:: mereka Terhebat ::

Thursday, October 29, 2009

berakhirlah KO-KE silat cekak hanafi


persatuan seni silat cekak Hanafi Um..

haa maka dengan ini aku dah lama dah nak post berita ni.. tapi tak terpost.. sory kepada kawan2 yg menyertai silat ni..pasti tertunggu2 kedatangan gambo2 ni lam blog aku.. hehe **takde org nanti pon aku anggap ada jugak! hehe

oh yaa sebelum aku sampaikan berita dengan lebih lanjut, aku nak mintak maap kat kawan2 blogger semua kalau aku dah tak lalu lalang kat blog u all.. or aku biarkan sawang memenuhi blog aku ni.. sebab aku dah nak exam!! **doakan daku semua..

ok teruskan berita.. TAHNIAH kepada semua yg terlibat lam persembahan pesta kokurikulum tu.. kita menang tempat pertama bahagian persembahan demonstrasi seni mempertahankan diri.. **tahniah jugak kat aku yg turut serta.. dah laa ketaq2 jer aku bersilat kat atas stage tu.. haha

atas ni gambar masa pagi2 tu berkumpul.. haa awal aku kuar pukul 8.15 dah sampai kat dewan DTC.. heee **semangat laa katakan..


kamu dah tengok kan gambar atas ni? siapakah itu? org mahu mengamuk ke? apekah? hee tu laa pensyarah kami.. eh jurulatih silat cekak hanafi. sporting orangnye..

err dulu aku tak tau lak jurulatih bukan tok guru dan tok guru tu lain.. haa aku jahil sikit bab2 ni.. ahaii sensitifnye.. mintak maaf kalau lam entry aku sebelum ni aku salah2 guna istilah ni eh.. ampunkan daku.. uwaaa...!! **opss jangan silap2 istilah lain kali.. bahaya.. adeeh.. sory eh aku tak tau.. huuu muka tak bersalah..


dah tamat dah. haa aku ada laa berniat nak sambung lagi sem depan.. alang2 menyelup pekasam biar sampai ke pangkal lengan! cuma tak tau laa kalau tahun depan ni, status aku berubah.. tu sukar sikit laa kot nak join semua ni.. ahaii..


tanda tanya (?) : status aku berubah? ekekeeee **dari pelajar, jadi pensyarah kot.. ke ape eh??!

TAG dari mawar_berduri

salam semua.. kali ni aku masih wujud lagi ni.. haha baru je nak buka buku aku teringat janji2 manis aku nak jawab tag mawar_berduri. **bukan main lagi tu nama beliau berduri2 tu.. hehe kamu rajin2 leh laa melawat blog beliau.. mawar_berduri

ni tag yg aku perlu buat.. senang jak.. ahai lama sudah aku tak main tag2 ni.. isk..

ARAHAN

1. Upload gambar Candid anda

-sEkEping, dua kEping atau bErapa jE yang anda sukE
-tak kisah la sorang2 atau bErorang2 bEramai2..
-pastikan Ianya candid..tak mO yang kontrol posE2 ni..


ok2 aku dah upload bawah ni.. confirm aku tak pose2.. haa puas jugak nak cari gambo candit sebab aku selalunya bila org nak candit jer aku sempat posing.. haa tapi gambo bawah ni serious candit!! tolong laa percaya! hee


haa lokasi kejadian kat kampung aku. kat belakang umah aku bersama anak buah aku.. ngee

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com


2.Nyatakan apa yang sEdang anda lakukan sEbEnarnya pada waktu tu?

  • oh aku pon tak tau nape aku berpelakuan begitu?
  • nak kata aku marah nak tampo anak buah aku tu, muka beliau cam tak bersalah jer! takkan kot..
  • nak kata aku nak mencari kutu ke ape.. gila tengah2 sawah tu! buang tabiat..
  • huu aku pon tak pasti apa yg aku lakukan.. aku tengah musykil sekarang ni..
  • mybe aku ngah nak ikat rambut beliau? ermm tak kot.. tah laa.. ekk nak muntah aku memikirkannye.. **aku tak layak jadi detektif..haha

huhu sory mawar, aku dah lupa apa yg terjadi.. candit laa katakan.. heeek..!


3. apa pErasaan anda apabila mElihat gambar candid tErsEbut?

oh aku memula berfikir2 laa bila tengok.. lama2 aku jadi terkebil2, muka berkerut.. maklum laa tak dapat jawapan apa yg aku lakukan kat budak kecik tersebut.. adeeh bimbang aku ada gaya penjenayah jer.. hak hak.

4.siapakah yang bErtuah mErakamkan gambar candid anda itu?

anak buah aku yang lagi sorang laa kot, alia nama beliau tu. budak darjah 5. haa dia dok main2 camera aku, masa bila tah dok candit gambo tu aku pon tak tau.. aduhaii..


5. tujukan TAG ini kEpada 5 oRang

yang ni yang aku lemah ni.. hehe coz aku rasa nak bagi kat semua orang.. haha ok2 special yer:

kak dylla :
of coz banyak potret2 candit ni..
ekopelancangan : gambo candit binatang2 pon ok!
nakamura kazuki : kome jawab laa yo..
tedi: haa candit laa dak itam ke dak utih ke..tedi bear ke.haha
aslam : kamu kan sultan pencen, blog kamu tak pernah update! isk!

dan para2 hadirin hadirat yang berminat.. hehehe...

tanda tanya (?) : ape eh motif aku dalam gambo tersebut tu? adeeeh..

