:: mereka Terhebat ::

::MEREKA SANGAT HEBAT::

Thursday, April 30, 2009

Santai-santai dengan Nurul..

hahai.. oleh kerana aku terkanan sebab aku tak dapat jawab paper fiqh ibadat.. aku pon dok pening2 kepala.. huhu.. sadis wooo.. mujur laa aku leh bertahan lagi.. kalau tak aku dah minum ubat batuk dah.. waa.. tapi ni pon aku dok takut2.. kang aku merapu2 sgt ingat aku serius lak nak bunuh diri.. payah jugak yg tak paham2 bahasa melayu tu.. hahai.. di ingatkan yaa aku nak minum ubat batuk sbb aku batuk2 laa.. huhu..*bukan boleh sgt kang ada yg kata aku ni gila plak..!

so semalam aku dah rasa cam nak pecah kepala otak je dok lam bilik.. * haa ni pon di ingatkan, bukan aku pecah kepala sbb aku dok hantuk kepala kat dinding ke ape, aku dok banyak fikir sgt.. wah wah.. malas je aku nak terjemahkan bahasa2 yg aku guna ni dari di salah erti.. ah..! biar laa golongan2 yg kutuk aku tu nak paham apa pon.. bahasa Melayu diaorg taklulus kot.. waa kasarnye ayat aku dah makin pedas secukup rasa.. haha.. *sape suruh kutuk aku sgt..ingat aku lembik ke??

semalam aku g digital mall, tukar hardisk baru maa.. 160GB.. coz rosak maa.. tp aku lupa kedainye kat mana laa aku belii


****************************
"tokey aku beli kat sini laa hardisk ni.. asal da rosak ni??"

"waa lu beli sini ka.. bila lu beli maa kita talak jual maa hardisk ini macam..."

"huh.. yerke confirm aku beli sini.." (padahal aku sgt2 tak pasti...)

"oh ini mcm punya stok wa talak jual maa.."

"aduss yer eh..?" (sambil menggaru2 kepala yg tak gatal, and aku buat muka yg penuh tanda tanya, muka ketidakpercayaan dan yang sama waktu dengannya)

"talak apa maa wa buleh tolong lu.. kasik sini itu hardisk.."

err aku just bagi je dia...

"haa lu nasib banyak baik.. ini hardisk buleh ganti balu.. sbb ada serial number ni.. waa 3 tahun warenty maa.. lu apa mau lisau.. tahun lepan lu buleh latang tukar balu juga maa.."


"err yerke.. wah sukenye ape lagi tukar laa yg balu tu..wa talak sabar maa.." (aku pon da terikut2 dah dgn loghat dia.. huh berat dah..)

then aku n nurul g makan2 kat Medan Selera 14..hehe.. syok gak.. tp takde laksa..waa aku nak makan laksa..emm tak pe laa hantam je..

and time nak balik aku dan nurul berhenti kat KFC past isi minyak moto.. mak aii asal jalan sesak ni.. dah pukul 6 rupenye org baru balik keje. mujur laa aku cekap merempit.. * jgn slah faham istilah rempit=bwk moto penuh tekun dan berhati2.. *hai lemas laa aku camni dgn org yg kutuk aku tu.. nak kutuk pon berpada-pada laa.. kang aku sebut pasal mak pak ko baru ko tau..!! cis... tak berguna punya org...!!
"aina.. masuk je drive true KFC tu.. aku malas nak turun moto.."

"err biar betul hang ni. kita naik moto kapcai ja ni weh..mana standart nak drive true ni"

"alaaah.. masuk ja.. kikiki"

"ok2 no hal.. hang punya pasai.."

setelah dekat 4jam menunggu di drive true tu.. (ahaii melampau2 lak cite aku ni.. wawa)..

"err aku rasa kan nurul, apa kata kita park ja moto sat.. haa beli kat dalam laa cepat. ni tak gerak pon keta depan ni.. aduyaii.."

"ha'ah aku pon pikiaq mcm hang fikir gak.. jom laa..hehehe"

past settle tu.. ohoii.. balik laa kami sampai ke kolej..

*************************************
mujur laa dapat hardisk baru.. gumbira laa sikit hatiku yang lara sejak kebelakangan ini.. tanks to Nurul yg tak habis2 pujuk aku..waa aku ok je.. mana leh tunjuk lemah kan.. aku kan kuat.. tabah..chewah.. so tanks laa eh... aku dah kembali normal.. kepada munir jgn risau, mcm nasihatmu.. aku akan jd metal past ni.. sekarang rock je.. * haaa tgk laa tu yg nak kutuk aku mst da cari salah aku kan.. haha maksud metal tu kan logam, rock kan batu.. so aku kena keras hati jugak mcm metal.. rock still pecah gak kalau kena hantam.. huhu... *ingat aku ni tergedik2 sgt ke..nak control ayu..? plez..!!!! tak layan laa..boleh blah..!

so setakat itu dulu.. rojer2...
*aku tak letak gambo2 lagi..nanti laa..kang org kutuk
muke aku mcm PECAH TANAH lak..kecian dia
tambah dosa kutuk ciptaan Tuhan.. nauzubillah..

Award Buat Kawan2...

Mereka Yg Di Bawah Ini Adalah Yg Terhebat Di Alaf Ini.. ** dalam blog ni.. dan mungkin di mana2..











hahahaha.. cuba teka laa.. agak2 sape kak Pinky, sape aslam, the guy, nurul, hambanya, farha, madie, luffy, lina, sunflower, Dzul, o-ne, umai, joe, Mila, kak ida, kuarga abg die n kak ani, makndak suraya dan hana..

hahai.. setelah 2 hari ni aku merajuk.. kawan2 tu laa yang memujuk.. ewah2.. aku cam takmo tulis blog pon ada past org kutuk aku mcm2.. tp kekuatan aku adalah aku punya kawan2 yang ramai. yg selalu sokong aku.. kepada kawan2 yang msj aku yg bg komen membina kat post2 aku, yg sudi membaca luahanku, yg Buzz YM aku, dan yang byk bg aku semangat walaupun aku tak letak nama dan gambo kalian,bukan bermakna aku lupa kalian.. aku nak ucapkan terima kasih buat semua2 yang sudi memahami.. hahai.. aku bertuah punya kawan2 mcm kamu semua.. takpe betul cakap kamu semua hidup mesti tabah..
bila mcm2 ujian dan masalah yang aku hadapi, aku tahu hikmahnya banyak sekali.. paling aku nampak, aku ada kawan2 yang selalu bersamaku.. walaupun aku kini berseorangan di kamar sepi.. ewah.. so kepada munir, naim, aqilah, muhiddin, ida, syuhada dan semua2 yang bertanyakan aku, yang ambik berat pasal aku, terima kasih banyak2 yaa, i love u all.. tanks...
* kepada mereka yang terlibat dalam gambo2 di atas, sowie yaa aku postkan gambo2 cun kamu semua.. sbb aku suke kamu semua selalu je komen2 n bg aku dorongan.. macih yaa kawan2... :) layannnn..
moral :
  1. aku hargai kawan2 aku.. walaupun ada yang aku tak kenal pon.. mereka tetap kawan2 aku yang amat aku hormati..
  2. kepada yang tak puas hati, jangan cemburu sebab kawan2 aku sokong aku tak sokong hang..!
  3. kepada yang tak suka entry or blog ni, bak kata "the guy".. "u're not worth of anything..u're nothing :)"
  4. so pengajarannya, usah dihiraukan apa kata org yang dengki dgn kita mcm ayat kak pinky, kita sendiri warnai kehidupan kita bukan org lain... hahaha.. tochey2...
  5. bak kata ramai kawan2 yg lain "ada aku kisah..?" ngeee...

