:: mereka Terhebat ::

Tuesday, June 30, 2009

dari OMAN pulang ke MALAYSIA

Ahaii aku dah mula nak mengaktifkan diriku dah..hehe pantang betul kalau ada internet kan nak mengeblog je aku ni..haha tidur x lena makan x lalu, ingatkan blog je (padahal aku asyik makan tido makan tido..) haha.. tapi terhad laa masa nak berblogging ni.. maklum laa internet kat library di kampung je..ada adik2 yang masih sekolah nak buat folio laa apa laa.. so aku terpaksa laa dtg jenguk2 sambil post baru je.. tak sempat nak melawat blog2 lain..huhu.. sory geng!

Haa hari khamis ni aku ada program pulak kat sekolah menengah.. ayaii jadi fasilitator pulak dah.. 3 hari sampai hari sabtu.. tapi sabtu pagi2 aku dah nak drive g KL.. doakan aku selamat laa yer.. aku bawak kete.. g UM..huu mintak2 mudah laa.. kalau susah nanti aku pakai moto je laa..heee

Oh yaa meh aku nak cerita ceriti ni.. masa aku dah last2 day kat Oman.. rindu pulak pada oman, isk bila di Oman nak2 balik Malaysia.. bila dah kat Malaya ni aku rindu2 kat Oman pulak..hee.. musykil2..

Yang penting masa nak balik tu aku happy sangat2 mcm nak pulang beraya..

“laa patutnye tak mcm nak beraya.. yang mu p pasang lagu raya tu sapa suruh..” makndak suraya sudah menunjukkan sikapnya yang seperti sarjen itu..hehe

“err.. aku saja laa pasang lagu raya ni.. ambik aura sikit nak balik Malaya ni..” haha aku memang pandai menjawab.. dan kemudian kami melayan lagu raya tu..

“woi.. tak puasa lagi dah nak raya ka..?” kak tie yang juga rakan sebilik mengecam tindakkan kami (mcm ayat lam berita lak mengecam2 ni)

“ok tukar2 lagu.. oh hooo hoo balik kampung.. yibaaa..!”

***********************
tu antara gambar2 kenangan.. tapi aku dah kecikkan saiznye sbb speed upload kat library li lemah sgt2..ahaii..



Aku menerima sijil tamat kursus di Oman oleh dekan “Kuliah ulum tatbiqiyah fi Rustaq” ekkk..heee (menyampah laa asal mcm malu2 tu..waa)


Dan di Lapangan Terbang Muscat, Oman..


Aku menunggu transit di Lapangan Terbang Bahrain.. dengan topeng mcm jururawat plak kan..





masa lam flight aku asyik tengok Pemandangan je.. makan,tido, borak2 dengan sahabat dari arab saudi kat sebelah aku, pastu tido bangun main game, tengok movie, makan lagi..tido lagi (tu ke keje aku).. namun aku dapat merasakan malam yang pendek.. betolak dari Bahrain baru jam 8.00 malam (bersamaan 3.00 pagi di Malaysia).. selepas 3 jam hari dah subuh.. dah siang.. dan cantik sangat pemandangan tu.. bertuah aku dapat menikmati pemandangan sebegitu.. namun agak penat dan kurang tidurku..huuuu setelah 7 jam.. akhirnya pukul 10.00 pagi di Malaysia..

Sampailah jasad dan nyawaku di KLIA.. aku melangkah keluar dari flight gulf air itu dengan senyuman yang meleret.. puas, “ sampai juga aku ke Malaysia.. alhamdulillah semuanya selamat..”

Dan mak ayah datang dari kedah mahu menjemput aku pulang.. terharu.. terima kasih mak ayah dan adik serta jiran yang datang…ianya sangat istimewa..




Tapi ada sesuatu yang lain yang juga istimewa pada hari ketibaanku di KLIA sana..dan peristiwa itu membuatkan aku gementar.. dan.. dan.. dan… err.. dan… is is is.. lidahku kelu untuk mengucapkan kata.. hanya debaran yang ada.. namun aku mencuba.. tangan seakan mahu beku.. sejuk entah kenapa.. mungkin pertemuan itu adalah pertemuan kali pertama.. bimbang juga ada salah silapku dalam berbicara.. namun tuturku bersahaja menyembunyikan gundah di jiwa.. alahaii..

Terima kasih buat encik aslam dan family yang datang jumpa aina.. malu2.. ngee.. dan ada buah tangan dari Oman yang tak seberapa.. maafla tak ada yang istimewa.. yang biasa2 saja.. harap kenangan dari Oman tu mampu mengikat ingatan kita bersama.. dan ampun dipinta andai ada tersalah kata.. ahaii..


sampai jugak aku ke Malaysia tercinta ni..hee

Sunday, June 28, 2009

hari ini ke ESOK?? 29 JUN dah..!

Aku taip ni pada tarikh 28 jun 2009.. bermakna esok hari lahir aku yang ke 22.. dah 22 tahun rupanya aku hidup kat dunia ni.. hari2 terasa cepat berlalu..rasanya baru semalam aku masuk darjah satu.. baru 3jam aku di sekolah menengah.. dan baru satu jam aku berada di menara gading ni.. sedar tak sedar.. cepatnya masa berlalu.. aku kini sedang menghabiskan degree dan bakal bergelar guru tak lama lagi.. memang cepat.. namun, semakin bertambah usia bukan bermakna semakin panjang masa kita hidup, tetapi semakin pendek jaraknya hidup ini. Entah ada waktu untuk kita sambut ulang tahun kelahiran yang seterusnya atau entah sudah tidak berkesempatan lagi.. aku teringatkan sambutan2 hari lahirku tahun2 yang lalu.. meriah..


*************

Di sekolah rendah:

Tiap2 tahun aku akan dapat hadiah dari kawan2.. 29 jun selalunya adalah antara hari2 persekolahan..bila sampai je sekolah, kawan2 akan menyanyikan beramai2.. dan mereka menghadiahi aku.. gula2, pensel, pemadam, atau belanja aku air sirap 10sen.. dulu 10 sen tu standart la kan.. seronok bila birthday..rasa macam di hargai sangat2.. paling terharu..

::::::::::::::

Waktu tu dah tamat waktu pembelajaran.. aku tengah tunggu ayah aku datang ambik dari sekolah..

“aina, happy birthday..” siti Hajar menghulurkan hadiah yang dibalut kemas.. dalam kotak berbentuk segi empat sama.. ringan..

“wei.. buat susah2 jaa bagi ni… thank u wei..”

aku menerima namun sedikit sebak.. siti Hajar bukanlah orang berada.. hidupnya membuatkan aku insaf dan sedar.. bahwa kesusahan bukan penghalang untuk kita menunjukkan penghargaan kepada seorang teman.. baju siti Hajar compang camping.. ada koyak yang bertampal.. kesian dia.. kasutnya hampir terkeluar tapak dan terkoyak dek di pakai setahun dua.... namun masih bersih dan putih..

“kenapa tengok kasut aku ni” siti Hajar bersuara..

“err takda apa laa.. putih macam guna kapur kasut yang baru..”

“oh kapur kasut ja baru, kasut ni dah buruk. Nak beli tak mampu. nampak jari kaki aku ni..”

siti Hajar menggerakkan jari kakinya keluar dari hujung kasutnya yang terkoyak.. dan dia ketawa sendiri melihat aksinya itu.. dan aku pon.. hahahaha turut join ketawa..

“kenapa bagi aku hadiah ni weh.. buat susah ja.. kesian kat hang..” setelah derail ketawa itu reda aku bertanya pula..