Saturday, October 24, 2009

layakkah aku sebagai editor..

intro : ini cerita rekaan semata-mata.. sultan pencen membuat magik.. saksikan...


pada suatu hari, setelah sultan pencen dan ratunya berdamai dari bergaduh **kes baju jeans lavi's beharga singgit 5o cen iteww.. mereka pon bersiar-siar ke taman..

eyeNa : aku rasa macam nak selsema laa..

sultan : oh aku pon sama. ni kesan rawatan resdung kot..

eyeNa : tu laa aku menyesal sebab buat rawatan resdung. kamu laa ni nak belanja aku sangat!

mereka berdua berbicara soal rawatan resdung yang mereka lakukan dan masing2 menyesal sebab mereka kini sudah sama2 selsema.. aduhaii...



akan tetapi eyeNa tiba-bita terpandang sebatang pokok dan beliau pergi ke arah pokok itu lalu memegangnye seperti gambar di atas.. lalu berkata..

"hey sultan pencen kamu teringat tak sejarah pertemuan kita?"

sultan pencen menjawab dengan angkuh

"yaa tentu sekali aku ingat. hahaha kamu telah memanjat pokok dan melnolak aku jatuh ke tanah kerana mahu meminjam duit aku sebanyak seringgit 50 cen untuk membeli air teh ais tapi kamu beli baju jeans pulak akhirnya.. hahahaha. aku tak paham.. hahaha."

*** seperti biasa sultan pencen suka ketawa seperti halilintar dan terjadi gempa bumi sedikit, mujur guruh tidak berdentum dengan kuat tanda bom meletup...!! haish..!! (booom??!..)


eyeNa cuba memberhentikan ketawa sultan pencen dan beliau telah mencabar sultan pencen untuk membuat magik!

"aku telah membuktikan ketereran aku atas cabaran kamu tempoh hari. aku mampu panjat pokok sebab kamu. hari ini aku mahu mencabar kamu pula. jikalau kamu terer, ubah pohoh yang aku pegang ini menjadi dua..!"

eyeNa tanpa segan silu mencabar sultan iteww.. **aku pon tak tau kenapa laa mereka pelik2 sangat..

dan dengan sepantas kilat.. jeng jeng..

sultan pencen berjaya berposing seperti ratu pasemboq yang beliau sayangi iteww.. dan berjaya memegang dua pohon pokok.. lalu sultan pencen berkata..

"lihatlah.. aku mampu membuat magik! hahaha.."

eyeNa hanya senyum sahaja namun dalam hatinya berkata

"eleh2.. aku tau dah dia p cari tempat yang ada 2 pokok past tu posing kat situ.. hak hak. apekah.. magik ke itu?"

sultan pencen berjaya mendengar kata hati ratu pasembor dan beliau menjadi malu lalu berlari2 meninggalkan ratu pasembor dalam keadaan terpinga-pinga.. aduss...!!

*******************

chak..!! ni baru nak start buat entry ni...


waah bukan main lagi mood aku hari ni 3 entry aku buat! pagi, petang ngan malam.. haha.. takpe laa esok2 nak study aku tak layan dah blog ni.. hari ni lepas rindu kat blog banyak2.. hehe aku upload gambar2 yang agak diva ni sebab aku nak sampaikan bahawa aku teringin nak jadi juru kamera..! nak jadi editor.. aku minat giler laa..!!

ewah2 bila aku mula bergaya..


jangan salah paham tau tengok gambar2 aku ni anggap aku dah jadi model ke hape.. takde laa! aku sesuke jer bergambar dengan kawan2 aku hari tu kat taman tasik.. alaa gambar kalau dah edit jadi lawa laa.. hihihi

ada sesape nak tempah aku untuk jadi jurukamera kamu tak? heee tapi aku perlu beli camra mahal2 dulu laa yer.. setakat ni aku dok guna camra digital canon 7.1 megapixel jer ni.. aduii.. kan best ada camra mahal

"sultan pencen, kamu kan banyak duit pencen, hadiahkan laa daku sebuah camera.. heee"

sajer buat muka manje.. hehehe jangan plak kamu tenung2 nak cari jerawat aku!


mereka jugak suke bergambar.. hee kat taman tasik perdana jak tu.. ewah2..
roommate aku yg paling depan ni, aween.. amboii comey aih.. hehe.. tini, aku and fara..


tah laa kan.. apa eh kelebihan sekeping gambar?

bagi aku, senang jer.. gambar merakamkan detik2 yang pernah terjadi dalam hidup kita.. ada detik2 yang tak terakam kat sekeping gambar tapi tetap tergambar dalam ingatan.. so gambar ni luas maknanya jika nak di tafsir..

sekeping gambar mungkin mempunyai seribu makna buat seseorang, tapi mungkin tidak memberi apa-apa makna buat seseorang yang lain..!

disini aku mahu tegaskan, aku letak gambar banyak2 ni just untuk simpanan and tatapan.. takde niat nak menunjuk2 ke memandai2 ke hape.. cuma ini adalah aku waktu ini. tak tau laa esok2 aku bukan macam ni lagi kan, entah2 aku nak duduk depan camera pon tak nak. ape tah lagi rajin nak edit2 gambo cam sekarang... ahaii manusia, bila2 boleh berubah..


walaupon gambar tu tak bergerak, gambar tu bisu dan tak berkata-kata, kita dapat memahami kan nada gambar tu.. gembira ke sedih ke apa2 jer.. haa jadinya sekarang kita bergambar, bila kita dah takde pon orang dapat tau kita macam mana melalui gambar2 kita yang tak bersuara tu.. dan satu hari gambar2 ni mungkin tinggal gambar dan takde makna buat sesiapa lagi.. sekadar menjadi tatapan yang kosong.. ahaii..

tanda tanya (?) : kamu suka bergambar macam aku tak?

