:: mereka Terhebat ::

Saturday, May 30, 2009

Naik kapal terbang lagiiiii

hehehe.. aku sudah kembali menjadi blogger..haha.. ni yg best ni. "tujad haasub fil fasli" (coz kelas kat bilik komputer..yiihaaa..!) dan aku nak cerita plak pasal naik kapal terbang lagi..hihi kali ni naik kapal terbang yang besar lak.. hehe gedabak punya besar! is is is..
**************************
"aduihaii letihnyaa.. tapi kapal terbang ni laju betul laa.. dari kedah 55minit je dah sampai LCCT.." aku mula menggomel dalam hati.. hehe.. aku menuju ke surau dalam LCCT tu.. lantas menunaikan kewajipanku sebagai hamba Allah yang serba kekurangan ini.. ewah wah.. kroook kreeekk.. err.. maaf..! perut aku dah berbunyi..kikiki.. laponyaa.. past solat aku pon g makan2.. makan apa? hee mkn nasik yang aku bawak dari umah daa.. ahaii

"alahaii.. esok aku akan terbang ke Oman dah ni.." tiba2 aku bercakap sendiri2 dalam hati..eheh.. dan teringat pulak kisah "kapal terbang"... zAAAZzzzz!!!

::::::::::::
"kapal terbang..!!! tuuuuruuNN..!!" jerit aku, adik, ain dan adilah sambil berlari-lari anak konon2 mengejar kapal terbang yang melintasi ruang legar udara.. waktu tu kami di kampung. masih berusia hingusan.. ekekeee

"weh.. awat kapai terbang takmau turun, aku letih dah panggil.." kata ain dalam nada kecewa..
"laa mana laa dia dengaq, nampak hang pon haluih2 (kecik) mcm semut jaa kalau dari ataih.." jawabku pintar.. ewah..

"dak laa.. bukan haluih mcm semut laa mcm kuman..!" adikku pulak menyampuk..

"awat hang kata lagu tu? hang tau kaa kuman besaq mana..?" tanya ain tak puas hati

"aku tau laa.. aku pernah dah tengok.." kata adikku.. aku hanya membuat muka hairan.. sebab aku dah faham, adik aku ni cakap tak pernah tipu (makna sebaliknya)..hahahaha

"mana hang tengok?" tanya adilah ingin tahu..
"aku tengok dalam cerita pOpai. dia kata kuman tu haluih dari semut.." laa pulak dah bila masa laa ada cerita pOpai cakap mcm tu.. huh..tu laa aku malas nak layan adik aku..kecian ain dengan adilah.. terpedaya.. adus..
then kami main pondok2 sama2.. "1, 2, 3.. bertukar..!" jerit adikku nyaring.. aku mendepakan tangan.. ain dan adilah pun sama.. kemudian kami berlari.. haha cuba teka kenapa? sebab kami dah bertukar jadi kapal terbang jet pejuang.. hiiihii..

:::::::::::::::

ooohoo kamu ketahuan pacaran lagi..dengan dirinya... ewah2..

alahai bunyi handphone aku yang bernada dering lagu ketahuan tu menyedarkan aku dari lamunan..

mak aku call daa.. ahai past bgtau mak yang aku kat LCCT and selamat, so aku pon letak tepon dan merelakskan diriku.. sampai pagi.. and naik bus ke KLIA..
"aina, ibu nak datang ni.. kami dah on the way.." msj ringkas mak angkat aku tu buat aku terkezut.. atoii.. lagi 15 minit aku akan berangkat ni.. resah kalau tak sempat jumpa kuarga angkat.. aduhai.. masa singkat tu sempat lagi bergambar dengan ustaz Fakhruddin dan Dr. Hidayat Buang pengarah Akademi Pengajian Islam UM. dengar2 taklimat n pesanan2.. ahaii.. "sungguh ke aku nak p Oman ni.. ekkk"
gambo kat KLIA sebelum berangkat

hahai dah sampai masa masuk ni.. dan dalam kekalutan, sampai jugak mak ayah angkat aku, past bersalaman dan cakap sikit, aku pon siap sedia utk berangkat.. dapat sweater dari habibi.. kiki.. "macih laa yaa budak bucuk..!

"mak aii besarnyaa kapal terbang ni.. GULF AIR.. mak aii pramugari.. mcm patung.. mak aii asal arahan lam bahasa arab ni.. mak aii mcm nak p mekah je aku ni.. mak aiii... mak aii.." aku dah mula dah..hehe..
gambo berikut adalah pemandangan waktu lam flight
bawah ni gambo padang pasir kat Oman.. is is is..

wink wink... 6jam kemudian... aku dah sampai Bahrain.. aduss..aku bertolak dari KLIA pukul 11 pagi.. sampai Bahrain pukul 1 t.hari.. kalau ikutkan kat Malaysia time tu dah pukul 5 or 6 petang waa hari yang panjang yang aku alami seumur hidup... transit lak 5jam.. past tu baru naik flight lain ke Oman.. jeng Jeng..! letihnyaaa..