Wednesday, April 29, 2009

Aku Rasa Hairan Sangat2...??

Aku sekarang cuba mengawal segala perasaan yang bersarang di jiwa.. aku tak mahu kesayuanku ini mengganggu hari-hariku yang mendatang.. aku kadang2 menyesal sebab ada blog.. kenapa? sebab blog ni banyak buat aku sedih.. tp dalam masa yang sama blog ni jugak buat aku gembira.. walaupun ia tidak berkata-kata, aku boleh luahkan padanya.. sampai lega terasa.. aku tak tahu masa bila dan bagaimana, dah ramai yang selalu mengunjung blog ni.. aku sekadar suka2 je.. aku entrykan post2 yang gila2.. saje.. sebab aku rasa dengan merelakskan diri aku suka. takkan laa setiap entry aku nak serius kan.. lam kehidupan kita pon sama.. kita suka yang happy2 yang kelakar2.. tapi ada juga manusia yang sebaliknya.. aku hairan..

" terpulang pada kamu semua nak hina aku macam mana.. hinalah sepuas hatimu.. ia buat aku tak hormat kamu.. sebab apa? sebab kamu hanya orang yang pandai berkata-kata, mengakui kebaikan diri. melihat orang lain semua lemah, dan berbangga dengan diri kamu.. kamu tunjukkan kelemahan kamu sendiri sebenarnya.. aku rasa kamu sendiri leh nilai sejauh mana kata2 kamu ni.. dan aku takkan maafkan kamu semua selama mana kamu tidak memohonya dari aku.. kenapa? aku layak buat macam tu..yaa sedangkan Nabi ampunkan ummat, sedangkan Allah menerima taubat.. tp ia adalah kepada mereka yang menginsafinya sahaja.... terpulanglah.. aku terima apa saja kata kalian hatta menyentuh soal peribadiku..."

mereka yang benci aku boleh letak lam c.box.. cakap :
  1. pak we dia hemsem.ksiannyer dpt awek yg tak berapa nk cun.hek! hek! hek!

  2. syg skli manusia ari ni dh putus urat malu gaknya sggup pampangkn mka kt blog bangga ada bf. x pk kn maruah mak pak lgsung. ini lh agaknya yg d pelajari d univerct 2.pyah jugak pmpuan cm ni

  3. gatai nk kwin sgt2 dh ni...hek,hek mklumlh dpt pk we ensem. dgr kta bljr dlm pnddkn islam n pk we pn dlm bidang syariah tp xde lgsg perasaan aib.

  4. whai eyena n aslam klu x malukn tuhan pn malulh dgn AIUM n KUIN

  5. gewe aslam hk dlu jauh lbh comel n x de lh gedik cmni.cian dgn pk aji ahmad, didik anak dr kecik mcm menatang minyak yg penuh tp bla dh besar malukn muka mak pak

  6. bkn emosilh puyu tp tguran mbina spya dia blh mengawl lara bcinta nya 2 jgn smpi mnepuk air d dulang tpcik k mka sndri. org lain pn in love gak tp xde lh over smpi nk xpose dlm blog

  7. aku xpaham le citer lawak ko ni puyu.tapi aku ada satu lagu la.meti panazz punya! ikan kekek mak iloi iloi ikan puyu terkuyu kuyu,kesian pak aji dapat anak tak betoi,dah la gedik control ayu la plak!

  8. aku pon ada lagu jugak r..ekeke .melodi ala emek kawin kan aku tapi ni versi pak aji ahmad.d tuju kan kepada eyena dan fmly.

  9. ala pak aji kwinkan eyena,ey6ena xsanggup mnanggung rindu, thun ini dpt mnantu,thun depan timang la cucu.kah! kah! gatainya org kuala nerang

  10. tayang awek muka PECAH TANAH malunyeee...

*aku copy sebijik2 tak edit sikit pon.. tadi aku sakit jugak baca.. tapi aku nak bg diaorg baca balik apa diaorg dah kata kat aku.. dalam diaorg tak sedar.. dah laa semua guna nama semaran...


takpe2.. aku tak sakit hati pon.. aku suka sangat2.. sebab aku rasa aku jumpa lagi sejenis orang yang sangat2 perlukan perhatian.. baik, tapi maaf laa aku dah buang c.box tu.. bukan sebab ape, sebab aku sayangkan diaorg semua.. dari terus mengutukku, menghinaku, memfitnahku, mengumpatku dan menyakiti hatiku.. baik aku buang c.box tu dari diaorg semua terus menambah dosa.. aku ambik berat pada diaorg walaupun diaorg semua benci aku.. cuma aku terkejut, kenapa tiba2 ramai pulak yang membenci. dan aku tertanya2 apakah salahku pada mereka semua.. jika ada aku mohon ampun dan maaf..


"jika kamu tidak senang dengan kehidupanku usahlah kamu ragu, aku tidak pernah mahu mengganggu kamu semua.. terima kasih atas tohmahan kalian yang meremukkan hati ini. yang menjadikan aku sepi.. semoga kalian tak hadapi laa benda yang sama dengan aku. sebab aku risau nanti kalian tak dapat tahan.."


"cuma sabar laa yer.. aku memang pandai nasihat org.. diri sendiri?? tak ternasihat juga.. hmm dah laa tu.. esok2 aku letak c.box tu lagi yer.. dan silakan laa hina aku lagi.. cuma aku kalau boleh taknak kamu hina ayah dan mak aku..hina keluarga aku.. kalau tak suka aku dengan aslam, takpe.. aku pon tak tau jodoh tu dengan sape.. aku tau dia orang baik2, silakan laa kalian bawak dia balik dengan golongan kalian. aku bukan sesape pon. jgn takut.. aku bergurau je selama ni.. aku ada maruah diri.. kahwin? aku masih belajar ni.. jangan kalian persoalkan hal yang tak sepatutnya.. apa hak kalian hah??"

"Aku bukan perempuan mcm yang kalian fikir.. terpulanglah.. memfitnah adalah lebih buruk dari membunuh.. payah juga yaa.. yang belajar agama tinggi2 rasa dia dah sempurna.. mmg berbeza org yang belajar agama n org yang beragama.. dah laa aku dah penat pon nak terima banyak2 benda2 ni.. well aku mintak maaf kalau kalian benci aku.. kalian belum kenal aku dan hanya menilaiku dengan sekilas pandangan mata.. takpe laa.. banyak2 terima kasih... "

p/s : sory sekali lagi kawan2 yang selalu bersamaku.. tak tertanggung rasanya diri ni. terpaksa aku kongsi di sini.. aku takut kalian tgk aku muram..aku tak marah kawan2 semua.. aku cuma hampa dengan beberapa orang yg hina aku tu je.. so buat masa ni aku buang c.box.. ape2 hal nak msj ke ape just hubungi aku or tinggal komen kat sini..ok laa..hmm

Tuesday, April 28, 2009

i am So TIRED

aku melangkah sayu hari ini.. usai solat subuh tadi, aku berdiri di jendela..aku memerhati dedaunan yang masih di basahi embun, ia bewarna kehijau hijauan, dan mula bersinar apabila mentari mula menyinarinya.. aku masih di jendela.. seketika merenung kosong tanpa kata. diam dan terus membisu. cuba mencari kekuatan untuk melebarkan senyuman.. namun berat sekali pagi ini.. aku melangkah lesu menyiapkan diri.. lambat.. aku hanya mengikut kakiku berlalu dari jendela itu...

langkahku menuju lemah ke dewan makan.. jam sudah 7.30 pagi.. lagi 1 jam aku akan berperang di dewan peperiksaan. cuma terasa tiada semangat untuk itu. walaupun senjata telahku asah malam tadi bersama rakanku. aku masih bermuram...

