:: mereka Terhebat ::

Wednesday, July 29, 2009

AWARD terkumpul..

award terkumpul.. ahak.. tima kasih buat syarif_Only.. ni emailnye http://syarifonly.blogspot.com/

award ni beliau dapat dari sahabat2nya.. and beliau kalau tak salah mcm tinggal kat indonesia je.. ahaii.. "makasih yaa sahabat.."


cantik kan awardnye.. ahaii.. suke sgt2 tau..


Here is some rules to join international blogger community:


1. Link the person who tagged you.


2. Copy the image above,the rules and questionnaire in this post.


3. Post this in one or all of your blogs.


4. Answer the four questions following these rules.


5. Recruit at least seven(7) friends on your Blog Roll by sharing this with them.6. Come back to BloGGiST INFo CoRNeR (PLEASE DO NOT CHANGE THIS LINK) at http://bloggistame.blogspot.com and leave and the URL of your post in order for you/your Blog to be added to the Master List.


7. Have Fun!Questions & Your answers:


1. The person tagged you: syarif_only.


2, His/her site's tittle and url: http://syarifonly.blogspot.com/


3. Date when you were tagged: July 28, 2009


4. Persons you tagged 5 person:


1. Madie


2. Umai


3. Lino


4. chapa


5. all of my followers

ni lagi 1 award dari robinhood.. dia dapat from kawan2 dia kot.. so dia kasi kat aku, aku pon letak laa kat sini.. ececeeeee


copy award untuk diletakkan di blog and complete !


2) nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini

haha nama dia robinhood

seorg lelaki

org utara kot

baik (sbb bg award ni kat aku)

muda dari aku kot

yg ke 6, beliau orang Malaysia.. ngeee

1. Nama timangan anda?

-eyeNa


2. Anda Seorang Yang?

-happy


3. Insan Yang Teristimewa?

-mak ayah

4. lagu Kesukaan?

-mcm2


5. Makanan Kesukaan Anda?

-nasik


6. Sikap Yang Membuat Anda Stress?

-tuduh org bukan2

7. warna Kesukaan Anda?

-pink

8. benda yang mesti ada dalam beg?

-pen, kad matrik, duit, ic, lesen, bedak, lipstik hahaha


9. Kali terakhir anda menangis?

-mlm tdi lam mimpi, ngeee


10. Tag untuk10 :

semua yg sudi di tag, ahaii ambik2 jgn memalu yaa..

terkantoikah aku..??

entry ini seperti sedia maklum bertajuk "Terkantoikah aku?".. *tetiba aku TERexplain lak kan.. isk

Hahahah tetiba jugak aku tergolek-golek sendirian.. ahaii habis jugak kelas hari ni.. namun aku hari ni sangat2 tak tau nape aku asyik memain je lam kelas..


*****************


Masa kelas “Prinsip Teknologi dalam pengajaran” pagi tadi…

“kumpulan mana nak jawab? Sapa jawab kami bagi bintang warna purple yang bermakna the strong star”

Lebih kurang gitu laa maksud kata2 pembentang yang membentangkan topic mereka. Sememangnya setiap minggu kami akan mengajar kawan2.. ahaii dan aku dah lepas dah bentang sbb tajuk aku, bab pertama lagi.. hahaha

Dan kami akan buat Rancangan Pengajaran yang detail and laporan jugak. Mengajar dengan kaedah2 dan teknik yang pelbagai juga menggunakan bahan Bantu mengajar yang sesuai..

setiap minggu kena fikir startegi paling berkesan untuk mengajar.. hahai beginilah nasib kalau nak jadi cikgu. Yang dah jadi cikgu mesti dah biasa.. hahaii aku ni bakal jadi.. belum lagi jadi.. ececeeeee termelalut plak.. aduss.. ok2

“yaa silakan kumpulan Telu (bahasa jawa bermakna 3)” sambung Ruzana pembentang pagi tadi..

“weh kumpulan kita laa..” kata dayah kepadaku..

“hah? Sapa nak cakap ni? Nah2 aku tolong tulis jaa.. sapa2 cakap laa..”

aku dah kelam kabut. Aku tak berniat nak cakap pon sbb tetiap minggu aku je dok berceloteh.. adoiii.. selalu aku jadi wakil kumpulan.. hahaha sbb apa eh? Mybe aku sporting kot.. haha

“laa hang laa cakap..”

“err tapi…”

“cepat2..”

“aku ke ni? Arrrr….”

Dan kemudian aku pon memberi hujah2 aku yang bernas namun tah apa2.. yang penting aku suka tengok diaorg gelak.. hahahaha.. *ke sbb aku nampak syok sorang2 tak tau laa.. huh


************************************.


Kini aku dalam kelas "Pengurusan dan pentadbiran dalam pendidikan islam" pula..

Aduh boring dan terasa mengantuk telah melanda diriku.. lalu aku membelek nokia N70 milikku.. dan dengan spontan aku telah mengambil gambar2 aku yang boring.. haha hilang mengantuk juga..

Aku toleh ke kiri.. asma’ dan aqilah tersenyum-senyum padaku.. haha *nak join ambik gambar ke? Aku tidak bertanya mereka.. sekadar senyum balik dalam keadaan malu2.. ngeeee..

Dan sebentar kemudian aku keluarkan earphone dan aku dengar radio pulak.. lalalalala…

“saya mahu kamu yang duduk dibelakang sekali.. sila baca slide ini..”

Pensyarah tiba2 memberi arahan… aku masih slumber.. dan waktu tu semua yang duduk di kerusi depan dah toleh kebelakang..

“kenapa semua org tengok aku ni” aku dah mula gelisah.. dan menundukkan diri cuba bersembunyi.. cepat2 aku matikan radio dan simpan handphone tu..

“aina.. ustaz suruh ko baca laa..” terdengar suara2 berkata2 tapi aku tak pasti siapa..

“err saya ke ustaz..” tanyaku sambil membuat wajah yang sangat2 tenang.. hua hua..

“yaa.. kamu yang dibelakang sekali..”

“emm tak nampak laa ustaz..”
aku menjawab.. sememangnya tulisan sangat2 kecik.. aku dah laa rabun jauh.. huhu x pakai cermin mata sbb aku tak suka.. waaa
"ustaz aina rabun ustaz..." salah seorang memberku cuba mengexplain kat ustaz bahwa aku tak nampak tuisan.. *waaa terasa mcm belokon filem p.ramlee plak... huhu

then ustaz besarkan tulisan tersebut.. pelajar2 lain dah ada yang bercakap2.. mengusik2.. adoii

“semua diminta diam yaa.. kita dengarin bacaan dia..”
kata ustaz berbangsa Indonesia itu meminta pelajar yang ada di dewan menumpukan perhatian..

“err… nak baca ayat ke makna ustaz..?”

“dua2..” salah seorang dari pelajar lelaki memberi jawapan atas soalanku.. *konon2 dia laa ustaz tu.. eee

Aduss malunye aku.. arr terkantoikah aku sbb bermain2 dalam kelas tadi? Waa… dan tiba2…

"LaaaaP..!"

laptop ustaz telah terpadam.. dan aku belum sempat membaca slide tersebut dengan penuh bersemangat.. ngee…

“ngak apa2, ini kerja rumah yaa.. baca di rumah yaa.. masa juga mencemburui kita, oh nampak gayanya sampai disini saja mata kuliah hari ini.. ketemu lagi di minggu hadapan yaa..”

Pensyarah mengakhiri ucapannya.. setelah menyedari kuliah sudah berakhir.. dan aku masih terpinga2.. dengan muka yang memang tidak bersalah..

“haa aina ada tulah ni.. tetiba mati laptop tu.. hahahha..”

Ada segolongan yang tertawakan aku yang bermuka tidak bersalah tersebut.. alangkah tidak bersalahnya aku… hahaha..

waa malu je.. isk… tu laa lain kali main2 sangat.. adoii

hahaha hasil aku bergambo sakan tadi aku dah gabung2 tu.. haha.. kerana aku bergambo ni laa aku terkantoi tadi.. aduss...

**************************.


Pengajarannya jangan bermain lam kelas terutama ambik gambar sendiri pakai handset.. nanti kantoi, kamu akan disuruh membuat sesuatu sehingga kamu menjadi berdebar tiba2.. jantung seakan mahu luruh.. kamu akan tidak mengerti, terpinga2 dan tidak tahu mengapa kamu yang disuruh secara spontan.. hahahahaha namun buatlah muka tidak bersalah.. ngeee

Monday, July 27, 2009

AKU INGIN MENJERIT..!!

aku nak jerit kuat2 ni.. semua orang sila tutup telinga anda dengan kapas atau apa saja objek dengan segera! heee..

amboii serius je bunyinye kan? aku bukan nak jerit sebab tekanan ke tertekan ke ditekan atau menekan.. tapi sebab aku rasa nak share ni.. pelik kan nak share story pon mau jerit2.. isk..

actually..

******************

"hehehe hello Na, watpa.. hehe?"

suara mak di talian.. seakan sangat riang dan ceria..

"akak baru habis kelas mak.. awat mak.. macam syok ja ni.."

"mak memang saja syok2 pon talipon akak.."

"laa.. mesti ada apa2 ni.. habaq laa mak.. tak sabaq dah nak tau ni..hehe"

"ni haa.. adik..."

"kenapa dengan adik mak?"

pantas aku memotong percakapan ibuku.. tidak sabar2 lagi mahu tahu berita apa yang ingin ibuku sampaikan di petang yang indah ini...