******************************
alamak.. ustaz da datang laa pulak.. aduii aku tengah asyik nak cerita ceriti ni..hehe takpe tunggu laa nanti esok ada masa aku upload gambo kat oman waktu 1st week aku kat sini.. and aku ada sebuah kisah kat sini.. nak tahu apa dia? haha nantikan.. hahaiii..

Friday, May 29, 2009

Naik Kapal Terbang..??

ahaii aku sekarang ni kat oman. tak tau laa aku sempat ke nak publish ni.. coz aku lam bilik komputer.hehe jadi selagi leh ambik kesempatan, aku mst akan sign in and menaip..hehe.. ahaii rupanye kan dah seminggu dah aku sampai Oman ni.hihi.. memula aku nak cerita pasal pengalaman naik flight..maklum laa aku ni tak pernah laa naik kapal terbang.eheh.. teruknye aku kan.. aku dapat masa lam 15 minit ni.. hehe ni yg nak mengeblog ni..ahak..

*******************************

"RM15, beg awak lebih dari 15kg.."

"hah? beg saya berapa kg eh? lebih sekilo ja pon..kena bayaq jugak ka?" aku memprotes sbb beg aku lebih 1 kg je..eee berkira betul laa..! aku dah mula mengata lam hati..ewah

"dak aih.. mmg semua kena bayaq.. RM15 utk lebih sekilo.. "

"oh sekilo RM15 laa eh.. mahainyaa.. boleh beli ikan temenung (ikan kembung) berkilo2 dah laa kalau gini..bleh buat laksa dah ni.." aku berseloroh.. hahai.. lam hati dah rasa malasnyaa nak bayar..huhu tapi aku bayar laa jugak..ayaiii..
past salam dengan mak ayah, adik and adik ipar.. past cium anak2 buah.. past syg pipi mak ayah..aku pon masuk laa ke balai pelepasan.. mak aii tak pernah ni naik kapal terbang..ketaq juga..kiki

sampai lam flight, aku duduk tepi tingkap. ahaii da nak berlepas tu.. "bismillah.." flight laju kemudian terbang meninggalkan lapangan terbang kepala batas.. aku memerhatikan pemandangan sawah padi yang berpetak-petak.. hijau dan sangat cantik.. aku sangat terpegun.. aduhaiii....


past tu aku asyik pulak dengan pemandangan awan2 yang memutih..aduh tak pernah aku perhatikan keindahan yang mcm tu.. betapa besarnya kekuasaan Allah mencipta segala kejadian di bumi ni..ahaii..


*************************************
"intahal wakt (Masa dah tamat..).. hayya ilal maskan, al-jawwu harr fi khorij(jom balik tempat penginapan, kat luar tu panas..)..

huhu aku dah terpaksa berhenti dari membiarkan jari jemariku terus menari di atas keyboard ini..huhu banyak lagi nak cerita ni..hehe takpe2 nanti aku upload gambo kat Oman ni eh..ahaiii.. len kali ada je peluang aku mengeblog lagi eh..titi..

Monday, May 18, 2009

Berangkat Ke Oman..

salam sejahtera warkahku.. (ewah wah mentang2 da lama tak menaip jiwang pulak aku ni..) eheh.. ni sekarang aku ada kat library di kampungku ni.. hmm lama rasanya tak menaip.. sangat rindukan blog dan rakan2 blogger.. tp kerana kat umah takde internet, maka terpaksalah aku manahan rinduku ini.. ewah.. ni pon secara kebetulan aku da boring kat umah, mai library depan umah aku ni.. ada internet.. cepat2 aku sign in..hehe nak post entry baru laa katakan.. sebelum aku bertolak ke oman..

hari ni dah isnin (18 MAY 2009) ini bermakna lagi 5 hari aku akan terbang ke Oman sana.. waa jauh tu.. 8 jam perjalanan.. ahaii dah seminggu lebih kat kampung ni.. aku dok siapkan pasport, ambik vaksin laa apa laa.. waa sgt sibuk.. jumaat lepas buat kenduri baca yassin..eheh.. nanti laa bila aku da balik UM aku upload gambo2 eh.. ni guna internet library tak dapat laa mengupload..waa.. aku baru check email yg tempahan flight..