Friday, October 23, 2009

kenapa aku nampak macam tu..

huh.. kali ni entry seram ni.. hua hua.. tapi takde laa seram pon.. pelik ada laa.. hehehe aku kan tengok jam tau hari ni..

tadi pukul 5:55 pagi aku terjaga dari tidur.. dan aku pelik. asal angka elok jer kat jam tu.. haa dan aku pon kemudian tidur laa balik. kira pagi tadi yang pertama aku tengok adalah jam yang menunjukkan 5:55 minit pagi..

oleh kerana masih awal aku pon tido laa lagi.. (maklum laa cuti2 malaysia).. dan terbangun dah pukul 10.10 minit pagi.. aku dok pelik jugak awat mesti pukul 10:10 minit kan.. tadi dah 5:55 minit pagi.. aku mula musykil... tapi wat tak tau jaa lagi.. tak fikir pape pon..

dan aku pon meneruskan laa aktiviti aku di hujung minggu ni.. aku p mandi manda then basuh membasuh dan aku pon siap2 laa nak p makan kat dewan.. lah? pukul 11:11 minit laa pulak?

dan aku teringat teori yang kawan aku cerita bahawa kalau tengok jam 11:11 minit tu maksudnya ada orang rindukan kita.. aku pon tersengeh2 sendirian.. dan aku tak jadi p dewan makan sebab masih awal tu.. aku pon melawat2 laa blog kawan2..

dan aku tengok jam kat laptop. aiiikkk 12:12 minit tengah hari? biar betul ni kali ke 4 dah ni aku tengok jam asal angka lawa2 jer? aku mula rasa pelik dan keliru.. aduhaii.. aku pon p laa makan and aku bergayut lak past tu.. ** sila jangan salah faham.. bukan bergayut kat pokok macam monyet yer!

then last2 ni baru2 ni.. aku dah habis bergayut kan tengok2 pukul 2:22 minit petang!! mak aiii lama tu bergayut tu.. huh.. yang aku nak cerita bukan kes gayut tapi pasal angka jam tu.. waaaa teruja tu..

isk tanda2 apakah ini..? takkan laa orang rindu aku setiap jam kot? isk sapa lak nak rindu2 kan? ker jam2 aku yang rosak? hahahaha tu laa yang aku musykilkan ni..

haaaaaa pelik tapi benar ni.. percayalah..

Pss: mungkin aku terpaksa tukar batry jam aku kot..

Thursday, October 22, 2009

cinta adalah fitrah yang suci

maaf yer kali ni entry aku tidak lagi seram, jiwang karat, lucu atau merapu-rapu.. hehe tapi aku nak bagitau ni. aku kan.. aku.. nak cakap pasal cinta. kamu pernah bercinta tak? aku PERNAH dan sedang bercinta.. ewah2.. ok2 mari aku senaraikan siapa yang aku cintai

  • Tentulah cintakan ALLAH dan Rasul-NYA
  • cintakan mak ayah aku.. ~~~ rinduuu..~~
  • cintakan keluarga-keluarga aku
  • cintakan suami aku.. err kalau aku dah kahwin laa..hehe
  • cintakan sahabat-sahabat aku
  • dan aku mencintai ilmu yang luas untuk dipelajari
  • lastly... aku akan mencintai sesuatu yang mendatangkan manfaat pada aku laa..cth : dunia ni. udara, air, pokok2, katil, makanan, dan moto aku..ngee byk lagi la!!!

ok2.. tu laa tujuh yang tersenarai.. mybe banyak lagi tapi aku letak tujuh jer sebab afdal kan.. eheh..

yang pertama cintakan Allah dan Rasul-NYA.. sebab apa, sebab kita kan islam.. dan itulh kewajipan kita.. tapi hari ni aku nak bincang pasal cinta aku pada mak ayah aku.. dan cinta aku buat suami aku.. ** huhuuuu~~

agak mencabar tu nak cerita cintakan suami tu.. adeeeh..



****************


"hello mak, mak rindu akak dak?"

tanyaku dalam nada sedikit sebak.. entah kenapa aku rindukan emak, rasa macam nak menangis bila suara mak bergema di talian..

"hello anak mak.. rindu laa kat anak mak ni.. anak manja mak buat apa tu?"

suara mak riang seperti selalu. aku sungguh tenang. rasa hilang segala masalah yang terbuku di jiwa.

"akak ngah makan dengan aslam ni.. mak, akak tak reti nak pujuk dia. dia merajuk ngan kak.."

aku mula mengadu

"laa jangan dok gaduh2 laa.. pakat elok2.. tengok macam mak ngan pak.. merajuk biasa laa.. bergaduh sikit2 pon biasa laa.. tapi jangan sampai terbawak2.. jangan sampai rosak rasa kasih sayang tu.. meh mak cakap ngan dia.."

ujar ibuku setelah aku lama mendiamkan diri. mungkin mak dah rasa bimbang..

"hello mak.. oo ni kami kat kedai makan.. hehehee.. saja mai pujuk dia.. merajuk plak dah ni.. pujuk bawak makan tomyam ja..hehehe.."

aslam bersembang dengan mak.. **amboiii dia yang merajuk tadi tuduh aku lak!! eeee~~~

kemudian lama jugak mereka bersembang.. ** aku agak mesti mak dok bagi ceramah kat dia.. haha padan muka!

aku hanya memandang makanan yang baru sampai.. hambar dan tiada mood mahu makan.. kenapa tah angin aku lain macam hari ni..