"dak aih.. adik ni haa..."

"adik kenapa?"

"adik ni..."

"isk mak ni habaq laa.. saja nak buat suspen tau.. padia mak? baik ka tak baik ni.."

aku mula tertanya2.. menanti satu kejutan yang pasti membuat aku menjerit.. menjerit gembira atau sebaliknya..

"takdak laa.. ni haa.."

"ni apa.. adoii mak ni kan nak kena cubit dengan akak laa tu.. habaq laa mak.."

kataku dalm nada bergurau manja.. sememangnya aku sangat2 manja dengan ibuku.. dan aku sesekali menganggap ibuku bukanlah hanya emak yang melahirkan aku dari rahimnya.. malah seperi seorang kakak, kawan dan sahabatku.. juga pendengar setia yang sedia berkongsi ceritera kehidupan denganku..ibuku juga guruku.. ewah.. panjang lak.. ok2 sambung perbualan..

"haha.. amboii garang aih anak mak ni.. ni haa adik kan, kan..."

"laa kan kan apa mak.. waaa mak men2 tau..eeeee.."

"haha marah2..haha.. adik dah nak jadi ayah...!"

"hah..!!!!!..."


terjerit dan terlopong seketika.. apa? aku akan dapat ank buah lagi ke?

"betoii kaa ni mak.."

tanyaku seakan tidak percaya.. adikku yang berkahwin 4 bulan lalu kini sedang menanti kelahiran anak pertamanya...

"betoi laa ni..hee bila nak balik ni.. meh balik makan cucuq cempedak.."

"hahahaha syoknya!! tak aci betul akak tak kahwin lagi ni.. eeee!! hahaha.. syoknya!! haha.. adik nak dapat anak dah noo.. isk akak tak caya laa..hahaha.. nak balik laa minggu depan...haha.."

"hehe.. amboi dia yang syok sangat2.. apa laa..."

"haha.. mesti laa syok, mak nak dapat cucu lagi.. haha suka laa tu mak tu..."

"haa laa.. suka laa..hee.."

ceria perbualan aku dan ibukan.. hanya senyuman yang terukir dibibir kami.. senyuman yang panjang dan lama..

**************************

"ida, rasa takut tak?"

aku bertanya kepada adik iparku yang di sahkan sudah berbadan dua, mengandungkan anak sulungnya..

"takut jugak nanti kena ambik darah laa apa laa.."

"akak tak takut pasal ambik darah.. tapi akak takut waktu bersalin.."

aku berseloroh dalam jenaka.. bahagia rasanya, bangga juga adik2ku bakal menjadi ibu dan ayah..


"tahniah laa ida, jaga diri baik2 jangan buat kerja berat2 tau.. makan yang elok2 tau.. ada apa2 masalah jangan malu bgtau mak.. akak doakan semuanya selamat yaa.. ingat tu, ada apa2 habaq tau.."

aku sudah seperti seorang askar yang memberi nasihat kepada pelatihku.. chewah! *tak sesuai laa.. aku seakan guru menasihati murid.. ewah.. *boleh laa tu kan.. apa yang penting aku adalah seorang kakak yang menasihati adikku.. ahaiii...

"kak bila lagi.."

"hah? bila apa?"

"bila nak kahwin laa.. hehe.."

"isk ke situ plak.. tak mo lagi.. haha.."

"haha.. takpa nanti kak kena jaga ida dalam pantang dulu laa.."

"hehee boleh ja.. hee.. tapi ida pon kena laa jaga akak jugak.."

"boleh jaa.. tapi nak pulun(bersungguh-sungguh) masa akak kahwin nanti.."

"bagus2.. ni yang nak doa bagi dapat baby comey2 ramai2 ni.."

"haha kita tengok anak sapa lagi ramai.."

"isk tak aci betul..!"

"hee kak, jaga diri yaa belajar rerajin tau nanti ajar2 laa anak2 ida.."

"oh mesti laa ajar anak menakan akak. kalau buas akak rotan laa.. ida pon akak rotan jugak..."

"fuuh sgt2 garang.."

"hehe melawak jaa.. hehe ok laa akak nak p mandi manda sat ni.. jaga diri tau. ingat, jangan buat kerja berat2 ida dah berbadan dua tu.."

"hehe ok jangan bimbang ida dok rumah masak nasik ngan kemas2, jadi suri rumah ja ni.."

"bagus2.. jaga mak pak elok2 tau. kim salam kat semua.."

"ok kak.."


*******************************
lalalala.. rajin betul aku ambik gambo adik2 aku ni kan. banyak gambo2 kahwin depa.. sekarang da nak jadi ibu ayah dah.. isk2.. tahniah2...





dan aku plak, sejak petang tadi.. senyuman meleret2 sampai ke malam ni.. ahaii.. tahniah buat adik2ku.. isk mcm tak caya aih.. aku nak dapat anak buah yang lebih kurang ke 32 orang.. fuuuh bertambah laa bilangan cucu cucit kuarga aku.. tahniah dik.. ahaii

Saturday, July 25, 2009

ahalaii masalah betul..

tengok laa jadual bawah ni aku tak dapat sahkan subjek! jumlah jam kredit aku 23. padahal aku daftar 20 jam je.. adoii sistem komputer pon leh silap lagi.. aku jugak yang teraniaya..

huhu aku dah tak larat laa gini.. huhu.. aku tak dapat sahkan subjek plak.. aduss.. dah laa hari ni 26 hb 7 tempoh tamat, hmm.. masalah betul laa.. adoiiii



aku daftar 20 jam kredit je.. tapi dalam jadual untuk pengesahan jam kredit aku adalah 23! huhu.. kalau aku tak sahkan hari ini bermakna semua subjek tu akan terbatal.. dah 3 minggu aku masuk kelas sia2 je, so sem ni aku nak buat apa? tak payah belajar ke.. huhu.. penat..

cuba u all bilang jumlah jam kredit yang aku upload kat sebelah kanan ni..kan sepatutnya 20 je! huhu.. tapi dikiranya 23. sebab jadi 23 tu aku dah tak dapat nak sah subjek.. sure2 kalau aku g betulkan masalah ni aku akan dikenakan bayaran lagi.. padahal aku tak bersalah!! waaa


dah laa kursus Elektif luar sebelum ni 5 jam kredit.. tahun ni jadi 3 jam kredit plak.. hmm dah habis minggu add drop baru tampal notis.. aku and member2 lain terpaksa buat add drop manual kat SKRD and SKET.. natijahnya kami akan bayar duit utk proses tu.. mau2 ratus2 laa jugak..

aku nak sahkan awal2 takleh sebab kursus EL yang bermasalah.. aku da DROP manual.. ADD pon manual..

dah daftar tu nak sahkan subjek plak.. masalahnya, baru hari ni, data tu ada, dan hari ni gak tarikh tamat pengesahan.. tapi hari ni cuti.. mcm mana nak g buat aduan kat SKRD and SKET..



past masalah pasal steaker2 tu sekarang masalah ni plak dah.. hmm wahai universiti malaya tercinta, mengapakah ini yang terjadi pada kamu.. aku sayang kat UM ni.. tapi aku tak tahan dengan kerenah birokrasi kat sini.. dah laa masalah politik tak habis2.. tak faham betul aku..

huhu mangsanya adalah student.. waa.. aku sayang UM jangan laa jadi gini wahai UM, huhu.. aku tak tau laa apa akan berlaku.. esok baru aku nak g SKET.. hmm.. minggu2 awal ni mmg bermasalah sikit.. ahaii dah laa aku drop EL ambik KO-K "silat cekak hanafi" lak tu.. hahai tetiba je aku belajr silat kan.. isk syok tu kan.. cuma proses nak daftar subjek ni laa masalah sikit.. huhu

hari ni tak dapat sahkan subjek plak.. adoooiiii...c0baan...!

Thursday, July 23, 2009

entry petang jumaat..

Ni adalah entry aku yang ke 102 ni.. haha dah capai angka ratus rupanya aku membuat coretan dan merapu kat sini.. dan aku tergaru eh silap, terharu tengok follower dah 85 orang.. cam tak caya jer.. eheh..


nak cakap apa lagi eh.. takde idea lak.. hahaha sekarang aku suka berjalan dari blog ke blog.. baca apa yang blogger2 lain merapu.. hehe, syok gak hilang strees aku..

ada yang buat cerita kelakar2 ada yang wat citer rekaan, ada yang bebetul fakta bukan auta, ada yang ayat dah mcm novel dah, buat sajak laa apa laa.. tak kurang jugak yang buat berita2 dan artikel yang memberi info pada orang lain..

cara tulisan aku lak jenis yang lebih pada merapu laa.. kalau aku wat cerpen ke cerita ke ada yang bebetul ada yang ikot suka aku je.. haha..

tapi aku suka baca blog yang cite pasal keindahan alam and haiwan2 terutama kucing..waaa aku suka kucing.. personaliti pon kucing tau.. sbb aku pemalu.. haha malu2 kucing.. erkk


*****************
"adik, kita nak letak kucing ni nama apa eh?"

aku yang baru berumur 8 tahun atau 9 tahun ketika itu telah menjumpai seekor kucing.. dan dengan excited aku berbincang dengan adik aku, nak letak nama apa eh..

"kak.. kita rasa baik letak nama hitam.."


"pasal pa?"


"sebab bulu dia ada warna hitam.." kata adikku..


"ermm oren ok dak?" kataku pula..