*****************************

"weh kuma (kami) nak g nek bus.. mu gena (mcm mana)?" tanya kak Tie salah seorang rakan yg akan ke Oman jugak..
"aku nak nek kapal terbang kot.. senang sikit.. muha (kamu) g laa nek bus dey" aku menjawab hambar.. bukan takmo naik bus.. tapi da semua ada "teman".. aku je takde..waa.. lgpon mahal from pudu ke KLIA..heheee
*******************************
aku akan bertolak dari Lapangan Terbang Kepala Batas Kedah, ke LCCT.. then aku akan melepak kat KLIA untuk ke Oman.. past tu aku akan naik flight plak ke Oman transit di Bahrain.. hmmm tak dapat nak bayangkan laa mcm mana aku kat sana nanti..

aku stay Oman sebulan untuk kursus Bahasa Arab di sana.. ada mcm2 ujian dan peperiksaan yang akan aku hadapi sebelum aku diserahkan dengan sijil lulus kursus di University Muscat Oman.. aku tak bawak kot laptop ni.. tgk laa dulu mcm mana.. hmm

ok2 aku dok kalut ni library da nak tutup.. huhu.. miss u my fren & my blog.. ahaii doakan aku selamat yaa..

Tuesday, May 5, 2009

Aku dah Takde kat Sini lagi..

tu rumah aku.. tak sabo nak balik umah kat kampung.. syok sgt2 kalau dok kat umah..wawa

ahai.. "aina kami dah nak buat pasport ni.. mu bila nak balik kampung, ustaz mintak nombor pasport 10hb ni.." msj ringkas suraya awal pagi tadi mengejutkan aku dalam tidur yang nyenyak..
"owh ok2 kang aku balik kampung kita g sesama eh aku balik 8hb.." aku membalas lambat.. tiket sudahku beli semalam.. barang2 semua dah simpan dah.. hahai.. kosong je bilik aku.. petang nanti laa aku antar kunci bilik. esok kalut sgt tak sempat lak. ahaii.. sem depan laa aku dtg kolej ni lagi.. waa rindu laa kat kampung...
*********************************************
ni bwh ni alisa (sya2) anak abg Mat.. anak buah aku laa ni.. bg aku comey je telatah dia..hee mata bulat..wawa
"acu.. jom p onda2 uleh dak? acu belanja aish teyim uleh dak.. cek nak aish teyim embu.." sya2 (alisa ank saudara aku) yang baru umo 4 tahun tu mula bersuara dengan manja.. sangat2 manja sampai aku tak sampai hati kalau tak belanja dia makan ais krim.. sya2 panggil aku acu (maksu).. itulah pemintaan sya2 lam diaolgnya yg masih baru pandi2 cakap.. tapi cukup ego..haha
"acu.. amau p onda2 ka..tak paa laa.. cek p alan aki sowang2.. amau awan ngan acu dah.. acu belagak.. " kemudian sya2 menjeling aku.. wah.. mata dah laa bulat.. jeling2 lagi.. sedang aku tgh sibuk melayan sms kawan2 yg bertanyakan kabar.. maklum laa masing2 dah di kampung.. hehe..

"aa jom2.. nak p laa.. sabaq laa.. amboih sya2 ni.. puuk (tampaq) baru tau.." hehe.. sya2 pon suke laa.. aku tampaq pon takpe janji p ronda2.. ahaii.. kampung aku cantik.. ada sawah padi.. tenang sangat2.. pemandangan bukit bukau sedikit sebanyak dapat menenagkan fikiran kalau kita serabut2.. hujung jalan nak ke kampung tu ada laa pusat peranginan.. puncak Janing. haa air terjun kat situ bersih.. tp dah lama aku tak p mandi manda kat sana,sekarang p menenangkan fikiran dgn dgr bunyi air terjun je.. paling last mandi sana pon, masa aku form 1 kot. waa.. tp seronok laa kat kampung. petang2 tak de keje aku g memancing. belakang umah je ada sungai. ada laa ikan keli, ikan lampam, ikan haruan, puyu (yuyu kata sya2), sepat semua tu.. hehe.. chewah promot kampung lak.. ekekeee..

then bila ronda je aku mst belikan ais krim malaysia (ais krim yg buat sendiri tu) haha.. n makan2 tepi parit. parit ni kira air dari tandop (empangan kecik di kampung) yg alirkan air kat sawah2 padi..hee.. anak2 saudara aku suke laa mandi2 situ.. aku just pemerhati n pemarah ke kalau diaorg begaduh..

"oit kegheli (begaduh) paa tu.. acu tinggai hangpa kat sini baru tau.. " then aku buat2 start moto nak tinggal anak2 abg aku tu.. hahaha.. lari2 diaorg kejar aku.. dalam basah2 kuyup tu..hehe.. dengan kejamnye.. aku berhenti dan suruh diaorg naik moto.. (alia *yaya, ashraf, alisa*sya2) hehe.. aku pangil nama samaran gitu.. and aku je panggil budak2 ni nama bukan2..haha.. basah2 tu naik moto aku bawak laju2.. kena laa angin byk.. sejuk2 menggigil.. semua peluk aku.. waa baju aku pon dah basah kes tu.. hee balik umah aku paksa diaorg mandi cepat2.. hee then kami tgk tV mame.. sya2 suke tgk wonderpet.. aku tumpang je laa.. kih kih..

