:: mereka Terhebat ::

Wednesday, March 17, 2010

OH AYAH..

Salam sayang duhai warkahku.. aku hadir lagi untuk menitipkan secebis rasa yang sukar untukku luah dengan kata-kata.. warkahku.. takutkah engkau akan kehilangan? 

Hilang sesuatu yang benar-benar kau sayang?

Aku takut.. bahkan aku tidak bersedia menerima kehilangan.. namun itulah lumrahnya hidup.. tak ada apa yang kekal kecuali yang Maha Esa..



Bercakap tentang kehilangan. Kehilangan yang bagaimanakah yang paling menakutkan? 

Bagi aku, aku takut kehilangan orang-orang yang paling aku sayang dalam hidupku..

Aku takut kehilangan orang yang selalu mendampingiku.. siapakah mereka?

Yaa.. pertamanya aku takut kehilangan ayahku..
Hilang ibuku.. hilang suamiku.. hilang adik beradikku.. sahabat atau siapa sahaja yang dekat denganku

***************

Kamu tahu tak siapa lelaki pertama yang aku sayang? Suami? Yaa aku sayang suamiku.. tapi aku juga sayang ayahku.. dialah lelaki pertama yang aku cintai.. aku masih menyayangi ayahku hatta aku bukan lagi kanak-kanak yang mampu ayahku kendong kini..

Kedewasaanku bukan bermakna aku sudah tidak dapat menunjukkan kemanjaanku.. bukan bermakna aku tidak boleh menjelaskan kasih sayangku buat seorang bapa.. sungguh.. aku rindu bapaku..


Kisah hidupnya penuh dengan pengalaman yang sering mengajar aku.. kerana setiap pengalaman itu di ceritakan padaku.. walaupun aku tahu aku tidak mungkin dapat singkap semua rahsia hidup ayah.. tapi sekurang-kurangnya aku mengerti.. aku mengerti perasaannya..

Entah laa.. bila sahaja wajah ayah terbayang di fikiranku.. hatiku hiba dan sayu.. terasa cepat masa berlalu meninggalkan kenangan manis yang terus berkubur.

Kedutan diwajah ayah yang semakin menyerlah menyesakkan aku.. namun ketenagan yang ada di wajah itu kembali menenangkan segenap jiwaku.. aku tenang tatkala wajah itu aku tatapi.. aku mahu menatap sepuas-puasnya..

Sudah 23 tahun wajah itu mendampingiku.. sejak bila ia berubah aku sendiri tidak sedari.. tatkala sepi begini aku terkenangkan saat aku dikendong gagah dibahunya..

*****************

 tiap-tiap pagi di musim buah ayah akan mengendongku melawat dusun durian di belakang rumah..

“pak.. akak nak pak dukung akak..”

Aku memanggil ayahku “pak”.. panggilan orang lama-lama di kampung.. (^_^)

“besar dah.. jalan laa..”

“takmo.. nak nek kokong (kendong)”

“meh-meh…”

Ayah pasti melayan kehendakku yang masih kebudak-budakkan itu. Maklum laa aku anak yang paling manja.. anak perempuan bongsu.. anak yang paling degil dan anak yang paling menyusahkan ini..

bila sampai di satu pokok durian..

“ni pokok ni nama pokok durian buje”

“buje tu apa pak”

Tanyaku hairan selepas ayah menyatakan nama pokok itu..

“tengok bentuk buah ni.. cam ni laa buje (bujur2)”

“ooo nak makan.. nak”

Kataku sambil melompat-lompat riang.. yerlaa saper tak suka makan buah durian bawah pokok tu.. segar taw..

Sambil aku makan ayah hanya mengupaskan kulit durian tersebut.. ayah tidak makan walau seulas.. kalau ada hanya ulas-ulas yang sedikit rosak dek ditebuk tupai..

“awat pak tak makan..”

“pak suka tengok cek makan.. makan laa…”

Itulah jawapan ayah.. sampai sekarang pon kalau ada apa-apa makanan yang aku suka ayah akan beli atau buat dan bagi aku je makan.. tapi ayah tak makan.. ayah still jawab..

“makan laa.. pak suka tengok cek makan..”


***********************

Terharu pula aku apabila terkenangkan saat2 itu.. sungguh berjasanya seorang ayah.. sungguh indahnya mempunyai seorang ayah yang penyanyang begini..

Bila mana pulang dari sekolah rendah ayah akan ambik dengan motor.. kami naik bertiga bersama adik.. kadang-kadang hujan turun. Ayah terpaksa redah juga. Jika tidak kerja-kerja dirumah akan terbengkalai.. lagipun ayah nak tolong mak meniaga..

Yang lucunya ayah akan bagi beg plastik pada aku dan adik.. kami pakai kat kepala. Ayah taknak kepala kami basah.. takut kami demam.. tapi ayah pula hanya pakai serban. Meredah hujan perlahan-lahan.

Pernah satu hari aku tidak berlindung dibelakang ayah bila naik moto waktu hujan.. aku nak rasa macam mana ayah rasa bila bawak moto time tu..

Kamu tahu apa yang terjadi?

Tak sampai 5 minit, rasa pedih sangat kat muka ni.. sebab kena hujan batu.. tapi  aku hairan ayah tak mengeluh.. ayah kuat.. ayah dapat bertahan sampai ke rumah.. aku nak jadi macam ayah. Kuat dan tabah.