"tapi ada bulu warna puteh jugak.. mana leh boh (letak) nama oren ja.." adikku sedikit tak bersetuju dengan nama yang aku cadangkan... ahaii yang beliau letak nama hitam takpe plak.. eee! nak kena betul adik aku ni.. isk..




"haaaa...!" tetiba kami serentak mendapat idea..

"apa dia kak?" tanya adikku..



"kita tau dah nak boh nama apa.."



"kita pon tau dah.. akak, bgtau laa dulu.."



"adik laa habaq dulu.."




"akak laa.."



"adik laa.."



"kak.."



"adik.."


* ish apa nak jadi ni bila laa nak bgtau nama kucing kan.. masing2 dah malu2 kucing lak nak bagi nama ni.. adoii...


"tam.." adikku bersuara..


"ren.." aku pulak memberi nama..


"teh.." adikku mengemukakan ideanya yg kedua.. hmmm



"senang2 'tam ren teh' laa..." aku dan adikku sekali lagi serentak memberi nama buat kucing comey berbulu hitam oren dan putih itu.. hahahaha dan kami balik dengan riang ke rumah.. lalu membela kucing tersebut... bagai menatang minyak yang penuh.. ewah saje2 letak peribahasa.. kasi gempak sikit citer ni...
*********************

tapi kan "tamrenteh" dah mati.. huhiu.. sebab kena langgar dengan kereta.. aku dan adik laa orang paling sedih.. kami kebumikan kat bawah pokok pisang masa tu. dah bebelas tahun dah ianya berlalu.. tapi "tamrenteh" adalah kucing pertama yang kami jaga...

********************

kehilangan "tamrenteh" membuatkan aku dan adik selalu rindukan kucing.. dan tetiba mak and ayah hadiahkan kami seekor kucing yang berbulu.. haha * ada ke kucing takde bulu.. ngeee.. maksud aku berbulu gebu sangat2... and ianya membiak banyak.. *mcm ikan lak kan membiak2 ni.. sampai kami bagi kat jiran belakang umah jugak..

dan yang paling comey namanya "nye nyee" kucing termanja.. gambo bawah ni adalah "nye nye" masa tahun 2004 yang lalu.. "nye nye" pon da takde kat dunia ni.. huhuu.. windunyeee....!





kini adik mempunyai seorang isteri yang juga sukakan kucing, dan kat umah adik dah bela kucing.. tapi aku tak terambil gambonye.. kata mak..

"ambik laa gambaq, nanti kucing tu cepat mati.."

betul ke? tah...

***************************

adik, bertuah dah kahwin dapat isteri yang suka haiwan mcm kucing ni.. maksudnya orang tu penyayang.. mcm aku gak laa suka kucing.. aku pon penyayang ape kan.. ngee


errr kan ke aku dah termerapu pasal kisah kucing aku dah start lak pasal kawhwin adik ni.. waa dah lari topik... ayaii.. rindu betul kat suasana masa kecik2 dulu.. eheeee...

"adik, adoyaii dah jadi suami orang dah adik ni akak eh.."

cam tak caya jer semua ni.. ianya berlalu begitu cepat.. sehinggakan aku seakan masih di awang2an.. ahaii..

ehem2.. dah tamat pon citer aku di petang jumaat ni.. ngee ngeee, satgi nak p pasar malam laa.. yeeehh..!! lalalala

Wednesday, July 22, 2009

Tag yang TERTANGGUH

memula aku nak bagitau ni aku dah jawab tag ni, lama dah janji nak jawab tak terjawab.. adoii... tag dari madie http://madie0286.blogspot.com agak pening dan skema jawapannye gitu laa kot.. aku tiru jer..hahaha

*********************

1. D manakah kamu berada sekarang?
Mengapakah aku perlu balik berada di UM sekarang

2. Apakah warna baju anda pakai sekarang?
warna hitamkah bajuku ini atau aku memakai baju bewarna hitam..

3. Bilakah kali terakhir ada menonton wayang?
adakah aku telah melihat wayang transformers baru2 ini di mid dalam tiga minggu lepas kot.. apakah..

4. Kamu belajar/bekerja dalam bidang apa?
pendidikan islam tu bidang atau kerja yang aku pelajari sekarang ini..

5. Lagu yg kamu sedang dengar?
mengapa tiada lagu yang sedang aku dengar sekarang aku pon tak tahu..

6. Kemana kali terakhir kamu ke luar negeri?
oman itu luar negeri atau luar negara yang terakhir yang aku pernah pergi.. adakah aku musykil.. aduss

7. Benda yang kali terakhir anda beli ngan duit sendiri?
buku prinsip teknologi itu adakah sebuah benda yang aku beli kali terakhir

8. Tempat yang anda teringin sangat nak pergi?
syurga itu tempat yang paling indah yang semua orang nak pergi kan..

9. Selebriti/artis yang menyanyi yang teringin sangat anda nak jumpa?
perlukah aku berjumpa dengan p.Ramlee yang sudah tiada lagi..

10. Apakah berita terbaru yg baru anda dengar?
adakah penguatkuasaan pekeliling UM yang baru merupakan satu berita..

11.. Kalau di beri 1,000 sekarang, nyatakan apakah barang yang anda ingin beli(sekali beli je,bukan banyak2)?
mungkinkah ada rumah yang beharga seribu jer..

12. Rakan blogger yang terakhir anda jumpa?
lina or liNo itu adalah rakan aku yang sedang berjalan petang tadi dan aku menyapa dia berkali-kali sehingga adakah beliau blogger terakhir yang aku jumpa tadi..

13. Pukul berapa sekarang ni?
maghrib tu pukul berapa ya.. 7.46 tu waktu maghrib ka..

14. Tadi anda makan apa?
adakah nasik itu makanan yang aku makan tadi atau ayam goreng kat dewan makan itu makanan aku..

15. Siapakah yg anda ingin ‘bengongkan’ dengan soalan2 merapu anda?

sesapa yang suka membuatkan dirinya pening2.. aku dah juling2 dah ni.. mengapakah perlu aku menjawab tag jenis ini..? waaa Madie mmg kejam sebab tag aku, aku kasi tag ni kat semua yang baca entry ni..hahahaha

*********************************

1. What is the most important thing in your life?
my family

2. What is the last thing that you bought with your own money?
nasik

3. Where do you wish to get married?
kat Malaysia taknak laa kat Thailand plak.. adoiii mau tanya lagi ka..erkk

4. How old do you think you will be permanently owned by your love?
entah ada jodoh bebila pon jadi..isk

5. Are you in love?
sure.. of course i'm in love.. chewaah

6. Where was the last restaurant you had dinner?
i'm not remember laa.. tapi the last place tu kat Dewan Makan kolej 8 UM..hahaha

7. Name the latest book that you bought?
Prinsip dan Amalan Pengajaran.. and "wajiz fi usulil fiqh"

8. What is your full name?
Siti Noraina binti Haji Ahmad ibnu Khamis.. *amboii mcm org arab lak kan..

9. Do you prefer your mother or father?
both of them..

10. Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.
P.Ramlee.. hahaha apa laa aku ni., haha tak real eh.. suka2 hati aku laa kan..hihi

11. Christina or Britney?
dua2 takmo..haha tak minat ler..!

12. Do you do your own laundry?
kekadang yaa.. tapi kekadang tak jugak..

13. The most exciting place you want to go?
kedai makan yang ada kuey tiaw kungfu..ngeeeh ngeeeh..

14. Camera or MP3 or Handphone?
3 in 1 laa senang.. apa pon takpe.. adooiii

15. Point out 5 things about the person who tagged you.
-beliau mempunyai blog bernama "jom bersama saya"
-aku kurang kenal beliau sekenal-kenalnya
-tapi aku tau beliau seorg palapes
-beliau masih belajar
-beliau jugak tak kahwin lagi.. cukup dah kot 5 eh..haha

16. 3 things I say too often?
-ya ALLAH
-oh Mak Hang..!
-tu dia aih..!

17. Book I’ve read recently
"madkhal li dirasati syariah islamiah" *terpaksa baca coz kena buat kertas keja utk pebentangan..huhuhu

18. 4 songs I could listen to over and over again?
-selamat ulang tahun sayang_imran Ajmain
-tanpa_6ixth sence
-belaian ibu_Hijjaz
-saat terakhir_ST12 *lagu lam blog ni..haha

19. 3 things I learned last year?
-masak2
-menjahit tirai
-subjek2 kat UM ni yg bertimbun.. adoii

20. 8 people to tag?
ni pon soalan lebih kurang yang soalan Madie tu.. tapi lam b.inggeris.. ambik laa sapa pon nak.. hahaha

ada2 jer laa.. is is is..

Monday, July 20, 2009

aku mengalami tekanan perasaan..!!!!


eeeeeeeee....!!! aku rasa geram laa hari ni hari yang paling tekanan..!! sape yang baca entry ni pon mst tertekan kan, sorry.. tetiba je aku mulakan kalimahku dengan perasaan yang sangat2 tertekan..! stress!!




aku tak tau laa nak citer mcm mana.. aku ni dah taun 3 dah kat UM ni.. hari ni pekeliling baru dah mula dikuatkuasakan.. yang aku tak puas hati taun 3 takleh bawak kereta.. ok takpe lagi.. aku sabar.. relaks jer..




yang aku tak suka, masa aku taun 1 takleh bawak kereta hanya taun 2 dan 3 je boleh, takpe itu possible..




masa aku taun 2 plak aku still takleh bawak kereta.. hanya taun 3 je boleh bawak kereta tu..


sekarang aku dah taun 3, hanya taun 4 je plak boleh bawak kereta..waaaaa!!! ni kes apa mcam ni..? jauh2 aku dtg bawak kereta, tetiba nak saman aku.. dah laa kompaun RM150.. weii aku ni bukan bekerja, RM50 pon aku dah rasa banyak..! huhu.. tekanannyee..!!




tadi aku naik je moto aku, sebab takut kereta kena saman.. tapi moto aku lak masalahnye takde pelekat kenderaan.. bukan aku takmo buat, prosidur nak dapatkan pelekat tu punya laa banyak.. memula daftar online, then print, then bawak gran, bawak roadtax, bawak insurans kenderaan, bawak itu bawak ini dokumen tu dokumen ni... huhuhuuuu...


masalahnye, ayah aku baru post semua tu and ianya tak sampai lagi kat tangan aku sekarang... tadi aku kena tahan dengan guard..