"sapa lapaq? nak makan dak?" aku dah mula menyoal anak2 ni..bila aku pon lapo..wawa

"nak.. nak..." serentak diaorg jwb..

"nak makan apa..?"


"cek nak nasyik moi (bubur nasik)" ujar sya2 dalam nada manje

"eleh.. sya2 ni mcm budak2.. acu.. cek nk makan yg acu suka buat tu.. nama, apa tu kak.?" tanya ashraf kat alia..

"oo yg kek tu hah..? haa.. kek coklat.. cek ngan ashraf nak kek coklat.." kata alia sambil merayu-rayu.

"nak kek coklat ka nasik moi ni?"

"kek.." masih serentak jawapan mereka bertiga..

"aik.. sya2 nak kek pulak ka?"

"hehe.. cek nak dua2.."

"ish2 makan laa byk2 gemok baru tau.. haha sya2 gemok.. haha" aku mula mengusik.

"acu laa emok.. ee acu emok.. kata owg..ee acu laa emok.." sya2 dah marah2 and ejek aku balik..

"amboii garang aih.." hehe aku mmg nak tergelak kalau sya2 marah2.. sbb aku rasa comey je dia..haha..

past tu aku akan buat laa apa2 makanan petang.. and makan sama2 dgn mak ayah anak2 abg Mat yg mmg akan tido kat sana tiap kali aku ada, dan adikku yg sekarang dah ada isteri pon.. ahaii...

**********************************************
aduii.. esok aku dah nak bertolak balik kampung.. so aku tinggalkan blog ni dgn kenangan2 yg sempat aku coretkan. andai ada umurku lagi.. maka aku akan kembali.. sekarang aku dah takde di sini.. aku akan ke Oman 2 minggu lagi.. semoga semuanya selamat laa... duhai warkah bisuku (blog) aku pergi dulu tinggalkanmu.. aku akan merinduimu warkah.. semoga ketemu lagi.. miss u warkah..

Monday, May 4, 2009

Peperangan dah berakhir..

hahai.. salam sejahtera semua..hee pertamanya aku nak khabarkan bahawa aku dah MERDEKA.. alahai.. leganye dah habis exam ni.. tenang je rasa.. walaupon ada "sesuatu" yg cuba mengusik ketenangan ini, namun kerana aku kerap kali mohon perlindunganNYA agar jauh segala musibah.. maka dengan ini, hatiku seakan damai.. dan aku sedang tersenyum sendirian.. aku tengah sunyi lam bilik.. hanya bunyi unggas malam dan kipas yang kedengaran.. kini sudah dinihari.. jam menunjukkan 4 pagi.. tidak mahu terlelap pula mataku.. aku hanya seorang di kamar ini.. roommate semua dah balik..aku je belum.. esok laa beli tiket.. rindu pulak kat kampung...

*******************************

sedang aku asyik melayan YM kawan2 yang sibuk mengucapkan tahniah sebab dah habis exam.. handset aku berbunyi.. lebih kurang.. Tititttt titittt.. ooo msj rupanya..

"aina.. jom makan2 dengan geng2 drama jom.."

"err.. ok ja.. jom2.."

aku membalas msj itu dengan ringkas dan padat.. sedang byk msj lain di YM yg perlu aku layan..

"cepat2.. jumpa kat tempat laundry.."

"hah.. jab.. i tak mandi lagi ni.. u g oder dulu eh kat i.."

"owh nak makan apa.."

"char kuey tiaw dgn oren.."

waktu tu aku malas laa nak bangun dari kerusii.. nak tengok laptop je puas2.. emm macam laa takde hari esok dah utk tgk laptop ni kan..

"aina.. char kuey tiaw situ tak buka laa.."

"oh... beli megi ja laa.. megi sup.."

aku memandang jam di laptop, lah dah 30 minit geng2 drama tunggu aku.. aduss.. cepat2 aku mandi manda.. then aku p kedai makan tu.. kelihatan 4 orang yang mcm aku kenal.. mereka melambai2 kearah aku.. mungkin sedang menunggu kehadiran aku.. terasa seperti tetamu jemputan pula.. chewah..

"woii.. hang mai lambat kami dah makan habis dah.. umai jaa dok tunggu nak makan dengan hang.." seloroh syada..

"err sory ada hal sikit.." (hehe padahal dok chat kat yM jaa.. err..)"

"takpe2 ni megi kite dah tempah ni.. makan laa.. "
umai bercakap dalam keadaan nasik papriknya penuh di mulut.. (aku reka2 je ni..) hehe

kami makan2 sambil sembang2 gelak2..seke sangat2.. (maksud aku suke sgt2..aku malas nak delate tu..wawa)

"eh tu ikbal tu.. lama tak nampak dia.."
tetiba aku terpandangkan seorang lagi ahli kelab kami..
"ha'ah laa ikbal tu baik kan.. " kata wani..