*****************


"tadi mak kata apa tau?"

tanya aslam sewaktu aku menjamah makanan

"apa.."

jawabku ringkas.. dan takda mood mahu bercakap

"mak kata sayang sajer nak manja2 dengan abg sebab sayang jauh dari mak. mak suruh abang jaga sayang elok2.. mak tak bagi kita bergaduh.. sayang ok tak?"

aku menjuihkan bibir dan menjawab dengan nada terlalu lemah

"...ok.."

tah kenapa aku masih belum bersemangat mahu bercakap.. huu~~~

"sayang, pada sayang.. siapa abang di mata sayang?"

tanya si dia.. mungkin dia mahu lihat aku bercakap seperti biasa.. yaa, aku suka bercakap. aku suka berceloteh. aku suka ketawa.. aku suka bila kami sama2 ketawa.. cuma hari ini aku bukan begitu..

"hmm.. sebagai bakal suami, jika dah berumahtangga nanti, jika Allah kurniakan rezeki, aina nak lahirkan anak2 untuk abang.."

agak sebak untuk berterus terang.. selalunya aku tak pernah jawab soalan tu baik2.. aku selalu main2.. aku selalu buat lawak.. tapi tadi.. aku terlepas cakap.. aduhaii.. aku dah teremosi..

dan tak sampai dua saat air mata menitis dipipi.. bayangkan kat kedai makan tu aku menangis! *** ooo arr malu kat org..!

dan aku pandang dia.. wajahnya juga menahan sebak.. lelaki laa katakan.. ego tinggi.. dan dia menghulurkan tisu je laa kat aku.. *** huh tak romantik! org tolong laa lapkan ke.. ekekeeee




*********************


apa motif aku cerita ni? haa maknanya disini, aku nak bagitau bahawa aku rindukan mak aku. dalam hal pasangan atau apa jer aku akan tanya mak aku. sebab mak aku adalah motivasi aku. adalah contoh buat aku. mengapa mak dan ayah bahagia sedangkan umur mereka masing2 sudah lanjut. mak aku 67 tahun sudah.. ayah aku 87 tahun.! tapi mereka bahagia...

hanya mak aku jer dapat selesaikan masalah aku.. kalau aku tak col mak aku waktu tu mybe aku dah jadi bisu dah kot sampai last..

huuu aku selalu cakap ngan mak aku macam ni..

"mak doa kat kak tau. akak nak exam tak lama lagi.."

aku selalu suruh mak aku doakan aku..

"yaa mak doa aih dok lam kebun masa dok motong (menoreh) getah pon mak doa.. mak kata kat pokok suruh doa sama kat anak mak.."

dan waktu tu.. aku tahan lagi.. aku tak nak menangis.. tapi kenapa waktu nak mintak tolong saja, mesti ada mak? aku kecian nak luahkan kat mak. aku takot mak risaukan aku.. tapi mak setia mendengar.. kadang2 aku tak nak cakap tapi mak pujuk aku.. mak macam tau kalau hati aku tak senang.. mak macam tau kalau aku ada masalah.. kenapa?? mana mak tau?

yaaa jawapannya mudah, sebab mak yang didik aku, mak mengandungkan aku, mak melahirkan aku.. mak yang menyusukan aku. mak yang mandikan aku masa kau kecik2 dulu, mak yang masak untuk aku, mak yang selalu bagi aku ubat kalau aku sakit, mak yang selalu doakan aku, mak laa segala-galanya... walaupun kami jauh! wlaupon jarak sangat jauh memisahkan kami!!

mak tetap mak.. dan aku tetap anak mak.. aku tetap merindui mak dan mak juga merinduiku..

aku rindu mak..

ayah? kalau aku cakap ngan mak, mesti aku dengar suara ayah sama.. kalau ayah tak betul2 cakap ngan aku, aku dengar suaranya jauh sedang berpesan dan ingin pesanan itu disampaikan oleh emak kepada aku..

tadi juga aku cakap ngan bapaku..

"pak sihat dak?"

tanyaku..

"pak sihat, tapi dok batuk2 sikit.. pak dah tua selalu tak sihat laa cek.."

kata ayah buat aku kemudian risau pula.. sebak yang dari tadi aku tahan kini semakin teserlah.. tapi aku masih bertahan..

"laa pak makan la ubat tau.. pak doakan akak jugak tau.. akak dah nak peksa (exam) tak lama lagi"

"haa ni ambik doa ni pak selalu baca kat anak2.. supaya kita jadi kaya dengan ilmu.. pak dok amal ni tengok anak2 semua dah berjaya.. pak bagi kat akak nak dak?"

"nak.. nak.. macam mana pak, akak ambik buku tulis naa.."


dan bapaku berkongsi doanya kepadaku.. sungguh aku bertuah.. sungguh aku paling bertuah.


aku masih ada mak dan ayah yang ambik berat pada aku.. yang selalu bagi aku dorongan dan semangat.. yang menyembuhkan aku dari segala kelukaan.. yang membuatkan aku asyik terlena dalam buaian..

aku teringin nak jadi budak2.. teringin nak kembali ke satu masa dulu.. andai laa aku dapat putarkan waktu.. hmm tapi apakan daya, usia makin lama bermakna hari makin singkat untuk aku berangkat ke destinasi yang lain...



************************

huhuuuuu~~~ entry ni dah lari tajuk.. sorry.. aku rindu mak ayah laa~~~..




************************

kesimpulannya...



Cinta Adalah Fitrah Yang Suci

Islam adalah agama fitrah kerana itulah islam tidaklah membelenggu perasaan manusia. Islam tidaklah mengingkari perasaan cinta yang tumbuh pada diri seorang manusia.