**************************




"hey..! tak reti bahasa ke moto takde pelekat takleh masuk sini..!"




berhenti je aku kat sekatan jalan nak masuk AP Islam tu, aku dah kena sergah, cuba laa cakap berbudi bahasa sikit kan.. aku tahan lagi, wat muka slumber je.. lam hati dah panas ni..




"saya dah taun 3 ni, moto ni dah daftar online cuma takde pelekat sebab tak dapat ambik kat Pejabat keselamatan.. saya belum terima gran ngan insurans moto.. lain2 dokumen dah ada.. bila dah sampai yang ayah saya post nanti saya ambik pelekat kenderaan tu.."




"pandai2 laa kamu ni jawab..!! tak payah nak buat alasan..!! tengok semua kereta2 tu dah kena saman.. kena clain kat sini sebab takde pelekat.. kamu nak jadi mcm tu jgk yang berani tak ambik steaker lagi ni??!!"




dengan suara lantang dan tinggi pak guard tu sound aku. ee aku dah tertekan dah ni.. dah laa aku on d way nak masuk kuliah..




"saya dah lewat ni.. nanti gran sampai saya ambik steaker.. lagipon pekeliling ni baru sgt kuar minggu lepas.. post pon tak sampai lagi"




"Ahhh..!!! aku tak kisah.. kau pergi jawab degan pegawai tinggi..!! belajar pandai tapi tak faham bahasa..!!"




guard tu terus bernada tinggi dan di tengkingnya aku, panas sungguh aku time tu.. nak2 je aku penampar guard tu.. dah tak kira tua muda.. cakap elok2 tak boleh..eeeee!!! sabar aina sabar..




"ermm saya dah lambat ni.. nak masuk kelas.. mintak maaf sebab belum ambik steaker.. nanti petang saya ke pej. keselamatan lagi ya.. maaf.."




dan selesai je ucapan tu aku memecut laju motoku.. meninggalkan pak guard tu menjerit-jerit memaki seranah aku.. cis..!! tadi aku belajar pon hati tarak tenang je..huhu




************************




"takleh ambik lagi.."




kata seorang guard perempuan bila aku ceritakan masalah aku yang takde gran moto..




"tapi kak, saya dah daftar dah online. saya nak g baiki moto ni takde batry and kena isi minyak.. macam mana saya nak masuk UM kalau takde pelekat.. tolong laa kak.."




"itu masalah ko ler.." jawabnya endah tak endah.. waktu tu ramai yang sedang memohon steaker di pej. keselamatan..




"kak, ayah saya baru post.." belum sempat aku menghabiskan ayat..




"ko ni kan, asal tak fax benda tu je, kan ke senang.."




"mana laa ada fax kat kampung saya.."




"ish, orang sabah serawak yang lagi pedalaman pon boleh buat!" katanya menyindir kasar..




"masalahnya ayah saya mana laa reti nak g fax2 ni.. saya dah suruh post pon.. cuma nak tanya mcm mana nak kuar kalau takde pelekat ni nanti kena tahan, dah tu guard marah2 tengking2.."




"elok laa tu dah kamu ni tak usaha nak beli pelekat kenderaan.. RM10 je pon, beli benda lain boleh.."




"ni saya tengah usaha laa ni. datang nak mengadu nak explain.. mungkin lagi 2 or 3 hari baru dapat ambik pelekat kenderaan ni sebab gran akan sampai lambat sikit, saya datang nak tanya je takde penyelesaian ke dengan masalah saya.."




kataku masih lembut nada suaraku.. cuba menahan tekanan.. rasa mcm orang bodoh je datang merayu2 and tanya2 mcm mana tapi yang menjawabnya endah tak endah dah laa depan org ramai.. eeee!!!




"tak boleh.. tak faham bahasa melayu ke?! org cakap takleh ambik takleh laa!! bengap..!"




dia meninggikan suaranya sehingga semua orang disitu memandang aku.. hairan.. dan ada yang simpati padaku.. cuba mengangguk kepala dan seakan2 menyuruh aku jangan terus bercakap. dan mereka dipihakku..




aku diam seribu bahasa.. macam nak nagis pulak.. rasa letih.. sudah laa hari ni kelas full.. tekanan di sound pak guard pertama masih berdarah tambah luka lagi dengan kak guard tu.. huhu cakap elok2 tak boleh ke.. aku takde pon marah2 diaorg.. yang diaorg nak marah2 aku asal??




"terima kasih.."




ucapku ringkas dan aku terus berlalu dari situ.. perasaanku berbaur rasa hampa dan kecewa.. tak dapat jugak aku selesaikan masalah kenderaanku.. dapat malu and terhina mcm tu jer.. penatnyaa rasa lemah betul..




"tahan aina, jangan menangis.. kuat.. kuat.. chayok2 aina.. satu hari kalau org2 tu dalam situasi kita sekarang baru dia terasa mcm mana dia layan kita..sabar aina sabar..." aku cuba memberi diriku semangat..




************************




"wooiiii... keluar lebih dari pukul 7 malam.. g mana? g buat maksiat ka?"




teriak seorang pengawal keselamatan kepadaku yang baru melangkah masuk ke pintu asasi pengajian islam di nilam Puri..terkesima aku seketika dengan tuduhan tersebut..




"tak da laa.. kawan saya, ayah dia sakit tenat, dia mintak saya hantarkan ke stesen bus, secara tiba2 benda ni jadi. saya tak sempat nak maklumkan.. saya mintak maaf saya bersalah.."




"ko tahu tak aku boleh ambik kad matrik ko bawak kes ni ke peringkat tinggi, ko boleh di gantung dari belajar.. ko boleh kuar UM




"hah..?.. saya mintak maaf saya betul2 bersalah.. saya tak berniat nak kuar lepas pukul 7 malam. sekarang baru pukul 9.. saya betul2 p stesen bus hantar kawan saya lagipon saya bukan sorang, akma pon sama2 dengan saya.." kataku sedikit hiba sambil mahu merayu.. dan aku memegang akma menunjukkan kami berdua, tak mungkin ke tempat yang lain.. aku berharap agar aku dan akma dilepaskan..




"yaa.. kami g hantar kawan.. ayah dia sakit tenat, dia kena balik segera.. bus nak jalan dah lagi setengah jam tadi.. sebab tu kami hantar kalut2. bila kawan kami datang mintak tolong.." akma mula bersuara..




"ahh sini, bagi kad matrik kamu..! salah tetap salah..!! apa aku kisah korang kuar buat apa?"


sabar je laa.. aku diam je..akma dah nak nangis.. aku masih bertahan.. tapi tiba2 seorang guard perempuan pulak datang..




"wooii ambik pengajian islam kuar malam2 p buat maksiat kat mana? takmau cerita kat aku ka? seronok tak layan jantan?!"




katanya dalam nada tinggi.. aku dah tercabar ni.. sungguh berat tuduhan tu.. seolah2 aku dan akma adalah pelacur! sedangkan kami keluar atas dasar hantar kawan yang ayahnya dah tenat.. dan kerana niat baik kami tu kami di tuduh mcm tu sekali.. baru pukul 9 waktu tu.. lain laa kalau aku balik 3 or 4 pagi..




"kak.. kak perempuan, saya pon perempuan.. boleh tak kak cakap elok2 sikit dengan kami? kak tolong laa faham kami rasa apa bila kak tuduh kami mcm ni.. mak saya pon tak tengking saya gini.."




aku menepuk-nepuk bahu kak guard tu.. tapi boleh di jelingnya aku dan di teriaknya kuat2..