"takkan laa ikbal penjahat, kalau tak tentu dia kat penjara dah sekarang ni"
(aku hanya bercakap lam hati.. kalau aku cakap bebetul nanti kawan2 aku gelakkan aku.. lawak ke? takde laa... tp sbb mulutku penuh dengan megi. hehe..)
lapas habis makan2.. tiba2 ikbal datang ke arah kami..

"weh korang dah habis exam ke.."

kawan2 aku yg lain menjawab..aku tak ingat skripnye mcm mana... lam hati aku kata..
"yer dah habis ni.. yippy... kalau tak habis lagi takde laa lepak2 sini.."

then ikbal dah join group kami berlima..

"weh.. korang tau aku tak dapat stay kolej.."
"hah.. betul ke ko ni..." umai bertanya dalam keadaan mata yang terbeliak..hehe

"betul laa ni aku datang beli sampul ni nak letak surat rayuan.."

"oo kecian kat hg kan.." tambah makndak suraya..

"mungkin hg tercicir kot.." kata syuhada pula..

"ha'ah laa kecian betul.." wani pula menyampuk..

aku hanya mendengar je.. chewah.. (bagus kalau tak percaya sbb aku ni bleh ke dgr je tu..wawa..)

then sempat laa aku merakamkan saat2 kiteorg berbual2 tu..hihi and aku just reka2 je laa utk menambahkan mood lam gambo2 yg berikut..:



tu je gambo2nye.. ahaii tetiba ada masa lak aku edit2 ni..aduhaii.. macih makndak suraya yg belanja makan2.. hehehe... sory muka aku adalah dirahsiakan..ngeee

*****************************************

kenapa laa tak sabar sgt nak balik.. hahai jam dah lewat ni..aku pon dah makin kutu je mata. (err aku silap taip tu..maksud aku kuyu..waa ni kes aku da mengantuk laa ni.).. mata bulat ni dah sepet mcm cina dah.. hahai..leganya peperangan dah berakhir.. oh yaa aku nak bgtau ni..pastni... aku mungkin akan berhenti seketika dalam meneruskan penulisan atau lahanku di warkah bisu ini.. (blog ni).. *sebab aku nak balik kampung dah..* ahaii.. aku akan post banyak2 entry sebelum aku tinggalkan blog ni.. agar ia menjdi kenangan buat kalian.. kerana siapa tahu kalau aku pergi dan akan berhenti buat selamanya.. namun.. aku bahagia.. dan aku benar2 bahagia dengan ranjau serta dugaan yang menimpa diri ini.. terima kasih Tuhanku.. semoga diriku juga diri sahabat2ku berada dalam rahmatMu.. :)

Saturday, May 2, 2009

Special Untuk Anak Buah..

err gambar di bawah ini sekadar nak tunjuk anak buah aku namanye Naim.. mana dia? agak2..? hehe yang paling tak comey tu laa dia..hehe selain dari tu yang paling comey tu adik aku.. aku sederhana comey (benarkah aku wujud dlm gambo tersebut? hehehe) kecian naim tempat terakir yg comey..hiihihii

hahai.. atas permintaan anak menakan (anak buah) yang nak2 tumpang popular lam blog ni..maka di sini aku coretkan laa serba sedikit pasal dia.. coz dah nak gred dah dia ni.. ayaii anak buah aku ni tua setahun dari aku.. waa dan dulu masa kecik2 dia panggil aku maksu.. sekarang panggil aku aunty lak.. aduss terasa begitu tua diri ini..waa..
**************************

aku tengah riang gembira berlari2..main kejar2 dengan adik aku dan Hakim (adik naim/ anak kak aku / anak buah aku).. sedangkan naim (abg Hakim/ anak kak aku/ anak buah aku gak) diam dan hanya bermain-main dengan mainan kapal terbang yang dah pon rosak.. tapi naim still membunyikan kapal terbang tu.."grungggg runggg.. chieuuuu...." (konon2 bunyi flight terbang laa tuu)... aku asyik bermain kejar2.. waktu tu ada Bad, Ati, Ani (anak2 buah aku gak) yang sama2 bermain kejar2 jugak.. habis riuh seluruh rumah tu.. maklum laa kami masa tu kanak2 rebina lagi.wawa..
"Na..!! awat buas sangat ni..? cuba tgk naim dok diam jaa.. amboih.. buas sgt ni satgi abg Mat godam (rotan) baru tau"

"eleeee beghani kaa nak odam cek..cek abaq kat mak laa week wekk. ia tak uleh men ia nak odam owg.." (sambil menjelirkan lidah kat abg aku)

err tu kira aku masih baru nak belajar cakap tu.. maksudnye : "elee berani nak rotan i, i bgtau kat mak laa..week wekk.. dia tak leh main sama nak rotan org lak.."

abg aku dah begang dah kat aku.. tahan jaa dia.. aku hairan asal asyik toleh kiri kanan je abg mat aku ni. peristiwa ni aku ingat2 lupa laa.. tapi still aku takleh lupa bila abg aku dukung aku letak atas meja.. uwaaa dengkinya dia.. mentang2 waktu tu mak dok sibuk kat dapur, aku dah kena buli dah.. tu laa mulut aku melawan sgt..waa..