“takdak apa pon.. aku tak bagi hadiah mahal2 mcm orang lain.. aku malu nak bagi..tapi dari kemarin aku balut ni. Aku bagi jugak laa..hang janji buka kat rumah tau..” siti Hajar tersenyum.. dan kemudian kami bersalaman.. setelah bapa aku datang menjemput..

balik rumah, aku buka hadiah siti Hajar, hanya sehelai tisu yang diletakkan bedak padanya.. wangi jugak..! patut laa ringan.. aku tersenyum sendirian.. dan aku simpan sampai sekarang ni hadiah tu.. walaupun hanya tisu tapi cukup menyentuh jiwaku.. ewah.. terima kasih siti Hajar dan semua kawan2 sekolah rendah yang sudi sambut birthday aku dulu2..


*****************
di sekolah menengah :


sambutan birthday kat sekolah menengah agak canggih laa kalau nak dibandingkan dengan waktu di sekolah rendah.. maklum laa aku dah jadi remaja.. ramai pulak peminat kan..hehe.. tetiap tahun mesti ada hadiah bawah meja.. siap ada surat2 cinta lagi tu..haha.. sungguh lucu.. tapi aku ni pengawas sekolah yang garang, tu pon masih ada yang berani nak suka2 kat aku..eececeee..
yang best kat sekolah menengah ni ramai sangat kawan2 aku.. and aku pulak duduk asrama.. huu sampai je malam birthday aku telah dianiayai..waa kek, telur dan tepung yang aku dapat..ceh.. habis kotor katil aku.. tekanan perasaan jugak time kawan2 baling kek (kalau makan pon bagus..hihihihi) then baling2 telur sampai pecah past tu tabur tepung pulak kat aku sambil jerit2.. oleh yang demikian, warden datang tengah malam 29 JUN tu sebab kami bising, aku laa orang yang paling hodoh.. dan macam zombi dah..waa mujur sebab aku jadi birthday gurl cikgu azmi tu lepaskan aku.. fuuh..
waktu kat sekolah menengah tu setiap tahun, mcm2 jenis sambutan laa.. yang best masa form 5.. sweet 17 laa katakan.. kawan2 ramai datang rumah aku sehingga mak aku membuat keputusan untuk adakan kenduri makan2..haha.. kak Nab (kakak nombor 2) bagi aku seketul kek yang besar sangat2..dan kenduri tu meriah sangat2.. aku pakai gaun tau..ceee.. ahaii seronoknyeee..!! mcm budak2..ngeeee



**************


Dan masa zaman terkini :




aku sekarang ni takde laa sambut birthday lagi..huhu maklum laa birthday aku ni time cuti semester.. mana laa ada ramai kawan2 nak sambut2 ni.. tapi still line bz laa detik 12 malam 29 JUN ni..heee..


"weh aku orang ke berapa?" banyak jugak antara rakanku bertanya dalam sms malam tadi..


"orang pertama.." aku menjawab.. walupun bukanlah yang pertama bebetul.. kecian kawan2 aku semua bersungguh2 nak jd org first aku cakap org last pulak, kecik hati mereka.. nanti taun depan beliau2 semua insaf nanti dah takmo ucap kat aku x best laa.. sape lagi nak membuzykan line celcom aku tu.. hihi
ucapan demi ucapan yang aku terima.. ok laa tu.. nak2 je aku mintak hadiah..haha.. bagi aku tisu pon jadi laa kan..hiii.. kecian betul kat aku kan.. tak dapat hadiah ape2 pon sejak kat UM ni dah 4 tahun ni..waaa
tahun lepas aku jadi "pembantu Mahasiswa" kat kolej aku.. yer laa adik2 junior nak masuk UM, aku dan PM2 lain laa orang paling kalut, kebetulan tarikh daftarnye diaorang tu pon 29 JUN.. maka malam tu aku sambut birthday lam bilik meeting laa.. syok jugak bila ramai2 nyanyi kat aku, terharu biru aku dibuatnya.. ingat jugak birthday aku eh walaupun sibuk..ahak.. suke2..hee




*************


dan hari ni dah 29 JUN 2009.. or 29.6.2009.. cantik jugak nombor tu, chewah.. ada2 je kan.. aku ada banyak kad2 ucapan birthday dari kawan2 since sekolah rendah aku simpan sampai sekarang.. ayat yang aku ingat laa kan..


"di hari kelahiranmu.. jangan kamu bersedih jika tidak dihargai.. tapi bersedihlah jika kamu sudah tidak beharga lagi..."
mendalam betul kan.. ahaii.. kesimpulannya, harga diri tu penting, bila kita hargai diri kita, terima diri kita, jaga diri kita sendiri baik2.. baru orang lain dapat hargai kita seadanya.. dan kita boleh hargai mereka yang bagi penghargaan buat kita..err.. mcm mana nak cakap eh.. kira lebih kurang gitu2 laa..ngee..


aku dah kat malaysia dah.. nanti aku postkan detik2 kepulangan dari oman eh,
heet thank u cik umai da ucap birthday i to kawan2 semua yg ingat, macih2..
and to aslam, ingat birthday jugak awek kamu ni..hehe nak hadiah..!!

Tuesday, June 16, 2009

akhinya siap jugak..!



aku dah siapkan vid Movie untik slide show nanti petang.. tapi aku tak upload lagi.. past tayangkan nanti laa aku share kat sini.. bukan ape computer kat lab ni ada virus apa tah.. kang pendrive aku bermasalah petang ni spoil je..haa.. dah laa malam tadi aku tido pukul 3 pagi.. kalau kat Malaysia time tu dah pukul 7 dah tau.. huhu.. ni pon kuyu je mata aku ni, adoii.. tapi takpe hari ni hari last kuliah.. yes..!!!

***********
aku baru bangun dari tidur.. sangat mamai.. jam menunjukkan pukul 4.30 pagi.. waktu subuh.. seakan-akan baru 5 minit sahaja aku melelapkan mata.. kini dikejut pula oleh makndak suraya.. dan beliau juga mamai.. aku?? tiga kali mamai.. macam mimpi je.. tapi aku ingat2 lupa daa..

lepas tu..

"weh.. mu tu (tau) dak, mu tak sembahyang subuh..!"

kata makndak apabila aku sudah bersiap2 nak ke kuliah.. jam sudah 7.10 pagi..

aku terpana dengan dakwaan beliau.. (macam lam mahkamah lak kan)

"err.. betul ka? bukan ke tadi mu kejut aku kan? aku bangun laa.. biar betoi mu ni..?" tanyaku dalam kemusykilan.. aku solat laa..is is is

"betoi.. tadi aku gerak (kejut) mu.. aku ingatkan mu sedaq.. mata dok klip pot klip pot (terkebil-kebil).."

"hah? memang laa aku kan bangun kan.." aku pasti aku bangun.. tapi aku confius jugak dah..

"haa aku pelik jugak, mu bangun duduk bersila.. past tu mu tanya aku jam pukul berapa.. past tu aku habo (bagitau) laa pukul 9 sebab aku tertengok jam Malaysia.. aku pon mamai2 jugak.."

"past tu?" aku menyelah apabila makndak seakan-akan berfikir kejadian pagi tadi..

"aku tak berapa faham mu kata apa.. tapi kalau tak salah aku mu kata lani (sekarang) dah habis waktu subuh.. aku tak kata pa dah past tu sebab aku pon mamai.. then aku kuar solat.. aku ingatkan mu pon kuar.."

"err maknanya aku tak kuar ka weh.." aku dah mula ingat2 lupa..