"berani kau menjawab!! kau kurang ajar..!!!"




hah? aku terhairan seketika.. sapa yang kurang ajar ni.. aku ke dia? hmm mungkin dia tekanan kot sebab kerja jadi pengawal keselamatan..kena berdiri kat pintu gate, tak duduk lam aircorn.. sebab tu dia tertekan. takpe biarkan je.. aku faham.. relaks aina relaks...




sebentar kemudian suaranya yang kuat menjerit2 memaki aku dan akma..dia seolah2 memanggil orang2 yang lalu lalang disitu berhenti menyaksikan kami.. seorg guard perempuan, mcm nak ajak aku bertumbuk pulak.. nasib nasib..




aku hanya tersenyum memerhatikan telatah guard tersebut.. mcm kes serius plak g antar kawan pon jadi masalah besar.. aku tinggalkan kad matrik di pondok guard.. biar laa esok exam takde kad pon.. bukan salah aku.. aku dah mintak maaf dan sudi di denda..




tapi jika cara mereka (guard2) memaki, menengking dan menjerit melolong2 mengutuk aku serta akma buat mereka puas hati biarkan je laa..




harap2 satu hari depa sedar, kita kena jaga percakapan..lisan Allah bagi sebagai nikmat untuk kita bercakap benda baik2.. lebih baik diam dari bercakap benda yang buat orang terasa hati.. dosanya kita tanggung sampai bila2 selagi orang tu tak maafkan kita..




tapi aku.. walaupun berat fitnah tu.. walaupun aku dimalukan mcm tu sekali.. aku dah maafkan.. biarlah dia sedar sendiri atas kata2nya.. Allah takkan uji aku kalau aku tak mampu.. itulah prinsipku..




sehingga satu hari, pengarah Asasi Pengajian Islam mendengar aduanku.. tu pon sebab aku ditahan akibat takde kat matrik.. aku berterus terang je, tak patut aku dimusuhi pegawai keselamatan.. di tuduh mcm2.. dan aku rasa nak berhenti dari belajar kat situ.. terasa susah jugak nak jd orang baik2 ni..




dan ustaz Rushdi (ketika itu pengarah Asasi APIUM) telah memberi aku semangat dan beliau yang dapatkan semula kad matrikku dan akma dari guard.. aku tak tahu apa yang beliau tegur guard2 di situ..




But in the end, aku di panggil oleh ketua guard ke pejabat keselamatan.. mula2 aku fikir mereka mahu menambah lukaku.. mahu mencaci aku bermacam2.. tapi aku hairan bila semua guard tu mintak maaf kat aku.. aku tak buat apa2 pon.. just senyum and bagi salam setiap hari kat diaorg walaupun sesampai je aku kat depan diaorg, diaorg perli aku pedas2.. sabar.. sabar..




dan aku cakap gini past aku bgitau aku tak kisah pon mcm mana diaorg layan aku.. dalam sedih2 tu aku kata..




"saya duduk jauh dari kampung, dari mak ayah saya.. saya anggap pakcik2, abang2 dan kakak2 guard kat sini mcm saudara saya yang selalu nak jaga keselamatan saya.. saya ucap terima kasih.. tapi saya tak boleh bila ada orang tengking2 saya. mak ayah saya tak ajar cara tu. kalau nak nasihat saya saya lebih suka cara lembut.. hati saya mcm tu.. saya dapat terima cara yang berhikmah.. bukan tuduh2 mcm2.. saya jadi tertekan, apa yang saya tak buat jadi bahan bualan.. memamg saya jenis menjawab.. tapi saya jawab yang betul2.. bukan sengaja nak menjawab nak tambah2 cabar orang yang paling saya hormat mcm kak2 abg2 dan pakcik2 semua. cuma nak tegakkan kebenaran. semua orang nak bela diri sendiri.. saya pon sama.."




kataku sebak.. ada air mata bertakung.. entah kenapa.. bila dah luahkan rasa dihati.. sayu pulak. fikir sanggup depa layan aku mcm tu sekali.. sungguh kejam manusia bernama guard...hahaii




*********************




dan peristiwa itu berlalu sudah 5 tahun.. semasa aku masih di asasi UM.. hari ini peristiwa itu seakan2 berlaku semula.. dalam suasana yang lain tapi situasi yang hampir sama..




peristiwa 5 tahun lalu kembali berpaut di kotak mindaku.. mengingatkan aku kembali dengan apa yang pernah aku alami di Nilam Puri.. biarlah.. kalau kita diam, senyum terus hormat.. satu hari mereka akan sedar..




huhuuu aku pernah benci guard satu masa dulu.. hari ni aku benci lagi.. tapi aku pernah memaafkan mereka.. dan hari ni, walaupun aku mengalami tekanan perasaan sebab mereka, aku tetap akan memaafkan.. kita manusia biasa tak lari dari kesalahan dan kesilapan..




semga rezeki yang hahal yang mereka cari itu padanya ada nur dari ilahi.. menyuluh mereka menuju kesejahteraan dunia dan akhirat.. hatiku remuk hari ini.. aku ubatinya lagi sendiri.. dan jika hati mereka remuk esok hari aku dan kebetulan aku yang dicari.. akanku baluti luka2 mereka dengan kesabaranku...ahaiiii




tetiba rasa tenang dah luah kat sini sory kawan2, DIN, MADIE and ROBINHOOD yang tag tu aku jawab past ni eh..ahaaiii..

Friday, July 17, 2009

Aktiviti aku dah jadi dulu kala..

salam semua.. ahaii 1st sekali nak mintak maap laa lama dah tak update.. aku sebenarnye tengah berfikir sebab tu tak jadi nak update.. fikir apa? mcm2 laa yang aku fikir.. dalam 2 minggu ni mcm2 laa yang aku alami.. macam nak demam pon ada.. tapi aku sihat2 jaa..ahaii.. mcm mana nak cakap eh.. sory laa aku tak buat lagi tag encik Madi, Robinhood dan Din3187..
tapi aku janji aku akan jawab ke 3'3 tag kamu eh.. ahaii aku kan, minggu lepas g bejalan jer.. minggu ni pon sama.. asyik jejalan jer.. waaa biasiswa dah masuk aku plak banyak janji dengan member2 nak belanja..so kena laa tunaikan.. sebab tu laa asyik kuar jer.. tapi aku happy laa dapat happykan kawan2 aku..chewah..ahaii meh aku nak citer tempat2 yang aku ziarah eh.. kalau u all rasa nak g jejalan leh laa tiru mcm aku..haha
**********************************
memula sekali minggu lepas aku g GSC kat Mid.. tengok Transformers.. syok gila laa.. hehe dah laa tiket dah nak habis, aku terpaksa duduk seat depan sekali..aku belanja Ekin and Yana..waaa.. juling mata kami bila kuar dari situ.. sebab skrin besar depan2 mata. kalau duduk seat belakang ok laa jugak kan..ahaii.. then kami g makan2 char kuey Tiaw kat stesen universiti.. sodap jugak.. yang duduk area sini mesti pernah cuba kan, yummy..!
tu aku and ekin di GSC.. yana? jadi jurukamera..hehe..
************************************

keesokkan harinya aku g pasar malam jalan TAR.. hari jumaat kalau tak salah.. dan aku telah membeli macam2.. waa memula ingat nak teman rakan2 aku jer.. aku drive sampai sana.. tetiba aku tergoda, sehingga aku telah membeli belah di sana.. adooii.. aku tak tahan betul kalau g pasar malam nak shopping jer..semua murah2..haha dan paling comey adalah ladybird+buterfly yang pakai tenaga solar apa tah, gerak2 je lam kete aku..suka sgt2.. bak kata makndak:

"benda ni secara psikologinya dapat hilangkan tekanan.." yer ke? pandai2 je makndak aku sorang ni kan..ahak..

**************************

then beberapa hari yang lalu jugak ada sale kat JUSCO.. aku di ajak berkali2 oleh kawan2 aku.. kerana baiknye hatiku.. aku pon sedekahkan jusco duit aku dan aku telah bershopping lagi.. hua hua.. apa laa aku ni.. 2 kali aku g Jusco kat Mid tu.. memula dengan ekin, yana, sue, nurul, wani, tini and ayu.. past tu aku p lagi dengan Mila past dengar2 sale dah nak tamat... aduhaii...


gambo masa kat KFC di Mid.. berbuka puasa di situ sebelum shopping di JUSCo..haha

*****************************

dalam dewan kuliah..
then aktivitiku adalah meneruskan kuliah2 seperti biasa. jadual aku padat sangat2.. hari isnin dari pukul 9 pagi sampai 5 petang..huhuhu.. penat2..huuu gambar atas ni dengan makndak, and syada..haha aku free hari jumaat, sabtu and ahad jer.. kes tu yang aku dok jejalan tu.. tensen coz setiap hari kelas full..waaaa..!
"sorry makndak gambo mu yg kurang bersedia pon aku letak.. heeeh.. jangan mare eh, hihi..mu tetap comey di mataku..ngee.."

************************************

watif dan aini kawan sekampung mai KL.. ngee

next aku g Taman Tasik Perdana.. dengan watif dan aini.. hahaii ni kawan2 kampung aku yang belajar kat UPSI.. tetiba je dtg. opecooitt..!!! aku terkezut betul dengan suprise diaorang ni..ahaii..

opecooitt..! tetiba aku "ter"berposing plak..heee

1st aku ambik diaorang kat Pudu, then bawak g Tugu Negara.. bagi semangat nak merdeka sikit kan. solat kat Masjid Negara, punya laa special tu semuanya melibatkan negara..haha.. tapi aku lupa snap gambo.. aduyaii boleh plak lupa kan..huhu.. then p dataran Merdeka jugak.. (malangnya kereta aku telah di kompaun..sbb letak tepi jalan..ciss). kat dataran tu kami just sembang2 and mengimbau kenangan2 kat sekolah.. lama jugak kami berbual.. sampai laa terlepas bus diaorg.. dan aku hantar plak sampai UPSI di Tanjung Malim, Perak.. hiihiii... past makan2 kat Restoran Piyoor.. kot aku pon balik laa University of Malaya tercinta..

begitulah kisahnye minggu2 aku yang dah jadi kisah dulu kala dah sekarang ni.. hahaii.. semalam aku g KLCC.. heee..so banyak2 tempat yang aku p melawat tu u all boleh laa g jugak.. syok kalau kuar dengan kawan2 ni.. hehe.. hari ni aku nak p umah kuarga angkat kat hulu langat.. hahaii.. tunggu, laporan aku mesti ada punya..heee sebelum tu aku ada teka teki..:

"berapa tempat yang aku dah melawat minggu ni? sapa jawab dengan tepat dan cepat aku bagi hadiah special punya.. siap popularkan kat blog aku lagi..hahhaha.." renung2kan dan selamat beramal, adios..!