"aina awat hang ni.. senyum laa sikit"

aku di tegur oleh Syuhada.. mungkin dia perasan aku tak seperti biasa.. aku tidak berkata apa.. hanya cuba mengukir senyuman walaupun payah untukku lakukan... perlahan suapan demi suapan.. makan pagi dijamah penuh keletihan..namun aku cuba untuk senyum, cuba berborak seperti selalu.. cuma berat.. sangat berat...

aku menghidupkan enjin motor kesayanganku.. motor tu bayak berjasa.. aku berdikari sendiri. kemana-mana motor tu yang menemani. aku tak mahu menyusahkan sesiapa. aku tak suka melibatkan diri dengan sape2.. aku suka bersendiri walaupun hakikatnya aku punya ramai teman.. kenapa? sebab aku takut aku menyakiti dan disakiti.. maklum laa bila dah rapat, mesti begaduh kan?

aku mempelawa seorang rakan bersamaku. membonceng untuk ke dewan exam.. motor itu perlahan menyusuri perjalanan.. entah kenapa.. aku lesu.. sayu...

"aina, awak ok? saye rasa moto awak takde semangat laa pagi ni.. nape eh..?"

"owh moto ni mcm tuan dia kot.." kataku ringkas..

hari ni aku ada test fiqh ibadat. subjek yang mungkin akanku repeat semester depan.. kenapa?? sebab dalam dewan exam tadi, aku jadi kosong lagi.. entah apa yang mengganggu fikiran. berkali-kali nafasku hela.. mengeluh panjang tatkala soalan exam itu aku tatapi.. payahkah? yaa agak sukar soalan tu. bertambah sukar bila fikiranku tak dapat tertumpu padanya..

************************************

"aina.. kenapa awak menenagis? awak ok ke.. saye risau tengok awak..."

roomateku, Aqilah datang menghampiriku dikatil.. aku tidak tahu apa yang perlu aku katakan padanya.. aku semangat sangat nak mengafal sebelum tu. nak baca nota fiqh ibadat. pukul 1 tu baru settle study dengan Ani. aku lega.. cuma aku nak mengafal pulak.. aku risau kalau kena repeat.. aku lemah bahasa Arab.. (sbb aku budak sekolah aliran je)

"takde ape2.. sedih sebab baca tak masuk ni.. sedih laa.. tengok kat blog ni... nape dia cakap saye mcm ni??"

aku menunjukkan kandungan cBox blog aku ni pada Aqilah. entah kenapa aku mengadu padanya. mungkin hanya dia di sini. yang ada dekat dengan aku..

"saya kecewa.beginikah bakal pendidik yg akan mengajar pendidikan Islam? Fikirlah sendiri ye... kerana ramai yang Islam kerana suasana sahaja. Seperti kamu ketika di nilam puri.apabila berada di kl, luntur semua.lihatlah pada pakaian kamu.dan jgn sesekali memberikan alasan saya tidak sempurna, jgn nilai org dari luaran dsbnya...kerana itu alasan2 yg tak masuk akal berubahlah.....rosaklah imej agama jika yg ingin mendidik mengajar pendidkan islam seperti ini.... saya kecewa!!"

aqilah hanya terdiam apabila membaca msj tersebut.. entah kenapa makin parah pula perasaanku.. sememangnya aku sangat sensitif. seorang yang cepat terasa. sangat2 tak dapat terima orang tegur aku tanpa aku tahu siapa dia.. and aku tak kenal dia.. aku tak boleh orang ckap aku itu ini tanpa jumpa aku sendiri. tanpa kenal aku dengan dekat.. tanpa tengok mcm mana hidup aku. dari kecik dari aku lahir.. tanpa tahu pengalaman apa yang pernah aku lalui. tanpa merasa berada di tempatku seketika..

aku tak dapat baca nota2 yang tadi aku tulis.. hanya air mata yang bergenang. terasa diri bagai dihina.. tarasa sangat2 sebab aku mmg nak berubah.. aku sedar aku tak layak dengan apa yang aku miliki sekarang, semuanya tak layak bagi aku.. aku tahu orang tak dapat terima aku sebab aku ada di tempat yang tak layak bagi aku.. bukan aku tak mencuba.. aku dah berjanji dengan diriku, aku mahu berubah.. cuma aku perlu kekuatan.. aku perlu bimbingan. aku perlu sokongan.. sebab bukan senang kita nak ubah diri kita secara tiba2.. aku mcm ni, diri aku yg hina ni.. kenapa kamu tak datang pada aku.. kenapa tak dekati aku.. kenapa kamu merahsiakan dirimu.. kenapa tak bagitau aku sendiri.. kenapa kamu buat aku mcm ni.. saat aku tengah ada masalah lain yang terpaksa aku hadapi. saat diriku tak diterima oleh sesiapa.. kamu tambah lagi. deritanya..

"ya Allah tabahkan hatiku yaa Allah, dengan apa yang engkau takdirkan padaku.. tidak mampu aku laluinya ya Allah.. sembuhkan luka dihatiku.. sembuhkan pilu yang kini bersarang di benakku ya Allah.. aku terasa bagai di hina.. aku sedar ya Allah.. ini adalah ujianmu.. tapi kau kuatkanlah hatiku untuk aku menempuhinya.."

aku tak dapat berbuat apa2.. dulu aku mampu tabah.. tapi sejak aku masuk nilam puri, macam2 masalah yang aku tempuhi.. pernah orang bagi aku surat layang. pon waktu exam mcm ni.. katanya aku tak kuat iman, suka perkara lagho (dengar muzik), cintakan manusia lebih dari cintakan Allah, tak sedar diri, menggoda lelaki, pakaian menarik perhatian lelaki, cara cakap yang tak sopan, jalan tak macam wanita muslim, sanggul tinggi (nak tunjuk rambut panjang), tak jaga adap, tak itu tak ini.. mcm2.. bila ingat tu sakit je yang aku rasa.. tapi last2 aku jumpa dengan org yg terlibat dengan surat tu.. aku cerita semua pasal hidup aku... dia dapat terima.. dan rasa simpati sebab aku macam ni.."kalau sayang aku dekati aku dengan kasih sayang yaa.."
aku pesan kat sahabat tu.. bukan mengada-ngada.. tapi itulah aku siti Noraina..