"haa mu tido balik kot.." Kak Tie yang juga rakan sebilikku menyampuk, menguatkan lagi dakwaan makndak suraya bahawa aku tak bangun subuh..

"emm.. mungkin aku mengantuk sangat kot, buat Movie ni aku tido dah pukul 3..huu" mengaku dalam kepelikkan.. sambil menggaru2 kepalaku yang tak gatal.. akan tetapi mereka berdua mentertawakan aku..

"haha.. ada ke patut cakap subuh dah habis past tu tido balik..haha teruk sungguh.. lawak laa mu ni..hahaha.." kak tie berseloroh diiringi kekekkan ketawa makndak yang halus..ngeee

"ayaii.. malunya aku! err patot rasa macam ada tanduk je pagi tadi..hehe.." aku berselorah pulak.. (bukan tanduk kambing tau..)

"tu laa, lani dah takda tanduk baru nak insaf.. dah2 cepat qada cepat..!" makndak memberi arahan seakan beliau seorang askar berpangkat sarjen.. (takde laa pangkat tinggi sangat..hihi)..

dan aku pon menunaikan kewajipanku.. tapi kenapa aku rasa macam dah bangun je tadi pagi..huhu (mungkin sekadar bangun bersila je laa kot. boleh pulak aku tido balik sambil bersila.. musykil2.)

*******************
hah.. aku harap movie perjalanan kami 15 orang kat oman ni dapat ditayangkan kat slide petang nanti kat dekan and semua warga Rustaq Collage ni dengan jayanya.. ewah2.. dah laa aku cakap arab lam slide tu.. ceh.. hudus sungguh.. tapi kena buktikan jugak laa MALAYSIA BOLEH..! hehe.. dan mungkin aku tak de kat blog ni dah dalam 1 minggu past ni.. coz aku dah nak balik sabtu ni.. esok dah takde kuliah.. so aku takkan jumpa computer lagi untuk mengeblog.. aduyaii mesti aku rindu-rinduan nak menaip nanti.. so tinggallah blog ni sepi lagi tanpa aku.. chewah.. dah sampai kampung nanti, ada masa aku update punya.. ahaii..

kalau ada sumur diladang,
bolehlah saya menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
bolehlah mandi setiap hari..

p/s: jangan jadi kambing!! ngeee




Monday, June 15, 2009

Entry meloyakan..

AWAS..!! entry ini adalah entry sensitif dan meloyakan.. jika anda sedang demam, pening kepala, rasa mahu muntah atau perkara2 yg sama waktu dengannya, sila JANGAN BACA ENTRY INI.. dan cerita ini adalah khayalan semata2.. tiada kena mengena dengan yang bakal hidup, sedang hidup atau yang telah hidup.. hehe..




aku Warning lagi.. sebarang gangguan selepas membaca entry ini adalah di bawah tanggungjawab masing2.. dan kepada yang berani membaca..TAHNIAH kerana masih membaca..! ngeee hee.. ok

*******************
Telah tersebutlah sebuah kisah.. ketika itu di hari perkahwinan Nora.. sesungguhnya ramai benar jiran2 di kampung Nora, mereka berpakat menyediakan makanan para tetamu jemputan, ramai..! hampir 3 ribu orang yang di ajak untuk memeriahkan hari kenduri perkahwinan Nora..

namun Nora..

"kenapa kau ni Nora? masam mencuka? tak gembirakah kau dengan perkahwinan ni?" sahabat Nora bertanya dalam nada kehairanan..

"err.. aku.. aku..err.."

"apa errr err..?? cakap je laa.. kau berdebar eh..kau dah bersedia ke? lagi setengah jam sampai laa suami kau tu, then bersandinglah kau nanti. ewah.." sahabat Nora begitu gembira dan tidak sabar2 lagi ingin melihat Nora bersanding di pelamin.. Nora tidak berkata apa2..

"kau nampak cantik sangat tau.. senyum laa sikit.. huh..!" sambung sahabat Nora setelah tiada jawapan yang diterima..

"aku rasa.. err.. aku.. emm malu laa nak bagitau.." Nora sudah mengumpul kekuatan untuk berterus terang.. akan tetapi Nora masih teragak-agak..

"rasa apa..? cakap laa Nora.. kau ada masalah ke? aku akan bantu kau.." kali ini sahabat Nora membuat muka yang serius..

"emm.. sebenarnya aku..aku.." seperti menahan sesuatu yang sukar dilepaskan..sukar diluahkannya dan dizahirkannya di hari perkahwinannya itu..
"cakap laa apa.." dan sahabat Nora tidak berputus asa dari terus bertanya..
"aku... (.??.bisik terlalu perlahan..penulis tak dengar ape yang dibisiknya.).huu.." Nora berterus terang namun dia hanya berbisik perlahan kepada sahabatnya seorang..
"ok aku teman kau turun ye.. tapi baju pengantin ni susah laa kau nanti.." bisik si sahabat pula..
dalam kemusykilan itu.. tiba2 kedengaran pengunguman dibuat.. "pengantin lelaki dah sampai.."
dan Nora serta sahabatnya sudah kelam kabut.. "macam mana ni weh.." serentak mereka bersuara..
"tahan ja laa weh.." sahabat Nora memberi pendapat bernas..
Nora hanya mencuka.. lalu pergi menyambut suaminya di halaman rumah.. kompang di pukul bertalu2, begitulah adat melayu tatkala menyambut ketibaan mempelai dua sejoli.. Nora cuba melakarkan senyuman walau dalam kepayahan..
dan ketika upacara makan bersuap.. banyak mata yang memandang Nora dan suaminya..(pengantin baru laa katakan).. dan mereka semua mengusik agar Nora menyuap suaminya makan..
"syyy.. diam2.. kita saksikan detik2 romantik pasangan mempelai kita.." kata DJ yang di jemput khas oleh bapa Nora dalam majlis kenduri tersebut.. dan semua tetamu senyap memandang Nora serta suaminya.. masing2 menunggu masa untuk menepuk tangan dan bersorak kepada mempelai.. ketika itu nora hanya memandang sahabatnya yang juga pengapitnya..
peluh mula membasahi kening Nora.. bukan senang untuk bertahan begitu lama.. jantungnya berdebar-debar kencang, duduknya sudah tidak selesa.. namun tangannya yang bergetar itu tetap akan menyuapkan nasi kepada suaminya, hanya untuk menyempurnakan upacara makan bersuap tersebut..
dan ketika nasik hampir di mulut suaminya..
"PUUTTT prroott Puut..kroott.." kedengaran satu suara seakan dentuman lantas mengejutkan orang ramai.. Nora pula tertunduk malu..
"sayang kentut ke?" tanya suami Nora kepada nora... (sempat lagi tu tanya macam tu..)
Nora hanya menganggukkan kepala..dan berbisik pula kepada suaminya..
"dari tadi lagi ayang rasa sakit perut nak terberak, tapi abang dah sampai pulak tak sempat nak lepas.. ayang malu ni.." Nora seakan-akan mahu menyorok di belakang suaminya..
sedangkan tetamu jemputan dan rombongan pengantin yang lain masih terkebil-kebil dan terpinga2 dengan kejadian tersebut.. "siapa yang kentut?.." teriak seorang budak berumur 9 tahun.. dan persoalan itu tersebar luas..
"proot...puut..PRUTT.. TRUUT..PROOTT.." sekali lagi bunyi pelik itu bergema..kali ini lebih kuat dan jelas..
"bau apa ni.. macam tahik cair je.." teriak budak tadi.. "mesti warna kuning, past tu mesti senang nak kuar kan mak kan..?" sambung budak tadi dengan selamba dan bertanya ibunya.. dan suaranya didengari tetamu yang menyaksikan upacara makan bersuap tersebut.. hanya cubitan ibunya sahaja jawapan kepada soalan bernas tersebut..
Lantas mereka, yakni semua hadirin.. memandang Nora serta suaminya.. meneka-neka siapa agaknya yang melepaskan kentutkan..
"ayang malu laa bang.." Nora mengadu manja..
"takpe sayang, kentot tu baik untuk kesihatan, kalau tak kentot tu maknanya sayang tak sihat.." jawab suaminya selamba..
"tapi ayang dah terberak.." Nora mengadu lagi..
"patot laa berbau..ngee.. abang nak tiru ayang laa..membuktikan kita sehati sejiwa.. berak pon sama2.." dan suaminya pula meneran.. dengan wajah yang terlalu buruk untuk diperkatakan.. hahaha (aku dah tak sanggup nak sambung apa seterusnya..aduss..)
.... hikayat ini berakhir apabila semua tetamu juga turut berkelakuan demikian.. kenapakah hal ini berlaku..? dan budak berusia 9 tahun tadi menjerit lagi..
"ooii pengantin bangun2 cuci tahik kamu dah melimpah dari kerusi tu.. busuknya..! bangun2.. BANGUN..!"
dan terbangunlah Nora dari tidurnya.. "oh aku BERMIMPI rupanya.." keluh nora di dalam hati.. (ngeee.. kecian kat Nora kan..mujur mimpi.. ahaiii)
********************
hehe dan khayalanku semakin hebat kan sekarang ni.. sebab aku boring ar kat kelas ni ustaz tak datang.. sambil aku taip ni aku dok senyum sorang2..haha.. TERIMA KASIH KERANA MEMBACA SEHINGGA KE AKHIIR.. ngeee apa laa aku ni..hahaha.. just kidding guys..ngeeee