"hahaha.. padan muka.. hang dok laa atas meja tu toksah turun.. org cakap menjawab..haha"

"waaa cek nak urun..cek ayat ni.. waa atotnyaa inggi angat.. huu nak urun nak urun.."

err maksudnye : "waa i nak turun.. i gayat (takot tinggi) ni.. waa takutnyee tinggi sgt (padahal meja makan je).. huu nak turun nak turun.."

aku meronta-ronta di atas meja tu.. aku tak berani nak turun.. maklum laa baru umo 3 ke 4 tahun kot. waa ingatan jangka panjang ni peristiwa trajis ni..hehe.. aku meraung2..

"weiii naim olong sua teruci..nak urun tak uleh ni.. "

hee kira aku minta tolong naim bg kerusi laa.. tu pon sbb dia je dok main kapal terbang kat situ..orang lain dah berkejar2 kat luar rumah dah. aku nak jon sekaki.. tp naim ni buat muka blur je..ciss.. aku pon dengan kuderat sebagai budak kecik umo 3 tahun tu.. aku turun laa dengan menjunamkan diriku.. konon aku ni mcm goku laa.. sasa la konon2..
gedebuuuk...!!! (mcm bunyi nangka wangi yg jatuh) dengan tak sampai sesaat...

"uwaaaaaaaaaaaaaaaa.... uwaaa...atit.. uwaaaa"

aku dah menangis. kecik2 aku belum cukup sasa lagi laa..hihi.. abg Mat pon gelabah tgk aku..mungkin da rasa bersalah kan.. dia cepat2 dukung aku n bawak aku p ronda2 naik moto..takot mak perasan laa tu, sebab kalau mak tau, mst abg aku tu dah kena dah.. tp abg mat sgt pendengki...dah laa ronda2 sekitar kubur, then usik aku cakap ada pontianak.. masa tu aku duduk lam raga moto je..cis.. aku tak dapat wat pape.. bayangkan laa aku yg sederhana comey ni dibuli begitu sekali.. huu tapi tah bila hilang lak sakit sbb jatuh meja tu.. aku sure naim mst dah tak ingat peristiwa tu..

**********************************

"dulu kecik2 jatuh meja.. nak bunuh diri ke apa.. tu yg sekarang ni mereng2 (wayar putus) "

kalau aku kenakan abg mat aku sekarang ni tu laa ayat dia utk membela diri..

"kamu budak korai.. Raikong BTKK" ni lak abg Die aku selalu kata kat aku tiap kali kami ada di kampung or jumpa..hehe apasal beliau panggil aku Korai Raikong BTKK?? heee jgn biarkan ia mengganggu fikiran anda.. ikuti misteri nusantara.. ngeeeee
motif aku kat sini nak bgtau yg anak buah aku si Naim yang blur tu adalah antara anak buah yang dulunya pendiam.. tapi sejak aku carikan dia kekasih hati sekarang ni.. mak aii tak berhenti-henti bercakap.. alangkah indahnye kalau dia yg ganti tempat aku waktu jatuh meja 18 tahun yg lalu..hehehe..

heee tu aku edit bila tah bila tah..tetiba jumpa..setahun lalu kot.. time tu aku dok minat drift..heee and aku bagi special kat Naim and my best fren.. Ekin..ehem..

anyway to N.a.i.m.. special for u.. selamat gred yaa.. and nanti aunty g tgk u n bg bunga kat u, bunga plastik ok kan..coz tahan lama tak layu2 dah..hehehe.. tahniah Naim, da keje da jadi kaya jgn lupo belanja.. i kan aunty tersporting kan.. ehem2.. ok.. so semoga bahagia laa dunia akhirat.. wah wah... suke laa tu..eceeceeee

Friday, May 1, 2009

Err.. Dewasakah kita..??

lagi dua hari aku akan exam paper Islam dan Gejala Sosial. subjek elektif luar jabatan.. ada lagi 4 elektif luar tapi hanya di fakulti pendidikan dan akademi pengajian islam..ahaii.. akanku berusaha sehabis daya yang ada.. paper last.. dan lepas ni aku akan merindui blog ni..juga teman2 blogger yang lain..rindu nak baca cerita2 kalian.. aku tinggal di kampung, mana laa ada internet.. cuma di perpustakaan desa.. itupun kadang2 boleh guna kadang2 tak.. kalau boleh nanti aku akan selalu datang update dan ikuti kisah kamu semua..