mungkin aku tak bertuah mcm kamu yang di lahirkan dengan suasana yg bi'ahnye solehah.. mungkin aku tak ada di sekeliling orang2 yg baik mcm kamu, mungkin aku bersekolah di kampung yang daif..mungkin aku punya pengalaman yang tak pernah kamu hadapi sehingga aku jadi begini.. ingatlah aku tak pinta ku begini.. tak pinta aku dilahirkan begini.. aku tahu dan sedar kecatatan diriku.. bagi aku masa untuk mencuba.. jangan di paksa aku.. aku takkan mampu buat kalau aku dipaksa..
sedarkah kamu, kalau laa orang yang mungkin asasnya rendah, bila kamu dekati dengan mcm ni, main sergah je nak tegur.. org tu akan rasa nak jauhi kamu.. akan rasa nak memberontak. tercabar nak buat benda yang lagi dasyat.. sebab apa?? tekanan.. bila orang tak memahami.. dan anggap sesuatu yang mcm menghina dirinya.. mujur laa aku di sini.. aku dapat kawal walaupun itulah yang aku fikir mulanya.. aku tak jadikan kesempurnaan alasan.. aku tak kata nilai kamu pada luaran sahaja.. cuma jika niatmu itu suci sesuci embun pagi tadi, alangkah baiknya kamu datang hampir denganku.. menarik tanganku tatkala aku tersungkur rebah ke bumi.. kamu yang sedar.. kamu boleh datang memegang bahuku ketika aku teresak2 dilambung badai yang bergelora.. hidup kita tak sama.. aku tak mampu jadi macam kamu..

aku tahu kamu islam.. aku juga islam.. tapi satu yang ku pinta, jangan kamu menghukumku.. menilai keislamanku dan melafazkan kata nista bahawa aku tidak cintakan Allah..islamku hanya di bumi tarbiah nilam puri sahaja... ya Allah.. beratnya tuduhanmu.. aku masih saudaramu.. darahku yang mengalir kini turut mengalir dalam tubuhmu.. kita sama.. cuma aku sedar, betapa tidak layaknya aku berbanding kamu.. tidak layaknya aku berada di sini.. aku mahu pergi.. dan pernah aku menjauh dari sini.. tapi inilah takdir yang Maha Esa buatku..aku kemudian kembali... mungkin aku akan hanyut terus jika aku tidak di sini..

ingin sekali aku menjadi pendidik.. itulah yang aku impikan sejak kecilku.. berbekalkan semangat orang tuaku, semangat adik beradik yang lain, aku sangat mengimpikan aku menjadi seorang guru. tapi hari ini aku sedar.. aku bukan siapa2 untuk mendukung impian semulia itu.. sebab aku punya kecatatan.. tahukah kamu aku sedang mencuba? aku juga manusia biasa, bila kamu lemparkan aku tuduhan mcm tu..aku jadi geram.. aku ada perasaan.. bukan aku melatah.. aku dah banyak kali rasa.. lali pon ada.. sebab tu aku balas msj kamu..

"sape ko ni?? kalau nak tegur boleh tak berhikmah sikit?? dtg jumpa aku slow talk takleh ke?? ak nak exam f.ibadat!! sekarang da takde mood! weh.mai jumpa aku sendiri..!!! jgn ckp je tak mgaku sape ko."

agaknya kalau kamu jadi aku laa apa kamu nak buat yaa, buat tak tau je ke yer bila orang kata kita mcm2..? tak mungkin kan? aku bukan marah kamu.. tapi aku nak kamu tahu.. aku perlukan kamu.. datanglah padaku.. jangan disiksa aku mcm ni.. kenapa kamu tak mengaku siapa kamu.. sekadar menyamar jadi "wahai dunia". siapa yang hipokrit sebenarnya... bila aku suruh cara berhikmah, kamu balas...

"hikmah? dapatkah kamu menerima teguran? baru dicuit melatah menyinga. beginikah bakal pendidik? saya tidak menggunakan kata2 kesat. cubalah berfikir dalam ruang yg paling dalam.cermin diri"

nampaknya kamu yang terasa bila aku cakap kasar kan.. dan kamu pon bengang kan.. takpe2 aku faham..kamu ada perasaan juga.. aku jaga hatimu..biar hatiku sakit aku pujuk sendiri.. yaa aku bukan bakal pendidik yang baik.. aku sedar tu..cuma aku nak kamu tahu.. satu hari kalau aku lebih baik dari kamu? macam mana..??
aku tahu, Allah maha berkuasa.. dengan pengalaman yang aku ada, aku akan jadi pendidik yang sebenar-benarnya.. sebab aku tahu macam mana nak bagi pelajar2 aku supaya tak jadi macam aku.. sebab pengalaman tu guru aku.. dan aku yakin dengan kebolehan aku.. tengok laa satu hari.. kamu akan tahu siapa aku.. dan aku takkan maafkan kamu selagi kamu tak berdepan denganku setelah hati ini kamu sakiti.. setelah aku tak dapat jawab exam.. terima kasih sebab sudi jenguk blog aku.. aku syorkan jangan lagi kamu masuk page ni.. sebab kamu akan sakit mcm aku sakit ni.. maaf laa.. aku tak pandai pendam perasaan..
***************************************
tiba2 aku memandang jam di dinding dewan peperiksaan... ya Allah, lagi 30 minit..!! sempat ke aku jawab ni.. kenapa aku ni.. cepat2 aku jawab soalan fiqh ibadat tu.. aku hantam semua. :(
aku keluar dari dewan.. balik menunggang motosikalku mendaki bukit cinta pula.. lemah.. dan makin perlahan apabila gear tidakku tukar.. biarkan aja.. sampai di bilik.. aku menangis lagi..sudah bengkak mataku.. nak turun makan? ermm nanti orang tegur.. lagipun aku takde mood.. so aku nak tidur sekejab... zzZZZ
P/S: oh yaa, kawan2 yang aku sayangi.. maafkan aku.. aku emosi lagi.. sebenarnya bayak masalah yang menimbuni diriku lantas aku kurang kekuatan untuk bertahan.. maafkan aku kawan2 aku pasrah dengan semua ni.. aku nak luahkan kat orang yang sergah aku.. dengan tohmahan mcm tu.. aku takleh terkejut.. nanti aku melatah. mcm ni laa diriku wahai kawan2.. aku tahu kawan2 dah pon faham aku.. aku tak tau nak luah kat sapa.. hanya di blog ni.. maafkan aku yaa kawan2.. huhuhu..

Monday, April 27, 2009

Apakah Ini Anugerah..errr..??

apakah makhluk ini?? ada lak mcm dunia kristal tu.. sempat makhluk ni posing tepi laptop canggih aku yg berwalpaperkan wajahku yg ayu ni (kejab ambik masa memuntahkan diri yaa..! hehe)..


ahaii.. aku dah habis 4 paper..tinggal lagi 2 paper yg terpaksa aku tempuhi, haa aku wat relaks je..tp untuk esok, fiqh ibadat.. aku dah takleh relaks2..tp sempat je ak mengepost entry ni..haha ok2 hari ni kan....


******************************

"aina.. nama awak ada kat papan notis kat bawah..."
tetiba roomateku yang baru pulang dari dewan makan tu bersuara..

"hah?? nama? kenapa..? aku ada wat kesalahan atau jenayah dan jd org yg dikehendaki ke?" (aku tak tanya rumet aku, aku cakap lam hati je..hehe)

"err.. kenapa nama ada kat sana lak?" (kali ni aku bebetul tanya rumet aku)

"owh.. tah laa g tengok laa.. anugerah kot.."

aduhai anugerah ape lak ni..aduss.. aku kebingungan walaupun sebenarnya hati agak berbunga.. maklum laa dapat anugerah kan.. dan fikiran dah merewang2.. mcm dah terfokus pada sesuatu..tapi kurang pasti.. haa lantas aku bersiap dan nak turun ke dewan..nak tengok notis tu.. tp bukan laa sbb notis tu je..aku nak makan jugak..dah berkeroncong perut ni..hehe cover2.. kang nampak riak sgt lak kan.. hahaii...