TO my Followers

tadi aku buka blog sahabat kita ni.. ramai pulak yang buat tag special kat followers dia..so aku pon nak tiru laa.. tanks to all yang sudi follow blog ni.. tak ada apa yang menarik pon kat sini, tapi ada jugak yang sudi datang lepak2..ewah..ngeee dan aku bagi special kat semua follower aku tau.. chewah.. ngah baik hati ni.. tak sabar nak pulang ke Malaysia laa katakan.. so salam perkenalan kepada kenkawan semua samada yang baru atau dah lama kenal. hee.. kenal tapi tak kenal kan.. hehe dan aku cukup memahami kamu kerana penulisanmu.. ehem2.. ok geng.. aku tinggalkan award ni buat kamu semua.. hehe.. kalau sudi, simpan tau.. daaiiiii

Saturday, June 13, 2009

"Biar betul aku ni.."

bawah ni adalah keratan akhbar tempatan di Oman.. haa kali ni akademiah eh..hehe asyik cite g jejalan je kan.. alahaii pertukaran pelajar ni adalah program pertama di Oman, malah pertama oleh kementerian pengajian tinggi Malaysia jugak.. so ianya mendapat liputan dan perhatian kat Oman ni.. tengok gambar ke 2 dalam paper tu yg tengah picit kepala tu aku laa tu..ngeee.. coz tengah jawab test..huhu.. payah.. tapi kena jawab elok2 buktikan Malaysia boleh..hee jangan memalukan UM..chewah..





ahaii.. mmg banyak tempat kami ber 15 ni ziarah.. tapi setiap hari Khamis je ada lawatan..dan ianya sehari suntuk ke merata tempat. dan di Oman ada 9 "mantiqah" (kawasan) yang setiap satunya ada sejarah tersendiri dan pelajaran "adab wa turas saqafiyah omaniyah wa arabiyah" (err kebudayaan arab gitu laa).. dan belajar bahasa arab bermakna belajar sejarah dan budayanya.. kerana itu ada ziarah. dan sebulan aku di sini.. aku dah melawat 3 kawasan.. yakni "mantiqah dakhiliyah" ( kawasan pedalaman), "mantiqah bathiniyah" (kawasan tengah), "mantiqah bahriyah" (kawasan laut). dan "mantiqah suhar" (kawasan nelyan)..ahaii.. kalau kat Malaysia tu mcm pantai timur, pantai barat, utara, selatan.. gitu laa.. ahaii.. dan sekarang lam kelas laa ni..hehe.. jadual padat dari pukul 8 pagi sampai 9 malam.. ada perbincangan, kuliah, debat, kuiz and exam jugak.. gambo ustaz yusuf from mesir tu aku snap tu.. trrr grrr mujur dia sporting..huh..!


dan banyak pelajaran yang aku ketahui di sini.. tentang "biah" (suasana) arobiyah..mengenali negara yang tak ada seorang pon pencuri.. nak tau nape?? entry berikutnya aku cite akademik and dinamik, and segala2 mik lagi..haha..


Hari ini aku nak kongsi laa sikit. "biar betul aku ni.." eheh.. Pasal betapa terkenalnya kami 15 pelajar dari Malaysia ni kat Oman.. ngee.. ahaii dan muka ada di akhbar2 tempatan Oman.. haa dok kat Malaysia pon aku tak terkenal mcm ni.. chewah.. "biar betul aku ni.."..ngee
Cuma sekali aku pernah masuk paper harian Metro.. sebab apa?? Huu waaa malunya bila aku ingat balik.. "biar betul aku ni.." aku sangat maluuuuu..!!! lupakan aina lupakan.... aduss


*************

"weh aina..tengok tu ada Zamarul Hisyam kat booth Jabar root..!"

teriak awatif setelah matanya tertumpu kepada pelakon lelaki yang diminatinya.. aku?? Eeee tak minat laa.. chewah! Tapi tah kenapa ada jugak perasaan nak g bergambar dengan beliau.. "biar betul aku ni.."

"ramainya orang weii.. sebijik macam kat lam tV tu laa.. aku lemaih aih.." keluhku kepada awatif setelah bosan menunggu giliran untuk bergambar dengan Zamarul Hisyam.. huhu dan tiba2 beliau memanggil aku dan awatif.. "biar betul aku ni.." tak sangka pulak nak bergambar2 ni..huhu

"beb! Dah turn kita ni.." kata awatif lantas menarikku mendekati pelakon yang diminatinya.. aku hanya menurut..

Maka telah bergambarlah aku dan awatif dengan Zamarul Hisyam.. huhu bila teringat balik, uweeekk!! Mcm budak2nyee aku.. masa tu kalau tak salah tahun 2006.. umur aku baru 18 kot, hehe..

Setelah itu kami berdua melewati booth2 lain.. sehingga tiba di booth Harian Metro..

"pendaftaran..! kami memerlukan gadis2 yang berbakat.. kretif, berkeyakinan, berktrampilan, mempunyai pesona tersendiri dan berani. Kepada gadis2 manis.. Sila berdiri di hadapan stage ini dan mengangkat sesuatu menandakan anda berminat untuk menyertai pertandingan ini..." kedengaran ada pengunguman namun aku tidak menghiraukan..

Akan tetapi terhenti langkah awatif betul2 di hadapan stage di booth tersebut.. aku berjalan dan tak sedar masa bila kawan baik aku tu dah tak beriringan dengan aku.. mujur aku tak cakap sorang2..hmm.. dan aku menoleh mencari2 awatif..rupanya dia masih di depan booth Harian Metro.. aku melangkah kaki menuju padanya..

di atas stage sedang sibuk nampaknya pengacara membuka penyertaan untuk pertandingan gadis Metro Jom Heboh..