Akan tetapi islam mengajarkan pada manusia untuk menjaga perasaan cinta itu, dirawat dan dilindungi dari segala kehinaan dan apa sahaja yang mengotorinya.

"Sebuah pernikahan dalam islam diharapkan dapat memayungi pasangan itu untuk menikmati kehidupan yang penuh cinta dan kasih sayang dengan mengikat diri dalam sebuah perjanjian suci yang diberikan Allah Subhanallahu wa Ta’ala."

"Kerana itulah rasa cinta dan kasih sayang ini sudah sepatutnya merupakan hal yang harus diperhatikan sebelum kedua pasangan mengikat diri dalam pernikahan. Kerana inilah salah satu kunci kebahagian yang hakiki dalam menghadapi masalah rumahtangga nantinya."

kalu aku dah betul2 bersedia untuk berkahwin... aku nak belajar bagaimana mak dan ayah aku bercinta sehingga aku sayang pada mereka.. aku nak tahu apa rahsia mereka sehingga mereka tidak pernah mahu mengabaikan aku.. dan aku ingin jadi seperti mereka... bercinta sampai ke tua. setia...

aku nak jadi macam mak ayah aku yang tak putus2 mendoakan yang terbaik buat aku.. aku sayang mereka!



*****************

"sayang nak kahwin ngan abang?"

"takmau.."

tapi aku kemudian tunduk dan tersenyum malu.. hahahaha.. biar betul awang ni? hahaha dah jadi sultan pencen pon ada hati nak kahwin ngan aku.. hahahahahaha!!!! **jgn mareh eh.. hihihi

psss: kamu?? dah kahwin lom?!

Sunday, October 18, 2009

sajer aku nak buat cerita..

ok laa.. oleh kerana aku sangat laa boring hari ni.. aku pon melihat-lihat apa yang istimewa dalam laptop aku untuk aku habiskan waktu. dah study sampai mata kuyu2 aku pon, luangkan masa untuk kerja edit2 ni.. hak hak..


gambar2 yang aku upload disini bukan laa yang terbaru sangat.. heeeh.. cuma aku memperbaharuinye dengan versi aku sendiri..

mari aku cerita kat kamu idea aku pasal gambar2 yang ada disini. semoga terhibur..!


*******************

satu hari seorang gadis bernama eyeNa telah berjalan-jalan di taman. beliau berjalan sendirian dan kemudian merasa penat lalu duduk seperti gambar di atas.. sambil melihat ke sepohon pokok yang rendang.. beliau haus tetapi tiada membawak wang.. ahaii..

tiba-tiba beliau ternampak seorang jejaka di atas pohon rendang tersebut menjelmakan diri dengan spontan! dan jejaka itu ketawa sambil berkata..

"hahaha aku tahu apa kau mahu. kau nak pinjam duit aku untuk beli air teh ais kan? hahaha"

suaranya seperti guruh dan kuat sehingga gempa bumi terjadi. adus..

kemudian jejaka itu berkata lagi..

"kalau kau nak pinjam duit aku, ada satu syarat.. kau kena naik atas pokok ni macam aku.."

dan eyeNa sangat2 tercabar dengan syarat tersebut itu.. beliau pon menggunakan kuasanye lalu dengan sekelip mata... jeng jeng jeng...
eyeNa sudah berada di pokok berkenaan dan menolak jejaka yang bersuara guruh itu jatuh tersungkur ke bumi..

"padan muka kau. lain kali kedekut sangat nak bersyarat2 lak. kau ingat aku lemah ke?"

bebel eyeNa kepada jejaka itu..

"eh aku lupa nak tanya sapa nama kau? oh ya mana duitnye? bak sini kata nak bagi aku pinjam.."

eyeNa terus membebel.. dan jejaka bersuara guruh itu tiba2 berada di atas tahtanya..

"hahaha aku laa sultan aslam dari negara arab.. oleh kerana kamu telah berjaya memanjat pokok seperti yang aku janjikan aku akan bagi pinjam singgit lima puloh sen kat kamu buat beli teh ais.. hahaha.."

kata jejaka tersebut sambil ketawa yang seperti guruh iteww..

"oh yaa dulu aku ni sultan kat negara aku. sekarang dah pencen sebab tu aku meloncong kat Malaysia"

kali ni wajahnya agak tidak selesa. mungkin sedih kot sebab dah pencen kan.. aduhai

"eh tapi aku nak tau dulu kamu tu sape sebelum aku bagi duit aku.."

tanya si aslam sultan dari arab yang suka ketawa dan sudah pencen itu.. huh

eyeNa pon terjun dari pokok yang dipanjatnye tadi dan beliau berposing.. dan berkata pula

"beta adalah kerabat diraja yang tinggal dibendang raja. nama beta eyeNa jer.."

kemudian eyeNa bertitah seperti seorang ratu pulak..

"tapi beta belum pencen macam kamu.. haha beta rasa kamu sangat lucu..! hahaha.. oh yaa negara beta kat kedah.."

eyeNa mentertawakan sultan pencen yang dijumpainya.. tetapi sultan pencen dengan tidak puas hatinya membalas..