********************************

Nah.. inilah bawah ni anugerah tu.. aku dapat anugerah wakil tingkat aktif dengan anugerah separuh warna seni (drama).. hahai.. (perlu ke aku besarkan nama anugerah tu..agak riak laa kan, haha menyampah..! )

oh yer laa.. hari tu masa Malam anugerah Kinabalu fasa 1 aku tak hadir.. sebab adik aku kawin.. aku balik kampung.. so tak dapat laa aku naik pentas ambik tu..ahaii tapi takpe laa still ada namaku kat trofi tu n still dapat gak..wawa.. seronok gak kan.. chewah ni yang aku semangat nak duduk kolej lelama ni.. tapi orang lain yang sama waktu dengan aku ni, maksud aku yg dapat anugerah gini, dah lama tutup citer pasal ni.. aku je baru nak cakap..wawa bukan ape aku baru dapat hari ni..hehe mungkin kolej nak simpan anugerah ni kat pejabat lelama kasi jadi pekasam dulu baru nak bagi aku kot..hahaiii

waa sem depan dah tahun 3 yaa aku kat University of Malaya tercinta ni, macam tak caya pon ada.. biar betul kan? then taun depan lagi 1 aku da gred..maaa bila laa aku nak kawin.. eceeeceee.. tu laa anugerah paling aku tunggu2.. hehe.. tp kan emm sapa laa yg nak kat aku.. waa yang nak tu ramai.. yg bebetul nak laa maksud aku.. huhuhu..

sabo jak laa.. aku kena wat borang paper khas test jugak sape laa yg bebetul ikhlas mahukan aku.. chewah.. kecewa kan pak we aku..haha dia pon aku nak nilai semula.. padan muka..haha.. lain kali bagi aku frust sgt..hihihi.. kejamnye aku kan..wawawa.. aku nak suruh kenkawan aku jd penilai jugak.. haha rasakan..! nak dapat anugerah ni bukan senang tau..kena berusaha..chewah.. so chayok2.. u can do it..haha..zaaaaaaaaazzzzz (aku terlelap.. study lam mimpi sat..) zzzzzzzzzzZZZ

Sunday, April 26, 2009

HARI INI AKU RASA..

aku rasa nak taip post baru...(ni tgh taip laa ni..)

aku sedih (mcm nak nangis kuat2)


aku hampa (kecewa sgt2)


aku sebak (lebih kurang sedih laa tu)


aku putus asa putus harapan (putus urat saraf, semua dah putus ja)


rasa tak berguna ape2 pon (sbb aku bukanlah alat untuk digunakan patah lagi bahan guna2!)


mcm tak di hargai sgt2.. mcm sial pon ada (mcm2 ada kalah astro!)


aku rasa meluat dgn diriku (meluat dgn perasaanku yg tak keciankan diri sendiri)


aku rasa benci situasi ni (situasi aku menaip sekarang ni. pasal aku tak mandi lagi)


aku menyampah!!! (semagat menyampah!)


aku nak marah (arghhh..! telinga mcm kuar asap dah. bukan makan cili pon. apatah lagi merokok.. err ada kaitan ke merokok? mungkin kes asap ni laa..huh)


aku tertekan dan amat2 tekanan (bukan pasal kerja sekolah ke, arr aku da tak sekolah.. bukan sbb study pon.. hmmm)


aku tak pernah rasa diri istimewa pada si dia (aku mmg tak guna pon! bencinya!)


aku mcm nak menjerit kuat2 (arr tp aku malu nanti org kata aku tak betul)


aku mcm da tekad dan buat satu keputusan muktamat (aku nak pergi jauh.. Oman? emm boleh laa)


aku nak bawa diri untuk seketika (jgn di ganggu gugat aku ni)


aku frust..!!!!!!!! (nak2 je aku terjun bangunan.. mujur laa aku tak berani)


aku geram...!!! (mcm nak g makan2 je byk2 sampai gemok. biar org takmo kat aku)


aku bengang...!! (eeeeeeeeee geramnyeeeeeeeeeeee!!!!! aku mcm nak tumbuk2 pokok pisang.. err dulu2 msa sekolah2 dulu waktu frust gini, pernah laa buat. tp tak sangka sakit jugak tangan kan..huh ok laa dariku tumbuk pokok paku lima.. hancuss..)


aku rasa nak apa lagi ni ?? (takde idea..)


aku nak study dah. (esok and lusa 2 paper)


aku gila2 (bukan gila laa.. gila2 jer)


aku nak publish post ni (hua hua hua... menyampah..!)

Friday, April 24, 2009

Aku Menggoreng, Tergoreng @ Digoreng..???

Hurghhh aku baru balik dari dewan Peperiksaan.. huh, dua hari ni dah tiga subjek yang aku lagsaikan.. ada lagi tiga kertas soalan exam yang menungguku di dewan peperiksaan itu.. sebelum exam tadi.... layannnnn...

**********************************
kringgggggg (kunun2 bunyi jam laa).. arr aku dengan mamainye melihat jam tu. aduss dah pukul 6.30 pagi.. aku bangun dengan lemah dan malasnye, terus berwuduk dan solat subuh.. malam tadi aku dah berniat nak study Metodologi Pengajaran Akidah, paper hari ni. tp aku tertewas kira2 baru beberapa line je perkataan2 yg ku baca.. past solat subuh tadi......

"hello.. dah bangun yer.. cek nak ido kejab laa.. tp sat je.pehtu nak study Akidah ni tak baca apa lagi"

past aku bercakap2 dgn seseorg tu..(tetiap pagi pon aku kejutkan dia. tp kekadang tak bangun...huh) aku letak laa tepon tu.. lalu zzZZZ..
tetiba bangun2 da pukul 8.30.. emm malasnye nak g sarapan.. then aku menyelak2 nota2 Akidah, sambil berbaring tu.. tiba2 lagi...

" arr asal dah kul 11 ni? terlalu khusyukkah aku baca nota ni??" (cakap lam hati je)

rupanye aku terlelap untuk kali ke 2.. aduhaii ada lagi 4 jam ni nak exam. asal aku blur je.. tetiba jugak, aku nampak rumet aku dah balik dari examnye.. then aku perhatikan dia terus study. mak aii aku ni masih buka sebelah mata je.. mcm nak terpejam lagi ni..huhu terus aku bangun mengejut (kunun2 laa jugak).. haa terus baca nota kuat2.. sambil mengafal. waktu tu jgak datang idea utk cipta fomula. yes! berjaya..
"aina dah bersedia ke? mcm da sedia je tu siap baca kuat2 tu?" (rumet aku soal)

"err boleh laa nanti aku goreng2 je laa.. senang je kan.." (ewah riak betul aku)

"bagus laa.. selamat menggoreng yaa.." (rumet ak bg semangat utk aku goreng2 menjawab nanti)

"yer2 kita goreng2, kasi hangit,biaq hangus aih.. sampai bergegaq meja tu nanti" (cis menyempah laa aku dengar aku cakap mcm tu.)

sampai aku jumpa rakan2 kat dewan tu sebelum masuk lam dewan.. masih sempat aku mempromot kebolehan goreng2 aku tu.. teknik2 gorengan aku kongsi dengan depa..haha begitu berbangga sebab kaedah gorengan amatku kuasai hari ini...