cuma aku akan berangkat ke Oman 23 hb ni.. maka lepas 4 hb ni aku akan sibuk dengan kemas barang2.. aku dah bincang dengan suraya nak sewa tempat simpan barang. banyak pulak buku2 aku sepanjang di sini.. dah 2 tahun rupanya.. tak percaya pon ada.. rasa mcm baru sekejab je aku hadapi hari orentasi di kolej kediaman kinabalu ni.. mcm baru semalan ia berlalu.. dah nak masuk tahun ketiga rupanya aku di sini.. entah aku ada lagi entah tidak untuk tahun berikutnya..hmm



gambo tu member2 masa sekolah menengah..kami sama2 dulu.. sekarang masing2 da jauh, tp still jumpa masa cuti2.. kami A4..hehe bukan kertas laa.. Aina, Asiah, Aisyah, Awatif... A'4..

rasanya rindu pulak nak balik zaman2 sekolah2 dulu.. sgt2 seronok.. memori silam kisah persahabatan aku dengan kawan2 sekolah dulu kadang2 menjelma di fikiran.. lantas membuatkan aku tersenyum sendirian.. terhibur rasanya mengenangkan saat penuh tawa ceria..hingga terhapus segala duka di hati ni..ahaii.. aku bersyukur, kalaupun aku adalah pelajar sekolah menengah kebangsaan yang hanya kelas di aliran agama, ia membawaku ada di sini ketika ini..

*******************************


"..وحد... اثنان... ثلاثة.. أربع"


aku membilang-bilang.. satu persatu dengan gagap.. aku baru kenal perkataan2 tu.. sekejab lagi ustaz nak dengar sorang2 hafal tu, aku sangat2 lemah mengafal.. walaupun ia simple sebenarnya..
"aina, aku takok laa mu tu dak, aku dok keta pala ni..aku tak tu nak ngapei ni.mapoh laa aku riso ustaz hawing aku thok kot tingkap jaa.."


(err ni loghat kat kawasan aku laa..daerah Padang Terap..sikit lagi dgn siam..ahaii.. maksudnye : "aina aku takut laa hang tau dak, aku dok ketaq kepala ni.. aku tak tau nak mengafal ni.. mampus laa aku risau ustaz baling aku keluar ikut tingkap.")


"emm mu ingat mu sorang ka.. aku ni lagi laa tak gheti ni.. kalo mu kena hawing thok kot tingkap, perasan aku kena puta terok lagi.. tah2 nuu nek ataih prabong nu.. uii laa aku takok laa.."


wawawa mampukah kamu faham tu.. aduss.. ok2 maksudnye : "emm hang ingat hang sorang ja ka.. aku ni lagi laa tak reti ni.. kalau hang di baling keluar ikot tingkap, aku mungkin kena putaq (pusing2 mcm gasing daa) teruk lagi.. entah2 naik atas bumbung tu.. alahaii laa aku takut laa.."


kriiingggggggg...!!!! alamak loceng dah bunyi past ni kelas bahasa arab.. waa.. aku dah mula berpeluh2..menggigil pon ada..ahaii.. aku masih duduk bertenggek di tempat kawanku.. awatif... dia yang sama waktu dengan aku..sama2 lemah nak mengafal..


"bangun semua... assalamualaikum ustaz.."

"waalaikumsalam.. duduk tempat masing2.. noraina meh hafal dulu.. napa dok kat tempat orang?.."


إجلس الآن.. نور عينا ، تفضل إلى أمام الفصل


"err tapi ustaz, saya tak..err.. bagi orang lain dulu boleh dak ustaz..saya..err.. saya.."


"apa saya2 kan ana dah cakap kalau apa2 pon kena cakap arab lam kelas.. kamu ni tak yakin nak mengafal, hati gelap.. makan kepala ikan.."
ustaz menyambung kalimahnya dengan bahasa arab.. yang pada ketika itu aku hanya terkebil-kebil mendengarnya.. sedikit agak terpana dengan tuduhan ustaz tu..


