata kamu sungguh bulat wahai eyeNa"

"mata kamu lak sepet laa sultan pencen oiii.."


"eeeeee mcm budak laa muka kamu.."

"apa laa dia ni.. beta makeup lawa2 macam budak2 jak kamu puji.. ceh.."

"lapar nasik ar.."

"takpe2 kita puasa jak hari ni.. bergambar punya pasal kan.."

"hampeh.."

"hahahahahaha..."


"jom turun jom... apecot nak terjatuh.. eheh..."


'jalan bebaik laa ratu pesembor oii.."


"huuuu baiklah.."


"bagus2 isteri yang taat.. hehe.."

haa kat mini muzium belakang umah eyeNa ni laa kami bergambar.. isk2.. penat sungguh..


dah nak balik dah.. jumpa lagi.. heheee

*************************

sebenarnya gambar aku nikah ni sangatlah banyak.. tapi yang ni yang aku edit laa.. yang tak edit lagi bersepah2.. so lain kali aku rajin aku upload lagi.. ni just untuk tatapan kawan2 semua jer.. ngeee doakan aku jadi isteri terbaik tawww...

tanda tanya (?) : berapa banyakkah gambar yang aku ambik sebenarnya..???