"hahaha aku tau kat kedah banyak pasembor.. aku nak panggil kau ratu pasembor sebab kau tak pencen lagi.. hahaha.."

begitulah kisahnya pertemuan mereka berdua, kemudian mereka bersahabat.. eyeNa tak jadi membeli teh ais tetapi membeli baju jeans berjenama levi's.. **aku pon tak tau kenapa perkara itu berlaku, haish..!!

mereka akan membawa baju tersebut merata-rata.. siang dan malam..

mereka sungguh teruja kerana harga baju tersebut sama dengan harga teh ais.. sesungguhnya mereka bahagia kerana baju iteww.. adakah itu baju bundle yang selama ini dibenci oleh eyeNa???! **aku agak, eyeNa tak suka bundle kot..

tetapi satu hari sultan pencen begitu dengki dan ingin merampas baju iteww dari eyeNa.. dan mereka bergaduh.. eyeNa masih tersenyum ketika berebut baju dengan sultan pencen kerana eyeNa nak tergelak bila terkenangkan nama "sultan pencen" iteww..

tetapi sultan pencen berjaya memiliki baju iteww dan memakainya.. eyeNa sungguh marah.. kerana beliau sanggup tak minum teh ais disebabkan mahu membeli baju tersebut.. eyeNa pon merajuk..

"oh ratu pasembor, jangan laa merajuk.. aku selaku sultan pencen akan hadiahkan kamu rumput2 ni sebagai tanda mintak maaf.."

sultan pencen merayu.. eyeNa pula menahan ketawa dan membuat muka ketat.. tapi lam latinya, beliau sudah tergelak dah sebab sultan pencen mengaku dirinya adalah sultan pencen.. haish..!!

"oh ratuku, engkaulah ratu dalam jiwaku.. dan akulah sultan pencenmu buat selamanya"

sultan pencen mula bersyair.. dan kejadian itu diulangnya sebanyak 44 kali. **orang kata kalau cakap 44 kali nanti jadi realiti.. hehehe

kemudian....

eyeNa pon sudah berlembut hati dan menerima rumput iteww sepenuh hati.. dan mereka berdamai kembali.. hahaha

"nanti aku bawak kamu ke negeri aku di arab sana, yang ada salji yer"

pujuk sultan pencen sambil berjanji kepada eyeNa.. **arab ada salji ke? haish pening aku taww..!!

**********************************

begitulah berakhirnya sebuah kisah dongeng yang telah dicatatkan pada tahun 2009.. hehe..

dan cerita ini hanyalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan sesape. nama dan watak juga adalah rekaan semata-mata.. tempat kejadian juga rekaan semata-mata.. semuanya aku reka semata-mata.. haish! banyak lak semata-mata~~~~~!

hehehee.. aku kasi berbintang2 kat cerita ni sebab kepala aku dah naik bintang dah ni nak reka citer spontan ni.. mujur tak jadi harimau bintang.. auumm..!! haha ok laa dah malam ni.. nak ido dah..

nite semua.. haha "gud nite sultan pencen.." hahahahaha.. ekkkk.. haish..!!

Saturday, October 17, 2009

AKU DUDUK DALAM ALMARI..??!..

salam deepavali.. eh salam aidilfitri.. eh salam sejahtera dan assalamualaikum semua.. alahai berapa banyak salam da.. heee ok2.. memula kan aku nak tanya ni, ada tak sape2 yang follow aku tapi aku tak follow kamu balik? kalau ada sila bgtau yer.. hahaii

memula aku nak ucapkan selamat maju jaya buat encik aslam yang pergi kursus kahwin minggu ni.. atoiii


amboii dah ala2 model dah dia ni kan.. hak hak.. nak lawan aku laa tu.. ayaiiii...


takpe2.. aku tak kisah kan.. hahaha janji bahagia sudah.. haish..!! da lari topik lak..


sebenarnye aku nak cakap thanks laa kat sape2 yg sudi singgah2 blog aku, layan cerita ceriti aku yang merapu2 tu.. ewah2.. hari ni aku da tak cerita kisah seram dah. hehee tapi 1 kisah hidupku yg tak mungkin aku lupakan..

sebelum aku cerita, aku nak mulakan dengan persoalan dan pertanyaan. pernahkah kamu menyorok dalam almari selama berjam-jam??!

aku?! CONFIRM PERNAH..!! hak hak..

**gambar almari yg aku upload ni hiasan jer. almari yg aku duduk didalamnye itu aku tak terambik gambar.. tapi yg penting muat laa untuk aku duduk ngan selesa..heee..
ok2 aku nak bgtau ni aku kan dua hari menghilangkan diri sebab apa tau. sebab aku p ke satu destinasi yang tak pernah aku percaya. ewah macam tempat mana2 tah kan. haish..!!

biarlah ia menjadi rahsia jugak.. ekekee.. ada kaitan ke almari ngan tempat rahsia? aku p masuk lam almari ke 2 hari ni? dan bagaimanakah kejadian tersebut berlaku? ok2 aku bagi pilihan jawapan yer:
  • aku p ke kedai untuk membeli almari di kedai tersebut kemudian aku terkurung dalam almari tersebut?
  • atau aku telah melihat almari disebuah tempat, kemudian cuba masuk di dalamnya tiba2 aku duduk dalam almari tu?
  • atau aku sengaja mengurungkan diriku dalam almari itu?
  • atau aku dipaksa duduk didalam almari diam2?
  • atau aku merasakan almari adalah tempat paling selesa untuk diduduki?
  • atau aku menganggap almari seperti sebuah katil?!
  • atau aku telah merelakan diriku duduk dalam almari untuk menenangkan perasaan?
  • atau almari adalah tempat persembunyian yang strategik?
  • atau ianya merupakan hobi baru aku?
  • atau aku study lam almari selama dua hari ni?

hahaa ada 10 setuasi yang mungkin terjadi terhadap peristiwa di tempat rahsia dan almari.. haha.. mungkin jugak jawapan tu tiada diatas tapi dapat di fikirkan oleh kamu..haha ** klau rajin nak pikir laa kan.. sape tau kamu jawab betul..

bagi aku tu laa pengalaman paling melucukan.. boleh bayangkan tak muka aku yang cuak dan berdebar2 apabila duduk dalam almari.. siap berpeluh2 lagi tu berjam-jam? tapi aku happy!

macam mana aku leh masuk dalam almari itu? hua hua hua.. jawapannya ada kat 10 point di atas yang aku dah bagi atau "lu pikir laa sendiri". haish..!!

kamu leh reka sendiri bagaimana caranya. apa yang penting aku benar2 berada dalam almari. hanya 1 atau 2 jam sahaja aku keluar.. hahaha..

meh aku nak bagitau perasaan aku masa kat dalam almari.