Thursday, July 9, 2009

Hadiah dan Birthday..

hahaii aku kini sedang bersiaran dalam rancangan post mengepos di blog.. kalau dulu2 nak post apa2 org fikir pasal pejabat post je.. tapi sekarang fikir blog je bila nak post mengepost ni..hua hua hua...

memandangkan dah dekat 2 minggu dah birthday aku.. dan aku menunggu hadiah.. * kot2 laa pakwe aku nak bagi seketul tedy bear..

last2 dia panggil aku mon.. dan dia kata tak perlu dah tedy bear, si mon pon comey.. sesungguhnya aku benar2 teruja dengan kata2nya.. sanggup dia panggil aku monyet.. *memula aku ingatkan monyet, tau2 dia maksudkan aku montel.. erkk

oh rupanya aku berangan berkhayal dan berhalusinasi..

helloo.. tak mungkin pakwe aku nak panggil aku bukan2 tau.. dia seorang yg bersopan.. dia panggil aku "baby" rasa mcm baru di lahirkan je.. waaaa... bertuah ada seorang pakwe tau..

dah laa tak bagi aku hadiah birthday.. takpe dia.. aku pon takmo bagi dia hadiah.. hahaha padan muka.. kalau dia nak hadiah, aku tuntut balik 22 hadiah dari dia.. al-maklum laa umo aku dah 22.. dia plak tak pernah bg aku hadiah birthday so aku gandakan laa byk2.. beruntung pakwe aku dapat awek mcm aku..hahaha... (cerita yang telah anda baca ini adalah rekaan semata-mata.. ngee keciannyee sekadar muqaddimah je tue.. ececeee)

************************

actually (ni baru nak cerita yang bebetul), aku nak kongsikan perasaan aku bila dapat hadiah, hehe aku pikirkan unta, eh silap skrip.. aku pikirkan dah takde hadiah dah tua2 ni.. hehe dapat jugak rupanye ek..hihihi..

1stly, aku dapat seketul kek dari kak su.. bestnye!!! thanks kak Su (kakak ipar)..

hadiah ke 2 plak mandi manda di Puncak Janing dgn anak2 buah dan di temani oleh kak Su jugak.. (puncak Janing tu kawasan air terjun kat kampung aku je.. Ok laa kan.. best woo airnye sejuuk sgt2..trrr..)..

dan yang ke 3 lak aku dapat suprise dari anak2 buah aku memula dapat kad birthday yg diaorang buat sendiri.. then ada hadiah jugak.. dah pandai budak2 tecik ni bagi aku hadiah.. tapi sesi membuka hadiah tersebut amatlah suspen..

"nak kata pa dah, acu mesti goncang dulu hadiah kita kan kak?" kata asyraf sebaik saja aku mengoncang hadiah yang masih berbalut...

"hadiah apa ni?.. pandai2 jaa hangpa ni tau.. bagi acu keropok eh?" aku meneka..

"salah..haha buka laa.." alia memaksa aku membuka hadiah tersebut di depan mereka..

dan aku sangat2 suspen.. sambil aku buka hadiah aku snap gambar2..hehehe perhatikan...
amat2 laa suspen.. is is is.. pandai2 je letak lam kotak ubat nyamuk tau.. haha teringat kat cerita hadiah tisu dalam kotak ubat nyamok yang siti Hajar bagi kat aku bebelas tahun yang lalu.. masa kat sekolah rendah..ayaii.. lipstik?? haha

"hangpa nak suruh acu pakai lipstik ni ka..? adoii... takpa2 acu pakai lani (sekarang) jugak.."

*********************

eheh.. dan berlalulah suspen yang aku terima dari kak Su dan anak2 buah.. chewah.. sekarang aku dah kat UM ni... birthday pon dah 12 hari dah berlalu.. ahaii..

tapi tadi tetiba Yana a.k.a Cumil datang ke bilik aku.. dan memberikan aku sesuatu yang berbalut.. memula aku ingatkan biskut ke ape kan.. rupanya hadiah birthday.. waa tak cayanyee!! aku ingatkan dah takde orang nak kasi aku hadiah.. macih Yana Cumil.. ayaii..

Ada gambo Yana dengan aku.. mesti laa aku popularkan Yana kat blog ni.. sebab aku da dapat hadiah.. haha takde laa.. sebagai kenangan kita.. chewah.. Yana, aku dan ekin mmg rapat.. sejak hari pertama di UM.. "dasyat dasyat dasyat..." dan kami ada gelaran tau.. aku adalah "manje" ekin lak "baby" dan yana si "cumil".. haha ikut suke kami laa nak gelar apa kan..haha jangan jeles.. ngee..
ekin dah bg aku sebuah bantal pooh.. ekekeee tapi awal 2 bulan sebelum birthday aku..ngee ngee macih2.. dan yaNa bagi aku hadiah tadi.. suspen jugak tau.. jom tengok.. apa laa agaknye kan.. wink wink..


hehe begitulah kisahnyee.. cantik gelang tu kalau aku pakai kat cahaya bersinar-sinar tu..hehe mcm tau2 je Yana ni yang aku takde gelang..hehe.. macih banyak2 Yana.. hadiah mu amatlah cantik..

"manje dah buka hadiah? sory hanya tu je cumil bleh bagi.. kenangan manis kita jangan dilupekan eh.."

"confirm aku tak lupakan.." jelasku di dalam hati.. tapi tak balas pon msj Yana.. saje nak dia baca entry ni, bagi suprise kan.. hahaii.. tankiu2.. kawan2 yg lain kalau nak bg aku hadiah, boleh lagi..belum terlambat.. ekeeekeee adus ok rojer..

kisah cinta monyet 1

Huh lama gak aku tak update blog ni.. dok sibuk dengan kuliah.. dah laa hari isnin kelas dari pukul 9pagi sampai 5 petang tu full.. ayaii.. sory eh kawan2 suma.. aku membzkan diriku dengan sem baru ni.. tapi aku ada cerita lama-lama nak kongsi tau.. kisah cinta monyet yang pernah aku hadapi.. chewah.. ok2 nak start dah ni..

*******************

memula nyanyi dulu.. layan jiwang.. ewah..

Waktu terasa semakin berlalu
tinggalkan cerita tentang kita,
Akan tiada lagi kini tawamu
tuk hapuskan semua sepi di hati..
Ada cerita tentang aku dan dia,
dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
saat kita berduka saat kita tertawa..

aku hanya mendengar lagu tu.. kosong pula fikiranku.. entah apa yang kini bersarang di fikiran.. memikirkan sesuatu yang berat untukku kongsi.. bimbang nanti ada yang tersalah tafsiran.. namun hatiku kuat untuk melakarkan sedikit perutusan yang lamaku pendam seorang.. bukan tidak mahu bercerita, Cuma risau nanti ada yang memikirkan aku bukan-bukan.. tapi, setelah lama aku berfikir.. aku tahu, kisah ini mampu memberi tauladan kepada semua. Dan faedahnya mampu membuka buah fikiran pembaca.. aku pasti..

****************************

“aina ada orang kirim salam ke mu (kat hang).. budak tingkatan 1 Khas 4. budak asrama mu tu dak (hang tau dak).”

tiba-tiba Hafizah memberitahuku.. waktu tu aku baru tingkatan dua.. masih belum cukup matang.. aku dilantik sebagai pengawas sekolah.. uniform biru yang aku pakai dari tingkatan satu sedikit sebanyak menambah keyakinanku.. terkadang menyusahkan aku juga.. menambah keyakinan kerana aku menjadi perhatian guru-guru dan rakan-rakan.. tapi menyusahkan bila ada pelajar bermasalah yang berdendam dengan aku dan tugasku..

“err.. aina.. mu dengo (hang dengar) dak ni..? budak tu men (main) bola sepak wakil sekolah kita.. mu tu (tau) dak, rugi kalo mu tak kawan dengan dia.. dia minat ke (kat) mu..”

“hah..? budak mana lak dah ni.. aku tak suka laa kawan dengan budak laki.. malas laa..” nadaku sedikit ego..

“weh.. mu tengok tu.. budak tu laa..” Hafizah menunjukkan seorang budak lelaki sebaya kami.. sedang pelajar tersebut sibuk membeli makanan di kantin.. aku hanya memandang dan tidak merasakan apa-apa perbezaan pelajar tersebut dengan pelajar-pelajar lain.. aku mengalihkan pandangan ke tempat lain..

“weh mu tak tengok ka.. dia tu boleh tahan apa..”

“aduhai.. Hafizah kawanku.. kalo mu suka ke (kat) dia mu gi kawan laa dengan dia, aku takmo laa..” aku bangun dari kerusi di kantin itu dan berlalu dari Hafizah..