"aina.. masuk laa weh.. kalau mu dapat nombor 5 pon mu dapat hadiah.. nombor 1 dapat RM300 dengan hadiah tambah barang harian Merto.. nombor 2 RM200 and hadiah2 jugak, and nombor 3 RM300.. kalau nombor 4 and 5 pon dapat bunga ros tu.. aku nak laa.. weh.. masuk laa.."

"err.. takkan aku nak masuk kot ni watif? Mu bia (biar) beto (betul).. dah laa ramai yang kenal aku ni.. geng2 SMKDSA (sekolah aku) pon bersepah tu.. nanti dema (diaorang) gelak ke (kat) ku, wat malu jaa..kalo mu nak, mu laa masuk.." aku cuba menerangkan dan menolak permintaan kawan baikku itu..

"weii mu kesian laa ke (kat) aku.. mu masok jaa..aku sokong mu.. mu mesti menang.. aku tu (tahu) dah mesti mu dapat nombor kalau masuk.. lagipon mu daftar jaa free bukan kena duit, past tu mu ikot laa arahan dema (diaorang).." pujuk awatif separuh merayu..

"aku cabar mu aina.." sambung awatif kali ini agak tegas.. aku serba salah..

"bia beto mu ni.. takmo laa.." aku mula nak menggomel.. dalam keadaan yang panas tu aku pon mencari-cari payung yang aku simpan dalam beg tangan.. dan setelah aku menjumpainya aku mendongak kelangit dengan payung aku talakan ke atas.. dan cuba membuka payung tersebut.. kenapa tiba2 susah pulak nak buka ni..

Dan sebentar kemudian..

"yaa sila cik adik manis, silakan naik ke pentas.. kita berentap siapa gadis pilihan metro kali ini.. sporting betul orang kedah…!"


Aku hairan..kenapa pengacara tu macam cakap dengan aku je.. aku menoleh kiri dan kanan.. dan terkebil-kebil mataku..kehairanan..
"weii aina.. nuu dia panggil mu nek stage..haha akhirnya, ni yang aku suka ni.. aku sokong mu aina.." bisik awatif lalu menolak aku kehadapan.. dan aku kini di tangga stage.. yang dikelilingi ramai orang.. serba salah mahu berpatah balik atau melangkah kedepan..namun..

"wuuu… fiiiwiiittt… chayalah..go go..!" kedengaran suara2 nakal mula mengusik, mula2 seorang dua, kemudian menjadi ramai..dan aku seakan terpaku dengan keadaan tersebut, huhu berdebar laa pulak ni..

Dan pengacara memujukku sehingga akhirnya aku berada di pentas.. ya Allah.. "biar betul aku ni.."


Aku memandang awatif yang berada dibawah..setia menyokongku.. dia tersenyum lantas mengangkat tangan dan ibu jarinya memberi isyarat "best".. dia best laa..aku yang tak best ni.. uwaa.. dan aku memperkenalkan diri dan entah kenapa aku termaklumkan bahawa aku sedang di asasi di University Malaya.. huhu aku menjawab setiap pertanyaan dengan muka tanpa perasaan (selamba)..aduss tapi lam hati..huuu
Dan aku catwalk dengan cermin mata hitam..haha.. macam kelakar pulak..sampai depan tangga aku menggayakan cermin mata tersebut, dan gemuruh tepukan demi tepukkan yang ku dengar.. aku begitu malu.. huh.. dan ada juga tarian tradisional.. adakah aku terpaksa menari?? "biar betul aku ni.." Yaa.. ianya merupakan pengalaman terburuk dalam hidupku.. huhu.. dan sampai saat penyampaian hadiah..

"dipersilakan Siti Noraina pelajar Universiti Malaya kita.. pemenag tempat ke dua pertandingan Gadis Metro Jom Heboh Kedah 2006.."


Gemuruh tepukkan mereka2 di hadapan stage.. diiringi sorakkan.. huu.. "biar betul aku ni.." tak sangka aku menang tempat kedua pulak, buat malu je..dah laa mention nama UM..ciss..!
"haa kan aku dah kata mu mesti menang.." kata awatif dengan wajah ceria..
Cuma aku masih membentak sendirian dan menyalahkan diriku.. aku tidak pernah menyangka kejadian tersebut.. "biar betul aku ni.."


Dan aku kemudian memberi kepada awatif bunga ros segar yang diimpikannya.. sedangkan aku berbaur rasa serba salah.. RM200 aku serahkan kepada mak dan ayah.. dan mak hanya mentertawakan aku atas kejadian yang lucu baginya.. hadiah periuk elektronik pula mengembirakan ayah.. "biar betul aku ni.." masih tidak percaya setelah sehari berlalu..

:::::::

"Na.. gambaq yang Na menang kemarin ada lam surat khabar metro, nama Na pun ada.. tulis Na pelajar UM.." abang Mat menunjukkan akhbar tersebut.. aku hanya memandang kosong tanpa perasaan..dan membiarkan keratan akhbar itu tanpa rasa untuk menguntingnya dan menyimpannya sebagai kenang kenagan.. kerana aku tidak gembira..entah kenapa.. Cuma aku berfikir lagi.. "biar betul aku ni.." (berapa banyak biar betul daa..


*******************

bawah ni keratan akhbar pelajar Malaysia ke University Sultan Qabus..

& berita2 tentang 15 orang kami.. sepanjang program ni..

antara keratan akhbar tentang kami di Oman.. sekadar simpanan untuk kenagan..hee


Sekarang aku berbangga pulak masuk paper.ngeee.. Akhbar yang menceritakan kejayaan dalam keilmuan.. dan akademik..(bukan nak riak tau)..Cuma nak kongsi bahwa… rasanya tak sama dengan perasaan masuk akhbar sebab menang Gadis Metro dulu..hal ini demikian kerana..ewah.. sekarang ni berita dalam bidang ilmu..

so kesimpulannya.. kepuasan yang kita dapat jika jalannya adalah jalan yang kita harapkan dan senangi..tanpa terpaksa, memaksa atau dipaksa, ianya adalah kepuasan yang hakiki.. chewah.. sekarang aku suka membaca akhbar2 tentang 15 pelajar Malaysia yang mengikuti program di Oman ni..sebab salah seorangnya adalah aku..heee tah apa2..heee

Friday, June 12, 2009

kan ku Pahatkan ia di hatiku..

Ahaiii, bertemu lagi nampaknye kita dalam entry terbaru ni.. tapi entry ni mungkin akan jadi terlama dalam tahun2 akan datang..kalau aku terus jadi blogger laa.. hee tapi syok pulak rasanya kan dapat buat corat coret kat sini.. and ada kawan2 baru..tak kenal tapi kenal..waa mcm mana tu??? Aduss.. tanpa melengahkan masa.. aku nak ceritakan laa sebuah hikayat…
"wahid.. isnain.. salasah… ibtisam..!"

dan terakamlah gambar di atas..hee


Ahaii.. itu maknanye gini : "satu.. dua.. tiga.. senyum..!" hehe.. agak2 kenapa bilang2 gitu sebelum ambik gambar? Haa..mesti jawapannya "entah" kan..? tapi bagi aku laaa sebab dah memang turun temurun kot.. ahaii.. dan akan tersenyumlah sesape yang berada di hadapan camera tersebut setelah disuruh mensenyumkan (err istilah yang entah ada entah tak lam kamus ni..huhu.. sambung2).. mensenyumkan diri tadi.. is is..
Dan aku ingin memulakan tintaku.. dimulakan dengan "bismillah.."