************************************
sekarang aku rasa diriku bagai digoreng2 oleh soalan tadi, kegorengan yg nyata. aku telah tergoreng bukan menggoreng lagi.. huhu.. soalan senang untuk digoreng, dan leka aku menggoreng hampir 14 m/s untuk 5 soalan tu je, aku jawab lam masa 2 jam.. tapi..........
"remainder, candidate please stop writing..." (alamak, soalan ada 6..??!! grrr trrrrr..)
aku tak cukup masa nak jawab soalan last.. soalan last tu aku jawab 1 page je.. tu pon dengan tulisan yang agak cacing.. dan waktu tu pengawas dah nak kutip kertas jawapan, mujur dia bg aku peluang terus menggoreng soalan terakhir.. cis.. aku takmau main goreng2 lagi.. aku yg tergoreng.. waaa.. tapi salahkah aku belajar menggoreng..? (bernada insaf).. hahaha.. sabo ja laa.. sob sob..

Tuesday, April 21, 2009

AKU DIBIUS CINTA...Oh...

sempat lagi aku menjiwangkan diriku tatkala aku sedang serabut dengan study subjek "Pentaksiran Dalam Pendidikan" yg sangat2 memeningkan kepalaku.. uwaaa mcm tak faham ape2.. slah aku gak, time kuliah aku ido je, dgr suara Dr Shahril mcm tgh membuaikan aku.. mana taknye aku ido, tgk kiri kanan pon.. ramai dah zzZZZ.. so aku pon Zzzz..Sekarng da tak boleh Zzzz 3 hari, subjek ni je aku review..waaaa tp sempat lagi aku mengeblog..lepas2 tensen.. kikikiisempat lagi aku mengupload kan.. bukan ape aku tgk speed upload tu laju je..hehehe.. aduyaii.. ooo aku dibius cinta laa.. waaa... cinta nak study maa..hehehe.. syyy.. study2.. oh terbiusnye rasa..heee..

sempat jugak aku memgedit photoshop..haha and time study ni aku asyik menjeling blog je.. hihi berat dah.. dah2 study2..waaaa takotnyee aku.. bersediakah aku utk bercinta dgn exam ni.. tak tahu rape markah aku akan dapat and adakah cintaku diterima dan diluluskan oleh senat peperiksaan.. waaaa takutnyeeeeeee.... mmg mencabar laa bila dibius cinta ni..huuuu.. study2..dah2..huuu




i love study..!!! waaaaaaa gila2nye aku..hehe... sabo je laa.. pening2.!

AKU SESUKE JE.. HEE

entah mcm mana aku terasa nak jawab tagg ni..hehehe..
Satu : Apakah yang sedang anda lakukan ?
study dan study..huhu dah nak exam..sekarang dok taip tag ni laa..apa daa punya soalan..kikiki


Dua : Apakah yang bermain di fikiran anda ?
mcm2 yg aku fikir ni.. waaa yg paling2 aku fikir kan mcm mana nak p tempat yg ada salji..waa syoknyee salji..hihihi

Tiga : Siapakah yang sedang anda bercakap?
rumet, cakap pasal kenapa kami byk tido je..hahaha n bersaing sape tido paling lama..


Empat : Siapakah yang ada kedua dalam activ5 anda ?
errr aku tak guna aktiv5 laa.. xpax U laa aku guna..hahaha sory soalan tak memenuhi item objektif..hehe Lima : Apakah yang sedang anda pakai ?
amboi melarat-larat nak tau aku pakai apa lak dah ni.. pakai pakaian laa takkan pakai makanan..kih kih kih.. lawak laa soalan gini..haha


*gambo sekadar hiasan..hee



Enam : Apakah yang anda lakukan sebaik saja bangun tidur ?
rasanye sama dgn org lain gak yg dok kolej mcm aku, tengok roommate da bangun lom, kalau dorg xbangun lg aku pon xbagun.. hahahha...


Tujuh : Siapakah lelaki yang selalu bersayang sayang bersama anda ?
Lelaki??? alamak... merbahaya soalan ni.. maut ni..hehe ada laa.. kikiki rahsia2, kpd yg dah tahu... syyy.. heeeh..

Lapan : Apakah Coklat Kegemaran Anda ?
Coklat apa eh, aku bantai je tak tau jenama kekadang.. "kit kat" laa.. pasal senang nak eja..haha


Sembilan : Aktor Paling HOT yang tidak anda Gemari
Kalau aktor tu lelaki kan... aku x suke sape eh.. errr aku tak tau laa, pasal aku tak minat laa mana2 artis.. hahaha tp tomok..?? err no komen..hahaha


Sepuluh : Orang yang paling LAST anda bersama ?
bersama cmner nih... hahahha... mungkin dgn geng2 kat floor aku yg tersempak masa di...?? err dimana2..hahaha

Terakhir Sekali , Soalan Cepuk MAS !


Tag kan 5 orang dalam Tagg ini ,


wawaaa mcm selalu laa mangsa2 tag aku..


Lino yg manje,


ct-k comel,


Madie yg kretif,


Hj Munir yg siap sedia g mekah,


kak Ida Ratu yg ayu..ttrrrr (biar betul) heh


& semua2 yg nak buat ni. hehehe




* ada masa jawab laa tak dak masa nanti ada masa jawab..errr ok laa ayat aku tu, kikikik... LAYAAN..

Sunday, April 19, 2009

TERIMA KASIH YAA KAWAN2.. :)

to all my friend, yg byk ambik berat tentang aku, Aslam, umai, lina, madie, anuar Fazrin, Munir, Dzul, Mila, Nurul, Hana, Kak zura, ida, ekin, yana, dan semua yg follow aku..yg selalu baca luahan hatiku... kamu semua sahabatku yang paling aku hargai dan sayangi.. kalupun aku tak letak nama kalian di sini, kalian yg memahamiku,kalianlah juga sahabatku...

Kawan2 yg banyak menyokong aku dalam segala hal, aku sayang kalian..aku sangat2 bertuah ada sahabat mcm kalian dan aku terharu dapat mengenali kalian.. tanpamu sahabat2ku mungkin aku tersungkur sendirian dan hilang pedoman.. kalian amat aku hargai.. kawan2ku bagaikan matahari yg menyinari hari2ku.. terima kasih yaa kawan2, kalian temanku, kalian sahabatku.maafkan andai ada silapku sepanjang bersama kalian...



I LOVE U ALL MY FRIEND, bila aku mengangis kalian ada menemani sudi memahami, bila aku ketawa kalian ada bersamaku turut gembira melihatku ceria.. dan hari ini aku bermuram, kalian mencari kembali senyumanku yg hilang dan aku begitu bahagia punya sahabat seperti kalian.. terima Kasih yaa kawan2.. :) now i can smile...




TANKS YAA..GOOD LUCK EXAM NI..CHAYOK..!!!!