"تكلم اللغة العربية فقد عند في هذه المادة.. مفهوم كلامي..؟؟"


"نعم"


aku masih lagi terkebil-kebil bila semua lam kelas aku tu jawab pertayaan ustaz, sedangkan aku tak faham apa-apa.. dan mengikut langkah kakiku ke depan kelas untuk mengafal kononya.. sebab ustaz panggil tadi.. tu yang buat aku terdorong untuk ke depan.. waktu tu tangan aku dah berconteng dah dgn perkataan2 tentang huruf-huruf lam bahasa arab.. aduss siksanya... ustaz slamba mengangkat kertas bertanda "26" dan aku di suruh menekanya dalam bahasa arab.. emm aku nampak rotan dah ada di tangan ustaz.. menunggu mangsa sahaja.. jantungku makin berdebar.. aku cuba mengingat.. ah.. kenapa aku blur ni.. aku jeling sikit2 kat tapak tangan aku tulis2, tp da tak faham apa dah plak..
"err... isnani wa sittah.."


pelajar-pelajar lain ada yang dah gerun dan mcm tak sanggup nak tengok kejadian pertama hari tu.. tapi bagi mereka yang tahu jawapan, tersenyum2 memerliku..mungkin memikirkan bahawa soalan tu senang sangat.. ada yang cuba berbisik dengan kuat dan nak bgtau jawapan..tapi aku tak dapat dengar..


ustaz dah mengangkat rotannya, namun masih memberi peluang untukku meneka.. di tunjukknya kad bertanda "20".


"err a'ishrun.."


kemudian ustaz menunjukkan kad tadi.. "26"


"err a'ishrun wa sittah"


fuh.. mujur.. kali ni dah betul..aku sungguh..lupa.. tapi..??!.. tiba2 ustaz menyuruhku menahan tangan.. arr.. aku sangat tak faham..kenapa ustaz nak rotan aku..kan betul laa tu 20=a'ishun dan 6=sittah.. aduss... aku hanya memejamkan mata cuba menahan..


aku sangat2 gementar.. aku dah pernah tengok ustaz Azmi rotan kawan2 aku yang lain sebelum ni.. aku tak sangka aku pon kena..waa... dan kelas seakan2 sunyi seketika. ada beberapa orang kawan aku dah tunduk dan ada yang tengok tempat lain.. tak sanggup kot tengok aku kena rotan, aku pon dah lama ni pejam mata.. mujur tak terlena di tempat kejadian..hehe
praaap..!.. rotan tu patah.. bila terkena tangan aku.. bukan sebab tangan aku ni keras ke kuat sgt ke ape..tp sebab rotan tu da mmg nak hancur dah pon.. aku mengepar2 tanganku.. sambil menghembus-hembus.. fuuuhh... aduhaii.. dah merah dah.. tapak tangan aku hari tu kebas je.. mujur tangan kiri yang di rotan, kalau kanan mau2 aku tak dapat nak menulis hari tu..


waa nak2 je aku menangis.. tapi aku kan tabah.. aku tak malu sikit pon.. relaks jer..konon2 sasa laa sangat kan.. i just smile.. p duduk tempat aku sambil mengurut2 dan menghembus-hembus tanganku berkali-kali.. dan hari tu ramai yang senasib dengan aku..past tu baru laa aku tau bahasa arab ni terbalik.. kalau 20 = a'isrun dan 6= sittah.. so 26 = sittah wa a'ishrun.. huhu..


**************************************
yaa.. disebabkan aku pelajar yang tak pernah marah walau aku di denda, di kutuk dan sebagainya oleh seorang guru.. aku tak kisah, dan aku rasa ia buat aku berjaya jadi mcm sekarang.. sebab kutukan itu, denda itu adalah ikhlas bukan sebab menghina..dan dia mahukan yang terbaik untuk aku..ngee
dulu aku tabah, kena denda mcm2 aih.. tambah2 masa sekolah rendah.. aku mmg tak ayu pon..haha.. sekarang aku mungkin dah letih kot.. mcm nak berehat dari semua tu.. dulu sungguh aku budak nakal yang selalu kena denda yang selalu buat hal..yang selalu usik orang.. kadang2 aku pujuk kawan2 aku yg nangis sebab ustaz rotan..or sebab kena maki dengan cikgu..

"takda pa pon.. ustaz ke cikgu tu bukan nak bunuh kita. dia nak ajo (ajar) kita tu. mu toksah teriak (nangis) laa.. ustaz tak tu (x tahu) apa pon.. mu tgk ku ni ustaz godam (rotan) sampei patah natang (kayu rotan) tu aku tak teriak pon.. esok kita tunjuk kat ustaz kita leh buat naa..alololo.."
haha tapi sekarang aku tak kuat dah..haha.. sbb apa yer..sbb aku dah makin jd wanita ke..? emm mcm geli je ginjal kan..hehe.. tp itulah lumrah kehidupan..mungkin dulu aku gadis remaja yang tak banyak fikir dan anggap semua remeh2..tapi sekarang kenapa dengan aku yaaa.. haha pelik2..haha dan aku sedar aku dah ada di satu tahap yang lain.. orang di sekelilingku pon dah lain2.. hehe dan aku dulu anggap orang yang umur 20 lebih dah dewasa.. tapi sekali fikir, dewasakah kita..?? hahaha.. tah ape2..
*sory kalau salah eja eh..kekadang ak malas betulkan,ok