************

Seperti selalunya.. aku begitu asyik memerhatikan gunung2 yang tiada tumbuhan padanya.. namun gunung2 tersebut, kelihatan teguh berdiri tanpa ada tanda akan goyah..begitulah.. acap kalinya aku tatkala di dalam kenderaan yang menyusuri jalan2 di Negara Oman ini..dan kini kisahku sepanjang perjalanan ke daerah "sour" wilayah bahriyah (kawasan perkampungan nelayan).. aku sedang di jendela kenderaan bernama bas..

Sepanjang tayar bas itu berputar dan berpusing (ewah2..) , ianya melalui kawasan baru dan meninggalkan pemandangan yang sebelumnya..aku suka menjadi pemerhati setia.. melihat beberapa pekerja berbaju biru.. sedang membina rumah di awal pagi.. aku sudah arif, mereka bekerja sehingga malam.. di waktu tengah hari yang membahang, mereka masih berusaha menyiapkan saki baki pekerjaan seharian.. tak kurang juga pekerja2 yang membuat jalan.. "subhanallah.. sanggup berpanas terik demi mencari rezeki yang halal.. kalau aku ditempat mereka.. mcm mana agaknya.. ya Allah.. semoga rezeki mereka yang halal itu padanya ada keberkatanMu.." doaku sendirian.. sehingga bas meluncur laju.. mengubah pemandangan yang baru..
Sebentar kemudian terkilas pula unta2 sedang berehat di teduhan pokok2 tidak berdaun..

"kesiannya.. mesti panas unta tu kat kawasan suhara mcm ni.." keluhku didalam hati.. dan setelah bas berlalu dari pemandangan unta2 tersebut.. mataku tertumpu pula pada sekumpulan kambing2 yang berkelompok..

"apa laa yang kambing2 tu bualkan agaknya? Mcm tengah bermesyuarat nak cari calon ketua je.." aku bermonolong lagi.. tapi kali ini aku tersenyum sendirian.. tiba2 teringatkan kambing dalam kisah "Ahmad Albab" cerita p.ramli tuuu.. dan aku teringatkan sebuah kisah kambing yang kelakar.. tapi…. Belum sempat aku mengingati kisahnya.. aku.. zzZZZ terlelap.. tapi tak pula aku ingat samada aku bermimpikan kambing atau tidak.. (emm kenapa tetiba cakap pasal kambing ni.. huhu musykil2.. ngee..)

dan aku terjaga setelah terdengar suara riuh rendah..

"al bahri… al bahri.." (laut..laut..)

Fikirku bahwa aku sudah di dasar lautan bersama ikan2.. namun.. "oh.. pemandangan laut rupanya.." aku bercakap sendirian lagi..tapi masih di dalam hati.. namun mataku segar memerhatikan gelagat kawan2 yang bermacam ragam.. ada yang sekadar memerhati pemandangan lautan itu dengan muka mamainya kerana baru tersedar dari lena, ada yang kelam kabut mencari2 camera, ada yang masih tidur walaupun suasana seperti guruh.. ada yang mengangakan mulut.. sebab mereka terpegun dengan lautan, tak kurang juga yang mengangakan mulut kerana menguap..(ngeee ngeee aku laa tu..) hahaii dah pukul 7 pagi rupanya.. bertolak lepas subuh.. sini subuh pukul 4 tau..huhu

Dan 4 jam berlalu di dalam bas.. setelah aku melalui jalan bergunung, suhara, sehinggalah ke kawasan nelayan.. sampailah aku ke "kuliyah al ulum" yang terletak di Bandar Sour..bertemu dengan pelajar2 disana yang mesra, dan berkenalan dengan sejarah Sour..

Destinasi diteruskan ke tempat "as sina’ah as sufun" (pembuatan kapal).. dan "ma'rut turas" seterusnya ke"muthaf nadi urubba" kemudian ke "suq" Dan kemudian makan tengah hari disebuah hotel tepi pantai "ras al-jinz". mewah.. namun semuanya percuma..dan makan minumku disini tak pernah berbayar.. ahaii
gambar di restoran tu laa..
ni plak kat "muthaf nadi urubba" (muzium kelab eropah)
ni tetiba aku di pantai..ayaiii
Dan setelah makan2 kami ke pantai untuk melihat sendiri penyu2 bertelur.. namun.. penyu bertelur di malam hari.. dan kerana itu penyunya tidak aku temui.. telur penyu banyak, tapi kita terpaksa meluangkan masa untuk melihat tanda2 dimana telur2 itu berada.. tapi aku lebih tertarik untuk bergambar dari mencari telur penyu..hehehe

bergambar beramai2..

ewah2.. konon2 nak jadi model batu..hee


Dan akhirnya.. malam menjelma tiba.. aku masih sempat memerhatikan pemandangan mentari terbenam.. sehingga senja berlalu.. berganti malam.. usai solat jamaq dan qasar.. kami berangkat pulang.. pulang bersama gambaran kenangan yang terlalu manis.. mustahil lukisan itu seindah potret yang aku pamerkan disini.. lantaran aku melihat keindahannya dengan mataku sendiri.. kerana itu ianya bermakna.. bukan sia2 dan bukanlah potret tanpa sebarang harga..

Dan aku mentafsirkan lukisan yang mataku lihat ini, dengan mata yang lagi satu yakni mata hati..barulah ianya bernada.. sesungguhnya ilmu yang aku timba disini bukan sebaldi dua.. ianya tidak dapat aku ukur.. lantaran, tika aku di sini, banyak perkara yang aku pelajari.. antaranya aku merasakan kelainan dan kesyukuran atas nikmat yang telah aku rasai sepanjang di Malaysia sana.. tunggu kepulanganku wahai Negara tempat tumpah darahku.. wah patriotik pulak..

Tuesday, June 9, 2009

Madah Pujangga buat yg TERSAYANG

kehadapan yang tersayang.. sudah minggu ke tiga aku di sini. jauh dari kamu beribu batu.. rasanya rindu benar akan kamu.. indahnya perasaan ini.. terkadang membuat aku tersenyum sendirian.. dikejauhan ini, aku kirimkan potret buat tatapanmu.. tapi aku tak pasti mungkinkah engkau menatapnya?.. esok hingga lusa aku sudah tidak ada waktu untuk mengirimkan khabar di sini.. kerana begitu padat benar aktivitiku..

terima kasih atas perhatianmu buatku ketika aku bersamamu.. aku benar2 terharu.. kamu mengingatkan aku bahawa Allah menciptakan manusia dengan perasaan yang istimewa.. sejak Adam di syurga.. memerlukan teman yakni Hawa.. akanku pelihara hubungan kita sebaik baiknya.. agar ianya suci sesuci embunan di pagi hari.. dan aku tahu perasaan sayangku padamu adalah kerana kamu dan aku adalah makhluk Allah yang diciptakan secara fitrahnya begitu.. walaupun ada yang membencimu.. walaupun ada yang membenciku..namun kita berdua ada alasannya untuk bersatu.. :-) (ngeee... jiwangnyeee.. malu aiihh.. ngeeeee )

di kejauhan ini, setiap kali aku memerhati binaan islami yang teguh, aku berharap.. biarlah ianya sentiasa teguh berdiri dan menjadi kemegahan dalam dunia islam.. jangan ia dicemari dengan kotoran tangan2 manusia bernama islam itu sendiri.. sehingga hilang serinya.. maka begitu juga hubungan kita.. jika ianya bermula dengan kalimah Allah.. biarlah ia berakhir kerana Allah jua.. tanpa sebarang calitan kekotoran padanya.. insyaALlah..

potret sekadar buat tatapanmu.. ngeeh

hahai.. ni gambar kat "wahah Makrifah"..

dengan makndak suraya lagi.. wink wink..