Friday, April 17, 2009

AKU TENGAH EMOSI NI..!!!!

adoii begang betul laa aku.. pasal Oman ni asal jadi masalah sgt hah??? mak ayah aku da restu n suruh aku g.. malah ayah aku bangga aku dapat g kursus kat sana. nak buat kenduri baca yasin lagi, ayah aku cerita kat kawan2 dia lagi. dan kebetulan lam kampung aku hanya aku dan suraya yang dapat g.. tu pon bila lulus test paper Bahasa Arab university Timur Tengah..

ooo ingat aku p makan angin ke? silap aku yaa tak bgtau awal2.. aku p Kursus Bahasa Arab kat sana. mungkin akan di bawa ke sekolah2 untuk latihan mengajar juga. kenapa?? takde faedah ke ye semua tu?? aku dapat biasiswa KPM.. pandai2 laa aku guna duit yg aku dapat. aku tak susahkan mak ayah aku pon.. depa restu aku, depa sokong aku.. apa masalahnya?? dah tu Akademi Pengajian Islam UM ni yg anjurkan kursus tu.. untuk tambahkan kemahiran bahasa arab.. Akademi Pengajian islam nak anjurkan program yg sia2 ke hah..?????

aku begang bila org ingat aku ni syok2 je nak makan angin pasttu bazirkan duit mak ayah aku..! sorry.. oo mungkin cara aku cerita agakknya menampakkan aku ada masalah kewangan sgt.. huh.. takde ape pon.. semuanya ok. simpanan aku sendiri da cukup. cuma mak ayah aku nak membantu. biasalah, kalau sape2 pon dapat, bygkan laa perasaan org tua kita..

sekali lagi aku nak cakap.. aku p kursus Bahasa Arab. (bahasa Al-Quran) adakah itu salah? adakah itu satu masalah?? adakah salah aku bila aku buat keputusan nak g dan mak ayah aku restu dan takde ape2 masalah bg kami..???? lu pikir laa sendiri...!

p/s: kepada kwan2 yg selalu sokong aku n tak pernah tgk aku emosi gini, aku minta maaf yaa..aku tak tau sape yg pandai2 komen cakap aku sesuke je nak g sana.. aku nak marah kat dia.. maaf yaa kalau aku kasar. aku nak dia tau yg aku bukan laa jenis tak kesiankan mak ayah aku.. aku sensitif bila org cakap mcm tu n aku pasti kawan2 pon sama kan..kan aku dah kata, yg kenal aku tau laa.. aku sgt2 tak boleh org main cakap je tambah2 pasal mak ayah.. n aku pasti kawan2 pon faham apa aku rasa.... sorry my fren.. sorry.. :(

AGAK SEDIH HARI NI.. :'(

bila aku post pasal tawaran mesir menjengah tiba tu.. nampaknya aku masih perlu berfikir, setelah sebulan berfikir dan nak buat keputusan ni, kini aku terpaksa berfikir lagi.. sebab tiba2 dalam benakku tersentuh rasa hati bila aku "mungkin menyusahkan mak dan ayah aku di kampung"... itulah.. sesungguhnya aku sangat2 risau bila terfikirkan mak dan bapa..aku akan jadi tak sedap hati, sayu, sebak dan sedih sekiranya tindakan aku mungkin menyusahkan dan membebankan kedua ibu bapaku.. sebab aku tahu mereka dah tua..dan aku laa satu2nya yang masih mereka tanggung.. walaupun bapaku dah menjangkau 86 tahun dan mak dah 66 tahun, tapi mereka tak pernah mengeluh soal aku...yg masih belajar ni..huhuhuuu sayunyaa..

tentang ke Oman, insyaAllah, akan aku balik dgn sesuatu yg baru yg lebih mengajar aku akan kehidupan, apa yg dinamakan sbg "pengalaman". takkan aku pergi jauh meninggalkan org tuaku kerana aku pergi untuk bersuka ria. sesungguhnya tawaran yg menjegah tiba ni hampir 1 bulan baru aku buat keputusan. itupun atas dorongan mak dan ayah yang mahu melihat aku berjaya dan belajar sesuatu yg baru.. mereka tidak pernah memikirkan soal kewangan atau apa2 hatta mereka terpaksa menggadaikan harta. demi anak..tu laa yg mak aku kata sampai aku menitis air mata petang tadi tatkala aku rindu nak dgr suara mak ayah aku.aku takkan sanggup sia2kan mereka. sbb apa yg aku buat, tempat apa aku berada sekarang, semua atas restu mereka..

lantaran tu aku hubungi mak..dan aku tanyakan tentang ke Oman sungguhkan mak dan ayah setujui.. "mak tak kisah, cek p laa belajar laa.jgn pikiaq byk sgt.mak & pak bagi restu, cek belajaq mak dan pak nak cek caghi pengalaman, jauh pada mak takpa.. mak ingat selalu, mak doa kat cek walaupon waktu tu mak dok motong lam kebun jaa." aku dah mula terasa sedu,"mak, cek mintak maaf cek menyusahkan mak ngan pak, cek takmau p.cek takut buat susah mak pak". aku cuba menahan sebakku ditalian tu..

"cek jgn kata mcm tu, mak tak mau cek pikiaq sampai mcm tu, ni mak yg suruh cek p laa..demi mak ngan pak, tgk pak pon suka bila cek dapat p, pak cerita kat kawan2 dia. senyum jaa selalu.p laa cek..".. tu laa aku da jd serba salah air mata dah mengalir laju dipipi..aku rindu mak dan pak...dalam nada tersedu sedan tu aku bersuara,"takpa cek bayaq balik kat pak duit tambang tu bila cek dapat biasiswa nanti.mak jangan risau naa.." mak aku dgn lembut bgtau "takpa aih, pasal duit kita boleh cari,peluang, pengalaman bukan kita leh ambik mana2 selain kita alami, mak dah dapat yg umno dgn pas leh laa bg buat duit cek makan, cek ingat dak duit cek lam tabung haji lebih bayak, pasal mak tak bwk cek p mekah? tu pon duit cek simpan sendiri masa kecik2 cek p raya laa, p menabung past sekolah.cek ingat dak? guna duit tu dulu. esok2 ada rezeki cek tambah balik duit tu, p laa mekah. jgn dok bimbang sgt..mak dgn pak tak pa. tak dak apa laa.toksah dok bekira laa...".. aku dah semakin sayu, rasanya pipiku makin panas dengan air mata yg tak tertahan..mujur aku belikan handset murah tu untuk mak dan pak, kalau tak mungkin aku tak dapat cakap dengan mak pak dan aku rasanya lebih lemah dan tak sedap hati..

memang mak dan bapaku sangat pandai jaga wang, masa aku kecik2 dulu bapa bagi aku 5kupang (50cen) untuk p sekolah, aku dapat makan RMT.. (yg mkn free pagi2 utk budak2 tak berkemampuan or org kg berpendapatan rendah). so aku dan adik takkan guna 50cen tu, kami suka simpan lam tabung yang bila masuk je duit "bagus adik bijak menabung" tu laa bunyinye. aku dan adik akan selalu bersaing tabung sape lagi berat. hari raya kami akan meronda rata rumah2 di kampung, duit2 semua simpan lam tabung, dan mak ayah aku da buka akaund tabung haji kami seawal umur aku 2 tahun. bayangkan.. adik,mak dan bapa dah g mekah masa aku kat nilam puri.tp aku tak dpat g sbb aku ada exam. so mungkin rezeki aku bila duit kat tabung haji ada lebih2 utk penerbangan, aku leh guna g Oman.. hmm..