“ni.. aku nak p jumpa teacher Mahani sat.. jumpa mu di kelas k..” aku sempat memberitahu Hafizah yang masih tercengang-cengang memerhati gelagatku, aku meninggalkan dia keseorangan..
"padan muka nak suruh aku capel sangat.." kataku di dalam hati.. (tak berani cakap bebetul kat depan2, hafizah terkenal dengan cubitan mautnye.. nanti tak pasal2 aku dapat lebam sebab kena cubitan tu.. ekekeee)

Siapa pulak budak lelaki yang berani kirim-kirim salam kat aku ni.. dia tak kenal lagi aku macam mana (aku garang, kadang2 aku cepat marah, suke makan banyak, suke terus terang, suke cakap, suke2, ape2 je laa yang aku suke..) nanti menyesal je dia tu.. hmm.. (menyesal kalo tak kawan dengan aku yg cun ni kan.. ngee ngeee)
* bang jgn jeles2 eh ni al-kisah lama2.. ekeekeekee dush2.. (aku tumbuk diri sendiri sbb terperasan cun tadi.. atoii..)

U all Nak tau tak last2 aku kawan ke tak dengan budak lelaki tadi? Then apa yang terjadi?? Cececeee sape yang pakar cinta monyet mesti tau jawapan.. ekekekeee lagi (gelak style baru aku.. err..)

***********************************

Kenapa yaa baru di bangku sekolah dah pandai nak bermain cintan cintun..? mampukah kekal cinta yang sebegitu? Aku sudah ada jawapannya.. kekal atau tidak semuanya bergantung kepada diri kita sendiri, bergantung kepada matlamat, cara dan bagaimana kita membentuk cinta itu. Apa yang aku pasti cinta tanpa landasan agama tidak akan ada yang bahagia selamanya.. mungkin di dunia nikmatnya ada tapi di akhirat sana.. bagaimana pula..? persoalan ni harus kita fikirkan sebelum kita berani mengucapkan “I love u” dan “I love u too”

“kalau dah kenal dan berjumpa tak semestinya ada yang akan terus bercinta.. kalau dah bercinta tak semestinya semua akan bertunang, bila dah bertunang tak semestinya semua akan selamat berkahwin, kalau dah berkahwin lak, tak semestinya semua akan bercerai.. kalau bila dah bercerai tak semestinya ada yang rujuk semula..”

chewah chayalah aku hari ni buat ceramah kan.. sebenarnya aku nak tenangkan diriku dari kesedihan2.. dan dengan mengingati saat kegembiraan aku mampu tersenyum sendirian.. (petua awet muda, jgn takde pasal pon senyum2 sendiri jugak sudah laa.. kang namanya "cari pasal" tu..ngee) ahaii apa pon perjalanan kehidupan kita mesti di teruskan.. chayok2..!!

Monday, July 6, 2009

tak tahu nak letak tajuk apa..

Hari ini aku lalui satu perjalanan hidup yang baru.. dalam doaku, semoga setiap ujian yang melanda ini padanya ada keberkatan dari Tuhan, aku kini pasrah atas segala ketentuan.. terima kasih buat teman2 yang tak pernah jemu untuk membaca coretan “setitip bingkisan di jendela hatiku”..

Aku sendirian di kamar yang sepi ini.. hanya jari jemari masih gagah menari di setiap papan kekunci komputer ribaku.. sedang hati ini entah kenapa bersarang resah gelisah.. sesekali aku merenung inai yang masih merah di jari. sejenak, fikiranku mula melayang merewang-rewang jauh ke 15 tahun yang lalu.. tika itu usiaku baru 7 tahun.. sambil mendengar lagu, aku melayan perasaan…

*****************************

“mak.. cek nak pakai inai ni.. mak tengok laa inai yang pak tanam dah ada banyak daun ni..”

izin laluan, tu gambar inai yang aku pakai masa di Oman hampir 3 minggu lalu.. 1st time lukis2 gitu kat lengan..

Aku tertarik dengan inai sebab waktu aku kecik2 dulu, kawan-kawan kat sekolah suka sangat pakai inai..

“haa kalau nak pakai, cek kena tumbuk dulu daun inai tu..”

“tumbuk tu macam mana mak..?” soalku yang masih tidak faham percakapan ibuku (maklum laa baru darjah 1. masih blur..)

“oo ambik daun inai tu masuk kat dalam lesung batu.. tumbuk laa.. bukan tumbuk macam ni..” mak menunjukkan gayanya menumbukku manja..

Kemudian kami hanya ketawa.. mak menyambung kerjanya.. di siramnya pokok-pokok bunga yang makin menguncup tatkala petang menjelma.. jam sudah 6.30 petang.. ayah belum pulang dari meniaga. kami ada sebuah kedai runcit kecil di kampung.. ayah dan mak yang usahakan lepas balik dari mekah 2 tahun lalu(1992)..

“yeeyeey.. pak balik.. yeey yeey…!”
adik mula bersorak apabila kelibat ayah mula mengisi ruang matanya.. adik berlari-lari memeluk ayah.. aku turut mengejar adik menuju ke arah ayah.

“pak.. bawak alik ais teyim dak?” adik sudah mula meminta-minta ais krim yang selalunya ayah akan beri setiap kali balik dari meniaga.

“ni.. hari ni lebih satu ja.. bahagi sama banyak dengan kak tau..” ayah menghulurkan ais krim tu kat adik.. adik membawa jauh dari aku.. waktu tu aku sangat marah sebab ayah dah suruh adik kongsi dengan aku.. aku menengking adik.. aku rebut ais krim tu dari tangan adik..

Kemudian adik menolak aku jatuh.. adik lelaki aku cuma muda setahun dariku.. kerana itu agaknya kami sering begaduh. Biasalah budak-budak..

“kak..! ni ais teyim kita..!”

Adikku membahasakan dirinya ‘kita’. Mak tak pernah ajar kami untuk cakap "aku" "ko" atau "hang" tapi mak lebih suka memanggilku dengan nama atau perkataan ‘cek’..(panggilan orang utara bermaksud saya).. jadi aku dan adik beradik tak pernah bercakap ‘aku-aku’..lihatlah betapa bagusnya bimbingan mak ayah kita kan..

“perkataan ‘kita’ tu cikgu cakap kat sekolah kan maksudnya untuk 2 orang atau lebih..haha jadi ni kena bahagi 2 laa.. bukan makan sorang..!” aku teringatkan kata-kata cikgu Rohana yang mengajar bahasa Melayu hari ini di sekolah..

Adik kelihatan tidak berpuas hati, di ambilnya batu dan dibalingkan padaku.. bertubi-tubi.. aku cuba mengelak.. tapi tiba-tiba terkena di dahiku.. apa lagi, aku terus marah dan membalas perbuatan adik..kemudian, batu2 kecil yang aku baling, salah satunya terkena tepat di dagu adik.. dagu adik berdarah...

apa lagi.. Adik merebahkan diri di halaman rumah.. lalu menangis sekuat hati.. aku dah mula rasa bersalah.. belum sempat aku memujuk, mak yang tadinya leka menyiram bunga datang dan merampas pula ais krim di tanganku..

“ni kenapa kelahi ni..? sapa mula dulu..?!” nada mak agak tinggi..

“adik baling batu kat akak..” jawabku sambil air mata bertakung..

“akak tak bagi adik makan ais teyim..” adik pula menjawab sambil menangis..

“haa ni ada satu share laa.. yang sikit buat cara sikit..” mak membahagikan ais tu dan akhirnya aku dan adik mengalah..

“Na.. tadi cek kata nak kutip inai.. p laa ni.. satgi malam.. dah dekat pukul 7 ni.. p cepat..” mak memberi arahan..

sebentar kemudian adik datang menolongku mengutip inai.. seolah-olah adik sudah lupa bahawa aku telah mencederakan dia kerana ais krim tadi...

********************************

haa kesian adik, 3 hari lepas adik hantar aku datang kL ni.. aku dah janji nak drive ganti2 dengan adik.. tapi last2 adik yang bawak kete sampai UM ni.. dah laa kancil je, ada jugak adik mengeluh sakit pinggang.. dah tu aku tak sempat belikan adik air sebab pak Tam dah datang jemput adik ke Selayang..

Dan aku tak sempat tunaikan janjiku untuk bawak adik jalan2 kat KL sebelum adik balik sebab semalam adik dah pulang ke kampung lepas dapat berita pemergian abang Zain..

gambar di atas tu adik dan aku.. masa kat kawasan rehat Bukit Gantang, Perak. kami berhenti solat makan bekal yang mak bagi..

aku rasa sebak bila teringatkan adikku..pengorbanannya untuk tinggal di kampung menjaga mak ayah amatlah besar.. adik sanggup tinggalkan bidang "automotif" yang dia minati semata-mata untuk bersama mak dan ayah.. adik dah kahwin semata-mata nak seseorang bantu adik uruskan rumah di kampung dan masak untuk mak ayah, teman mak ayah..

::::::::::::::::::::::::::::

"adik, dah sampai kampung ka? kesian dia kita tak sempat nak bawak jalan2.. tima kasih sebab teman kita.." aku mengirimkan mesej buat adik..

"takpa, kita dah sampai kampung.. abang Zain dah selamat dikebumikan dah.. kita tak kisah pon.. nanti2 satu hari kita mungkin mintak tolong kak pulak.. akak nanti keja kerajaan, kita dok kampung ja.. mcm ni laa yang kita dapat tolong kak pon.. nak tolong duit2 kita laa yang paling susah nanti2.. sory.."

balasan mesej adik membuatkan hatiku sedikit berbaur kesedihan.. sedih tak dapat layan adik elok2. dari kecik pulak tu..