  • agak gementar **takot almari runtuh
  • agak selesa ** ada banyak baju2 dan bantal. cam atas katil
  • agak berpeluh2 **dah kat dlm almari takde aircond
  • agak kejang kaki **haa laa almari tu kecik ja. aku ni besau.
  • agak happy ** sebab mcm selamat je duduk lam almari
  • agak berilmiah **sebab dalam almari pon aku baca buku tau!

dah laa tu sikit2 kan.. heee.. biarlah ia terus menjadi rahsia.. haha

pelik2 betul kan, kalau nak pilih hobi pon jangan laa tinggal lam almari. adeeh.. sabar je laa..!!

Wednesday, October 14, 2009

ini adalah satu misteri..

huu salam semua.. maaf laa jika kamu rasa entry ini tidak sesuai dgn jiwa kamu.. aku bukan nak buat cerita ke ape.. cuma nak berkongsi sedikit kisah yang telah terjadi.. ini bukan gurauan atau rekaan semata-mata.. tapi ia benar2 terjadi.. sehingga aku sendiri tidak dapat mempercayainya secara realiti..

begini..

malam tadi, jam 12 lebih kurang.. aku telah menidurkan diri.. agak awal. sebab esoknye aku ada test. "pengajaran Text Al-quran" ituah subjek yang aku tatap dan baca dalam keadaan berbaring dikatil, sambil mataku terkebil-kebil mahu terlena. aku menghafal satu per satu ayat kalimah suci, dari surah al-mukminun, yusuf, al-waqiah dan yaasin.. dan kemudian aku tertewas. entah bila mataku terpejam dan bibirku terkunci.. aku kemudian nyenyak dibuai mimpi.


***********************

dalam tidur aku berjalan.. entah bila aku sampai ke satu destinasi yang tidak pernah aku lalui sebelum ini. gelap dan suram.. dimana aku??!

"argh..!!! mimpi jer ni. aku kan tido tadi..!"

aku membebel sendirian didalam hati.. tiba2 seperti ada angin bertiup menyentuh jasadku.. sejuk dan menggigil..

"mana orang lain ni? kenapa aku sorang2 ja ni..?!"

aku mula resah memandangkan aku sendirian dalam bangunan yang usang dan kelam. aku mula memandang sekeliling. seram menyelubungi diri.. ada contengan2 dari dakwat merah didinding usang tersebut. aku cuba membaca tapi aku sendiri tidak memahami makna tulisan dan lukisan itu..

sekilas pandang, seperti seseorang melintas dibelakangku.. namun aku tidak menoleh apa lagi memandang.. kerana aku teringat "jangan pandang belakang..!" dan aku tidak berkata apa2.. tidak mahu menyapa.. yalah "jangan tegur" sesunggunya aku terpengaruh dengan filem2 seram yang pernah aku tonton..

sebentar kemudian aku cuba melangkah. namun entah kenapa kaki aku bagai dipaku. aku cuba mengangkat tetapi sukar dan berat. peluh mula menitis ke dahi. kenapa ni??

dan ada suara dekat dengan telingaku.. suara orang sedang bernafas dengan kuat.. oh Tuhan..! aku menggelabah. aku mahu lari. aku cuba menjerit sekuat hati. aku menyebut nama ALLAH berkali-kali tetapi suaraku tersekat dikerongkong..

nafasku mula turun naik tidak terkawal, aku menoleh ke kiri dan kanan..

"argh.. terhimpitnya..!"

jeritku didalam hati..

kemudian dari jauh aku ternampak sesuatu sedang berlari menuju kearahku.. tiada kakinya.. tak nampak juga kepalanya..!

apakah itu manusia..? atau tuhan telah membuka hijabku untuk melihat sendiri makhluk halus yang diciptakan olehnya? yaa makhluk yang juga hidup bersama kita tetapi tidak bisa kita melihatnya dengan mata kasar.. kecuali atas izin ALLAH.. makhluk itu dari golongan jin yang tidak mungkin sama tarafnya dengan manusia. manusia yg dimuliakan ALLAH dunia akhirat..

aku cuba melangkah dalam kepayahan.. semakin aku mencuba semakin berat kakiku dan semakin laju lembaga itu datang menghampiriku.. bibirku terkumat kamit membaca ayat2 yang telah aku hafal.. sesungguhnya ketika itu, otakku masih lagi mengingati juzuk2 yang pernah aku hafal sebelum ini..

"ya ALLAH selamatkan aku dari gangguan syaitan yang kau laknati.."

doaku sambil air mata menitis dipipi..

*******************

dan aku tersedar.. aku masih dikatil.. dan ayat hafazan sedang menutupi wajahku. aku terlelap tadi sambil mengafal rupanya. namun ketika itu suasana kamar sudah gelap. tidak seperti sebelum aku tidur tadi. mungkin rommateku memadamkan lampu sebelum mereka tidur..

aku mengesat dipipi ada air mata yang mengalir.. masih hangat.. ya ALLAH.. mainan tidur kali ini sungguh misteri..