tak terniat nak menyusahkan..sbb aku sgt2 sygkan mak dan bapa aku. sekarang aku jauh sgt di sini. aku rindu kat mak dan bapa aku di kampung. aku terlalu manja. aku akan teringat saat2 susah senang mak dan bapa, aku takkan sanggup menyusahkan lagi setelah pelbagai kesusahan yg mereka lalui sepanjang membesarkan aku.. aku sedar aku bukanlah anak yang baik, tp aku cuba jadi yg terbaik. mungkin dulu waktu aku masih tak matang, aku sering melawan, aku tak ikut apa mak aku kata. aku malu nak bawak bapak jumpa cikgu sbb cikgu akan kata bapak tu datuk aku.. aku malu bila kawan2 kata pak aku tak pandai baca.. aku cemburu tgk org lain boleh msj2 mak ayah depa.. tp semua tu aku tolak tepi bila tiap2 apa yg terjadi aku ingat doa tu.. "ya Allah peliharalah kedua ibu bapaku seperti mana mereka memeliharaku sejak kecilku".. yaa aku sayang mereka walau siapa pon mereka.. tanpa mak dan ayah takda laa aku di sini.. dan hidup aku seakan tak beerti lagi.. dan aku sangat2 bangga ada mak dan ayah mcm depa.. mereka terlalu sempurna dimataku..

kini aku menerima 1 tawaran yg membuatkan jarak antara kami akan terpisah jauh..antara aku dan orang tuaku.. adakah satu keseronokan bila itu yg terpaksa aku tempuhi? tidak.. aku seringkali risau.. aku taknak jauh sikit pon dari depa hatta aku berada di KL ni.. hari2 yg berbaki ni aku nak tatap wajah mak ayah aku.. aku nak sentiasa berikan ciuman aku kat pipi mak dan ayah.. aku nak peluk depa.. aku rindu mak dan ayah.. hari ni aku telefon mak. aku cuba mengawal nada sebakku, tp aku tahu mak rasa apa yg aku rasa.. mak tak putus2 bg aku semangat.. mak bg aku dorongan sehinggakan aku rasa nak lari nak peluk mak aku mcm aku kecik2 dulu.. tp apakan daya.. aku disini, cuba berjuang apa yg termampu, untuk final akan datang. tak sabar rasanya nak balik rumah.. sesungguhnya hari ni hari yg sayu bgku dan sbb tu aku cuba lupakan seketika..hmm.. tapi tak tau mcm mana..

sesungguhnya mak dan bapaku amat memahami, walaupon bapa da tak larat nak kendong aku di bahunya, mcm aku kecik2 dulu, walaupun mak dah tak larat nak dukung aku, tapi aku tahu jauh di sudut hati mereka begitu menyayangi aku dan mengharapkan kejayaanku.. dan kata2 last mak aku tadi...


"mak pak ngan adik nanti nak p hantaq cek nek kapal terbang.. adik nak bawak keta dia p antaq cek.. mak nak cek p laa cari laa byk mana pengalaman, tu paling penting untuk ajaq cek. kalaupon mak dan pak dah takdak untuk ajaq cek, mak tinggai kat cek pengalaman, mak tak kira walau satu sen pon duit yang mak bagi kat cek. mak ngan pak halalkan semuanya. mak cuma nak tgk cek jadi org berguna, cek buat laa apa pon mak sokong cek selagi benda tu elok. mak bangga bila anak mak berjaya. tinggai cek sorg jaa lagi dok belajaq mak sikit tak rasa susah.. dah laa cek jangan sedih sgt. satgi mak rasa sedih gak.. cek belajaq laa lek lok.. nah cakap dgn pak.."

"Na.. mu watpa..mu g dei pak boh dah duit kat mu. pak ada sikit, org tolong pon ada. mu g dei. bawak balik apa2 kat pak.. pak nak tgk mu g nek kapal terbang.. mu sorang tak nah nek gi. adik mu g mekah mu tak g mana gi.. nati mu g dgn kak Nab.. pak nak buat kenughi baca yasin bagi mu selamat g sana.. mu g laa dei.."

aku dah sebak dgr mak ayah aku cakap mcm tu. bukan apa..aku terharu..sepanjang taip ni pon tak dpat aku halang air mata jatuh mengalir deras.. hmm..

"takpa laa kalau pa kata lagu tu.. cek p.. terima kasih pa.. kim salam kat mak..doakan cek dapat jawab periksa naa."

ayah mendoakan aku supaya terang hati dan katanya, doanya sentiasa mengiringi aku.. dan ayah dah suruh aku balik cepat.. walaupun dah byk kali aku katakan examku habis 4hb 5 nanti.. mungkin ayah lupa..tp itulah... kasih sayang yang sering membuatkan aku seolah2 sedang disamping mereka.. jauh dimata, dekat sentiasa dihati.. :'(

Thursday, April 16, 2009

TAWARAN KE MESIR MENJENGAH TIBA..

alahaii.. aku tengah perasan aku free sekarang ni. padahal aku sangatlah serabut dengan exam yang bakal aku tempuhi tak lama lagi.. menghitung hari..ada lagi 6 hari tau..waa bersediakah aku..? aduss.. tp takpe laa aku akan cuba terbaik..eheh.. so di sini ingin aku kongsikan yang aku dapat tawaran ke Mesir bulan depan.. ahaii aku dah post dah surat tawaran kat Mak Ayah di kampung, betapa gembiranya mak ayah aku terima surat tawaran tu. mak ayah berusaha untuk dapatkan bantuan, minta kat persatuan Koperasi kot.

maklum saja kami orang kampung kalau nak dapatkan RM2800 untuk penerbagan memang laa agak terbeban. aku dah nak tolak tawaran tu, tp mak dan ayah bersungguh2 nak aku pergi..aduhaii terharunyee..

Dah dekat sebulan dah sebenarnya benda ni, aku takde niat nak g sana pon, dan aku ambik test paper University2 timur Tengah tu sekadar suka2.. dalam 60 lebih yg ambik test, dan hanya 25 yg terpilih ke Mesir tu, aku awal2 da agak aku mesti tak lulus..tp itulah yg di namakan rezeki..terpilih pula aku ke sana.. ya Allah..sungguh aku tak percaya..!

Baru2 ni 1 lagi tawaran ke university Timur Tengah yakni Oman dah dibuka, yg special kat Oman ni semua free cuma tambang tiket flight je. yg Mesir tu kena sekali makan tp yg yuran pengajian tu di tanggung juga.. memandangkan aku rasa janggal laa sbb aku je junior yg join tu. segan juga. so aku bgtau Makndak Suraya, suruh ambik exam yg ke Oman.. dan hanya 15 org akan terpilih. makndak lulus.. bestnyaa.. jadi aku buat keputusan nak ke Oman juga.. tawaran ke Mesir tu aku tukar ke Oman.. mujur laa dapat..aduhaii dan aku harap semuanya akan berjalan lancar..

dengar2 kat sana musim panas kering.. aku tak faham sgt. cuma aku tau tak leh mandi byk utk kesihatan..waa tak biasanyee.. takpe2 kalau aku balik nanti gelap ke ape jgn laa komen aku..hehe aku akan memutihkan balik diriku past balik dari Oman tu..hahaii... so zaaaazzz..!