Begitulah..

****************

Tiap-tiap kali tergamit ingatan lampau, ingin aku kembali ke saat itu.. menjadi kanak-kanak kembali.. nak terus ada di sisi mak dan ayah lagi..

Akan tetapi semuanya telah berlalu.. semua itu telah pergi meninggalkan aku.. jarak ini memisahkan aku dan mereka.. jarak ini memisahkan aku dan ayahku..

Tadi aku bercakap dengan ayah.. suara ayah tenggelam timbul.. biasalah mungkin line tak clear.. ayah kan tinggal kat kampung.. line pon kadang-kadang ok.. tapi kadang-kadang sebaliknya..

Aku bertanyakan hal kesihatan ayah.. Alhamdulillah ayah kata ayah sihat.. tapi ayah batuk-batuk.. entah kenapa sungguh aku cemas sekali..

Ayah pesan supaya aku belajar rajin-rajin.. memang itulah pesanan ayah acap kali aku berbual dengannya.. ayah mahu aku Berjaya.. yaa akan aku buktikan.. aku mahu ayah melihat sendiri aku naik ke pentas menerima segulung ijazah..

Dulu sewaktu abang-abang aku konvo, ayah sempat memakai jubah mereka dan memegang scroll ijazah.. aku juga ingin begitu!

************

Hajat ayah yang masih belum tercapai adalah membawa aku ke Makkah.. duit sudah cukup.. Cuma masa sahaja yang mencemburui.. susah juga jadi pelajar tak ada kelapangan yang besar. Tak apa aku akan pergi juga menjejakkan kaki ke sana.. itu janjiku buat ayah..

Aku sudah berkahwin.. dulu ayah sangat mahu melihat ada seseorang menjagaku. Kini harapan itu termakbul.. Alhamdulillah.. Allah permudahkan segalanya padaku. Sekarang ayah sudah berusia 87 tahun.. masih gagah ayah menanam getah. 

Kata ayah, itu usahanya untukku dan ayah mahu aku teruskan usaha tersebut. Yaa akan aku manfaatkan tanah-tanah kebun dan sawah yang ayah beri..

Semua relung tanah telah ayah hibbahkan buat kami adaik beradik.




“mewah laa hang.. muda-muda dah ada banyak tanah”

“itu bukanlah yang aku mahu.. tapi aku akan usahakan tanah-tanah yang ayah pernah usahakan dulu.. aku hanya mahukan ayah. Aku mahu ayah tahu aku adalah anaknya yang paling sayangkannya”

Hah.. kami adik beradik tidak berlumba-lumba untuk mendapat ganjaran.. akan tetapi kami berlumba-lumba untuk menunjukkan kasih dan sayang.. itulah keluarga aku.. aku bersyukur dilahirkan dikalangan orang-orang yang bertuah seperti ini..

*********************

Ayah.. kali ini aku meluhkan rasa buat ayah.. biarpun aku tahu ayah tidak boleh membaca warkah ini.. sekurang-kurangnya aku menyedarkan diriku bahawa aku amat memerlukan ayah.. aku mahu terus menimba ketenangan tatkala menatap wajah ayah..

Janganlah ayah pergi ketika aku ingin disayangi, aku merayu padamu ya Allah.. berikan aku kesempatan untuk menunjukkan yang terbaik buat ayah..

Kerana aku tahu banyak perkara yang terjadi dalam hidupku merunsingkan hati ibu dan ayahku.. kerana aku tahu ayah tidak mahu anak ini disisihkan oleh sesiapapun.. kerana aku tahu ayah idamkan anak ini mencapai kebahagiaan didunia dan akhirat.. kerana aku tahu ayah akan terluka apabila hatiku dilukai.. dan ayah akan bahagia tatkala aku bergembira..



sebab tu ayah sanggup tak makan apa2 asalkan aku seronok dapat makan.. sungguh tak adil..

"makan laa, pak suka tengok cek makan.."

terimbau-imbau bait kata ayah itu..

Jadi aku tidak mahu kesedihan ini dizahirkan pada ayah atau ibu.. aku hanya mahu melepaskan segala kekusutan disini.. biarlah manisnya aku berikan buat orang-orang yang aku sayangi..

Kerana aku belum sedia berhadapan dengan kehilangan yang hakiki..!!

“ya Allah.. bantulah aku ya Allah.. hanya engkau maha berkuasa menghapuskan duka yang bertahta dihati ini.. ya Allah tolonglah aku ya Allah. Hanya Engkau mampu melenyapkan kesedihan yang bersarang di benakku..ya Allah.. berikan aku kekuatan menghadapi segala ujian..” (^_^)


tanda tanya(?) : ayah kamu cane? hehe




2 comments:

NzA said...

kak nza pn xsnggup kehilangan org2 trsayang.....dan kiranya eyena ada anak, anaklh segala2nya....

Unknown said...

entri ini dalam. tapi tak ada sapa yang sanggup kehilangan orang tersayang.

saya berada di depan nenek semasa saat kematian dia. Bagi saya, nenek dah setaraf dengan emak, sama sayang macam saya sayang emak. Sebab nenek tinggal sekali dengan kitorang. Perasaan masa tu, memang sedih. Menangis sekuat hati. :(