Dan sampailah saat buat mengakhiri kalamku.. namun, sebelum aku berhenti bertinta dari mengcoretkan, setitip bingkisan dijendela hati... ketahuilah aku sayang padamu dan aku ingin sekali pulang dan bercerita kepadamu.. semua suka duka yang aku alami di sini.. dan aku ingin mendengar suara manjamu tatkala aku mengusik dengan sendaku.. aku begitu bahagia bersamamu.. sesungguhnya aku rindu untuk melihat kamu.. dan ku doakan kamu sihat selalu.. oh kucingku sayang...!! hahaha HAHA..

Monday, June 8, 2009

Kisah-Kisah sebagai KENANGAN...

hehee rindu betul nak berPhotoshop ni kan.. aku dah lama tak melibatkan diri dalam Photoshop. hari ni past lacture kuar, aku terus menyelidiki program apa laa lam kamputer kat lab ni.. hehe.. dan terhasillah gambar di sebelah.. wink2 syok sendiri lak aku kan..ngeee..

petang nanti dah takde program atau "munaqasyah" (perbincangan), so aku nak melama-lamakan diriku kat kelas ni.. aku dok download Ulead Vid Studio, coz aku ditugaskan buat vid tentang perjalanan kami sepanjang program kursus Bahasa Arab dan Ziarah ni.. di bawah pertukaran pelajar Universiti Malaya dengan kementerian Pengajian Tinggi Oman.. dan kena tayangkan hari last nanti..uwaa.. jadi, bukan setakat kat kolej je aku memerah otak untuk vid, kat sini pon kena buat vid jugak.. uwaaaa.. terpaksanyeeee...

gambar sekadar suka2 jd pinky gurl bersama t.Bear.. hee

sorry yaa aku lock cBox coz aku tak selalu buka blog.. nanti ada yang datang2 membuat dosa di Cbox blog aku, tak manis laa kan..ahaii..

sebenarnya aku nak cerita yang aku dapat teddy bear dari Dekan.. haha.. dari dulu lagi aku nak cerita ni sebenarnya.. huhu.. pada hari ke dua aku kat Oman ni kan.. telah berlaku laa kejadian yang aku tak sangka2.. huu yang menimpa diri ini.. jeng.. jENGGG...

**********************

" aku pening pala laa weh" aku mengadu kepada makndak suraya dan kak Tie, rakan sebilikku..

"badan aku pon panas ni. aku takut nanti duduk lam ekon nanti aku ketaq nak wat gena (mcm mana) wei.." aku menyambung aduanku..hehe

"emm ni aku ada wak pnadol, mu makan laa.." makndak suraya dengan simpatinya memberi aku ubat.. past solat subuh pagi hari ke 2 ketibaan aku di Oman ni.. dalam pukul 4.30, aku pon tido laa sementara nak tunggu kuliah pukul 8 pagi nanti.. *kat oman ni pukul 4 dah subuh tau.. huhu..

dalam kelas...

"kenapa hang nampak macam pucat ja" tanya salah seorang kawan yang duduk dekat sebelah aku..

"aku sejuk laa.. trrr grrr.." aku menjawab dalam kepayahan.. sebab aku menggigil.. dah laa sakit tekak, selesema lagi.. hmm antibody aku tak kuat laa nak melawan cuaca yang tak pernah aku rasa ni.. *panas kering..

aku dah tak berdaya lagi.. nak buka mata pon aku dah rasa pinau2 je.. lalu aku memberitahu prof Mahmood yang sedang mengajar "madah istimaq".. tumpuan dah tak dapat aku bagi.. badan aku rasa lemah sangat2..

then aku di bawak ke bilik ustazah Mahfuzah.. pegawai HEP.. aku hanya diam dan terasa begitu longlai.. setelah 10 minit, ustazah nak bawak aku ke hospital.. aku gagahi langkah kakiku yang kian tak bermaya. keluar dari bilik berhawa dingin ke tempat parking kereta yang sangat panas.. ya Allah.. cuaca apakah ini.. menggigil lututku.. dan.. dan.. aku tak tahu apa yang terjadi...

sedar2 aku kat hospital.. baju pon baju hospital.. adus.. dan ada bantuan oksigen jugak menutupi hidungku.. dan kat tangan aku ada wayar yang tentu sekali sebab kena tambah air.. teruknya aku eh..

"kat mana saya sekarang?" aku tanya laa kat "mumarridhoh"(jururawat) berbangsa Oman tu.. yang peliknya dia pakai macam orang kat angkasa lepas.. huhu

"kat ICU.. awak dah tak sedar dalam 5 jam.. sekarang saya nak ambik smpel darah awak, past tu nak tambah air lagi 2 botol dan nak ambik smpel selesema awak, kami suspek awak mungkin kena H1N1.. sebab tu kami quarantine awak..".. lancar dia berbahasa inggeris dengan aku...

"hah???! H1N1??!" aku menjerit dalam hati.. sebab aku tak da tenaga laa nak jerit kuat2, dah laa aku mcm bertopeng je dengan oksigen tu. huhu.. hanya terkebil2 mataku menahan suntikkan demi suntikkan.. hmmm nasib.. nasib...

dan aku melihat sendiri jarum yang tajam tu menusuki urat lenganku.. perlahan darahku di ambil.. dan aku... aku mahu menangis.. uwaaa.. kenapa aku??.. aku demam je laa wahai jururawat, huhu.. dan sebentar kemudian datang pulak seorang doktor lelaki.. juga seperti angkasawan.. dan memasukkan wayar ke dalam hidungku.. kedua2 belah.. huuu sakitnyaaa.. nape tak bius aku je biar aku tak sedar. ni tunggu aku sedar baru nak buat semua tu.. uwaaa aku menahan air mata yang kini sudah bertakung.. bukan apa.. sakit woo..

dan sebentar kemudian, tekakku pulak yang diperiksa. kaedah yang sama.. terasa seperti wayar itu menusuk sehingga kedalam kerongkongku.. sehingga aku termuntah.. hmm.. peningnyaa.. aku menoleh memandang kadar denyutan nadiku dan mendengar bunyi.. tuut..tuttt..(lebih kurang laa..hee) dan aku terlelap setelah selesai smpel kahak dan mukus di ambil.. hmm..

"saya nak balik.." aku merayu kepada jururawat yang setia disisiku dan menjagaku..

"lewat malam nanti kalau keputusan dah keluar,dan kalau awak sihat esok boleh laa balik.. sekarang kena kuatkan semangat.. insyaAllah semoga awak tak apa2.. barokallahufik.."