"adik, nanti kita dah keja ada duit banyak kita bawak adik p bercuti, kita nak bawak mak ngan pak jugak.. sory kita dok jauh..dia jaga mak pak elok2 k.."
janjiku buat adik.. hujan renyai2.. suasana seakan masih muram.. walaupun aku terkadang menghiburkan hatiku dengan membaca blog rakan2.. tapi bila teringatkan kisah hidupku.. dan dalam tidak sedar air mata jatuh lagi membasahi pipiku.. (mungkin masa ni, minggu emosi tak stabil kot)

***********************

Lagu di komputer riba semakin mengasyikkanku, lantas mengembalikan aku semula di suasana malam ini.. tarian jari jemari makin lemah.. aku sudah mengantuk.. namun mataku sukar untuk lelap.. aku meneruskan coretan.. bercita-cita mahu berkongsi kisah hidup sebagai tauladan dan sempadan.. buat pengajaran kepada sesiapa yang sudi membaca luahan sepiku.. inai di jari aku perhatikan.. “cantik juga bila berinai.. dah lama tak pakai inai ni..” dalam sayup malam… entah kapan waktunya.. aku telah terlena.. zzzZZZZZ

Sunday, July 5, 2009

Terkenangkan segala-galanya..

aku sekarang kat kolej.. datang sini kelmarin ditemani adik dan isterinya (adik ipar aku). aku dah bawak kereta ke sini.. semalam aku daftar kolej dan hari ni kuliah dah bermula.. lagi 30 minit start pula kuliah ke dua.. semalam aku dah kemas bilik, susun2 buku.. dah banyak rupanya buku2.. dah 3 tahun aku kumpul buku2 tu di sini.. dan aku memilih tema hijau di kamarku.. agar ianya tenang setenang kehijauan tumbuhan di hutan.. ahaii..

petang nanti ada lagi 2 kelas.. "fiqh muamalat" dan "qawaid tafsir".. subjek bahasa arab.. lagi 10 minit.. namun aku seakan tidak bersemangat untuk meneruskan kuliah2 hari ini.. aku merasakan diriku seperti masih bermimpi.. seakan kaku dan tidak bermaya..


*********************

sebelum ke Oman, mak ada buat kenduri dan bacaan yassin.. maklum lah, aku akan berangkat jauh.. waktu tu semua adik beradik berkumpul.. cuma abang Mie dan abang Die saja yang tak pulang.. mereka duduk jauh dari Kuala Nerang.. lagipun kenduri baca yassin je..


atas ni gambar abang Zain.. tengah sibuk edarkan naskah yassin..


Dan waktu tu aku tengok semua kakak2 dan abang2 begitu gembira bila adiknya akan ke kuar negara untuk menuntut ilmu.. walau hanya sebulan.. dan aku rasa amat dihargai.. abang Zain (abang ipar) dan kak Nab (kakak no 2) memberi nasihat2 padaku sebelum aku pergi meninggalkan Malaysia..dan mereka menghulurkan not RM50 padaku.. hanya ucapan terima kasih yang tidak putus-putus dapat aku ungkapkan menunjukkan syukurnya atas pertolongan mereka..

sehingga berlalulah peristiwa tersebut...


******************************************


setelah sebulan berlalu...

Sebaik sampai di kampung selepas pulang dari Oman, abang Zain dan kak Nab datang menziarahi aku.. aku menunjukkan slide yang aku buat semasa di Oman sana.. dan bercerita pengalaman kepada abang Zain serta Kak Nab. nampak riak gembira di wajah mereka.. adik mereka yang sorang ni dah ikut jejak mereka.. alhamdulillah.. kak Nab seorang ustazah.. abang Zain pula sebelum ini ustaz, tapi kini pengetua di sekolah menengah.. "boleh kata macam semua anak2 haji Ahmad jadi pendidik" itulah yang biasanya terlafaz dibibir penduduk2 kampung apabila menceritakn kejayaan anak2..

"Na, takdak ka ole2 dari Oman untuk Kak Nab dengan Bang Zain?" kak Nab berseloroh..

terasa serba salah pula tak beli banyak buah tangan dari Oman.. lagipun barang mahal2.. hanya tasbih bebatu kristal menjadi hadiah buat kak Nab dan Bang Zain..

"takdak pa pon.. ada tasbih ni jaa.. lawa ni leh letak lam keta" kataku malu2 mahu menghulurkan hadiah yang tak seberapa itu..

abang Zain hanya tersenyum melihat telatahku.. dan aku memperkenalkan "halwa Omani" (kat malaysia ni orang panggil halwa Muscat..) makanan tradisi yang menjadi kebanggaan Oman..

"maksu (panggilan namaku), belajar laa selagi mana boleh.. kalau jadi macam kami ni tah sempat tah dah tak sempat dah nak p jauh2.." kata abang Zain menasihati aku agar belajar bersungguh2.. terima kasih atas pesanan itu... aku akan berusaha.. itulah tekadku di dalam hati.. namun aku sekadar mengangguk kepala dan hanya mengukir senyuman yang manis buat abang Zain dan Kak Nab.. tanda mendengar dan akan mematuhi nasihat mereka..

dan ku lihat wajah abang Zain berseri-seri.. entah kenapa aku rasakan abang Zain lain benar dari sebelumnya.. namun aku biarkan persoalan itu tanpa jawapan sehingga ia hilang dan tergantung sebagai persoalan biasa...



*************************


hampir 2 minggu peristiwa itu berlalu.. pagi tadi aku dikejutkan dengan pemergian abang Zain, pergi meninggalkan dunia ini..pergi yang takkan kembali.. "innalillah.." lafazku lemah... menahan air mata di kelopaknya.. dadaku berombak.. pagi yang sebelumnya di temani bunyi burung2 yang baru keluar dari sarang itu seakan berubah menjadi sunyi.. sepi dan sayu.. aku masih menahan air mata.. masih tidak percaya..

"kak, dia ok ka? " kedengaran suara adikku di talian.. menantikan jawab.. aku hanya diam.. lama..

"kita ok.. adik, betul ka ni.. kita baru jumpa abang Zain hari tu sihat ja, abang Zain kenapa.." setelah kekuatan mengiringiku, aku bersuara namun ianya bernada sayu, sambil menahan sebak..

"kita pon tak tau.. mak yang call kita.. kita dah nak balik dah ni.. ok kak.. dia jangan sedih2.. belajaq elok2.. kita dah beli tiket bas pukul 11.15 pagi ni kat duta.. jaga diri tau kak.. doakan kita ngan ida selamat sampai.. ok.. "

dan talian terputus di situ.. sedangkan aku masih tertanya-tanya.. "apa yang terjadi..? " dan aku berharap adik akan menghubungi aku semula lantas memberitahu bahwa berita tersebut palsu semata-mata.. namun, sebentar kemudian aku menerima panggilan dari mak pula.. mengesahkan pemergian abang Zain.. mak tidak bercakap lama denganku.. suara mak tersekat-sekat.. mungkin terlalu sedih.. dan aku.. sudah tidak dapat menahan air mata dari mengalir..

sebentar kemudian aku teringatkan naim (anak abang Zain dan Kak Nab), anak buahku.. baru kemarin.. aku, adik, dan naim bersama.. kami ke UiA Pj berjumpa Ani, anak buah juga.., (anak kak Yam, sepupu Naim) untuk memberi kiriman buah2 dari kampung..

dan hari ini berita itu tentu sekali lebih meruntun jiwa Naim..

"Naim, jangan sedih2.. kuatkan semangat.."

sebelum punat merah handphone di tekan, aku memberi Naim kata-kata agar dia tidak lemah.. selemah aku, tapi berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. aku tak dapat bayangkan kalau aku di tempat Naim.. lagi sebulan akan konvo.. tapi...

Allah lebih sayangkan abang Zain.. setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. semua makhluk Allah tak dapat lari dari ketentuan ini.. ajal maut di tangannya..


***************************


dan kini aku sayu..

mengenangkan 2 minggu lalu aku melihat abang Zain tersenyum padaku, dengan tingkah laku dan telatahku.. hari ini senyuman itu terpapar kembali di segenap ruangan fikiranku.. terasa rindukan situasi lalu.. ingin aku pulang menjenguk jenazah arwah sebelum disemadikan dibawah batu nisan, namun apa dayaku..

"cek toksah balik laa.. kak Nab kata takpa.. cek mengaji laa.. baru kemarin cek p kolej.. kalau balik pon 7 jam dah takdan (tak sempat) dah nak tengok.. cek doa laa kat abang Zain.. dia tak sakit apa pon.. pagi tadi lepas subuh abang Zain panggil kak Nab urut dada sebab rasa pedih kat dada.. past tu abang zain p tinggal kita sampai bila2.. Tuhan dah permudahkan dia, jangan bimbang, jangan sedih2 belajar elok2.."

itulah kata mak selepas aku menyatakan hasrat mahu pulang ke kampung.. hatiku di humban kehampaan dan sayu merantai di jiwa.. seolah-olah sesak nafasku.. namun aku taati kata ibuku.. mungkin berada di sini lebih baik untukku..

dan kini aku terkenangkan.. saat2 gelak tawaku bersama arwah.. terkenangkan arwah yang selalu minum teh yang aku buat, terkenangkan guraunya, terkenangkan raut wajahnya, terkenangkan nasihatnya, terkenangkan saat bersamanya dan terkenangkan semuanya.. segala-galanya.. takkan aku lupakan kenangan bersama dalam suka duka yang arwah lalui sepanjang kami sekeluarga, sepanjang aku menjadi adikknya..

abang Zain.. Allah lebih sayangkan abang...


terima kasih atas nasihat yang telah di berikan.. terima kasih atas perhatian atas diri ini.. semoga Allah meredhai abang Zain dan semoga abang Zain di tempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman.. al-fatihah..