"argh... huuuu..."

apakah bunyi itu? aku bertanya dalam hati sendirian. seperti salah seorang dari rommateku menjerit kemudian mengilai. meremang bulu romaku..

aku tidak mahu berfikiran negatif, aku tidak mempedulikan suara tersebut. aku menggangap rommateku sedang mengingau. sehingga suara itu semakin perlahan dan hilang..

lantas aku mencari handphone.. meraba-raba aku dalam kegelapan itu. dan aku menjumpainya ada dibawah bantal. aku melihat jam dihandphone sudah 6.14 pagi. sudah subuh rupanya. aku bingkas bangun tanpa memikirkan lagi peristiwa yang aku alami dan membuka lampu. aku lihat kedua2 rommate aku masih nyenyak dibuai mimpi. dan aku berlalu meninggalkan kamar untuk berwuduk..

**********************

"kak aina, ada dengar bunyi pelik tak pagi tadi?"

tanya aween rommateku..

"owh.. ada.. naper aween pon dengar ka?"

"bunyi macam mana kak aina?"

"hah? ermm mcm org mengeluh and mcm org mimpi jer.. nape..?"

"kak aina tau tak sape..?"

"sape? mana laa kak aina tau, dengar mcm fara kot ke suara aween tu?"

"suara aween.."

"aik? kenapa ngan aween?"

"aween kena tindih kot.. tapi rasa cam tak dapat bernafas. masa tu lam hati mintak2 kak aina bangun, aween jerit ALLAH hu ABAR, tapi tersekat.. aween takot sangat waktu tu.."

"yer ke? kak aina tak rasa apa2 pon"

jawabku cuba menyembunyikan apa yg aku alami.. bimbang nanti aween lebih takut..

"past tu..?"

sambungku sambil berminat mahu mengetahui apa yg berlaku seterusnya..

"aween nampak kak aina buka handphone. benda tu pon mcm dah tak tindih tapi dia berdiri kat sebelah aween sambil ketawa, bila ak aina bukak lampu benda tu terus hilang. aween mcm letih sangat sampai aween pon pejam mata past tu tertido balik.."

panjang penerangan aween kepadaku..

"oo patot laa kak aina nampak aween ngan fara cam takde pape pon.."

"tapi awen tak tau laa aween mimpi ke betul2.."

"mimpi ja kot tu jgn fikir yaa.."

"tu laa mungkin aween tido tadi takde surah yasin dengan aween mcm selalu"

aween membuat pengakuan..

"oo mungkin laa kot.. takde apa laa tu.. mujur kak aina pon ada surah2 ni belambak2 kat katil sebab kena mengafal.. haa dah laa lupakan eh.. takde pape tu.."

kataku mengakhiri perbualan tadi.. namun hatiku tertanya2.. apakah itu satu kebenaran?

atau itu hanyalah mimpi?

atau itukah sebuah misteri..

entah laa..

"jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri lagi.." hahahahaha.... seram tak? ngeee

pss: tido basuh kaki tau.. and baca doa.. heee

Tuesday, October 13, 2009

cuti-cuti di port Dickson..

haaa ini adalah entry yg penuh dgn gambar.. haha.. jangan risau anda tak perlu banyak membaca.. just tengok je tau.. tengok jer..hihihi saje nak bagi kamu jeles.. ngee.. best tau p port dickson baru2 ni.. ni kali ke 2 aku p.. dulu aku p just naik kuda and menikmati keindahan alam je. tapi kali ni special.. sebab apa..?

sebab aku p dengan geng2 drama and aku ajak jugak kawan karib aku yang dua tu.. yakni yana and ekin..lalala aku and ekin dah sedondon dah..isk isk..

ni haa geng2 drama yang sporting semua.. haa pengalaman waktu ni laa katakan.. setiap orang mesti ada kenangan2 yang akan dikenangkan dalam hidup kan? aku pon sama.. ewah..



sakan tu kami berposing kan.. haa.. jangan salah sangka.. bukan laa model ke ape ni.. aku edit sendiri2 bah gambar2 tu.. and aku guna camera digital 7 megapixel jer..huhuhu


ayuh.. masa untuk bermain air..hehe syok tau. kami bahagi2 kumpulan and main tiup tepung cari gula2..lagi, main baling sambut telur laa belon laa apa laa.. byk.. haa

then buat istana pasir jugak tau.. ngeee

siap naik banana tuuu...

adoiii dijatuhkan kat tengah2 laut.. puas aku tahan nafas and pejam mata.. tau2 dah timbul jer..ngee pakai jeket laa katakan.. kalau tak tenggelam tak timbul dah laa aku.. berenang pon tak reti ni..isk2..

lapo lak past memain.. makan dulu naa.. nasik tapau dari dewan makan kolej kami..haha

adeh.. apakah itu? orang pasir.. haha baca doa laa kitaorg.. hihi.. lawak betul.. aween jadi wanita pasir yang hamil.. hak hak..

tah ape2 daaa..

oh no!! kepala manusia.. ngeee

aku pon mau di tanam ngan pasir gak. syok wooo.. mcm nak ido jer time tu..ngee

time nak g snorkeling ni.. aku ke yg bawak bot? waaa... percayalah.. aku tak bawak..hehe

no komen! haha aku suke posing.. maap laa yer.. ngee... jadi model untuk blog aku sendiri..haha.. kenangan ni.. mungkin satu hari aku dah tua nanti dah tak posing gini dah kan.. sebab aku jadi gemok ke ape ke kan.. haa.. ok laa da byk woo gambar aku..ngee makasih sebab membaca..

nanti free2 aku nak merapu banyak2 tau.. sekarang tak dpt merapu sgt coz bz daa study.. ok u all.. take care.. :)