"kenapa tak kuarkan keputusan sekarang? saya cuma demam.." aku tak puas hati dengan kelambatan tu aku terpaksa berkurung dalam bilik ICU.. huhu

"kami hantar smpel tu ke Muscat, awak sekarang di Rustaq.. jadi, bila Hospital Muscat dah keluarkan keputusan baru awak boleh balik.. awak dari "mustashfa" kecik sebelum ni.. dan awak dipindahkan ke hospital Rustaq ni masa awak pengsan pagi tadi"..

huhu rupanya mcm tu.. hmm makan pon dah bersuap tau.. aku ada tenaga tapi jururawat sini tak sama macam kat Malaysia.. baik sangat2 dan lembut serta layan terbaik 1st class punya.. dan aku asyik bersembang dengan jururawat tu sepanjang kat quarantine room.. tentang Malaysia.. baru 2 hari datang dah rindu Malaysia..huhu

dan Ustaz Hassan buat panggilan.. aku cakap dari phone je.. sedangkan ustaz ada kat luar bilik tu.. huhu dan ustaz bg aku semangat dan dorongan.. hmm aku nak balik.. huhu

dan elokkan paginya keputusan dah keluar.. dan aku di sahkan sihat, hmm.. alhamdulillah.. *kan aku dah kata, aku demam je.. ahaii.. mentang2 laa aku internasional student kat Oman ni.. fuuh tersiksa betul.
past tu aku dipindahkan pulak kat wad biasa.. haha.. rasa kelakar pulak.. siap duduk atas kerusi roda lagi.. adoii malunyaa.. sepanjang perjalanan berpindah ke wad biasa tu semua mata memandang aku.. maklum laa muka orang asing (bukan orang Oman).. haha tp bukan makhluk asing.. aduss

dan datanglah ramai pelajar2 dari fakulti perubatan Oman. melawat aku.. waktu tu aku letih dan tengah tido.. sedar2.. "apasal ramai ni doktor datang ni.." aku dah mula tertanya2 lam hati.. rupanya lecture diaorang nak tunjukkan apa sakit aku sebenarnya.. huu.. dan nak buktinya ciri2 H1N1 tak ada pada aku.. saat tu aku mcm patung dan bahan eksperimen je.. huuuu sabar aina sabar..

tapi yang seronoknya semua warga hospital tu ambik berat kat aku, dan selalu datang melawat aku.. dekan pon datang, ustazah2 dari kuliah Rustaq pon ramai datang, termasuk ust Hassan Basri jugak.. dan aku belum mengenali mereka waktu tu.. ahaii.. dan dah hari ke 2 kat sana.. aku pon boleh balik.. yes!!

*************************

huhu ubat besar2..huhu.. sabar jaa laa...

"hal akalti ad dawak..?" (dah makan ubat ke?)



hahaii.. akui mmg laa malas nak makan ubat.. tapi dah semua kawan2 rakan taulan yang 14 orang kat sini memaksa aku.. huhu termasuk ustazah Fatimah.. dia akan selalu tanya aku "hal akalti ad dawak?" huhu.. sampai sekarang ubat dah lama habis pon, masih lagi soalannya "hal akalti ad dawak?" huhu.. dan itulah treadmark aku kat sini.. uwaa.. ape laa.. is is..

dan sebab aku dah sihat serta kuat dan bersemangat untuk belajar, aku telah di hadiahi teddy bear yang comel.. oleh "amid" (dekan) di Kuliah Rustaq ni.. hahaii.. ianya adalah kenangan yang terpahit waktu kejadian berlaku. tapi sekarang aku rasa ianya indah dan mungkin terindah untuk 10 tahun akan datang.. hahahaha...

Sunday, June 7, 2009

RINDU KAT MALAYSIA..


lama gak aku tak post entry..huhu aku sangat sibuk dan tak ada lam bilik komputer 4 hari dah, atas sebab tu aku terpaksa menyepikan diri dari blog ni.. ahaii.. aku sangat2 teringatkan kampung halaman dan kesegaran kat Malaysia.. huu bila jauh mcm ni aku rasa betapa rindunya kat tempat sendiri.. bak kata pepatah, "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri..".. ahaii.. ada benarnya jugak tu.. tambah pulak lam kamera aku ada gambo masa kat kampung yang masih berbaki yang belum aku transfer kat laptop.. tu yang aku jadi lagi rindu.. datang sini tak bawak laptop pon..hanya gambar2 kat N70 dan kamera je aku tatap hari demi hari..

sebelah tu gambar aku masa kat "kahf hoota" yakni Hoota cave.. ewah.. sempat je aku posing kan.. cuaca kira boleh menghitamkan aku laa kot.. hihi.. dan aku terpegun kat gua tu ada kalimah "ALLAH" dan bentuk2 batu seakan-akan "wajah manusia"..hee subhanallah..! aku tak dapat nak ambik gambo kat situ.. "mamnuq" (dilarang).. huu apapon.. mai2 ramai2 ke Oman, tengok sendiri.. ahaii


*******************
atas ni adalah gambar pemandangan natural, original dari kampung aku tau.. udara segar je kat tepi sawah padi tu.. dulu masa kecik2 aku selalu memain kat situ.. kat situ dulu ada pondok kecik bawah pokok ketapang.. di situlah juga tempat aku "berkelah" dengan kawan2.. lepas kami tangkap udang2 kecik kat bendang ni, kami akan masak dan makan sama2. masak dengan "megi".. seronok sangat..tapi sekarang dah tak ada lagi semua tu.. sawah sepi tanpa teriak jerit kami.. semua dah dewasa dan ada tanggungjawab masing2.. cuma bila seketika memerhatikan kawasan tempat aku bermain dulu2.. aku jadi rindu zaman tu..
gambar ini sekadar hiasan..hehe



"acu.. jom laa onda2 agiii.." renggek sya2 yang sangat suka meronda menyentapkan aku dari imbauan kenangan lalu.. ewah.. aku mengajak anak buah aku turun dan melihat pokok2 padi yang baru di semai.. masih muda dan hijau..

"acu.. ada ulat dak kat pokok padi ni?" tanya ashraf yang baru darjah 2.

"tak tau gak.. kalau ada lubang2 kat daun padi ni maknanya ada laa kot.. " aku menjawab teragak2..
"kenapa kalau ada ulat mesti ada lubang2?" nampaknya ashraf masih tidak berpuas hati dengan jawapan aku..
"emm.. sebab ulat makan daun laa.. sebab tu jadi lubang2.."
"kenapa dia tak makan rumput? padi macam rumput.." ashraf terus menyoal. agaknya kanak2 umur sebaya ashraf mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.. aduss..
"laa sapa kata ulat tak makan rumput?.. ulat makan ja rumput, tapi ulat ada banyak jenis, ada yang makan rumput, daun, ada yang makan buah.. yang makan orang pon ada tau..!" aku mengusik dengan membaling perlahan ranting kecil seakan ulat kepada ashraf.. sehingga ashraf menjerit dan berlari menjauhi aku.. huh.. mujur.. kalau tak nanti apa lagi laa soalan dia nak tanya.. waa..
"acu.. ambik laa gambaq cek pulak.. cek ja dok ambik gambaq acu.. tak aci laa.. " alia dah boring nampaknya bermain dengan camera digital canon tu..
"haha.. tadi acu nak guna, tak bagi.. haha padan muka.. meh acu ambik gambaq plak.. alalalaa..." aku meminta kamera dengan gaya memujuk..
click... click... banyak pulak gambo kat sawah padi ni.. hehe tapi yang atas ni kira boleh tahan laa..hehe sebab ada tangan aku yang berinai.. nape pakai inai?? hehehehe.. syhhh.. saje sesuke je..wink wink..
***************************
ahaii.. sekarang ni aku dalam kelas ni.. ahaii, ustaz dok menulis kat white bord, aku lak dok curi2 taip ni.. is is is.. teruk betul..hee tapi dapat je aku jawab kalau kena soal.. telinga tak tertutup lagi tau.. cuma mata yang dok usha posting ni..heeeheee.. sShhYyyyy..
macam ni laa keadaan kat lam "Ghurfah lil muhadhoroh" (bilik belajar)

ahaii.. dan selepas melawat ke Hoota Cave, sepanjang 4 hari ni aku sibuk ke University Sultan Qabus, and jumpa dengan Naib Canselor laa apa laa.. huhu len kali aku cite lagi eh.. dan terimalah pic waktu mentari terbenam masa kat bukit apa tah ni istimewa sebagai tatapan kamu semua yang sukakan pemandangan indah.. ehem2.. jumpa lagi.. daaaiii